Followers

Saturday, October 26, 2013

Bagaimana Askar2 Miliun Silver Bertempur

Bagaimana Askar2 Miliun Silver Bertempur




Sejak saya dok godeh2 terminal Miliun Silver ni, banyak perkara yang saya pelajari. Walaupun Uncleseekers nasihat saya supaya tidak buat sedemikian, tapi saya masih berdegil. Saya buat semua ni sebab nak tahu bagaimana askar2 Miliun Silver ni berfungsi.

 Attachment 1

Cuba tengok Attachment No. 1. Pertama, saya dapat susun2 baris atau ruangan matawang yang bertanda hitam mengikut abjad. Kedua, saya dapat bukak ruangan “Comment” yang bertanda purple tu. Dari ruangan ni, saya dapat lihat bagaimana askar2 Silver diaturgerakkan.

Sebagai contoh bagi matawang audusd. Pada 23 Okt jam 4:00 pagi (waktu London), Platun Silver 30, 27 dan 29 dari Pasukan Merah telah ditugaskan untuk “buy 0.01”. Namun demikian, graf pada ketika itu semakin menurun (selling), sehinggakan mengalami kekalahan dengan “negatif 12.91”.

Pada jam 9:00, Platun Silver 30, 27 dan 29 dari Pasukan Hijau pula telah masuk untuk memberi bantuan yang lebih besar dengan “sell 0.03” bagi menampung kekalahan yang dialami oleh Pasukan Merah. Seterusnya, Pasukan Hijau telah mampu mencapai kemenangan dengan “12.60”. Dalam pada itu, pada jam 13:00, Platun Silver 26 dari Pasukan Biru juga telah masuk memberi bantuan. Walau bagaimanapun, kemenangan itu masih lagi tidak memadai dan pertempuran ini terus terjadi dengan mengambil masa yang agak panjang.

 
Attachment 2

Namun demikian (lihat Attachment No. 2), pada 24 Okt jam 14:38 (bertanda pink), pertempuran telah berakhir (close order). Pasukan Hijau dan Biru telah berjaya mencapai kemenangan sehinggakan dapat menampung kekalahan dari Pasukan Merah. Jika dikira atau lihat contoh yang bertanda hitam tu, keuntungannya tidaklah begitu banyak setiap kali “close order”. Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan “Low Risk and Low Profit” yang terdapat dalam Miliun Silver ni.

 Attachment3

Ada satu perkara lain yang saya perhatikan tentang askar2 ni. Cuba perhatikan betul2 graf bertanda pink dalam Attachment No. 3. Pasukan Hijau telah mengambil masa yang agak lama untuk memberi bantuan kepada Pasukan Merah. Kalaulah awal2 lagi Pasukan Hijau bagi bantuan, mungkin dapat kemenangan awal dan lebih besar. Jadi geram punya pasal, saya telah masukkan secara manual yang bertanda pink tu.


Kesimpulan dari coretan saya ni, saya ambil risiko sendiri untuk godeh2. Sekurang2 nya, secara tidak langsung saya dapat pelajari sesuatu dan dapat kongsi bersama dengan rakan2 yang lain.
  

 Hanya 10 orang sahaja!

Tarikh tutup tinggal 4 hari lagi (31-10-2013) (klik)
 
Keterangan lanjut.  
Kuyah 010 788 7870,
Izad 019 405 5550,  
Mus 012 334 2914,
Edzny 012 671 1344
miliunsoftware@gmail.com

Kepada rakan2 yang lain, tak payahlah nak godeh2 pulak. Senang cerita, dok diam2 seperti yang dipesan oleh Uncleseekers. Tapi kita kena paham, keuntungan atau kerugian yang kita perolehi bergantung kepada sentimen terkini pasaran forex.

Sebenarnya, apa2 pun yang berlaku, semuanya adalah semata2 atas keizinan dari yang Maha Berkuasa.

Bro Jacket @ Camp 2

 Ada Cara Nak Godeh2 Untuk Dapat Profit Lebih Sikit (klik)
Bagaimana Askar2 Miliun Silver Bertempur (klik)
 HASIL PEMERHATIAN SAYA (klik)

Komen Aku : Aduyaaaiii..tak makan saman punya orang lah mamat ni! Degil tahap cipan..Cipet aar lu bang...Buatlah apa yang abang suka. Aku dah fenin lalat ni...

Artikel berkaitan 1 (klik)
 
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)
 


1 comment:

izputra said...

Harap selepas ni bro dapat beri ulasan mengenai profit yg bro dapat dengan menggunakan miliun silver ini :)