Followers

Monday, August 19, 2013

Bukan Saufivile Tapi Cheringin

Bukan Saufivile Tapi Cheringin



Disebabkan masih takder lagi kemudahan internet, terpaksalah program diadakan kat Cherengin Hills Convention & Spa Resort pada 30hb dan 31hb Ogos ni.

Aku tepon Boss Saufiville bro Fini tanya camner line internet rasanya boleh dapat tak untuk camp ni. Dengan nada sedih dia jawab takder harapanlah. Aku pun cakap kat dia nanti aku call dia balik nak pikir camner.

Pastu aku terus call Boss Cheringin Hills samada tarikh 30 ngan 31hb tu masih kosong lagi atau tak. Dia kata nanti dia datang rumah aku untuk bincang. Aku minta dia lagi setengah jam aku sendiri jumpa dia.

Aku bersama Yanti. Siapa yang masih bujang tu mungkin jodoh anda disini kot? Bujang tiga tak masuk dalam list. Korang datang sini nak tambah income bukan tambah kilang!

Bila sampai jer kat Cheringin, dia perkenalkan kat aku kat orang kanan dia Cik Yanti. Muka cute, pakai tudung ngan spek petak. Aku dimaklumkan awekz ni masih solo lagi..Amacam bro? Hu hu

Boss dia bro Azman Osman tak nak aku paparkan wajahnya kat sini takut Neelofa jatuh hati kang.

Big Boss (owner) hotel ni sempat datang dan bersalam ngan aku ucap terima kasih. Cam tulah bro, tak sombong walaupun sen lu lebat. Jangan lupa beb, kalau nak tukar yang baru, kereta yang lu pakai tu jangan lupa tolak ngan kita orang. Nombor plate cantek tu! Jual murah-murah sudahlah...

 Tempat Pendaftaran kat sini. Ada dua awekz yang akan berurusan dengan korang

 Satu bilik share dua orang.

 Siapa yang nak bawa orang rumah/mak andeh/kawan, lu orang kenalah bayar sendiri duit bilik dengan duit makan untuk dia orang.

 Saper yang tak nak share dengan orang lain sebab takut kena liwat atau demi menjaga status atau takut kutu babi member yang tido katil sebelah melompat kat bulu korang, sendiri mau ingatlah..Lu kena topup duit sendiri sikit untuk sewa bilik.. Sila inform awal beb.

Bilik ni lah nanti robot Miliun akan dimasukkan dalam laptop korang. Admin juga akan ajar cara nak cut untung bila-bila masa korang suka

 Kita semua makan kat area ni. Yang paling best sekali, kalau ikut jadual Boss Cheringin hari Sabtu tu nanti (31hb Ogos), pihak hotel ada buat OPEN HOUSE. Jadi...lepas kita makan lunch, kita boleh belasah sekali lagi makanan dia orang. Jangan malu sebab kita semua dijemput. Yeszeerr..

Menu kat atas ni adalah untuk santapan kita semua. Yang warna kuning tu adalah yang special punya. Aku belum try lagi tapi nasi goreng cina yang bedal tu memang terbaeekk diladang.

Dari tempat aku menumpang tinggal rumah bapak aku ni, lebih kurang dua kilometer untuk kesana. Korang  jangan plak lupa pesan izad (ezzardroslan@gmail.com), settelkan dulu yang dia email minta korang buat supaya hari tu nanti senanglah Hamba Allah installkan Miliun kat gajet masing-masing. Kalau petang jumaat tu dah settle, korang boleh balik hari tu gak. Siapa yang teringin nak tengok hasilnya, hari tu gak Miliun boleh start trading.

Nawaitu korang datang jauh-jauh ke Janda Baik adalah kerana MILIUN. Jadi,  janganlah nak amik kesempatan yang lain!  Jangan kecik hati, cemburu atau berfikiran negatif sekiranya pendapatan anda tidak sama dengan kengkawan yang walaupun bilangan unit Miliun, margin dan waktu yang sama ditrade kerana Rezeki ditanganNYA. Sila klik artikel ini sebagai renungan

 
Jangan lupa tuntut tshirt ngan topi masa mendaftar nanti

Peserta pertama yang akan dijemput, kami akan settlekan kesemuanya (penginapan dan makan minum). Pendekkata, makan tido berak cangkung .Tapi Tshirt ngan Topi korang kena beli sendiri sebagai bukti nak tunjuk kat bini masing-masing yang korang tak kona tempat lain atau sebagai kenangan atau koleksi masing-masing.

Artikel aturcara nanti aku entry akan datang. Perut aku lapo.

Abiss..

Artikel berkaitan (klik)
 
 

2 comments:

Daud Haron said...

assalamualaikum uncle,
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan tahniah pada uncle dan pencipta robot diatas usaha membantu seramai mungkin para trader forex,sekiranya uncle tidak keberatan izinkan saya untuk turut serta dalam usaha ini utk sama sama dalam membangunkan usaha murni ini..boleh la saya dapat berkongsi pengalaman saya yg serba sedikit ini..kelemahan dan kelebihan robot ini.uncle boleh semak link saya...http://www.majalah.com/?profile:daud-haron:7JNBX4H5DM

Anonymous said...

Quote,

".....Cik Yanti. Muka cute, pakai tudung ngan spek petak. Aku dimaklumkan awekz ni masih solo lagi..Amacam bro? Hu hu"

Hmm...sejuk mata memandang..ada chance...hehe