Followers

Monday, November 4, 2013

Secangkir Kopi Janda – Igauan Sang Puteri

Secangkir Kopi Janda – Igauan Sang Puteri





Bengkel Kelima (klik) (klik)

Kuyah 010 788 7870, Izad 019 405 5550 & Edzny 012 671 1344
miliunsoftware@gmail.com

 Daftarlah segera... Jangan dikesali seumur hidup kerana tidak memilikinya...



Kedinginan pagi dan diikuti hujan renyai di luar pejabat menyebabkan aku tidak ada mood langsung untuk memulakan kerja. Dalam kepala aku, alangkah nikmatnya kalau aku dapat tidur pada ketika ini. Minggu ini aku merasa amat letih dan penat sekali dengan kerja-kerja yang tidak pernah habis. Kerja menggunakan mental lebih penat dari menggunakan fizikal walaupun berpeluh di tengah panas. Baru habis seminar di Ipoh, aku terpaksa menyiapkan lagi satu seminar di Kuching, Sarawak pada 10 Nov 2013. Dengan usia nak mencecah ke Siri 5 dan perkhidmatan dah menjangkau 23 tahun, graf untuk bekerja dah mula menurun. Sepatutnya aku dah pencen sekarang ni… tapi aku tergatal tangan sain untuk sambung lagi… padan muka aku… Lagi pun Datin tak bagi aku pencen lagi… datin takut aku cari lain… Datin tak tahu orang jantan ni selera bermacam-macam… kalau hari-hari makan ikan kembung, sesekali nak gak makan ikan siakap tiga rasa ke… tak gitu kawan-kawan…

Mata aku melirik ke Ipad di sebelah komputer dan melihat turun naik graf pasaran mata wang yang sedang berlawan dengan robot miliun. Sudah hampir seminggu keadaan mood pasaran merundum. Hingga pukul 4 petang nak dapat profit USD 10 pun susah…

Tiba-tiba pintu pejabat aku di ketuk. Kerani aku Amilia, orang Sarawak, budak Iban, menetap di rumah panjang Sungai Batang Lupar. Comel, rambut pendek, kulit putih kemerahan dan mempunyai mata yang bersinar. Cuma hidungnya agak penyet sikit. Selamat pagi Sarjan, Amilia menyapa aku. Aku tak menjawab, aku hanya senyum sahaja. Saya nak belanja Sarjan pagi ni, sambil melintuk manja dan membetulkan juraian anak rambutnya yang mencecah anak mata… Haruman perfume yang dipakainya memenuhi ruang pejabat aku… Kamu nak belanja apa… Aku buat acuh tak acuh sambil mata aku terus melirik ke Ipad. Saya nak belanja Sarjan makan nasi lemak ngan air teh ari ni… Amelia terus tersenyum dan meletakkan nasi dan air teh di atas meja aku. Kamu nak cuti ke… Aku dah boleh baca taktik kerani aku. Kalau dia orang belanjaaku makan dan mula beramah mesra, mesti ada sesuatu benda yang dia orang hendak dari aku…

Ya Sarjan… Aku merenung mata Amilia, mata kami terus bertentang… agak lama conetion itu berlaku… Lagi lama aku renung seperti ada bayang muka Datin lak dalam mata Amilia… cis potong stim betul… Berapa lama kamu nak cuti… Seminggu Sarjan, nak tengok mak saya. Baru ni mak saya sakit… Ok… nanti buat pas cuti… Dah siap Sarjan… Amilia terus meletakkan buku cuti di atas meja aku. Tanpa banyak soal, aku terus menyain buku cuti dan pas cuti Amilia. Kamu ada duit tak nak balik kampung… Ada Sarjan… Aku menarik laci dan mengambil notRM 50 dan terus mengulur pada Amalia… Tak pe lah Sarjan saya ada duit… Kamu ambik untuk belanja balik nanti, sampaikan salam saya pada orang tua kamu. Terima kasih Sarjan… Pipi Amilia bertambah merah dan aku nampak matanya berkaca-kaca. Hidungnya kembang kempis, aku tak tahu dia terharu atau sedih nak tinggalkan aku seminggu. Amilia bukan saja comel tapi seorang kerani yang jujur dan amanah. Amalia juga boleh menyanyi. Dia masuk askar pun atas tiket boleh menyanyi dan di tempat di Kombo D’ASWA. Pernah aku tertinggal beg duit di pejabat, esoknya dia memulang semula pada aku. Aku sayang kerani sorang ni… sayang sebagai abang ngan adik je… Kau orang jangan nak bersangka buruk lak ngan aku…Karpak betul… Bertuah siapa dapat jadikan dia calon isteri… Aku pun bercita-cita gak ke arah tu… tapi… Sarjan saya keluar dulu… Lamunan aku terhenti… Amilia terus melangkah keluar dari pejabat dan aku sempat menjeling lengok punggungnya… masih cantik lagi macam punggung datin masa aku baru kawin dulu. Tapi punggung datin dah jauh berubah,sudah menjadi dua kali ganda… aku tak tahu kenapa… yang aku ingat aku tak pernah pun cucuk botox kat punggung Datin…

Wasap dari geng-geng MB3 bersilih ganti masuk... Termasuk wasap Bro Sifu Izputra, Bro Noh, Bro Saiful, Bro Khusairi, Umi Yan, Miss Ya Ya dan Bro Tony. Uncle pun ada gak… Entah buang tebiat apa petang tu,Uncle terus berpantun… Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak tangan, walau jauh beribu batu, hilangdimata dihati jangan. Aku terus membalas pantun merapu, Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kenapa nak jolok pakai galah, sebab cempedak dah jatuh luar pagar… kah kah kah.

Uncle berpantun lagi… Tanam pinang rapat-rapat, Agar puyuh senang berlari… Tolong sambung Tok Wan… Aikk Uncle suruh aku sambung lak… Aku terus membalas pantun Uncle, Kalau pinang Puteri (bukan nama sebenar) tak dapat, Apa lagi… bawak lari… kah kah kah. Bro Khusairi ngan Bro Sifu Izputra tersenyum. Janda-janda nak letak mana Tok Wan… Bro Saiful menyampuk… Aku terus berpantun… Hari ini ari sabtu, pagi-pagi dah menunggu, wahai puteri Sifu Izputra rindu, melihat wajah puteri yang ayu… Teman pun kena gak… Sifu Izputra merungut…

Tiba-tiba shot screen paparan urus niaga masuk dan diikuti satu wasap yang tidak disangka… Ya wasap dari puteri… Eh maaf silap hantar.. He he… nak hantar kat uncle sebenarnya… puteri tersipu malu kerana tersalah hantar… Suasana yang suram bertambah ceria danmeriah… wasap datang bertalu-talu dengan kehadiran puteri… Cepat-cepat aku membalas… tak pe… kalau puteri punya pasal.. salah selalu pun tak pe… Excellent la akaun puteri… float sikit je sambil menunjukkan tanda bagus… kiranya dah boleh withdraw tu… Sifu Izputra dah mula masuk jarum. Puteri membalas menunjukkan tiga muka tersenyum. Bro Saiful pun sibuk gak… Equity dah atas modal tu… (walaupun Bro Saiful sebenarnya tak tahu pun makna Equity…) Aku terus menghantar wasap pada puteri… Puteri kalau draw nanti jangan lupa belanja kita tau… belanja kacang kuda pun ok le… Sifu Izputra menyampuk… Tok Wan mai Penang la… puteri belanja nasi kandanq line clear… aku buat-buat merajuk… He he he puteri tak ajak pun… Tak disangka puteri membalas wasap aku.. Mai la Tok Wan Zul semua. Boleh je nak belanja sekali sekala… Alamak puteri sebut nama aku dulu, baru sebut nama Sifu Izputra… Aku tersenyum kerana telah berjaya mengenepikan nama-nama tersohor yang lain… Ya be da be du… puteri sebut nama Tok Wan dulu dari sifu.. tak dapat profit ari ni pun tak pe lah… aku membalas wasap. Amboiiii… Tok Wan sukanya dia… Miss Ya Ya cuba memperli aku…

Tidak disangka Tuan Azli pun ada gak… Saya pun nak gak puteri belanja… boleh ke? Aku terus potong… mana boleh ramai ramai maksima 2 orang je… Untuk jaga hati Tuan Azli… Puteri membalas… En Azly, mesti la boleh. Mai Shah Alam pun tak pe… Puteri menghantar gambar nasi kandar banjir ngan gambar teh ais. Satu lagi wasap masuk… Dari Sifu Edzny tokeh kambing… Puteri… abang ada kat Shah Alam sekarang ni… Tuan Azli memperli Sifu Edzny… Bro Edzny… apa abang-abang ni?? Huk huk. Aku mengingatkan Sifu Edzny… Sifu Edzny, datin suruh beli puting japlo... Apa… Anak… Tok Wan silap orang ni… Arghhh dasar jantan keberet semua tunjuk baik dan cuba nak menipu… Aku dapat tahu Sifu Edzny kena marah ngan datin pasal tak beli puting japlo untuk anaknya… padan muka… Bro Noh melempar sepanar… Ulat bulu dah naik daun… Aku tahu Bro Noh bukan tuju pada aku tapi pada yang lain… Tuan Azli terus senyap… merajuk pasal puteri tak layan… Sambil mengelengkan kepala, Tuan Mizi tersenyum melihat telatah geng miliun bersembang di wasap sambil menikmati asap rokok yang disedut. Tangan kirinya ligat mengusap-ngusap perutnya yang bunting tidak tahu bila akan bersalin sehingga kainnya hampir terlondeh… Sesekali jari telunjuk mengorek lubang yang tidak menjadi di perutnya… Sampai di rumah laungan azan Maghrib dah kedengaran, aku mandi dan terus solat. Malam itu aku tidur awal sambil memeluk Amirul. Datin mengadap laptop untuk menyiapkan assignment. Datin sambung belajar di OUM, ambil degree kejururawatan tapi jurutaipnya adalah aku.Datin dulu sebelum jadi misi pernah bertugas sebagai guru sandaran di sekolah Bekok. Datin memang rajin belajar, sangup berjegil biji mata mentelaah buku. Tak macam aku, lima minit pertama baca buku, aku dah ke laut. Selalunya selepas aku menaip assignment datin, aku akan menaip dengan penuh semangat satu lagi assignment tanpa disuruh…

Sebelum tidur aku berdoa agar berjumpa puteri…. Ya memang rezeki aku… malam itu aku bermimpi berjumpa dengan puteri di sungai Janda Baik. Kami bermandi manda dan berkejar-kejaran di tepi sungai. Uncle hanya dapat mengintai dari bilik rumahnya dengan penuh rasa cemburu dan geram yang amat sangat sambil mengoyak-ngoyakkan bantal… Ayu sungguh puteri dengan memakai T-Shirt dan kain batik cap semut yang basah melekap terus ke badan dan menampak susuk tubuh puteri. Aku masih ingat puteri memakai T-shirt yang tertulis Miliun di dadanya. Sambil aku dan Puteri bermain air, kami sama-sama menyanyikan lagu Minang yang berjodol ‘Ayam Den Lapeh’ yang didendangkan oleh penyanyi Indonesia, Elly Kasim. Aku tak tahu macam mana puteri boleh menyanyi lagu minang.

Luruihlah Jalan Payakumbok 
Babelok Jalan Kayu Jati 
Dima Ati Den Indak Karusuh 
Ayam Den Lapeh.. ai.. ai.. 
Ayam Den Lapeh

Mendaki Jalan Pandai Sikek 
Menurun Jalan Ka Biora 
Dima Ati Den Indak Kamacapek 
Awak Takicuh.. ai.. ai.. 
Ayam Den Lapeh

Sikur Capang Siku Lapeh 
Sikur Tabang Siku Lapeh 
Lapehlah Juo Nan Karimbo 
Aila Malang Juo 

Pagaruyung Ai Batu Sangkar 
Tampek Bajalan Urang Baso
 Duduak Temenuang Tiok Sabanta 
Oi Takonang Juo.. Oi.. Oi.. 
Ayam Den Lapeh

Oi.. Oi.. Ayam Den Lapeh.. 
Oi.. Oi.. Ayam Den Lapeh.. 
Oi.. Oi.. Ayam Den Lapeh..

Tiba-tiba ada sesuatu menumbuk di belakang aku… aku memusingkan badan dan berdoa agar itu puteri… Arrhh sangkaan aku meleset sekali… rupanya kepala lutut datin di belakang aku… ganas betul datin tido.. arhhh puteri sudah ghaib entah ke mana… aku sedih, hampa dan kecewa… aku tinggalkan datin dan langsung tak berminat nak bercerita tentang sejarah penubuhan tanah melayu… pagi itu aku mandi tanpa niat…

Sebelum aku mengakhir coretan Secangkir Kopi Janda, aku paparkan profit aku selama 15 hari berjumlah USD 1,351.11 bersamaan dengan RM 4,593.77. Jika dibahagi dengan 15 hari, satu hari pendapatan aku RM 306.25. Walaupun market mood masam sepanjang minggu ini tapi projek miliun tidak menghampakan aku… Syukur pada Allah yang telah memberikan rezeki.

Profit minggu pertama.  Tertinggi sekali sehingga mencecah USD 553.53

Profit minggu kedua.  Menurun dari minggu pertama tapi boleh dibanggakan. Aku mendapat USD 411.29

Profit minggu ketiga.  Minggu mood masam. Namun aku masih meraih
USD 386.29

 Selama 3 minggu aku tred bersamaan 15 hari. Jumlah terkumpul
adalah sebanyak USD 1,351.11. 

Itu bukan puteri… itu datin ngan anak aku Mirul
tengah mandi sungai di  Janda Baik.

Sekian, Secangkir Kopi Janda permisi dulu. Jumpa lagi jika dipanjangkan umur… Aku tak boleh tulis panjang-panjang pasal uncle dah sound episod lepas… aku paham pasal ini bukan tanah aku… sebenarnya aku tak puas kalau pendek… aku suka panjang… Kau orang pun suka panjang kan.. Bagaimanapun aku terima kasih kat uncle kerana benarkan aku mencangkul ditanahnya tanpa dikenakan sewa… (Arrhh nanti uncle akan komen kau bukan mencakul je Tok Wan tapi siap berak kat tanah aku…) Wasallam.

Komen aku : Waaahhh...Dasat aarr Tok Wan ni..Aku bleh senyum sorang-sorang baca artikel ko ni. Macam macam ada..Dan yang paling aku tabek spring tu bila ko tak lupa letak gambo oghang ghumah (Datin) kat blog ni. Suami Mithali Nov 2013 Daerah Cheras..jatuh ketangan Tok Wan

Kejayaan pasti menjelma pada insan yang berani bertindak....(klik)
SECANGKIR KOPI JANDA - REZEKI ANAK AKU AMIRUL (klik)

Secangkir Kopi Janda – Igauan Sang Puteri

Artikel berkaitan 1 (klik)
 
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)


No comments: