Followers

Monday, February 18, 2013

100 blogger & Facebooker berkumpul (Part 1)

100 blogger & Facebooker berkumpul (Part 1)



Tarikh - 9-3-2013 hingga 10-3-2013
Tempat - Alattas Universiti Of Life, Wadi Hussien, Janda Baik, Pahang
Tujuan - Santai, rilek kan kepala, luahkan perasaan sesama sendiri dan pada penceramah jemputan (PANAS..he he)
Penginapan -  Kemah.
Makan/minum - Disediakan
Yang perlu bawa - Setiap sorang bawa 2 botol minyak tanah. Ingat, bukan minyak cap kapak!
Lain-lain untuk renungan bersama - (APA)

Gambar hiasan
30 kemah disediakan. Setiap kemah untuk tiga orang. Blogger PAS, PKR dan UMNO. he he..

 

Aturcara - 9-3-2013

 12.30 tengahari - Kita belasah dulu makanan yang telah dihidangkan. Lepas kenyang, siapa nak mandi dan solat dulu korang pikirlah sendiri.

2.30 petang - Maka bersedialah merelakan telinga untuk mendengar Abah dan penceramah membebel.

4. 30 petang - Korang terpaksa berhenti sekejap untuk sejukkan telinga dengan minum petang untuk cari idea untuk meluahkan perasaan pula pada Abah dan penceremah.Tak kan Listen Listen Listen jer. Jangan lupa untuk bergosip.

5,00 petang - Luahan perasaan

6.00 petang - Menunggang kuda dan peraduan memancing ikan tengas. Lima hamper disediakan pada mereka yang terbanyak dapat ikan.

8.30 malam - BBQ kambing bakar dengan nasi beriani bersama anak yatim.

9.30 malam - Kita melalak sampai pagi. Dont worry sebab ada tiga mikrofon untuk tunjuk bakat jadi penyanyai macam video dibawah. Terima kasih pada Captain Zaini (yang main gitar) kerana sudi menaja kelengkapan muzik.

11.30 malam - Kalau ada mood kita main bola api dan satu lagi permainan paranomal yang baru bertajuk 'SAYANG PM'. hu hu.

1.00 pagi - Makan ringan untuk isi perut tengah malam (Apple Pie atau sandwich? ermmph?). Jagung disediakan untuk korang bakar sendiri kat unggun api.

Layan jagung bakar..

Gambar hiasan
Untuk unggun api, kami sediakan kayu..Yang lain tu pandai-pandai korang lah.

Aturcara - 10-3-2013

9 pagi - Siapa yang bangun pagi korang belasahlah dulu. Yang bangun lambat tu jawabnya makan tengahari jerlah but dont worry kami masak lebih untuk sarapan.

9.30 pagi - Beberapa penceramah jemputan akan membebel.

11.00 pagi - Rehat jap pekena kopi

11.30 pagi - Giliran korang plak untuk bantai balik penceramah yang membebel tadi.

1.00 tengahari - Makan bersama kanak-kanak tahfiz.

2.00 petang - Abah dan penceramah akan melegakan fikiran anda.

4.30 petang - Minum dan bermaafan. Pastu korang boleh balik sebab giliran kami nak berkemas plak.

Part 1 - Aturcara
Part 2 - Penginapan Kemah
Part 3 - Trofi Juara Dan Naib Juara Sukan Paranormal
Part 4 - Padang Dah Siap!
Part 5 - Terima kasih TNB Bentong
Part 6 - Penginapan Rumah 1
Part 7 - Penginapan Rumah 2 -  (4 orang)
Part 8 - Penginapan Rumah 3 - (27 orang)
Part 9 - Penginapan Rumah 4 - (8 orang)
Part 10 - Pentas Kampung Pun Dah Siap!
Part 11 - Menu Minum Petang 9-3-2013 - Sup Meletup
Part 12 - Program ini adalah yang terakhir aku bersama korang semua di Janda Baik.
Part 13 - 



Video ni amrayy-lensa-assault.blogspot.com yang amik. Masa tu kami melalak sampai 5 pagi. Memang layan beb lagu-lagu camni! Banyak video sebenarnya yang amrayy amik. kena tunggu dia publish.

3 comments:

Derok said...

perghh..gila babi punya best..nasib baik aku bukan blogger politik, kalau tak, dah joint dah..hehe

zelmey said...

Tak kenal tak cinta. Dah terjebak dengan para blogger al-biulan ini semua pasti kasih berpaut dan rindu bersemai.

Ayuh! padatkan majlis ukhwah ini dan rapatkan silatulrahim.

Laporpo !

Madie Abdul Halim said...

wa still nak tau kisah selepas pintu hotel di tutup bro... haritu tergantung cerita dia..
muahahahahahahahaha...