Followers

Tuesday, July 9, 2013

Jika kamu tolong Allah, Dia akan tolong kamu, dan Meneguhkan kaki kamu...

Jika kamu tolong Allah, Dia akan tolong kamu, dan Meneguhkan kaki kamu...


miliunsoftware@gmail.com

(Klik imej untuk lebih besar. Kalau tak nampak jugak, klik 'save image as')


Sms aku kat Hamba Allah
9-7-2013 - 11:47:23 am
Morning beb, Adakah 30 robot sudah punch card

Hamba Allah jawab sms aku
9-7-2013 - 1:02:25 pm
Robot dh setup. Cuma tunggu minimum floating nk cut loss...

Imej diatas masih lagi menggunakan 15 ROBOT dengan margin USD2000 sehingga 12 tengahari tadi walaupun margin telah ditambah sebanyak USD3,000. Nanti saya akan cuba update hasil pendapatan menggunakan 30 ROBOT dengan margin USD5,000. 

Setakat waktu ni lebih kurang hampir 3 hari, ROBOT ni dah kasi untung hampir 300 hengget dengan modal USD2000. Okaylah tu, tengah tido, korek idung, cabut bulu ketiak pun duit masyuk!

Alangkah indahnya dunia ini, kalau setiap bangsa dan seagamaku boleh menikmati rezeki sebegini setiap hari untuk diberikan pada keluarga masing-masing.

Aku ada plan nak tolong sedara kita yang lain. Dia pun teringin nak trade tapi tak cukup modal. Apa kata, korang jadi 'kepala' untuk famili masing-masing. Korang kenalah AMANAH sebab semua duit korang yang pegang!

Aku tak taulah dari segi undang-undang ciptaan manusia kalau kumpulkan duit sesama keluarga sendiri menjadi kesalahan untuk memperkukuhkan ekonomi famili masing-masing.

Pastu aku akan minta tolong Hamba Allah ni bagi ROBOT ini secara percuma atau mintak diskaun 99% sebagai amal jariahnya. Aku rasa dia takder masalah kot. Tapi korang janganlah tipu plak kononnya takder duit.

Setiap hari ke atau minggu atau bulan, keluarkanlah keuntungan dan agihkan pada yang melabur. Tak kiralah berapa hengget pun dia orang letak waima 50 hengget sekalipun. Minta Hamba Allah ni berikan ROBOT yang boleh hasilkan 100% atau 300% keuntungan. Kalau letak 50 hengget dapatlah untung RM150. Lepaslah beli susu anak atau bayar bil bulanan.

Kalau korang ada cadangan yang lebih menarik lagi, sila email kat aku (uncleseeker2@gmail.com.) Janji kita boleh bantu bangsa yang seagama dengan kita yang terpaksa berhempas pulas untuk menyara keluarga.

Kalau korang tanya apa yang aku dapat dengan cadangan sebegini. Jawapan aku seperti dibawah.

47:7. Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu tolong Allah, Dia akan tolong kamu, dan meneguhkan kaki kamu.

Artikel berkaitan (klik)

3 comments:

Carlos Santiago said...

WOW!! tahniah uncle!

Lan said...

salam semua,
saya berminat, tapi cuba search dr segi hukum syarak dan terjumpa artikel ni :
http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/993-muzakarah-jakim-berkenaan-hukum-forex-trading.html

macam mana ya?

qes said...

Assalam uncle, qes brminat. ari tu ada gak ber email dgn tn empunya robot tu, tapi bila dengar costnye lgsung qes senyap smpai ari ni. jadi mcmana ye uncle klu qes nak tau lebih lanjut tentang offer uncle neh?