Followers

Monday, October 7, 2013

Hari Ni Aku Nak Membebel

Hari Ni Aku Nak Membebel

Korang akan amik masa sekitar 3 hingga 5 minit untuk membaca bebelan aku ni kalau dibaca secara terperinci.  Ok aar tu..sesekali, apa salahnya. Kalau layan blue sampai setengah jam bleh pak mcm imej kat bawah ni!

 Kan aku dah cakap?

Hanya 10 orang sahaja!

Pendaftaran Bengkel Keempat Dibuka Sekarang...
miliunsoftware@gmail.com 
Keterangan lanjut. Kuyah 010 788 7870, Izad 019 405 5550, Mus 012 334 2914, Edzny 012 671 1344 

 Jom lihat prestasi Miliun Gold setiap hari yang Tuhan telah tentukan. (klik)


Anggaran pendapatan sebulan kalau ikut perancangan :
Modal USD25,000
Lebih kurang USD800 sehari X dengan 20 hari trade (sebulan) = USD16,000
Tolak Floating (unrealized) sebulan sekitar 20%  (USD5,000) = USD11,000
Tolak kos bengkel USD1,000 = USD10,000
Bahagi dua mengikut perjanjian (50/50) = USD5,000
Balik Modal  = 5 bulan kemudian (4 Mac 2014)
Bermula 5 Mac 2014 keatas adalah keuntungan sampai bila-bila sebab tiada yuran lesen tahunan sebanyak USD500 setahun. 

Perkiraan ringkas diatas adalah perkiraan budak darjah satu. Aku takder basic akaun langsung. So korang jangan gelakkan aku lebih-lebih kang aku majuk kang. Majuk kalu kucing kat umah aku gak yang susah, Keuntungan kat atas ni adalah anggaran saja. Mungkin lebih atau mungkin kurang sebab rezeki datangnya dari DIA dan korang pun tahu.

Miliun Pioneer
Kalau korang tanya aku secara peribadi, aku lebih suka trade gunakan Miliun Pioneer ni. Risikonya memang sakit jantung (floating) tapi keuntungan memang masyuk seperti taglinenya 'High Profit High Risk'. Bila dah lama-lama aku jadi kebal. Alah bisa tegal biasa.

Alhamdulillah, 4 daripada 6 pemegang akaun Miliun Pioneer yang dianggap sebagai Danger Zone telah kami selesaikan. Sorang Khamis ni dan sorang lagi aku kena tunggu Sahabat & Hamba Allah sampai Janda.

Selepas lebih kurang 4 bulan aku bergelumang dengan Miliun Pioneer ni, pelbagai suka duka (taufan dan dan tsunami) yang aku tempuh. Jangan ceritalah pasal caci maki, senyuman sinis, komen dengki yang sengaja nak menjatuhkan produk ni (ada yang aku approve dan ada yang aku delete terus dan ada juga sengaja aku simpan dulu dan akan dipublishkan bila sampai waktunya) dan juga ada yang nak mengambil kesempatan untuk mempromosikan produk mereka

Pada pemberi komen mamat sorang ni, boleh tak ko jangan hentam peribadi Hamba Allah dan Sahabat ni diruangan komen. Sampai mati aku tak kan publish! Ko ingat ko tu maksum sangat ke tak buat sekuman dosa?

Yang sorang dua ni plak tak habis-habis hantar komen tentang fatwa kebangsaan tentang hukum trade forex. Ada yang aku approve dan ada juga aku tak lepaskan sebab berulang kali hantar komen yang sama. Aku nak tanya satu soalan saja. What is ur problem beb? Kalau ko betul-betul nak ikut fatwa, ko berhenti isap rokok dulu atau jangan buat pinjaman kat bank atau finance beli rumah atau kereta sebab ianya ternyata RIBA. Boleh ke beb beli cash? Boleh tak ko hayati falsafah ni?

"Kalau kita tak boleh membantu seseorang tu, jangan kita menyusahkan dia"

Enam customer kami yang menghadapi danger zone sebulan yang lepas pun tak sekecoh macam ko. Walaupun aku suka gunakan bahasa merapu dalam penulisan, aku tak pernah sekalipun masuk blog orang dan mencaci maki samada pakai nama sendiri atau anoy dan walau difitnah dalam akhbar dan pelbagai, tubuh aku ni belum pernah masuk sebutir dadah pun. Semua famili, kengkawan dan anak-anak aku tau benda ni. Tapi aku tak nafikan sememangnya aku perokok tegar gudang garam 30 tahun sejak 1983. Kalau nak kira, dah hampir 108,000 hengget aku dah bakar duit. Perkiraan lebih kurang camni (satu bulan RM300 x 12 bulan x 30 tahun). Sukati akulah. Duit aku bukannya aku minta duit korang.
Kalau nak cerita pasal tukang komen (nyamuk) lagi satu jam pun tak habis. Aku stop dulu kat sini. Kita start balik citer Miliun Pioneer ni.

Kesimpulan yang aku dapat cuma tiga saja perkara penting!

1. Margin (modal) yang paling cun adalah skal 1:1. Contohnya USD15,000 pakai 15 robot, USD34,000 pakai 34 robot dan begitulah seterus.

2. Peram sampai tiga bulan dulu sebab floatingnya pasti turun gak walaupun amik masa sampai sebulan dua tapi keuntungannya memang masyuk beb.

3. Bukannya tak boleh trade margin yang kecik pakai robot yang banyak. Masalahnya bila floating naik mencanak secara tiba-tiba korang cuma boleh panik jer tapi yang terpaksa pikul adalah sahabat dan Hamba Allah sebab dia orang yang kena top up. Sampai bila nak camni? Sebab itulah disarankan tukar pakai Miliun Silver. Janganlah gajah nak berak besar kita pun nak ikut gak! Bila floatingnya dah turun, korang cutlah amount yang ada pastu buat apa yang patut. Lagipun pemegang akaun Miliun yang bermasalah boleh dapat percuma dengan pertukaran ni.

Satu jer perangai korang yang aku rasa tak besh tapi standard aar sikap manusia. Bila untung semua senyap jer...bila floating semua gelabah puyuh. Beb, dah namanya meniaga mestilah ada risiko. Apa saja pernigaan yang kita ceburi gerenti ada risiko! Mak nyah yang marginnya hanya kondom, mekap, pakaian perempuan, coli ngan tisu pun ada risikonya. Setakat Pak Haji punya saiz takderhal lah beb. (Kalau korang tak percaya, korang cuba interview sendiri mak nyah mak nyah yang kat belakang mati tu! Paling ramai customer adalah waktu pemilihan UMNO). Tapi kalau dapat customer negro atau arab, setakat koyak atau berdarah boleh gak pulih pelan-pelan. Kalau kena AIDS kalu?

Takder siapa yang memaksa anda untuk membeli produk Miliun tak kiralah samada Pioneer ke, Silver atau Gold atau pekejadah. Ramai yang datang ke bengkel ini ataupun yang memilikinya rata-rata kerana percaya kepada saya. Terima kasih semua.

Sememangnya berat atas kepercayaan yang diberikan tapi nak buat camner. Aku kenalah bertanggungjawab setiap sms atau email yang diterima. Tapi korang kena fahamlah gak. Kesian kat aku beb. Aku pun manusia juga ada juga masa yang diperlukan (quality time) bersama anak, cucu, famili dan orang tersayang. Bila korang tengok aku tak tulis apa-apa kat blog ni cuma ada lima benda jer

1. Aku takder idea. Masa tu aku termenung katak
2. Bahan-bahan yang aku nak tulis aku tak dapat
3. Tengah happy dengan famili atau kengkawan
4. Tengah layan tetamu dan selesaikan masalah pesakit
5. Settlekan urusan meniaga

Golongan marhaen cam kita ni cuma ada Miliun jer kalau nak duit lebih. Lubang niaga kat luar tu kalau takder KABEL, lupakan jer lah. Faham kan?

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai

Mekasih banyak-banyak pada testimoni yang korang buat, kaji dan pengalaman sendiri menggunakan produk Miliun dan berkongsi dengan pembaca blog ini. Semuga Tuhan merahmati pemegang akaun Miliun. 

Artikel berkaitan 1 (klik)
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)


No comments: