Followers

Wednesday, September 25, 2013

Semua Pemilik Miliun Dijemput Hadir

Semua Pemilik Miliun Dijemput Hadir


Hari : Sabtu
Tarikh : 28 September 2013
Masa : 2 petang
Bayaran : Free
Lain-lain : Kat bawah ni

1. Semua pemilik Miliun (peserta pertama, kedua, ketiga dan pembeli online) serta keluarganya dijemput

2. Pukul 2.00 petang sampai 3.30 petang kita dengar Pak Habib membebel


3. Pastu jumpa Hazli minta tukar Miliun versi lama kepada versi terbaru iaitu Miliun Silver secara percuma atau nak test secara percuma dulu pun boleh selama sebulan pastu kalau rasa macam best boleh amik terus tapi yang lama kena pulangkan balik. Kena pilih satu jer. Kalau nak beli pun boleh gak. Tang harga nanti tanya Hazli sendiri. Versi lama floatingnya selalu buat sakit jantung tapi untung boleh tahan (untung dan floating tinggi) berbanding Miliun Silver floatingnya rendah (untung dan floating rendah). Contoh kat bawah ni. nanti bila izad dah siapkan apa yang patut aku paparkan tempat biasa sebelah kanan blog ni untuk korang buat kajian sendiri. Lain-lain maklumat nanti aku paparkan.

 
Sekitar pukul 3.30 petang tadi

5. Pastu kita mandi sungai sama-sama tapi agak agak aaarr. Siapa yang nak bergambar kat taman silakan. Satu jer yang Pak Habib paling pantang iaitu jangan sesekali petik daun yang ada kat taman

6. Siapa nak tunjuk bakat tangkap ikan kat sungai tu dipersilakan. Ikan tengas yang paling banyak dapat kalau pakai umpan cengkering (cengekerik sebenarnya! sori tersilap taip. korang pun agak agak aar kutuk aku. Cipet aar). Siapa yang paling banyak dapat tangkap akan dapat hamper. Tiga hamper disediakan. Tak kiralah korang nak pancing atau kail atau jaring atau menjala. Penipuan menggunakan jala untuk mendapatkan ikan terbanyak amat digalakkan sebab pastu kita boleh goreng tepi sungai dan makan yang fresh fresh beb. Kuali, dapur gas, serbuk kunyit, garam dan minyak masak disediakan. Goreng sendiri kena buat!

 Klik imej lebih besar

7. Makan dan minum petang juga kami dah aturkan. Alaa..sikit jer. Setakat teh tarik, sirap limau, sandwich sardin, sandwich telo, roti jala ngan kari ayam. Aku minta bini Halim yang masak

8. Aku dah suruh menantu uruskan sate 1000 cucuk. Korang kenalah tolong dia bakar sate tu. Kesian kat menantu aku nanti. Aku sayang kat dia sebab dia bagi aku dua cucu yang comei. Aku cuma boleh buat anak jer. Nak buat cucu, menantu punya operasi plak..wakaka..

9. Dah settle kesemuanya diharap sebelum maghrib tu lebih baik korang balik dulu sebelum aku halau. Hu hu

Jumpa kat sana












Artikel berkaitan 1 (klik)
  Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)

2 comments:

Anonymous said...

Untuk pengetahuan semua.saya baru pulang dari kedai menjual alatan mancing dan makanan ikan.semua kedai saya tanya ada jual cengkering tak.diorg kata satu dunia pon tak da jual itu cengkering.itu cengkering mana itu org dapat.saya pon tarak pernah dengar.saya pon jadi pelik.setahu aku cekerik ada la.tp yg uncle mintak nie special.cengkering.. Ke cengkeh dijemur bagi kering.baru la jadi cengkering.

Hehehehehehe,
nasihat saya.jgn salah ckp,nanti kena bahan.


A.k.a aron aziz

Bro Jacket @ Camp 2 said...

Semasa keluar posting pasal Aturcara, ingatkan nak tanya boleh ke group lain join program bersantai 28 Sep. Kebetulan tghari tadi dapat sms jemputan. Keluar pulak jemputan ni. Dah kira bagus tu. Nak tanya ni. Boleh guna tuba ikan tak? Sebab nak pancing takde cengkering dan jala pulak takde. hehehe.