Followers

Saturday, July 20, 2013

Sharul Dah Kotakan Janji. Mekasih Banyak-Banyak Bro

Sharul Dah Kotakan Janji. Mekasih Banyak-Banyak Bro



 
 miliunsoftware@gmail.com



Salam kengkawan,

Korang ingat lagi janji kita bersama kalau dah masyuk jer trade pakai Miliun Software, kita nak sponsor budak-budak tahfiz.

Sms dari Sharul
19 julai 2013
4:00:00 pm
Uncle, tolong bagi contact no, person & address pusat tahfiz yg mohon sumbangan peti sejuk tu. Weekend ni saya nak uruskan pembelian. Yg elok & sederhana saiznya, harganya maybe dlm RM600/700. Apa2pun nanti saya maklumkan kosnya & minta uncle maklumkan no acc  saya kepada mereka2 yg ingin menyumbang. Tq

Aku pun jawab balik sms dan call dia.

"Beb, jap-jap lagi lepas buka kang aku kesana". lebih kurang macam tulah sebab aku dah delete sms yang aku beri kat dia

Lebih kurang  pukul 8 malam aku ke tempat tahfiz jumpa dengan Pak Ali tukang masak budak-budak tahfiz tu. Dia pun bawak aku kedapur.

Bila masuk jer ruang dapur hati kecik aku berkata

"Daifnya dapur dia. Satu dapur jer ke? Camner Pak Ali boleh masak lauk pauk, air minum ngan goreng menggoreng ni!"

 Pak Ali pun dengan selamba minta aku 3 dapur, 10 jag air, blender, freezer, 10 kepala gas dan 120 gelas.

Memang aku saja tak padam nombor tepon dia. Lepas ni kalau korang nak sponsor apapun, tak payahlah contact aku lagi. He he

Lepas lepak kat dapur tu lebih kurang 15 minit, aku pun minta diri dulu

"Pak Ali, saya tak janji apa-apa. Kalau ada rezeki, saya akan usahakan barang yang Pak Ali minta tu dalam masa dua tiga hari"

Masuk jer dalam kereta aku terus tepon bro Fini tokey Saufiville

"Beb, wa sedih siot tengok dapur tahfiz tu.Daif sangat. Aku pun tak tau camner dia orang boleh masak untuk 120 pelajar setiap hari dengan satu dapur! Kau nak tengok tak?"

Pantas dia menjawab

"Nak, kau datang umah aku yang kat bawah tu. Beri aku 20 minit. Nak solat dulu"

Sampai jer kat sana, bro Fini suruh aku tunggu jap sebab Mem (bini dia daaa) nak ikut sekali.

Kami pun membebel dan merapu pasal Miliun Software.

 klik imej lebih besar

"Sementara nak tunggu debit card lagi seminggu sampai, terpaksalah aku menyusahkan sahabat keluarkan untung USD1,000."

Bro fini terkejut sambil terbeliak mata

"Empat hari jer dapat untung cenggitu?"

Aku pandang dia balik dan sound tepek

"loor, akaun tu kan pakai 34 Miliun software. Yang ko trade cuma 15 jer. Jangan jeles beb"

Muka dia agak blur!

"Aku tak kira, aku pun nak macam ko jugak!

 Mem yang duduk kat kerusi belakang gelakkan perangai kami berdua.

Pendekkan citer, bila Mem melangkah masuk dapur tu, muka dia terus berubah. Mata dia agak tajam memandang keliling. (hati-hati dengan mata seorang wanita yang sedang merenung tajam...)

"Jom kita balik Uncle"

Dalam hati aku cakap

"Aku dah agak dah..."

Masuk jer dalam kereta bro Fini terus membebel.

"Peti sejuk kat luar tu kena basuh dulu ngan isi gas. Peti sejuk tu tak pakai. Dari rumah Glenmarie"

Aku perhatikan wajah Mem dari cermin sedang merenung sesuatu memandang luar tingkap

"Lu nak aku tepon Jamal sekarang jugak ke uruskan benda alah ni?"

Dia menangguk beberapa kali tanpa bersuara. Aku pun call lah si Jamal buat apa yang patut. Sampai jer rumah, mem orang pertama keluar dari kereta melulu kedapur. Aku dengan bro fini ke ruang stor tengok peti sejuk. Mak ai! punyalah besar peti ais ni. Kalau kena hempap gerenti mati pucuk ni!

Pastu aku kedapur lihat mem tengah sibuk memender tah mengarahkan tigs orang gajinya keluarkan barang-barang.

Tu diaaa...100 pinggan dan 100 gelas yang masih dara lagi dalam besen biru.

Masa aku berbual dengan bro Fini, Mem sempat mencelah sambil dia mengarahkan pekerjanya ambil blender kalau tak silap aku..

"Benda ni kami beli pasal kami ingat abah nak pakai tapi tak jadi sebab dia nak yang kaca"

Aku pun mengangguk. Mem, kalau lu baca artikel ni, sebenarnya aku tak faham bende pun apa yang  ko cakap semalam.


Lepas semua barang dah sumbat dalam kereta, (punyalah banyak mem sedekah) kami bertiga pun hantar kat tempat tahfiz tadi dan Jamal jugak dah settlekan masalah petisejuk tu. Mekasih Jamal kerana repair dan uruskan penghantaran pakai lori besar tu!

Rehat menulis jap ek nak minum air kosong ngan isap rokok dulu. 

Lek lu sap kok tang lu.

........................................................................................................................................................

Tadi aku pergi chow kit ngan sentul beli barang dengan Sharul Audi Putih untuk Maahad Tahfiz Alquran Janda Baik.

Bil kesemuanya RM1815 termasuk dapat free air coke dengan air mineral sebab aku aku tak puasa (sesnggugut datang bulan.muahahaa..).


 
 Korang email kat shahrul_s@yahoo.com minta account number dia. Pandai-pandailah korang bincang sorang nak bagi berapa.

klik imej lebih besar dan save image as

USD 451.69 x 3.20 = RM1443.20 dalam masa 5 hari lebih kurang sehari RM288.64. Oklah tu bro. Baru seminggu jer hampir 10% pakai 15 Miliun Software. Kita tengok satu bulan camner nanti. Agak-agak aku tak kurang 40% untung kau sebulan. Boleh dikira masyuk aar tu. Jual bulu idung pun blom tentu boleh laku!

Yang lain tu tak gheti-gheti nak email kat aku korang punya statement.. Asyik-asyik hantar sms jer perkembangan terkini.Camner pun aku rasa terharu bila korang ucap terima kasih bila Miliun Software buat keuntungan setiap hari. 

Kengkawan, semua rezeki yang korang dapat setiap hari dari Miliun tu sebenarnya DIA yang beri.

Sebelum aku blah dulu, sekiranya ada pembaca menyindir kerana berperasangka kami nak satu dunia tahu tentang sedekah ini, hanya ini saja jawapannya

2:271. Jika kamu menampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya, dan memberi orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itu lebih baik bagi kamu, dan akan melepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah menyedari apa kamu buat.




Sori banyak-banyak kalau tulisan aku kelam kabut sebab tak tahan dengan pelbagai bau lauk dengan kuih yang dia orang masak dan juga sms serta panggilan. Ermmphh..

Artikel berkaitan (klik)

5 comments:

C++ said...

Bhai US...

Nanti ader masa lepas raya gua singgah Janda Baik... itupon kalu lu ader kat sana la... kalu lu ilang beraya kat LONDON ker... susah la gua nak pi sana...

Nanti biler jumpa gua story... InsyaAllah...

Bantuan dari Allah Taala akan sentiasa ada bagi orang yang berhadap hanya kepadaNYA...

ezzard ruzlan said...

Alhamdulillah..

Anonymous said...

Uncle kalau boleh akaun-akaun yg publish tuh bg la tau sapa punya.sbb keliru bila uncle cite tak bagi tau akaun sapa.Anyway akaun sapa yg untung 1000usd tuh?

ayhayida said...

Salam,

Encik Uncle, Saya berminat nak melabur dlm akaun Miliun Software tu. Bagaimana caranya dan berapakah modalnya.

Anonymous said...

for me,its nothing but a blatant lie..