Followers

Wednesday, July 10, 2013

Tak Kan Korang Jer Nak Beraya? Orang Lain? Jangan Selfish lah Bro!

Tak Kan Korang Jer Nak Beraya? Orang Lain? Jangan Selfish lah Bro!


miliunsoftware@gmail.com

klik imej untuk lebih besar kalau tak nampak

Assalamualaikum Uncle,

Moga Uncle &Pak Habib dirahmati Allah selalu.

Saya pengikut setia blog Uncle & saya sgt admire pd Pak Habib walaupun secara jujurnya saya bukanlah pembaca koleksi buku tulisan Pak Habib (sebab stress dgn isu politik).

Saya pernah ikut kursus berkaitan Forex dan pernah hendak cuba trade sendiri. 

Walaubagaimanapun atas nasihat kawan2 yg pernah gagal dlm Forex hasrat tu saya batalkan. Tambahan pula saya ni jenis yg sangat lambat pick-up bab IT ('processor' lembab).

Bila uncle tulis tentang Forex saya sebenarnya skeptikal tapi disebabkan I've faith in you, saya ikut juga tulisan uncle sampailah ke posting terbaru pasal tawaran untuk robot dgn special discounted rate @ percuma.

Uncle, personally saya ni individu yang bermasaalah kewangan. 2 buah kereta saya telah ditarik bank & 2 kad kredit telah dibatalkan. Namun saya terpaksa menanggung baki2 bayaran kereta & kad kredit ni. Gaji bulanan bersih saya sebagai XXXXXXXXXXXXXX tak mampu nak tanggung komitmen bulanan yg tinggi. 

Walaupun begitu, saya masih ada baki personal loan XXXXX. Mujur XXXXXX masih terima permohonan dari individu yg diblacklist CTOS. Baki yg tinggal ditgn ni sgt2 kritikal. Kalau tersilap percaturan nahas saya. Lagipun 1 Ogos ni (bebrapa hari sebelum raya) XXXXXX akan mengarahkan XXXXXXXXX. Sekarang ni tengah bersiap untuk keluar rumah & menyewa rumah lain.

Ini sebenarnya cadangan @ point yg saya nak mohon Uncle timbangkan. Saya boleh tarik sebahagian baki loan yg ada sebanyak RM3,500 sebagai modal trading. Masalahnya, saya tak ada computer riba (tak cukup duit nak beli), tak de talian internet, kepala dah 'blackout' pasal Forex & lebih berat lagi saya dah tak berapa boleh nak handle diri sebab masalah kewangan & rumahtangga.

Oleh itu, saya mohon jasa baik uncle dan sahabat2 uncle yg hebat dlm forex tolong tradekan (guna bantuan robot) untuk saya. Kalau tak silap dari segi undang2, mungkin tak dibenarkan, melainkan kalau duit modal saya tu diletak atas nama trader tersebut, as if dia yg punya. So, dalam tempoh tu saya bukan nak goyang kaki. Saya nak belajar dari mentor dan kumpulkan keuntungan sikit untuk beli prasarana. Bila dah cekap baru boleh handle sendiri akaun.

Risiko mungkin ada jika tiada amanah. Tapi saya berserah pada Allah & Rasul. Jika ada sahabat trader forex uncle yang sudi saya sanggup ambil risiko. Mudah2an dengan berkat Ahlul Bait & Itrah Nabi s.a.w, semua akan berjalan lancar.

Mohon jasa baik uncle untuk perhalusi dan timbangkan cadangan saya. Kalau uncle nak jumpa saya secara bersemuka untuk bicang lebih lanjut saya akan datang. Untuk memudahkan uncle menilai saya, berikut saya turunkan sikit biodata saya :

Nama : XXXXXXXX
KP  : XXXXXXX
Alamat : XXXXXXXXX
Pekerjaan : XXXXXXXX
Majikan : XXXXX (gambar ada dlm website XXXX di bhg XXXXX)
No H/P : XXXXXXX (sudi2kan call @ sms jika ada keperluan)
Isteri : XXXXXXX
KP : XXXXXX
Pekerjaan : XXXXXXX
Semoga mendapat maklumbalas dari uncle.

Terima Kasih

 XXXXXXX

Komen Panjang Lebar Aku. Kalau Tak Larat Tak Payah Baca...

Mungkin ada diantara kita akan turut simpati dengan masalah beliau tapi ada juga yang berpendapat sendiri cari penyakit sendiri kena selesaikan dan ramai juga yang tak nak amik tahu pasal masalah sendiri pun tak tertanggung.

Habis nak buat camner? Orang minta tolong tak kan nak sound balik!

93:10. "Dan bagi orang yang meminta-minta, janganlah mengherdiknya",

Walaubagaimanapun, cadangan saya seperti entry yang lepas (Jika kamu tolong Allah, Dia akan tolong kamu, dan Meneguhkan kaki kamu...) dengan isu diatas nampaknya dah tersasar jauh sebab cadangan saya hanya untuk famili (ibu-bapa dan sanak saudara)

2:215. "Mereka tanya kamu mengenai apa yang mereka patut nafkahkan. Katakanlah, "Apa sahaja kebaikan kamu nafkahkan adalah untuk ibu bapa, dan sanak saudara...."

Pada pendapat saya,  rakan-rakan yang hadir Bengkel EA Fx Group pada 6hb & 7hb Julai 2013 seperti Mohamad Azmi, Mohd Zuhaili, Abdul halim Ketemir, Shahrul Sazali, Zulfadhli, Muhsin Cholan, Mohd Fairunorizad, Kamaruzaman, Ramli Bahali, Mohd Nazmi, Abu Bakar, Irwan Abdullah, Zuarifin Kamaruzaman, Maslie Ikran, Mohd Aidi dan Khairulazhan mungkin boleh membantu. Korang pun tahu caranya camnerkan?

Korang ingat aku tak tahu korang baca blog aku ke?

2:261. "Persamaan orang-orang yang nafkahkan (belanjakan) harta mereka di jalan Allah seperti persamaan sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai bijirin. Pada tiap-tiap tangkai bijirin, ada seratus biji. Maka Allah gandakan kepada sesiapa Dia hendaki; Allah Merangkumi, Mengetahui"

Allah boleh GANDAKAN berbilion-bilion PERCENT!. ROBOT ni paling banyak pun 500%. Korang janganlah kemut sangat. Aku cuma letak satu ayat saja daripada 56 ayat keseluruhannya tentang nafkah. Apa kata bulan mulia ni korang selak-selak sikit ayat tentang nafkah.

Tak kan nak menguap memanjang pastu layan FB ngan lain-lain.

Adalah tiga empat orang tu dah start trade pun dan ROBOT dah bagi untung 150 hengget dalam sehari. Kan? Tak yah tipu aarrr...He he

Per cer komuniti yang korang semua plan tu dah start ke? Boleh lah bawa bincang isu-isu sebegini.

Tak kan korang jer nak masyuk memanjang seumur hidup dan beraya sakan ogos ni?

Kongsi-kongsi lah wei...(hungry man is angry man - perut tengah lapar ni)

 2:177 "....memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta..."

Pada pemberi email dan juga  pembaca blog ini yang mempunyai masalah, sekiranya tiada maklum balas atau tiada sesiapapun yang nak bantu isu-isu sebegini atau mungkin masalahnya lebih berat lagi  dalam masa 24 jam dari tarikh artikel ni ditulis, aku berjanji akan cari seseorang untuk membantu (sponsor ROBOT atau pendekatan yang lain).

Korang janganlah tergesa-gesa sebab aku pun ada banyak hal yang belum diselesaikan. Dengan tuhan yang kita minta tolong pun kena cool. Yang penting kena banyak ingat waktu pagi dan petang kat DIA dalam hati, rendah diri, takut dan suara lembut (7:205) barulah DIA ingat kat kita balik.(klik). Macam kita dengan awekz ke, isteri ke, kengkawan ke atau famili..kalau kita selalu calling-calling atau sms dia orang pasti dia orang ingat kita. Tak kan tak tau kot.

Yang paling penting dalam apa jua hal, kita cubalah sebaik mungkin untuk tak jadi jangan kelam kabut tahap maksima walaupun ciptaan kita sebegitu. Tak gitu bro..saling tegur menegurlah kalau aku buat silap

21:37. Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka jangan kamu minta disegerakan.

Korang jangan ingat aku kaya raya sebab ikut undang-undang ciptaan manusia, aku ni seorang yang muflis (bangkrap). Tapi aku cubalah minta tolong kengkawan sekeliling bantu kengkawan seagama dan sebangsa yang susah.

90:4. "Sesungguhnya, Kami mencipta manusia dalam kesusahan."

Last kopek sebelum aku blah, please remember this ayat

94:5-6. “So, verily, with every difficulty, there is relief: (repeated) Verily, with every difficulty there is relief.”

Artikel berkaitan (klik)

1 comment:

Anonymous said...

Peace...why now no more kisah pendedahan mcm before ni?dah kena ugut ek?