Followers

Friday, July 26, 2013

Tak kan bisul kat punggung pun nak beritau kat orang kot?

Tak kan bisul kat punggung pun nak beritau kat orang kot?

 
 miliunsoftware@gmail.com



Kepada semua kengkawan aku yang suka buat baik tu, hanya Allah saja yang mampu membalasnya. Disini ada tiga ayat untuk korang.

2:277. Orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik, dan lakukan solat, dan beri zakat, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:82. Dan, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik, mereka itulah orang-orang Taman; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.

3:57. Bagi orang-orang yang percaya yang buat kerja-kerja baik, Dia akan bayar sepenuhnya upah mereka; dan Allah tidak suka orang-orang zalim."

Cuma kekadang tu aku terfikir juga kenapalah korang tak benarkan email korang didedahkan.

Kalau alasannya tak nak bayar cukai pendapatan, aku rasa tak boleh aarr camtu...tolak lah apa yang patut pastu kenalah bayar. Kalau tak camner negara dapat sumber pendapatan. Alaaa..berapa percent sangat pun.

Takpelah, biarlah aku bersangka baik, mungkin ada banyak benda yang korang tak settle lagi.

49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa.

Terlanjur tu aku nak cerita yang berkaitan artikel diatas. Dua hari lepas, kawan aku sorang ni Mat Saleh dari Jerman dah lama lepak kat Malaysia ni.

Dia beritahu aku yang anaknya (putera 34 tahun dan puteri 31 tahun) dah lapan belas tahun tak berjumpa nak datang Janda Baik. Aku pun minta tolong Ku Shah amik mereka berdua di KLIA.

Daphne, anak pompuannya juga seorang pelukis dan penulis buku kanak-kanak.
Muka dia lebih kurang macam salah seorang anggota kumpulan Bond yang pakai baju ngan skirt pink dalam video seperti dibawah.

Pendekkan citer, semalam aku pun bawaklah Daphne anak perempuannya dengan alamak lupalah plak nama mamat tu tapi ada sikit bunyi aklaken (macam citer pramlee, nama lawyer sulaiman aklaken - susah sangat nak sebut nama orang Jerman ni) dia orang jalan-jalan kat Kl. Masa dalam kereta tu terbuka lah rahsia. ceritanya camni.

Satu hari tu, ayahnya (kawan aku tulah) beritahu anak-anaknya yang dia nak ziarah ibunya (nenek putera dan puteri tu) yang sedang sakit dihospital. Selepas dia keluar jer dari rumah, sampailah hari ni dia tak balik terus.

Bila aku tanya aklaken kenapa ayah dia buat macam tu, dia jawab ayahnya banyak hutang!

Moral of the story, setiap dari kita ada 'warna warni' tersendiri. Tak kan ada bisul kat punggung pun nak beritau kat orang. Kan?

Artikel berkaitan (klik)
 


 

1 comment:

bluoteeth said...

Nasib baek sya xde modal. Kalau ada modal akan lakukan perubahan yg sebaik2 usaha walaupun ia hanya sebagai pendapatan sampingan sbg salah satu cara langsaikan utang sikit demi sedikit. (Nota: "suatu masa sya akan hubungi anda.")