Followers

Tuesday, July 23, 2013

Hati Bagai Tisu!

Hati Bagai Tisu!


 miliunsoftware@gmail.com



 Salam saudara dan pembaca sekelian,

Disini saya sertakan penjelasan mengikut bahasa yang biasa saya gunakan dalam blog ni. Jadi jawapan saya pada anda bukan bahasa orang forex atau teknikal.

Okaylah kita straight to the point. Ada sorang bro ni hantar email kat aku personaly. Mula-mula aku jawab dalam kotak email pastu dapat idea share dengan korang semua tapi maklumat pengirim email seperti biasalah aku padam dulu.

 As salam uncle. mintak tlg uncle terangkn sikit mcm mana robot ea miliun blh untung. tul ke modal usd5k blh dpt usd300 sehari. harap uncle dpt jelaskn sikit sebelum sy daftar seminar uncle


Saya tulis keuntungan 'sekitar' atau 'lebih kurang' USD300 sehari, bukannya 'boleh dapat' USD300 sehari seperti email diatas.


Perkiraan 

 Sebaiknya buka calculator sekarang.

Dengan margin (modal) USD5,000 boleh menggunakan 34 Miliun Software.

1 Miliun Software membawa keuntungan paling minima 1% dan maksima pula 5% sebulan.

Kalau kita ambil untung paling minima 1% x 34 Miliun = Untung 34% sebulan
34% daripada USD5,000 = Untung USD1,700 sebulan (RM5,610)
USD1,700 bahagi dengan 20 hari (sebulan hanya 20 hari saja trade, sabtu dan ahad cuti) = Untung USD85 sehari (RM191.40).

Kalau kita ambil paling maksima 5% x 34 Miliun = Untung 170% sebulan
170% daripada USD5,000 = Untung USD8,500 sebulan (RM28,050)
USD8,500 bahagi dengan 20 hari (sebulan hanya 20 hari saja trade, sabtu dan ahad cuti) = Untung USD425 sehari (RM1,402.50)

Saya harap anda faham. Kalau tak faham baca sekali lagi. Kalau masih tak faham jugak dan kebetulan waktu anda sedang baca artikel saya ni waktu malam, apakata sekarang jugak suruh bini berhenti kejap kalau dia tengah buat kuih ke, nasi lemak atau sidai baju ajak dia masuk bilik settlekan bil air yang tertunggak dulu kasi mata cerah sikit kemudian baru sambung baca balik. Ramadhan camni waktu malam bolehkan? Kan..

2:187, "Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka..." 

Apalagi tunggu? Sekarang aaarrr...pergilah pakai baju! Muahaha..


 15 kepada 34 

Sila lihat disini (http://www.forexfactory.com/miliun), 

Kami mula trade pada 4hb Julai 2013 dengan margin USD2,000 dengan menggunakan 15 Mliliun Software. Pada 8hb Julai 2013 kami tambah lagi USD3,000 tetapi masih trade menggunakan 15 Miliun Software dan marginnya masih tetap USD2,000.

Namun pada 15 Julai kami gabungkan kedua jumlah tersebut menjadi USD5,000 dan menggunakan 34 Milun Software Kalau saudara perhatikan, dari 15 Julai sehingga 23 Julai keuntungan sekitar USD1,300 (sehingga artikel ini ditulis pada 23-7-2013 jam sekitar 9 malam) bersamaan sekitar 26% dalam masa 7 hari trade

Kalau untung USD1,300 tu dibahagikan dengan 7 hari trade bersamaan USD185.71 sehari atau USD3714.20 keuntungan sebulan atau juga bersamaan dengan lebih kurang 74% keuntungannya.

Ini bermakna dalam perkara ini, peranan satu Milun Software hanya memberi keuntungan setakat hari ini ialah sekitar 2.1% sebulan.

Walaubagaimanapun, masih ada baki 13 hari trade dan masih lagi belum boleh dinilaikan keseluruhan sehingga 15 Ogos 2013.

Harga Miliun Software

Harga satu unit Miliun Software adalah USD200 atau lebih kurang RM660 x 34 Miliun Software = RM22,440 atau USD6,800.

Mahal bukan?

Katakan nasib anda kurang mencanak dalam masa 4 bulan tersebut, kita ambil kira untung paling minima sebulan iaitu USD1,700 x 4 bulan = USD6,800. Dah balik modal beli Miliun (Margin USD5,00 tidak dikira kerana tidak membawa sebarang kerugian)

Tapi ditakdir rezeki anda macam hujan lebat, dalam masa tak sampai sebulan anda dah balik modal kalau 34 Milun Software memberi keuntungan yang paling maksima.

Bagaimana pula kalau anda cuma ada ngam-ngam USD5,000 untuk ditrade sebab baki nak beli Miliun Software sebanyak RM22,400 atau USD6,800 nak digunakan untuk belanja kawen lagi satu?


Tong-tong - Fifty-fifty 

Apakata begini,

Duit anda pegang atau bahasa kasarnya dalam akaun anda sendiri, kami cuma sewakan Miliun Software tu jer. Untung bulanan kita bahagi dua. Amacam?

Kalau setuju kita buat aggrement.

Ditakdirkan tiba-tiba anda nak tambah lagi dua orang isteri lagi nak cukupkan kuota dan terlupa pula untuk mengagihkan keuntungan bulanan, terpaksalah kita putus tunang .


 Kenapa kami galak datang bengkel dan kenapa aku selalu tuntut mee goreng seafood dengan teh o ais?

Kalau korang beli secara online korang cuma dapat 5 Miliun Software jer berbanding datang bengkel dapat 10. Lagi banyak Miliun Software lebih banyak keuntungan korang dapat.

Pastu, kalau mood aku baik masa bengkel, tetiba aku dapat ilham masa tu, apa saja permintaan aku kat Hamba Allah  selalunya dia tak tolak sebab hatinya bagai tisu. Apa saja yang berkaitan dengan orang susah memang dia lembik. Salah satu sebab kami tak paparkan nama sebenarnya dalam blog ini adalah kerana dia mungkin akan menghadapi penyakit demam malaria tepioka kerana pasti ramai yang akan buat muka kesian kalau dapat berjumpa atau berhubung dengannya.

Pendapatan Hamba Allah tika ni baru jer nak masyuk hasil mengadakan bengkel dan juga jualan Miliun, tapi oleh kerana hutangnya masih berlambak lagi disebabkan kerugian bermain forex satu ketika dahulu dan merana beberapa tahun untuk mencipta benda alah ni, diharap korang janganlah minta diskaun lagi ek.

Sampai hari ni dia masih belum ada margin (modal) lagi nak trade kalau korang nak tahu!

Tak percaya? korang tanya sendiri pada semua peserta pertama yang datang 6 dan 7 Julai tempohari.
Kami janji cuma beri 10 Miliun Software jer, tapi entah kenapa mulut aku ni terpacul minta Hamba Allah tambah lagi, dia pun dengan rela hati tambah 5 unit lagi.

Oleh kerana kesemua peserta pertama dapat free 5 unit lagi yang bernilai USD1,000 (RM3,300) maka semua setiap sorang dari mereka aku minta belanja mee goreng seafood dengan teh o ais bernilai tidak lebih sepuluh hengget.

Setakat ni Abang Azmi saja yang dah settle.

Yang lain tu pe cer?


Dah terlanjur 

Beb, lain kali korang tak payahlah email aku benda-benda yang remeh temeh. Kalau ada hal penting atau rasa tak puas hati sebab bahagian sale lambat jawab email korang, berilah mereka sedikit masa dulu pastu kalau dah seminggu tak jawab jugak, barulah korang email aku.

Tapi kalau saja-saja tanya dah makan ke atau tanya soalan-soalan yang perlu jawab dengan senyuman jer, korang janganlah marah ek.

Peace

Artikel berkaitan (klik)  

7 comments:

amrayy lensa said...

ini bru dipanggil UNTUNG bro uncleseekers.!!hahahaahhahahaaha.

Anonymous said...

Salam uncle

1. Saya dah check jat Forexfactory....yes...so far close trade dah ade dlm 1k lebih...
2. Saya nak tanya about open position yg sekarang ni bertambah banyak negativenye....ape yg miliun software ni buat?adekah dia akan biarkan aje floating negative tu?or owner kena cut loss apabila sampai masanye kelak ie 15 August
3. secara jujurnya saya setuju dengan penulisan uncle pasal keuntungan harian yg boleh di jana dlm satu aspek...tapi kalau nak tgk actual profit actually kena tambah balance + unrealized profit = income. In this case at the moment dlm seratus dollar lebih.....

peace all

Anonymous said...


Salam,

Bagaimana kalau sewa dulu 34 miliun. Untung bagi 50/50. Bhg untung saya yg 50% tu buat payment untuk langsaikan kos 34 software miliun.

Sebaik habis aje bayar, 34 software miliun saya punya. Kira macam konsep sewa belilah.

Macam mana Uncle?



Anonymous said...

Dulu uncle rajin buat pendedahan menarik2 tapi sekarang asyik post bisnes yg tak tahan lama ni..
baik tukar nama jd 'uncle seek the money'

Anonymous said...

sy rs lebih baik kita monitor dulu performance miliun di FF selama 4-6bulan baru boleh buat kesimpulan.sbb "experience" robot ni beserta dgn performance history belum cukup matang/layak utk dinilaikan dgn harga setinggi ini.sbb robot mmg xkan terpengaruh dgn sbrg gangguan psychology mcm kite manusia..tp byk kes berlaku robot ni suka ati jer nk berjolly trade smpai hancuss..sebaiknya tradingla berdasarkn ilmu(manual) dn bkn semata2 bergantung hrp pd robot yg seolah2 "memperjudikan" wang ringgit kite.pandangan sy jujur dr pengalaman selama 8 thn dlm forex.no hard feeling TT...

forexmaster said...

ha ha ha .. ingatkan dah lama cipta robot nih .. rupernya baru jer lagik .....

tn punya robot pun br nak terai test .. keh keh keh !!!

modal utk trade usd 5 k = rm 15 k

modal beli robot sekali pegi camp rm 3500 ..
total rm 18.5 k,

profit br rm 800 k ...

ermmm ..... lama lagik kena tunggu sblm dpt balik modal ...

dr pengalaman sy ..... no such equipment or robot can trade forex by it self ...

harga turun naik ikut perkembangan semasa ..

byk sell dr buy maka price akan naik ...

byk buy dr sell maka price akan
turun ...

harga turun naik ibarat seperti timbang, tidak tetap sentiasa berubah rubah .... yg pastinya 95 % yg lost akan byr pada 5 % yg win

siapakah yg 5% win ini ???

mereka ialah org yg tau baca kitab forex ..tidak tamak & berani amik position serta dsiplin dlm mengunakan ilmu ilmu yg termaktub dlm kitab forex ...

dlm hal robot miliun ni ... kena tengok hasil minima dlm masa 3 bln .

amat bahaya u promote kat pengguna d luar sana dlm keadaan u pun tak untung besar lagi ..

so kepada anda semua d luar sana d harap berhati hati lah .

i tengok owner soffware ni dok gila robot dia jer ..

i pun kalau dah ada ilmu atau senjata utk win forex ni takkan bocor rahsia ni pada org awam ..

sebenarnya ramai juga yg pakar & selalu menang dlm forex nih.... tapi diaorg takkan buka mulut .
sebab nya adalah because only the 5 % could win forex ....

ha ha ha ha !!!

http://panjisemarang.blogspot.com

Anonymous said...

Setuju sgt2..
klau kail pjg sjgk,lautan forex jgn diduga..
Hahaha