Followers

Sunday, September 8, 2013

5 Hari Syahrull Masyuk RM819 - Peserta Kedua

5 Hari Syahrull Masyuk RM819 - Peserta Kedua


Peserta terakhir tanpa yuran tahunan
Tinggal 6 Hari Lagi Untuk Mendaftar
Sila rujuk artikel ini (klik) untuk maklumat lanjut 
miliunsoftware@gmail.com



Untuk menyara hidup diri sendiri dan tanggungan, duit mesti dicari. Nak meminta-minta dijalanan, aku tak terfikir lagi selagi Allah masih izinkan guna akal dan kudrat yang ada pada diriku. Harta yang adapun, rumah dan kenderaan, masih milikan bank selagi bayaran belum habis dijelaskan. Dengan tanggungan seramai 5 orang (isteri dan 4 anak) dan bekerja makan gaji, setiap bulan aku dah boleh jangka berapa ringgit je yang tinggal. Juga sebagai anak yang masih mempunyai Ibu, tanggungjawab kepada Ibu tidak pernah aku lupakan.

Pelbagai ikhtiar dan usaha mencari pendapatan tambahan dah aku lakukan sejak berkeluarga 9 tahun yang lalu, sebut je berniaga, MLM, insurans, pelaburan dan juga usaha berjimat cermat. Namun, masih belum berjaya dan aku tempuhi pelbagai ujian dan halangan. Membaca blog UncleSeekers, walaupun macam-macam cerita, sesuatu yang tidak aku tinggalkan sejak 2 tahun yang lalu kerana dapat juga menjiwai cerita masyarakat yang berbeza pangkat, pekerjaan dan pendedahan kehidupan.

Dari Version 1 hinggalah Version 2 sekarang ni.

Sehinggalah Jun 2013, blog Uncle Seekers mula bercerita tentang jana duit dengan robot/mesin duit. Aku ikuti dengan penuh minat sebab pertama aku memang perlu duit tambahan agar dapatlah segera bayar hutang dan kedua aku yakin pada robot/ mesin duit blog Uncle Seekers perkatakan ini. Kenapa aku percaya? Sebabnya aku yakin pada keikhlasan Uncle untuk berkongsi peluang ini.

Dengan email Sahabat yang dinyatakan dalam blog tersebut, aku pun mula berbalas email.

Segalanya menjadi kenangan hidupku. Setelah hampir 3 bulan berlalu, diringkaskan cerita, akhirnya aku pun berpeluang hadir Bengkel EAFX Ke-2 pada 30-31 Ogos 2013, dari Labuan aku harungi cabaran dengan penerbangan ke LCCT dan seterusnya kereta sewa ke Cherengin Hills Janda Baik.

Bengkel EAFX Camp 2, 30-31 Ogos 2013, Cheringin Hill Janda Baik.
Memang Terbaik

Hari pertama, selepas pendaftaran, aku dan lain-lain peserta semua memakai Topi dan TShirt Miliun ni. Teruja bertemu Uncle Seekers penulis blog yang dah 2 tahun aku ikuti blognya, Hamba Allah dan Sahabat, individu yang bertanggungjawab terhadap robot Miliun ni.

Ada bersama blogger Sufi menceritakan pengalamannya trading secara manual sejak tahun 80an lagi. Wajah mereka, kata-kata mereka, gerak laku mereka, aku yakini kejujuran dan keikhlasan mereka. Peserta yang hadir juga terdiri daripada pelbagai latarbelakang, yang memang dah senang lenang hinggalah serupa aku juga mencari cara menambah pendapatan keluarga.

 Hari Pertama Pembukaan (2 Sept 2013)
Modal USD3000.
Mula trading waktu Malaysia jam 11:58 pg.
Syukur kepada Allah

 Hari Ke Pertama (2 Sept 2013)
Modal USD3000.
Dah dapat untung USD 41.60 x 3.40 = RM 141.40.
Syukur kepada Allah

 Hari Ke 2 (3 Sept 2013)
Modal USD3000.
Dah dapat untung USD 75.16 x 3.40 = RM 255.50.
Syukur kepada Allah

 Hari Ke 3 (4 Sept 2013)
Modal USD3000.
Dah dapat untung USD 137.09 x 3.40 = RM 466.30.
Syukur kepada Allah

Hari Ke 4 (5 Sept 2013) 
Modal USD3000.
Dah dapat untung USD 183.17 x 3.40 = RM 622.70
Syukur kepada Allah

Hari Ke 5 (6 Sept 2013) 
Modal USD3000.
Dah dapat untung USD 241.78 x 3.40 = RM 822.
Syukur kepada Allah

15 robot Miliun ini akhirnya dengan susah payah dapat jua aku miliki. Syukur Alhamdulillah. Dengan bimbingan mereka, aku mula trading dengan modal sebanyak USD3000 pada 2 Sept dan sehingga 5 Sept 2013 profit diperoleh sebanyak USD241. Wow banyak tu (USD241x3.40= RM819).

Sedang berjalan bersama peserta-peserta terdiri dari pelbagai lapisan.

Program dimulakan dengan warm-up Zumba dari Persatuan Kecergasan Labuan.

Jam 6:45 pg dah tiba di pentas pelepasan program. Ada banner kecil di belakang memaparkan laluan perjalanan 10,000 langkah = 6.5 km. Berpakaian Topi dan TShirt Miliun, semangat kesihatan dan jana keuntungan. Program bermula jam 8:00 pagi. Awal sampai sebab urusan daftar.

Syukur kepada Allah, terima kasih kepada Hamba Allah, Sahabat dan Uncle Seekers kerana berkongsi cara menambah pendapatan. Aku teruja dan sekali lagi pada 7 Sept 2013 aku memakai Topi dan TShirt Miliun ni dalam Program 10,000 langkah peringkat Labuan sebab rasa amat gembira dipertemukan dengan cara menambah pendapatan yang sesiapa sahaja mampu miliki ini. Syukur ...

Syahrull
syahrull@icloud.com

Artikel berkaitan 1 (klik)    
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)

3 comments:

WaPakaiConverse said...

ALHAMDULILLAH RESKI ALLAH..

Tahniah bro Syarul

ALLAH LEBIH MENGETAHUI :) dan kami bersama anda @CAMP-2

Bro Jacket @ Camp 2 said...

Tahniah Syahrull.
Alhamdullillah rezeki dari Allah. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." (Ar-Ra'd 13:11).
Sempat juga kau orang mandi sungai sebelum balik. Kasi kool sikit sebelum trading. Apalah Uncleseekers, tak jemputpun aku. Kalau tak silap kat Labuan takde sungai. Yang ada Sungai Lada dan Sungai Labu je.
Aku baru nak start trading hari ni. Minggu lepas tak jadi. Sahabat nasihat elakkan trading minggu pertama setiap bulan. Selamat maju jaya. Selalu2 lah posting khabar gembira untuk rakan2 seperjuangan. Sambil2 tu dapat menyangkal semua komen dari nyamuk2.

Anonymous said...

Tujuan kita sama, menambah pendapatan & menyelesaikan hutang yg ada. Semoga keluarga tidak terbeban dgn hutang yg ada, tambahan kos sara hidup yg meningkat. Semoga menjana pendapatan pada peserta camp 2.