Followers

Friday, November 22, 2013

Saya Akan Bantu Anda (Part 1)

Saya Akan Bantu Anda (Part 1)



Tema Program Seekers NTV7 Musim Ke-2.

Hari Isnin lepas aku terima panggilan daripada Uncle ajak aku untuk ke Fraser Hill. Aku seperti biasa memang susah sikit kalau ajak keluar sampai kawan aku cakap "ko ni kalau nak ajak keluar lebih susah macam nak matikan bom" . Siot tol.



Dipendekkan citer uncle call aku nak kompemkan aku nak ikut dia ke tak. Dia kata ada benda nak bincang pasal Forex. Aku jawap "ok!" . Uncle sms aku tanya alamat rumah aku. Orang tua ni memang satu benda aku nak cakap, 10 kali dia datang umah aku pun memang amjadah dia takkan ingat jalan umah.  Berlagak tu ada GPS, tapi pun sesat jugak. Poyo je haha.

 Aku belah kiri sekali. Gambar ni kat 
Jom Heboh Nilai Tahun 2006

Aku paling tengah sedang duduk. Gambar ni kat kubur orang asli Bangi tahun 2006 bersama dengan kumpulan pengkaji paranormal dari Singapura (SPI - Singapore Paranormal Investigator)

Korang nak tau ini gambar kat mana? Nanti aku citer..

 10 tahun aku kenal dia. Aku kenal dia masa aku jadi peserta Seekers musim ke-2. Masa tu aku diuji keberanian di bunglow tinggal di Bangsar. Aku memang kenal perangai orang tua ni, dia pun kenal aku. Satu benda perangai dia aku kenal, dia tak pernah kedekut, tegas dan kalau kerja buat kerja betul-betul jangan nak cincai-cincai. Perangai haram jadah dia korang pun tau kot hehe.

Uncle sampai umah aku , kemudian amik sahabat kami lagi sorang dan balik ke Janda. Tepat 10 malam kami gerak ke Fraser Hill. Sampai ke puncak lebih kurang pukul 2 pagi hari Rabu. Sejuk giler!

Uncle kenalkan aku dengan Darwis salah seorang peserta Miliun. Kitorang makan-makan sambil Uncle bincang pasal Forex bla bla bla bla. Pastu Uncle cakap "Zul ko amik nombor tepon Darwis, mintak dia detail pasal akaun forex dia. Ko handle. Nanti kita citer pasal berapa persen "

USD 813.20 1st Withdraw ke Akaun Maybank Darwis. Keuntungan USD30.75 lebih kurang 2 jam lepas withdraw dan USD64.12 lepas aku bangun tido (lebih kurang dalam 12 jam). Sekarang aku masih berada di rumah Uncle, dalam pukul 4 aku balik rumah dan sambung balik kerja yang telah diamanahkan.

 
Hari Khamis tengahari kami bertolak turun balik ke Janda sebab malam tu uncle nak kenalkan aku dengan Mizi dan Hazli. Sebelum sampai ke Janda kitorang melantak kat Hulu Selangor dulu pekena ayam kampung fresh. Itu jam tangkap, semelih, itu jam gak goreng pastu makan panas panas. Kat situ jugak pertama kali aku kenal dengan Dr. Ibrahim empunya ladang lebah Kelulut terbesar di Selangor. Memang terbaik. Korang nak tau tempat ni nanti tanya uncle.

Pelbagai spesis Kelulut yang diternak oleh Dr. Ibrahim. Madu dia masam sikit sebab ia jenis 'Honey Cider' kurang gula dan anti oksidan paling tinggi dibandingkan madu seluruh dunia. Kesan nya Dr cakap "Esok bangun pagi nanti tau" sambil gelak.

Lepas selesai segala urusan, kami sampai ke Janda lebih kurang pukul 10 malam. Beberapa minit kemudian Hazli dan Mizi pun sampai. Macam biasa kitorang makan dulu. Dah setel, baru kitorang bincang pasal uncle lantik aku untuk handle client Miliun. 

Aku ada pengalaman dalam Forex lebih kurang 5 tahun. Aku mula trade Forex pada bulan Ogos 2008. Trade akaun bilis je masa tu. Aku trade manual. Banyak pengalaman pahit manis aku dalam bidang ni. Ada untung, ada rugi. Biasala tu adat meniaga. Mana ada niaga  untung je, kalau untung je manjang itu skim cepat kayap. Forex bukan skim cepat kayap, itu satu benda kita perlu ingat.

Kelebihan Miliun yang aku tengok. Tengah tido pun boleh dapat duit.

Bersambung.

Dzoul

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

Komen aku : Lu memang cipet aar Dzoul! Untuk pengetahuan korang semua si Dzoul ni, 5 tahun dia tak buat apa pun hanya mengadap depan komputer trade forex.

No comments: