Followers

Monday, October 21, 2013

SECANGKIR KOPI JANDA - REZEKI ANAK AKU AMIRUL

SECANGKIR KOPI JANDA - REZEKI ANAK AKU AMIRUL


 
Hanya 10 orang sahaja! 

Tarikh tutup tinggal 10 hari lagi (31-10-2013) (klik)


Keterangan lanjut.
Kuyah 010 788 7870,
Izad 019 405 5550,
Mus 012 334 2914,
Edzny 012 671 1344

miliunsoftware@gmail.com

Tepat jam 1000 pagi 14 Okt 2013 sehari sebelum hari raya korban, askar-askaraku di bawah pemerintahan 40 Divisyen Miliun telah melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas pengkalan musuh setelah hampir 15 hari menyusun strategi di Janda Baik. Serangan yang disusuli tembakan bazooka, deretan kereta kebal dan serangan udara helikopter apache telah mengegarkan bumi Cipet. Serangan yang mengila itu telah menyebabkan ramai janda-janda yang lari bertempiaran ketakutan untuk menyelamatkan diri. Setelah seharian melancarkan serangan ke atas pengkalan musuh, askar-askar aku telah dapat membunuh 68.83 musuh. Aku amat berpuas hati di atas pencapaian askar-askar aku walaupun baru hari pertama membuat serangan.

Profit hari pertama USD 68.83

Ha ha ha jangan terkejut itulah mukadimah Tok Wan bagi coretan Secangkir Kopi Janda di blog uncle. Macam mana aku boleh terlibat dengan dunia forex – Miliun, aku akan cerita dari A sampai Z. Jap aku bancuh kopi janda dulu... Bagi segar bijik mata... Sejuk betul malam ni... la dah pukul 2.30 pagi rupanya... Ujan kat luar... patutlah sejuk... Datin dan anak-anak aku dah lena dibuai mimpi... Aku tak tau mimpi apa dia orang tu... Jemput minum semua... Arghhh lega rasanya... Baru boleh kayuh sampai pagi menaip artikel untuk blog uncle ni, esok ahad aku tak kerja...

Jap ada ganguan lagi... Wasap masuk... sapa lagilah tak tido malam-malam buta ni... la Bro Azmi Taliban rupanya... Ajak makan BBQ... aku hantar wasap “Pearchh bro azmi talibang.. Mung hebat bebenar... Kelah mu... “ Bakal org kaya mmg kena makan cenggini.... Bro Azmi Taliban membalas wasap aku.

Salah satu hobi aku adalah membaca blog-blog berkaitan politik (termasuk blog Kerajaan Rakyat). Memang sudah menjadi kewajipan seharian aku akan membuka blog-blog politik sebelum aku memulakan kerja walaupun semasa aku bercuti. Selain blog politik, satu lagi blog yang pasti aku jengah adalah blog Uncleseekers dari vision pertama lagi sehinggalahvision kedua sekarang.

Kenapa aku suka blog uncle... kerana aku tengok uncle salah sorang penulis blog yang berani mati. Aku tak nak ulaslah apa yang uncle tulis... Korang godeklah sendiri.... Semua orang dibelasahnya dari yang berdarjat hinggalah rakyat biasa tapi aku tak pernah komen pun apa yang uncle tulis. Bagi aku senang je, biarlah uncle nak tulis apa pun, blog dia, biaq pi lah... lu orang bising apa hal.... Lu tak suka lu blah.... Tapi yang bestnya uncle masih stedy hingga sekarang... Allah masih menyanyangi uncle...

Pada 26 Mei 2013 aku membaca blog uncle,Rahsia Bagaimana Orang Kaya Bertambah Kaya... apahal lak uncle ni dah buang tabiat ke... Aku dah mula geli bila baca bab kaya ni.... Pasal aku memang tak akan kaya kalau takat makan gaji... Makan kaya ngan roti itu biasalah...

Kalau sebut nak kaya ni apa je aku tak buat untuk kaya... dengan kerja makan gaji sebagai sorang sojar memang tak kaya sampai bila-bila pun... gaji 25 haribulan 30 dah tinggal sen je... nasib baik lah datin aku kerja... boleh lah topup perbelanjaan harian...

Aku pernah terlibat dengan saham di BSKL pada tahun 1998 tapi main redah je... pernah sekali dapat untung RM 900 sehari tapi lepas tu saham Mancon yang aku beli suspended hingga sekarang... rugi gak aku 6K... Nak salah sapa... Aku ada remaizer pompuan tapi dia tak nasihat aku pun masa bila aku kena beli atau jual... Janji dia dapat komisyen dari setiap transaksi jual beli saham.

Join lak MLM aduh lagi teruk... tiap-tiap minggu meting... balik lewat malam esoknya nak kerja... berpinar biji mata dibuatnya... Usung kotak kopi ke hulur ke hilir untuk jual kat kedai-kedai makan. Dapatlah satu kotak tu untung RM 12.00. Luar biasa baik, luar biasa baik... aku macam tu gak... tokeh makan daging aku makan kuah je... nak dapat seratus sebulan boleh terkencit dibuatnya... Aku tak nafikan memang ada yang dah jadi jutawan join MLM ni tapi boleh dikira dengan jarilah...

Jual pinggan mangkuk boleh tahan gak hasil... ambik kat Chow Kit modal seribu boleh untung RM 400... tapi aku macam bangla lah pikul kotak barang dari tingkat ke tingkat hantar barang... tak kan nak suruh datin pikul... Kau orang tau lah rumah kat KL semua macam sarang burung merpati, rumah yang aku duduk ni pun 17 tingkat. Aku duduk tingkat atas sekali. Sifu Izputra tahulah pasal awek dia dulu duduk kat Cemara. La ni awek tu jadi isteri dia. Kiranya jantan bertanggungjawablah Sifu Izputra ni... Sama gak ngan Sifu Ezdny - tokeh kambing, pernah beli rumah kat Cemara. Tapi dah jual pasal nak beli rumah lebih besar lagi. Aku masih kat cemara lah... Itu pun syukur dapat aku beli rumah kalau tak menyewa sampai matilah jawabnya. Jemput minum semua... Argghh lega rasanya... Jap aku gi tandas dulu... nak kencing...

Aku sambung balik. Sempat gak aku jeling kat Datin masa aku gi tandas tadi... Seksi gak Datin masa tidur walaupun dah anak dua... Patutnya anak aku tiga tapi yang sulung meninggal kat IJN kerana jantung berlubang. Meninggal selepas pembedahan. Datin menangis teresak-esak, aku buat coll je... dalam hati aku kata, lepas ni kita projek balik lah...

Paling best aku terlibat dengan pelaburan haram... Kau orang ingat tak zaman Swisscash, Buyeberral dan yang sewaktu dengannya... Kau orang tak yah nak cong lah tak terlibat dalam benda haram tu... Salah sorang yang terlibat adalah Bro Azmi Taliban... Kalau kau orang nak tau tokeh Swisscash yang bernama Amir adalah orang kampung aku, sedara aku belah ayah aku. Kalau kau orang yang nak tuntut hutang bolehlah, aku bawak gi kampung dia. Tapi kes dia senyap je... tapi yang aku tahu dia dah jadi jutawan dengan projek Swisscahs tu... Aku terlibat dengan skim Buyeberral jual beli minyak... Aku ni dikira pakar selok belok Buyeberral ni... tanya apa je aku boleh jawap... cakap aku memang laku... berebut geng-geng aku join... duit tak yah kira lah... hari-hari penuh ngan duit haram... bergumpal-gumpal dalam kocek seluar. Sebelum tutup dengan rasmi dapat gak aku 10K... tapi aku tak tau mana duit tu... abis macam tu je... tak berkat kot... yang aku kesian ahli-ahli yang baru join baru dapat 2 kali lepas tu ke laut. Termasuk aku punya bos dulu bergelar datuk. Lingkup RM 7,200.00, yang datuk tu dapat nombor ID je... sampai sekarang datuk tu jadi bodoh... kesian.. kadang-kadang dia bercakap ngan ayam, ngan kambing... Ada ke patut ajak kambing join Buyeberral... pening kambing dibuatnya...

Lepas tu aku join venture ngan orang kampung aku - orang kuat politik (tak nak sebut parti apa... tapi kalau kat Johor kau orang tau lah parti apa). Buat projek pembinaan Kelas F. Aku suntik modal, lepas tu ikut perjanjian aku dapat 12% dari keuntungan projek. Selepas tunggu enam bulan, bila aku tanya dia kata payment tak masuk lagi... Aku pun naik fedup.. aku call SUK Negeri Johor... Member aku ramai kat situ... staf SUK kata payment dah masuk... Aku angin satu badan... itu macam punya kawan pun ada ke... Rupanya duit untung projek dia buat beli Merc mata belalang lepas tu tambah bini... Mengkarung betul... Lebuh lagi duit aku 10K... Raya Aidil Fitri baru ni aku jumpa dia kat masjid lepas solat raya... dia hulur tangan salam kat aku... aku sambut salam dia... tapi dalam hati aku berkata, aku tak kan percaya sampai mati muka mengkarung ni... Lapar lak perut aku ni... jap aku gi dapur apa yang boleh aku makan. Nasi ada lagi, rendang daging korban ada lagi... Goreng sambal tempe pun ada lagi... Datin aku ni orang Parit Yaani dekat ngan kampung wak... Dulu aku tak suka gak tempe ni tapi dah hari-hari disogok ngan tempe... best lak jadinya... jemput makan semua... Erggghh Ahamdulilah... Jap aku basuh tangan ngan pingan dulu... Aku dengar anak aku gelak... Mimpi apa lah si Mirul tu malam-malam ni... Mentang-mentanglah ayah dia dah ada side income...

Aku sambung balik kisah aku. Lepas semua projek tak menjadi aku malas nak fikir pasal kaya ni... aku buat kerja seperti biasa kat Kementerian Pertahanan dan aku uruskan tanah arwah ayah aku dan tanah yang aku belikat kampung di Segamat. Tanah tu ada orang Indon noreh dapat lah aku seratus dua sebulan. Aku pun tak ambik tau pasal duit tu... Indon tu bagi berapa aku ambik je... Kalau Indon tu tipu kat akhirat nanti dia bayar balik lah.

Aku pendekkan cerita, aku dah lenguh menaip ni... banyak lagi aku nak cerita. Bengkel 1 dan 2 aku tak join. Aku join bengkel 3 pada 27 – 28 Sep 2013. Aku gelak tengok peserta bengkel 1, masa tu buat kat rumah uncle... Dah macam orang main jerami. Jerami ni aku main masa gi operasi di Zulu One Bar sempadan Malaysia – Thailand. Macam main terup gak... Orang utara tau lah...

Jap Datin panggil lak... Apalah yang dia nak malam-malam ni... Kacau betul lah... Sorry lah lambat sikit... Ada perbincangan sikit... heh heh heh. Bab forex ni aku memang jahil sungguh. Nasib baiklah Sifu Izputra datang KL pada 2 Okt 2013 masa dia ada seminar kat KL. Aku ajak dia makan kat Q Bistro. Melilau dia cari aku. Aku dah salah bagi nama restoran tu... Aku bagi tau kat dia Hajris tapi tempat yang aku maksudkan Q Bistro. Sory lah Sifu.. Dapat sikit ilmu forex dengan dia. Minggu pertama lepas kursus aku cari ilmu tentang forex. Cari buku forex kat kedai buku. Semua tulisan Bahasa Inggeris, cari-cari dapat lah satu buku Bahasa Malaysia kat Pudu Central. Mahal lak tu, dekat RM 40.00. Seminggu aku mentelahah buku itu. Bahasa dia guna aku nak gelak gak... 9EMA bengkok ke bawah, 9EMA bengkok ke atas... Sifu Izputra tau lah...

Minggu ke dua aku tak trading lagi. Cari modal lak, nak suntik dana berapa. Mula-mula 2K, lepas tu 5K, lepas tu 8K. Aku kata alang-alang nak buat projek ni baik buat betul-betul. Kalau nak ke laut ke laut lah... kalau nak ke darat ke darat lah... Aku suntik 10K, nasib baik masa tu aku baru dapat dividen koperasi tentera. Pada aku yang makan gaji ni, besar modal tu... tapi tak apalah aku tawakal je... Walaupun uncle kata modal besar tu berisiko tinggi dengan menggunakan 40 miliun.

Aku join Miliun ni pasal uncle yang promot kat blog dia kalau orang lain kirim salamlah aku nak join... Satu lagi ayat uncle yang aku pegang sampai hari ini “Aku berjanji pada semua pembaca dan peserta bahawa anda semua tidak akan ditipu lagi selepas ini. Korang semua boleh kencing kubur aku kalau aku dah takder dalam dunia ini kalau ianya berlaku lagi selagi ianya dibawah penguasaan aku”. Tapi kalau uncle dah tak ada, projek miliun ni ke laut, tak tergamak aku nak kencing kubur uncle... bukan pasal apa mana tau lepas tu aku kencing lansung terus tak berfungsi. Tak gila babi dibuatnya... Habis lari janda-janda.... ha ha ha

Mula-mula aku nak tred pada 11 Okt 2013 hari jumaat, nak ambil berkat hari jumaat. Masa tu aku meting kat Tower Regency, Ipoh Perak. Tengah aku syok tido, tiba-tiba ada panggilan masuk. Alamak sapa lak kacau tido aku tengah-tengah malam ni... Aku tengok jam kul 12 malam. Rupa-rupanya Tuan Azli call. Dia cadangkan agar aku tred pada hari senin 14 Okt 2013. Aku setuju je. Untuk maklumat tuan-tuan dan puan-puan, tarikh tu adalah sama dengan tarikh Miss Rabiatul tred... Kau orang jangan cemburu lak...

Tapi memang rezeki adik ni, walaupun tred pada hari yang sama tapi profit dia melebihi aku... aku tak tahu adik tu lancar pukul berapa.. Askar aku masuk kul 9.30 pagi. Kul 10 baru buat serangan. Mata aku dah berpasir, letih dan mengantuk sangat ni... Datin terus senyap setelah kita berbincang tadi... Kau orang tengok lah print skrin yang aku bagi ni...

Profit hari pertama USD 68.83 seperti kat atas tu.

Profit hari kedua bertambah dari hari pertama. Syukur pada Allah.


Profit hari ketiga menjunam teruk... Tapi kalau tukar ngan RM dapat gak RM 125.29 tu... Syukur pada Allah. Hari ketiga ni baru aku bagi tau kat Datin projek aku selama ni... Tapi sampai kul 4 petang baru masuk 4 USD. Datin senyum perli pada aku... Sabar sabar.... Semua geng MB3 sunyi sepi... wasap pun tak nak... makan daging korban pun tak nak... Bro Azmi Taliban merajuk menyorok bawah katil...


Profit hari ke empat mencanak naik USD 256.91. Tertinggi sepanjang aku tred dalam masa lima hari. Kalau tukar ngan RM lebih kurang RM 873.49. Syukur pada Allah. Peerrghh macam tak caya lak boleh dapat income banyak tu dengan SPM tak lulus ni..


Profit hari lima turun separuh dari hari ke empat USD 104.25. Syukur pada Allah.


Jumlah keseluruhan profit yang aku terima selama 5 hari mulai 14 Okt hingga 18 Okt 2013 adalah sebanyak USD 553.53 bersamaan RM 1,882.00. Syukur pada Allah. Kau orang darap lah dengan empat minggu, berapa pendapatan aku sebulan... Kalau dalam askar nak dapat gaji tu paling koman pun pangkat Leftenan Kolonel. Secara peribadi aku nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada Tuan Mizi, Tuan Azli dan Uncle yang telah memperkenalkan benda Allah ni pada aku. Terima kasih Sifu Izputra di atas ilmu yang dicurahkan, Sifu Mustafa, Sifu Edzny, Sifu Izad, Bro Azmi Taliban, Bro Vito, Bro Khusairi, Bro Wak, Bro Tony, Bro Uzair, Bro Mohd Noh, Bro Saiful Hisham, Kak Soy, Kak Ku Yah, Umi Yan, Miss Ya Ya, Miss Rabiatul dan lain-lain. Aku mintak maap lah kalau ada salah dan silap masa wasap... Tau lah sojar, yang betul 2 minit pertama je, lepas tu melencong entah ke mana... Tak lupa gak aku ucapkan terima kasih kat Datin dan anak-anak aku. Aku mintak maaplah pasal aku selalu meninggalkan Datin kesejukan di malam hari.

Besar pahala kau orang kerana bantu orang macam aku ni.. Aku join projek miliiun untuk tambah pendapatan anggaran USD 30 je.. itu pun dah hampir RM 100.00 sehari. Kalau sebulan adalah RM 2,000.00, tapi Allah bagi lebih dari itu. Maknanya ada hak orang lain dalam pendapatan tu. Insyallah aku akan gunakan rezeki yang diberikan oleh Allah ke jalan yang diredai terutama sanak saudara aku yang dalam kesusahan, kepada anak-anak yatim, orang miskin, mereka yang memerlukan bantuan dan yang paling utama kepada janda-janda.

Insyallah dengan projek Miliun ini jika rezeki aku berlimpah ruah aku akan mengahwini seorang janda dengan syarat janda itu mestilah mempunyai sepuluh orang anak. Yang bongsu mestilah berumur satu tahun dan yang tua berumur sepuluh tahun. Kira setahun satu lah... Kalau ada boleh lah hubungi aku... Aku percaya uncle dan yang lain mesti tak berani buat macam aku buat... kah kah kah (Syihh jangan bagi tau Datin lak...)

Kenangan aku dengan Sifu Izputra di Janda Baik... Terima kasih Sifu atas tunjuk ajar dan bantuan yang sifu bagi. Uncle jangan cemburu lak... Inilah imej kami yang sebenarnya... 

Aku percaya rezeki yang aku dapat ni adalah rezeki anak aku Amirul. Aku selalu tanya, Amirul dah dapat berapa USD.. Takat ini dah cecah 32.54 USD kata Datin... 

Ahhh dah azan subuh rupanya... aku nak gi masjid Saidina Osman hari ni... selalunya ada kuliah subuh lepas tu kena kopi janda ngan roti stim kat Q Bistro. Jom kawan-kawan... Aku mandi dulu dengan niat sahaja aku.... Akhir sekali aku ingin membawa kata-kata khidmat dari seorang pakar ekonomi Amerika Syarikat, beliau mengatakan “Hanya janda yang mengetahui naluri seorang lelaki” Jumpa lagi di siri akan datang Secangkir Kopi Janda. Wasallam.
Tok Wan
Bengkel Miliun 3

Komen Aku :  Cipet aar lu Tok Wan...sukati mak abah tiri ko je tulis macam-macam dalam blog ni. Camner pun aku terhibur dengan coretan ni..Bravo beb

Kejayaan pasti menjelma pada insan yang berani bertindak....(klik)
SECANGKIR KOPI JANDA - REZEKI ANAK AKU AMIRUL (klik)

Secangkir Kopi Janda – Igauan Sang Puteri (klik)
 
 Artikel berkaitan 1 (klik)
 
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)



 

2 comments:

Anonymous said...

dah semakin tak mearik blog uncle ni!

Anonymous said...

Blog awk menarik sgt ker?