Followers

Thursday, May 30, 2013

Rahsia Bagaimana Orang Kaya Bertambah Kaya (Part 5) - Senarai Nama (1)

Rahsia Bagaimana Orang Kaya Bertambah Kaya (Part 5) - Senarai Nama (1)


miliunsoftware@gmail.com
Expert Advisor

1 - Yikpuyi
Ini merupakan teknik single post. Ia amat unik kerana lot yang digunakan bergantung pada margin yang kita tetapkan. Setiap kali berlaku kenaikan margin sama ada dari deposit ataupun profit , lot akan di “compound” menjadikan EA ini mampu melipatgandakan keuntungan dalam masa yang singkat...

Pada sesuatu masa, hanya 1 posisi sahaja yang berlaku dengan berdasarkan signal Yikpuyi yang juga dicipta oleh pihak kami...

Oh ya!!!... Mengenai indikator Yikpuyi, ia amat menarik bila dibicarakan tentang ketepatan. Ketepatan dan kesesuaian dijadikan aspek yang paling penting di kalangan trader-trader dunia dalam menentukan arah tuju sesuatu pergerakan pasaran.

Penentuan 2 hala (buy/sell) kadang-kadang amat sukar apabila dibandingkan dengan kebarangkalian 9999 (nombor bertuah) Yikpuyi direka dengan menentukan pivot (pertengahan antara puncak tinggi dan rendah). Ia amat penting kerana setiap makhluk yang bergerak mempunyai pusat... pusat manusia adalah hati... begitu juga dengan pasaran.

Pusat amatlah penting ditentukan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan dilakukan. Sila lihat cara penggunaan Yikpuyi.

Terdapat 1001 kegunaan dengan indicator tersebut, antaranya dengan penentuan pusat bagi GBPUSD, anda akan tahu arah bagi EURUSD dan AUDUSD, begitu juga sebaliknya.

Seterusnya, penentuan “gap” dengan Yikpuyi juga senang dikenalpasti. Kadang-kadang kita hanya tahu apabila berlaku perbezaan ketara antara “open” dan “close” setiap candle itu adalah gap.

Tahukah anda ruang perbezaan open dan close itu hanya slippage atau gelinciran bagi sesuatu broker. Jangan terpengaruh dengan gap tersebut... sila rujuk Yikpuyi bagi menentukan gap sebenar. Gap pasti akan ditutup atau dicari oleh harga.

Sebagai contoh, sekiranya ada gap di atas sedangkan harga terkini di bawah, anda berpeluang untuk masuk buy kerana ia pasti akan bergerak menutup gap tersbut...

Dalam EA ini, kami kenalpasti pivot dan posisi akan berlaku apabila harga melepasi pivot tersebut.

Tidak terdapat sebarang bentuk backup plan dalam EA ini... MONEY MANAGEMENT amatlah penting dalam teknik ini. Contohnya bahagikan kepada 5 akaun trading yang berlainan dan run hanya satu akaun dalam sesuatu masa... selamat mencuba!

2 - Marvel EA 
Teknik yang digunakan dalam EA ini ialah Leverage/Average Martingale. Teknik ini telah terbukti selama 3 tahun dalam pelbagai bentuk pasaran dapat diatasi dengan selamat dan menguntungkan.

Saya lebih suka memanggil teknik ini adalah teknik “floating support”. Martingale sebenarnya posisi yang dimasukkan secara bertingkat-tingkat mengikut jarak yang telah ditetapkan. Suka saya bawa anda mengamati pergerakan pasaran, sesuatu pergerakan pasaran tidak dapat ditentukan dari sudut jumlah pips, adakalanya 500 pips berlaku dalam masa sebulan, ada juga dalam masa satu minggu, yang berlaku dalam masa satu hari juga tidak mustahil berlaku.

Jadi, penggunaan Martingale mengikut jarak yang ditetapkan adalah tidak valid dalam pasaran yang semakin agresif kini. Marvel menggunakan teknik yang sama dengan martingale tetapi posisi yang kedua, ketiga dan setreunya tidak hanya bergantung kepada jarak tertentu.

Posisi pertama berlaku apabila terjadi “continuous candle signal” bagi posisi buy manakala “reversal signal” bagi posisi sell. Amat menarik jika saya kaitkan dengan aplikasi kejatuhan dan kenaikan pasaran dengan alam persekitaran kita.

Apabila sesuatu benda jatuh pada tempat tinggi ia akan jatuh dengan cepat dan tidak dapat ditahan lagi, tetapi apabila kita memanjat naik ia perlu tenaga dan masa yang lama jika berbanding dengn jatuh. Begitu juga pasaran, jika jatuh ia akan jatuh dengan mendadak dan cepat.

Dengan kaitan inilah saya ambik langkah reversal bagi posisi sell dan tidak revesal bagi posisi buy kerana walaupun terdapat “reversal signal” bagi posisi buy ia tidak 100% valid kerana kaitan yang saya huraikan tadi.

Posisi seterusnya... ia bertindak sebagai backup position atau support bagi posisi yang terapung dengan penggunaan gandaan lot bagi mempercepatkan keuntungan. Money Management juga amat penting. Initial lot mestilah dengan lot yang kecil. Kami amat yakin dengan prestasi EA ini dengan bedasarkan drawdown yang kecil. Ini bermakna apabila berlaku floating anda tidak perlu risau apabila melihat margin level dan equiti.....belum cuba belum tahu...

3 - Hill Marathon 
Teknik yang digunakan dalam EA ini ialah Martingale Leverage/Average. Tambahan trailing stop dalam operasi “close position” menjadikan ianya popular di kalangan EA-EA dunia. Trailing stop bererti mengaut keuntungan yang maksimum...

Posisi pertama ditentukan dengan mengenalpasti “lowest” bagi posisi buy manakal “highest” bagi posisi sell. Saya menjadikan harga yang paling tinggi dan paling rendah sebagai penanda terbaik bagi setiap “open position” yang dilakukan... dengan kata lain “resistance for highest and support for lowest”

Posisi seterusnya ditentukan berdasarkan gabungan jarak dan highest dan lowest. Trailing stop ditambah dalam strategi ini adalah untuk mengambil seberapa maksimum keuntungan dari lot/posisi yang paling terakhir.

Bersambung (Part 6)

Artikel berkaitan (klik)

No comments: