Followers

Monday, September 30, 2013

Gelagat Peserta Ketiga (Part 6)

Gelagat Peserta Ketiga (Part 6)



Semalam saya dan isteri ke Janda Baik sebab nak tahu pasal Miliun Silver. Dapat berjumpa dgn Group 3 dan beberapa rakan dari Group 1 serta 2. Saya sempat jugak bertanya adik peserta wanita termuda dari Group 3. Rupa2 nya adik ni mai jauh dari Penang tu. 
Terima kasih kepada Uncleseekers kerana jamuan yg disediakan. Terima kasih jugak kepada Bro Darwish kerana menyediakan dan membakar daging BBQ. Sedap tu… rugi sape2 yg tak datang. Selepas makan, sempat bersalaman dengan Haji Abdul Latip yg sedang tunggu Hamba Allah dok copy Miliun Silver untuk Haji bawak balik.
Selepas hampir semua peserta balik, satu perjumpaan diadakan antara Uncleseekers, Hamba Allah, Sahabat dengan rakan2 Group 1 serta 2 pasal Miliun Silver. Dalam perbincangan, saya ada sikit naik angin satu badan. Bukan sebab trading tapi yg hadir perbincagan tentu tahu sebabnya. Trading saya selama 15 hari pun mood masam jugak. Balance: $2,488. Floating: -$605. Equity= $1,883. Loss: $117. Jadi, atas nasihat Hamba Allah, saya pun setuju tukar ke Miliun Silver.  Kepada rakan2 dari Group 1 dan 2, rajin2 lah call Sahabat kalau nak tahu atau tukar kepada Miliun Silver.
Baru tadi jam 1:07 pagi, Sahabat sms saya mintak password trader saya. Dia nak set up Miliun Silver untuk saya bagi start trading hari Isnin ni. Terima kasih Sahabat kerana belum tido lagi untuk bantu saya. Mana ada orang yg sedia membantu sampai ke tahap ni.  Lu pikir lah sendiri.

Pengajaran yg saya dapat:
1.   Rezeki dari Allah. Kita memang disuruh berikhtiar. Selepas itu berdoa dan berserah kepadaNya. Trading mood masam atau mood senyum jugak dariNya. Jadi kenapa pulak kita perlu mengeluh apatah lagi melatah tak tentu pasal apabila mood masam. Seolah-olah kita tidak boleh menerima ketentuan dariNya.
2.   Sentimen trading forex secara global dalam bulan ni memang mood masam. Itu kena paham. Jangan salahkan software atau terminal pulak.
3.  Hamba Allah ada pesan jangan dok godeh software tu semasa trading tengah running. Yg gatal dok pegi godeh2 tu pasal apa.
4.   Main forex ni berisiko tinggi. Jadi “Kalau takut dipukul ombak, jangan berumah ditepi pantai”. Habis tak nak susah kalu, pegi buat lah rumah kat atas bukit Janda Baik. Hehehe.
p/s
Kepada Uncleseekers. Tolong jangan pamerkan e-mail address saya kat sini.

 Antara Peserta Pertama
6 & 7 Julai 2013

 Antara Peserta Kedua
30 & 31 Ogos 2013

Antara Peserta Ketiga
27 & 28 September 2013

No comments: