Followers

Saturday, November 23, 2013

Saya Akan Bantu Anda (Part 2)

Saya Akan Bantu Anda (Part 2)


 Pendaftaran Bengkel Kelima (Terakhir) Dibuka Sekarang. Kuyah 010 788 7870 & Edzny 012 671 1344
 Kepada semua peserta yang bakal menghadiri Bengkel ke lima ini (bengkel terakhir) pada 30hb November 2013, saya ucapkan

"Ahlan Wasahlan Beb" 

Saya sendiri sebenarnnya suka pada kualiti bukannya kuantiti. Takut tak terhandle kalau ramai sangat dan pasti ada yang tercicir dan kecil hati. Dua orang anak dan dua orang cucu yang Allah kurniakan pun kadangkala saya ALPA apatah lagi kalau peserta yang terlalu ramai. 

Sebaiknya anda bersedialah menghadapi satu kejutan yang baru dengan dunia FOREX ini bagi mereka yang jahil macam saya. Selepas 6 bulan berkecimpung dengan dunia FOREX ni IKATAN kita dengan DIA semakin kuat sebab 3 perkara

1. Memanglah PROFIT DIJAMIN dapat setiap hari bila menggunakan produk MILIUN tetapi belum boleh dikira sebagai untung selagi tak masuk dalam bank korang sendiri. (aku amik perkataan ni dari Dzoul)

2. Walaupun PROFIT telah dijanakan berapa banyak sekali pun yang telah dikumpulkan tetapi bila FLOATING datang secara mengejut, boleh bawa mengigau. Benda ni sendiri pernah berlaku pada diri aku!

3. Jangan sesekali ada perasaan TAMAK! Berapa sajer untung yang kita dapat terus "cut , withdraw & refresh" pastu tunggu sejam lagi ROBOT MILIUN beroperasi semula. Kita kena REDHA yang rezeki kita DIA telah ditentukan sebegitu. 

Korang tengoklah sendiri akaun Darwis (klik) sebagai bukti. Margin (modal) dia hanya USD7 ribu. Dia sangat sibuk dan tak tahu pasal FOREX tapi dia yakin produk ni boleh buat duit. Bila saya cadangkan dia untuk profit sharing dia terus bersetuju. Saya mengambil masa yang lama untuk memilih individu yang boleh saya percaya handle akaun orang. Duit beb...macam-macam boleh jadi...Nak harapkan Mizi dengan Hazli, memanglah tak patut sebab beban tugas yang dia orang tengah handle pun sangat berat.

Dzoul yang paling kanan sekali. Semua gambo dia mesti tengah tersengih..'say cheese'...

 Akhirnya Allah ilhamkan aku insan yang bernama Dzoul. Dia ni pernah dibawah naungan aku dan kami makan tido berak cangkung semasa aku menetap di banglo yang aku sewa di Taman TAR dari tahun 2003 sampai 2007. Hubungan kami terus baik sampailah hari ni.  Ada 4 perkara yang aku suka dan sayang kat dia

1. Kami berdua amat menyintai ayatNYA dan topik perbincangan kerap mengenai ayatNYA bila kami bersua.

2. Semua tugas yang aku berikan sejak dulu, dia akan jalankan dengan baik dan teratur. Dia tak akan mencari helah, memberi alasan, atau menyalahkan orang lain kalau dia belum, terlupa atau gagal laksanakan tugas yang diamanahkan.

3.  Keputusan dan akurjanji yang dicapai bersama akan dipegang dan dilaksanakan.

4, Suara dia sangat sedap bila menyanyi...sumpah sedap! (klik). Cuba korang dengar lagu ciptaan dia sendiri yang bertajuk 'Pasrah'

5. Always smile

 The unknown world: How I tracked Bigfoot through the Malaysian jungle  
 (klik) (Klik)

 Tapi..ada dua perkara yang aku letih dengan dia ni

1. Sangat sensitif orangnya. Tak percaya? Tanyalah rakan-rakan Team PSI (dulu dikenali sebagai Seekers) Tapi yang aku pelik kenapa ribuan makian aku lemparkan padanya dia tak kisah dan merajuk! 

2. Biarlah ianya menjadi rahsia...hi hi..

  Berbalik pasal citer Darwis. Kenapa saya memilih Dzoul untuk menjaga akaunnya dan bukan orang lain walaupun ramai yang ingin membantu?

"Kalau kita beri tugas pada seseorang yang bukan bidangnya, tunggulah saat kehancuranya"
Saidina Ali

Sememangnya anda semua peserta kelima sangat beruntung kerana selepas ini tiada lagi bengkel Miliun untuk setiap peserta memilikinya secara peribadi. Ingin saya ulangi sekali lagi, sekiranya anda merasakan perkhidmatan admin atau produk Miliun kurang memuaskan hati, sila email permasalahan kepada saya secara peribadi. Saya akan cuba bantu yang termampu tapi beri saya sedikit masa untuk menyelesaikannya. Pepaham jelah...aku pun manusia gak ada keluarga yang perlu diberi perhatian dan juga rakan-rakan serta tanggungjawab kita dengan DIA yang kena selesaikan dulu sebelum kita tutup mata. Banyak yang tertunggak tuu...Adusss...

Bila diimbas kembali dua orang sahabat setia yang sama perjuangannya telah PERGI secara mengejut, aku selalu bertanya pada diri sendiri, adakah selepas ini giliran aku pula?


"Seek the truth and it shall set you free"

Uncleseekers



 Dzoul

Salam kepada pembaca setia blog Uncleseekers,

Pada saat aku menulis artikel ni sudah lebih kurang 22 jam aku diberikan amanah untuk handle client Miliun. Tadi aku turun daripada Janda Baik lebih kurang pukul 5 petang.

Sambil-sambil aku bersiap, aku open trade. Aku keluar bilik ayaq, uncle suh aku close trade. "berapa profit bang?", "USD12" kata Uncle. "Ekeleh USD12 apa barang" sambil gelak aku bergurau. "Aku nak tunjuk kat Mona ni cara nak handle fund client macam mana, nanti dia boleh tolong kau" Uncle bagi penjelasan pada aku.

Aku beri penerangan pada Mona satu persatu caranya. "Macam best je, macam best je" kata Mona excited sambil tersengih-sengih masa aku terangkan dia cara nak close trade untuk transfer fund, check email, withdraw dan segala kejadah.

Moral of the story. Bukan tido pun dapat duit. Tengah mandi pun boleh dapat duit. Tapi, ada tapinya, kena ada disiplin yang kita perlu tahu macam mana nak optimise profit. Benda ni rahsia aku tak leh citer la kat sini. Cari makan bang. Kalau nak jugak, sediakan pulut kuning dengan kari ayam gajah. Hehe.

Sambil aku menunggu depa ni siap, aku execute trade. Sambil tu aku baca artikel yang aku tulis. Kot kot ada nak tambah ke. Tak sampai berapa minit mencanak profit USD58 (RM197.20 duit tuu!).

Tah apa angin sampai aku tak tau. Rezeki dah terhidang depan mata kita kena amik. Kalau tak amik dia pergi kat orang lain. Itu pesan guru aku.

Tepat aku close semua position, Uncle panggil aku tanda dah bersedia untuk bertolak ke Taman Keramat. Sebelum keluar aku entry lagi.

Forex ini ibarat kita menjala ikan dilaut. Nelayan kena tau bila musim tengkujuh, laut mana banyak ikan, cuaca macam mana yang sesuai menjala. Kalau tak tau, boleh karam kapal.beb

Bila dah dapat ikan, tarik atas kapal. Jangan tak tarik, nanti apa pun tak dapat. Bak kata pepatah, "Orang tamak selalu untung, orang haloba selalu rugi" ni pepatah Uncle ajar aku. Kalau korang duduk dengan dia 3 hari je lah, macam-macam pepatah korang dengar ikut suka mulut dia je. Nanti korang tanya pepatah tolak pinggang kat dia.

Lepas selesai urusan dia dengan rakan niaganya, kami pergi pulak ke Mak Tim Taman Keramat. Aku bedal Mee Rebus Baidali. Peh memang terbaik, sampai nak terbalik aku makan. Kenyang giler beb!

Sebelum keluar dah bedal, pastu makan lagi murtabak singapura. Kalau korang dengan Uncle memang takde masalah kebulur, kebotong ada bak kata orang Johor.

Sambil makan Uncle bukak MT4 kat fon dia. Dia tunjuk kat aku. "Rilek arr bang, kalau nak mancing ikan, campak mata kail, bukannya jam tu jugak ikan makan umpan" aku cakap sambil menjamah murbatak Singapura.

"Bukannya ajak bergaduh, ajak makan" itu je la dia cakap, paksa aku abiskan murbatak Singapura tu. Sudahnya tak habis jugak. Kebotong dah weh. Hehe.





Telefon Uncle berbunyik terpapar nama Darwis. Uncle mengambil panggilan tersebut dengan sambutan "Salam. Aku call tadi tak angkat...Aku dah agak dah mesti ko tengah sibuk kemas-kemas".

Darwis seorang yang bertubuh kecil, tetapi mempuyai semangat yang besar. Usaha dia luar biasa. Peserta ke-2 bengkel Miliun.

Kemudian Uncle bangun keluar daripada restoran. Beberapa minit kemudian dia balik ke meja. "Darwis happy sangat Zul. Dia nak tambah lagi. Dia berterima kasih sangat pada kita sampai cakap kita bagi rezeki pada dia. Yang beri rezeki kan Allah". "Mungkin dia maksudkan kita tukang salur tu bang" aku menjawap.sambil mengunyah murbatak.

Sebenarnya perut aku dah tak boleh masuk dah. Tapi tu la perangai keturunan Pak Arab ni, menjamu tetamu makan ni menjadi satu adat bagi mereka. Kalau korang nak datang umah Uncle pastikan kosongkan perut. Itu je aku pesan. Jangan tanya kenapa.

Selesai semua, Uncle hantar aku balik. Sampai rumah lebih kurang 8.30 malam. Aku masuk bilik aku, terus bukak laptop. Check trade yang aku tinggalkan tadi. Aku sengih.

'Ikan sudah sangkut'. 


Terus aku WhatsApp uncle "Nampak tak berapa dollar cut?. Hehe" Beberapa minit kemudian Uncle call aku. "Oh riak, takabur ko eh..." Uncle cakap sambil bergurau dengan aku. Sambil tu dia beri beberapa tugasan untuk aku selesaikan.


Aku bukak entry last-cut sambil-sambil aku tulis artikel ni, "Berapa dapat aku amik" aku cakap dalam hati. Sebab hari ni dah Jumaat besok dah takde trading sampai Ahad. Market pun dah slow. Lebih kurang pukul 10.40 malam aku close semua entry.

 


Jumlah profit terkumpul untuk tak sampai satu hari (lebih kurang 22 jam) USD231.31. Kalau convert dalam Ringgit Malaysia dalam RM786.45. Lebih kurang 3.3% keuntungan untuk hari ini. Minggu depan Isnin atau Selasa, nilai keuntungan sama macam ASB; 8% setahun dengan IZINNYA

Tidur dapat duit, mandi dapat duit, makan dapat duit. ________ pun dapat duit. (sila isi tempat kosong)

Bersambung.

Dzoul

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

3 comments:

mzkevin said...

Salam, nak tumpang tanya, bro guna Leverage 1:500 kan? kalu guna miliun dgn leverage 1:1, ada perbezaan tak? ada effect tak? wasalam..

Anonymous said...

Bertuahnya darwis...mcmanan nk refresh bagi floating kurang agar keuntungan dapat dikeluarkan...benar kata dzoul tu bukan dinamakan profit kalau belum masuk akaun tapi kalau tengok ada profit tapi tak boleh keluar dengan floating melebihi margin susah jugak tak tahu bila boleh keluarkan profit cuma tunggu dan doa...ada ikhtiar tak. ..mohon tunjuk ajar yang arif forex...saya jahil...please!!!

Anonymous said...

Sabar bro. Untung n rugi itu perkara biasa tetapi yg susahnya na maintain profit beterusan.