Followers

Monday, November 25, 2013

MILIUN SILVER – DARI KACA MATAKU

MILIUN SILVER – DARI KACA MATAKU


Salam semua…

Kali ini saya ingin mengambil peluang untuk bercerita sedikit sebanyak mengenai Miliun Silver hasil dari pemerhatian & pengamatan setelah selama hampir 2 bulan menggunakannya.

 Testimoni - Bermula 27 September 2013

Kita semua tahu, ramai yang ‘sakit jantung’ dengan Miliun Pioneer ni dek floatingnya yg menusuk kalbu, tetapi profit yg Miliun Pioneer ni kasi kira tinggilah..sesuai dgn tema robot Miliun Pioneer “High Profit High Risk”.

 
Miliun Pioneer

Bagi mengubati ‘sakit jantung’ ni, si Hamba Allah telah mencipta Miliun Silver yg secara teorinya telah diprogramkan untuk meminimakan float negatif bagi position2 yg robot ni buka. Bertemakan “Low Profit Low Risk”, Miliun Silver dijangka mampu mengawal floating di sekitar 20% dr modal asal sekiranya menggunakan setting saiz lot yang bersesuaian dgn modal (margin) peserta.

 
Miliun Silver

So bagaimanakah caranya robot2 Miliun Silver (MS) ni bekerja? Utk lebih memahaminya, ada baiknya saya ceritakan susur galurnya terlebih dahulu…


Pendaftaran Bengkel Kelima (Terakhir) Dibuka Sekarang. Kuyah 010 788 7870 & Edzny 012 671 1344
Bengkel Kelima - 30-11-2013
Sudahkah anda selesaikan semua urusan?
(klik) (klik) (klik)

Setiap peserta Camp 3 yg lepas diberikan 40 robot MS utk trade bagi 8 pair matawang iaitu pair EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, USDCAD, USDCHF, USDJPY, EURJPY & GBPJPY. Ini bermakna setiap pair matawang tersebut akan ditrade atau dibuka position oleh 5 robot MS secara serentak pada satu2 masa.

Robot2 MS ni diprogramkan utk buka position pd setiap jam (sekiranya position2 terdahulu telah ditutup) berpandukan indicator2 yg tersendiri. Secara asalnya, robot2 ni disetkan utk membuka position dgn saiz lot 0.01 (yg kita kenali sebagai peluru pertama)& mengambil profit (tutup position) di setiap 10 pips (byprofit 1.0 @ USD1.00) pergerakan price. Sbg contoh mudah (tanpa ambil kira spread), katakan robot masuk position ‘buy ‘pd harga 1.00000, maka jika price bergerak ke atas (float positif) ke 1.00100 (10 pips – digit terakhir tak dikira), robot akan terus tutup position tu dgn memberi keuntungan sebyk USD1.00. Tapi jika price bergerak ke bawah (float negatif), katakan 0.99900 ataupun lebih rendah lagi, robot2 tidak akan tutup position sebegini kerana kita telah berada dlm position kerugian.


Bagi memastikan float2 negatif ni sentiasa terkawal & position2 yg kerugian ini mampu ditutup dengan keuntungan, teknik hedging (locking) telah hamba Allah programkan ke dlm robot2 MS. Dgn mengambil contoh di atas, jika katakan price terus menurun jauh, robot2 ni (robot2 yg sama) akan membuka position2 ‘sell’ (yg kita kenali sbg peluru kedua) pd saiz lot yg 3 kali ganda lebih besar (0.03) utk lock/hedge price position2 ‘buy’ yg berada dlm kerugian tersebut agar nilai floating negatif terkawal. Jika price menurun lebih jauh ke bawah, keuntungan yg dijana oleh position2 ‘sell’ (yg saiz lotnya 3 kali ganda lebih besar) td akan mula melebihi kerugian yg disebabkan oleh position2 ‘buy’ tersebut. Sebaik saja jumlah keuntungan melebihi kerugian sebyk USD1.00, kedua-dua position ‘buy 0.01’ & ‘sell 0.03’ ini akan ditutup dgn serentak oleh robot2 & dgn itu, kita dah dpt profit USD1.00.


Jika katakan price menurun tak cukup jauh utk peluru kedua tersebut menjana keuntungan yg melebihi kerugian pd peluru pertama td & kemudian price berpatah balik ke atas, maka robot2 ni akan buka position ‘buy’ semula (peluru ketiga) pd saiz lot 3 kali ganda lebih besar dr peluru kedua td iaitu bersaiz 0.09 utk lock/hedge kerugian pd peluru kedua td. Teknik hedging/locking ini akan digunapakai oleh robot2 MS sehingga peluru ke 4 (saiz lot 0.27) & peluru ke 5 (saiz lot 0.81) yg merupakan peluru terakhir jika sekiranya price masih zig-zagging. Selagimana jumlah keuntungan tidak melebihi jumlah kerugian sebyk USD1.00, selagi itulah kesemua peluru ini tidak akan ditutup oleh robot2 MS ni.


Perlu diketahui bahawa, sebaik saja peluru ke 4 & ke 5 (saya anggap peluru besar) digunakan, kita akan tetap alami sedikit kerugian apabila robot2 menutup position peluru2 ni. Kenapa? Sbb akaun Classic NDD yg kita gunakan ni dikenakan komisen oleh broker sebyk USD8.00 bagi setiap lot (1.00) position yg dibuka. Bagi peluru ke 4 & ke 5 yg saiz lotnya 0.27 & 0.81, komisen yg dikenakan masing2 adalah USD2.16 & USD6.48. Komisen2 ni melebihi nilai profit yg kita dpt apabila robot2 menutup peluru2 ini iaitu USD1.00 yg seterusnya menyebabkan kita kerugian. Inilah cara kerja robot2 MS ni melalui pemahaman saya.


Setakat ini, kita patutnya tahu bahawa, terdapat 8 pair matawang yg ditrade oleh robot2 MS. 5 robot akan trade bagi setiap pair & setiap robot pula mampu membuka 5 position (mempunyai 5 peluru) termasuk utk hedging/locking. Ini bermakna, robot2 MS ni mampu membuka sehingga maksimum 200 position pd satu2 masa. Bukan calang2 margin yg perlu digunakan utk membuka kesemua position ini, so, jika margin kita ciput (ditambah pula dgn leverage yg rendah) , saya cadangkan jgn trade lg menggunakan kesemua 40 robot MS ni. Dah terbukti 2 akaun MS dgn margin asal USD2000 telah ‘karam’ dlm bulan ini disebabkan penangan position berpeluru besar yg byk dibuka & digabungkan dgn float negatif yg tinggi akibat ‘tsunami’ forex.

So, apakah…

Kelebihan MS?

1. Low risk berbanding Miliun Pioneer.

2. Float yg agak rendah & terkawal iaitu maksimum di sekitar 30% dr modal asal dgn mengambil kira setting saiz lot yg bersesuaian dgn modal (margin).

3. Setiap robot memiliki 4 peluru untuk price hedging/locking.

4. Mengurangkan ‘sakit jantung ‘ & gelabah biawak di kalangan peserta..lol

Kelemahan MS?

Screenshot 1

Screenshot 2

1. Peluru utk hedging/locking hanya akan masuk apabila ‘cukup jam’. Pd sebahagian besar situasi, ini menyebabkan tindakan utk price hedging/locking ni dah terlambat (hedging gap antara peluru 1 & peluru 2 dah terlalu jauh) yg sering terjadi terutamanya apabila adanya pergerakan drastik price disebabkan oleh high impact news. Hedging gap yg terlalu jauh menyebabkan position hedge ni sukar utk ditutup (memerlukan pips yg besar utk tutup dgn anggapan tiadanya price reversal semula). Dgn merujuk kepada Screenshot 1 bagi pair USDJPY, kita dpt lihat bahawa robot MS ni telah buka position ‘sell 0.01’ (peluru 1) pd harga 99.568. Sebaik saja position ini dibuka, price telah reverse ke atas (menyebabkan position ini menjadi float yg negatif). Price kemudian terus bergerak ke atas sehingga 66 pips barulah robot membuka position hedging ‘buy 0.03’ (peluru ke 2) pd harga 100.226 setelah 17 jam peluru 1 dibuka. Malangnya, sebaik peluru kedua ni masuk, price reverse ke bawah semula. Kali ini robot telah masuk position ‘sell 0.09’ (peluru ke 3) setelah lebih kurang 30 pips price menurun (juga setelah 17 jam berlalu). Malang sekali lagi apabila sebaik saja peluru ke 3 ni dibuka, price telah reverse ke atas semula (lihat Screenshot 2). Kita dapat lihat dlm Screenshot 3 & 4, price kemudiannya telah bergerak jauh ke atas sehingga 149 pips tetapi peluru ke-4 masih belum dibuka yg seterusnya menyebabkan floating negatif meningkat. Ini merupakan antara kelemahan utama robot MS.

 Screenshot 3

2. Robot selalu masuk position ‘buy’ pd price yg dah dlm kategori ‘overbought’ @ masuk position ‘sell’ pd price yg dah dlm kategori ‘oversold’. Ini antara penyebab utama floating negatif. Saya tak pasti indicators apa yg digunakan oleh robot2 ni, tp apabila indicators seperti RSI & Stoch menunjukkan dah ‘well-overbought’ pun, robot2 ni still masuk position ‘buy’, begitu jgk sebaliknya (sila rujuk semula Screenshot 1)..berpeluh dibuatnya bila tgk position dibuka mcm ni.

3. Profit lebih rendah berbanding Miliun Pioneer.

  Screenshot 4

Cadangan penambahbaikan?

1. Peluru utk hedging/locking sebaiknya masuk ataupun di’trigger’ oleh pergerakan price (pips). Dengan mengambil contoh di Screenshot 1 semula, robot blh membuka position hedging ‘buy 0.03’ selepas 30 pips (di garisan merah). Tak perlu tunggu terlalu lama atau cukup jam baru nak hedge..bila tunggu terlalu lama @ ikut jam, kdg2 price dah gerak sehingga ratusan pips dlm jam tersebut barulah robot nak hedge..ini dh trlalu lambat & menyebabkan float negatif yg tinggi. Jumlah pips yg sesuai utk ‘trigger’ hedging ni adalah atas budi bicara & pengalaman pihak admin sendiri. Melihat kpd contoh ini, jika position hedge dibuka selepas 30 pips, peluru 1 & peluru 2 telah boleh ditutup kerana price telah bergerak ke atas sejauh 66 pips.

2. Robot2 MS ni perlu jgk rasanya mengambil kira indicator2 spt RSI, Stoch, MA, Bollinger dalam menentukan jenis position yg hendak dimasuk, bukan semata-mata follow trend dr candlestick sebelumnya.

Pada saya, jika cadangan no.1 di atas dpt diimplementasikan dgn jayanya pd robot2 MS, floating dijangka lebih rendah & terkawal..insyaAllah.


Kesimpulannya dari pemerhatian saya?

1. Jika nak trade dgn menggunakan kesemua 40 robot MS dgn saiz lot paling kecil iaitu 0.01, margin (modal) minimum yg dicadangkan adalah sebanyak USD5000 supaya akaun kita mampu bertahan dgn floating negatif & ‘tsunami’ forex yg tak mampu dijangka bila & kekuatannya.

2. Jika nak trade dgn modal yg lebih kecil, katakan USD2000, guna 16 robot dah memadai (secara nisbahnya).

3. Jika anda berhasrat utk menggandakan profit, boleh besarkan saiz lot ke 0.02 & byprofit 2.0 dengan syarat, margin (modal) minimum adalah USD10k (secara nisbahnya).

4. Jgn bersikap tamak dgn membesarkan saiz lot & byprofit utk trade jika margin (modal) tak mencukupi.

5. Jika anda tak betul2 faham dgn cara kerja robot2 MS ni, jgn memandai-mandai nak godek @ tutup position yg robot2 ni buka secara manual. Silap2 godek, karam jawabnya..sendiri mau tanggung aaa….

6. Lama-kelamaan, maybe makin byk robot2 yg akan tersangkut dgn float negatif dlm tempoh masa yg lama & menyebabkan position2 robot tersebut tidak dpt ditutup. Secara teorinya, semakin byk robot yg tersangkut (tak blh tutup position), semakin kuranglah profit kita.

So, di sini dicadangkan oleh pihak admin Miliun agar para peserta ‘refresh’ robot2 ni apabila Equity anda melebihi Modal asal supaya kesemua robot2 ini blh membuka position2 baru utk jana profit.

TillTill then..c ya...

"1 IN A MILIUN, IT NEVER SLEEPS"

Dari Kaca Mata,

izputra
Peserta Miliun Group Camp 3
Janda Baik, Pahang
27-28 September 2013

Komen aku : Komen yang terperinci, cadangan yang membina cuma penyampaiannya agak kureng sikit..Mood x sampai ke bro? Camner pun mekasih kerana berkongsi pengalaman bersama pembaca yang lain


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


No comments: