Followers

Friday, November 15, 2013

Secangkir Kopi Janda – Tragedi 711

Secangkir Kopi Janda – Tragedi 711


Semenjak semalam lagi laut bergelora, angin bertiup kencang dan diikuti hujan lebat. Namun semua kapal dan anak kapal terselamat dari segala musibah. Sudah menjadi kebiasaan akumenghantar wasap sebelum atau selepas subuh mendoakan keberkatan dan dimurahkan rezeki kepada geng-geng Miliun. Selepas aku menghantar wasap, Bro Azmi Taliban membalas, kenapa akaun saya tak bergerak…??? Aku menjadi gelabah dan terus menyemak akaun aku. Akaun aku pun tak bergerak gak… Untuk menyedapkan hati, solat subuh lah tu… akaun beriman, aku membalas. Namun muka aku dah lebam sebelah pagi tu… Selang 10 minit aku semak balik dengan HP dan laptop, syukur ada nyawa lagi… Angin yang aku tahan dari tadi keluar ngan nyaman sekali… Arrgghh lega. Terasa suam-suam kuku… Lama gak angin itu aku simpan dan setiap kali angin itu keluar ia akan menghasilkan irama Caravansary dendangan Kitaro… Itulah kelebihan aku yang sukar dicari. Pelbagai irama aku boleh buat termasuk Pop Rock. Irama Pop Rock akan terjadi bila malamnya aku makan sambal petai. Jika aku tidak jadi sorjar mungkin akan jadi artis angin kot… Setakat ni peminat setia aku adalah datin, Amirul ngan Aiman je… Bulan lepas KRU ada jumpa aku nak anjurkan konsert angin aku secara besar besaran serata dunia… Aku menolak dengan baik… Aku takut riak dan sombong apabila aku terkenal nanti… Jika permintaan dari geng Miliun mungkin aku tak mampu menolaknya apalagi Puteri yang tengok…


 Bengkel Kelima (Terakhir)

 
Kuyah 010 788 7870 & Edzny 012 671 1344 

miliunsoftware@gmail.com 
  Daftarlah segera... 


Jangan dikesali seumur hidup kerana tidak memilikinya...


Menurut kajian Sifu Isputra, robot-robot Bro Azmi Taliban memang sudah hilang kawalan ke atas position yang telah dibuka sejak tengah malam disebabkan akaun Bro Azmi Taliban sudah diblok. Hampir 22 jam position itu terapung tanpa kawalan dari robot. Menyebabkan tidak ada langsung position yang diopen atau dicloses dalam tempoh itu. Bila akaun diunblock tadi memang kebetulan price yang sudah 22 jam bergerak, bergerak mengikut position yang robot-robot ini sudah dibuka. Jadi immediately robot-robot tersebut close semua position yang tengah profit tadi. Jika price bergerak melawan position yang robot-robot ini sudah buka, akaun Bro Azmi Taliban boleh kritikal kembali or worst case… kena Stop Out. Akaun Bro Azmi Taliban diblok kerana terlalu lama Margin Level di bawah 100. Namun robot-robot still request hendak open post berkali-kali. Request yang continous ini menyebabkan trading server forex4u overload lalu memblok akuan Bro Azmi Taliban untuk mengelakkan trading server forex4u overload dan seterusnya menjejaskan trader-trader lain di seluruh dunia (peerggghh hebat pukulan Bro Azmi Taliban…).


Sifu Izputra terus melontarkan ilmunya kepada ahli-ahli Miliun hingga Bro Saiful dan Bro Vito ternganga. Aku buat-buat paham namun aku seperti mereka jugak. Memandangkan robot akan request untuk open position 1 jam sekali iaitu pada jam 1, 2, 3 dan seterusnya. Jadi kena make sure pada tepat jam tersebut Margin Level akuan di atas 100%. So next time, Margin Level bawah 200% kena elert admin untuk top up sebelum mencecah 100% ke bawah. Bro Noh memuji Sifu di atas penerangan yang diberikan menyarankan agar Sifu Izputra menjadi profesor forex. Bro Wak Parit Sulong menyokong sambil menghirup Kopi Panggung Al-Ambiak dengan motto “Kopi Panggung Al-Ambiak Pasti Hebat di Ranjang Terselah Daya Ketahanan Isteri Tersenyum Kepuasan Terpancar Cahaya Kenikmatan Bahagia Rumahtangga Mekar dan Suburlah Bunga di Taman”. Bearak Nanang wak ni… Bro Azmi Taliban mengucapkan terima kasih kepada Sifu Izputra kerana telah berjaya menyelamatkan kapalnya dari tenggelam. Bro Azmi Taliban mohon permisi untuk tidur awal dengan harapan esok hendak mandi yang fardhu. Malam terus berlabuh dan membiarkan robot-robot menjalankan tugas-tugas masing-masing. Pagi 7 Nov 2013 laut mula bergelora, kapal-kapal mula dilambung ombak.Di dalam kekalutan persiapan seminar di Kuching, Sarawak aku masih lagi sempat mengawasi pergerakan kapal-kapal. Float masih mengganas… Bro Saiful melahirkan rasa bimbang. Ini gara-gara high impact news yang–ve untuk matawang AUD. Jam 8.30 pagi tadi ada 2 news untuk AUD. Robot-robot selalu dilihat membuka position-position peluru besar sell di penghujung penurunan@ peluru besar buy di puncak kenaikan. Sebab itu susah nak close disebabkan anjakan prise dah lemah di penghujung/puncak. Kes sebegini menjadi punca float susah nak turun. Sifu Izputra menganalisis mengapa float tinggi pada pagi ini.


Float 3500 Margin Level 1100, bahaya untuk pukat kecil… Aku memberi amaran. Bro Tony, Bro Vito Dan Bro Azmi Taliban terus mengawal kapal agar tidak tenggelam. Kapal mereka bertiga adalah kapal kecil namun berani untuk belayar ke laut dalam. Sehingga jam 11 pagi float terus menganas tidak mengenal erti belas kasihan. Bro Vito float dah cecah 1800 dan Margin Level 300. Bro Tony dan Bro Azmi Taliban Margin Level dah cecah paras bahaya bawah 200. Aku dah mula bimbang dengan kapal mereka bertiga ini. Kapal aku sudah beberapa kali dimasuki air. Anak-anak kapal dah ada yang pengsan kerana tertelan air laut. Sifu Izputra terus memantau kapal mereka bertiga… Bro Tony, kena top up cepat tu.. nanti akaun kena block macam Bro Azmi Taliban sebab margin dah –ve tapi robot-robot stil request nak open new traders. Besar dan lama tsunami kali ini. Dah seminggu tak surut-surut lagi. Sifu Izputra terus berdoa agar kapal-kapal mereka selamat dan dapat meneruskan pelayaran.

Senja sudah mula berlabuh. Kapal-kapal yang belayar siang tadi masih lagi dapat bertahan namun semuanya berada di dalam keadaan bahaya. Bro Azmi Taliban Margin Level sudah cecah 105. Aduh Bro Azmi Taliban, nak pil sakit perut tak… Aku berlawak untuk menenang keadaan yang runcing. Admin dah top up 200 dan saya sendiri dah top up 700… tapi akaun masih kritikal… redo jer lahh… kalau akaun silver ini burn ini ada kali kedua. Hari itu dengan pioneer pun burn jugak… Bro Tonny seolah-olah sudah pasrah apa yang berlaku.
 

Angin bertiup kencang di tengah lautan diikut hujan lebat. Laut bergelora tinggi, melanda kapal-kapal yang sedang belayar. Gelombang laut semakin menjadi-jadi dan ganas, membuat anak-anak kapal semakin cemas dengan keadaan malam yang hitam pekat. Kilat sabung menyabung yang tidak tahu bila akan berakhir. Float bertambah ganas, Margin Level terus menjunam… Float aku terus mencanak hingga mencecah 3800 dan Margin Level menjunam ke 800 bagi kapal yang disuntik dana 10K. Bagaimana kapal-kapal yang mempunyai dana di bawah itu. Kapal aku sendiri telah berapa kali dimasuki air dan aku sendiri telah berapa kali tertelan air laut. Aku terus berdoa dengan penuh syahdu serta titisan air mata… Ya Allah selamatkanlah pelayaran ini…Ya Allah, selamatlah sahabat-sahabat aku yang lain Ya Allah. Keadaan makin tenat dan kritikal, Bro Vito telah mengucapkan selamat tinggal, retak menanti belah – Margin Level dah cecah 250. Ada modal baik top up Bro Vito. Bro Azmi, kalau ada rezeki kita mungkin boleh bertahan sampai esok.Kalau tak ada cukup sampai di sini…. Kapal saya dah masuk air ni… tunggu nak karam je… Sayu kata-kata dari Bro Tony. Terus terang saya tiada keupayaan/kemampuan memperbaiki apa yang patut… Mungkin takat di sini rezeki saya… Apa-apa pun terima kasih buat kawan-kawan yang saling prihatin dan ingat mengingati antara satu sama lain… Saya hargai anda semua… Bro Vito pasrah. Saya pun dah tiada upaya… Bro Azmi Taliban semakin lemah sambil memegang tiang layar yang hampir patah.

Silver 5 - (Klik Imej) 
 Sila perhatikan prestasi S5 (Silver 5)

(klik)

Akak doakan yang terbaik untuk kita semua. Dah macam family ni… susah senang sama-sama. Syahdu sangat ni. Kak Izan menahan sebak… Air mata aku seperti empang yang pecah tak boleh ditahan lagi. Akhirnya kapal Bro Tony tidak dapat menahan hempasan laut yang mengila… akaun saya dah burn… baki akaun 87 usd sahaja… Tiba-tiba Sifu Izputra mengeluh… Adusss.. akaun Bro Azmi juga dah kena Stop Out… Saya punya dan burn ke… Bro Azmi Taliban minta pengesahan. Kapal Bro Vito terus bertahan dengan Margin Level 200 walaupun sudah beberapa kali Bro Vito terhempas di lantai kapal (mungkin rezeki anak yang bakal dilahirkan…)

Dipenghujung malam selepas lautan berhenti bergelora, laut kembali tenang aku mendapati kapal Bro Azmi Taliban Dan Bro Tony tenggelam di dasar laut. Aku terasa amat sayu, aku mengenali Bro Azmi Taliban melalui wasap sebelum menghadiri bengkel lagi. Secara peribadi aku amat simpati di atas apa yang menimpa pada Bro Azmi dan Bro Tony. Tapi ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Insyaalah, Allah akan memberi rezeki di dalam berbagai bentuk dan cara… Allah maha pengasih lagi maha penyayang… Bro sihat, anak isteri sihat… itu pun rezeki… Aku mintak maaf banyak-banyak pada Bro Azmi Taliban dan Bro Tony jika selama ini aku ada melukakan hati kalian. Aku harap kita tetap bersahabat sampai akhir hayat… u are the best…

Tiba-tiba wasap Uncle masuk… Kapal yang terselamat hari ini dan berjaya bawa naik hasil tangkapan yang lumayan, tahniah diucapkan. Terima kasih tuhan. Bagi yang karam, hubungi saya semula secara peribadi selepas bengkel ke empat minggu depan. Saya akan bantu anda. Don’t Worry. 

Malam itu di Hotel Hilton, Kuching aku merenung Waterfront yang mengalir lesu namun kepiluan hati masih merobek hati. Sebagai mengubati hati yang pilu, kali ini aku tidak akan membeli gambir Sarawak untuk aku hadiahkan pada sifu…

Pada 8 Nov 2013 cukup sebulan aku berlayar bersama dengan Miliun dan profit yang aku terima adalah sebanyak USD 1,726.65 bersamaan denganRM 5,870.61 walaupun selama 3 minggu laut bergelora.

Profit yang dierima selama sebulan tred mulai 14 Okt hingga 8 Nov 2013 sebanyak USD 1,726.65

Bro Azmi Taliban… Pelayar yang hebat pasti mengalami kapal yang karam… u are the best…

Sekian, Secangkir Kopi Janda mengundurkan diri bagi membaiki kapal yang rosak untuk meneruskan pelayaran. Wasallam.

Tok Wan

Miliun Bengkel 3

Komen aku : Lima artikel je lagi, ko dah ble buat satu buku bertajuk. "Forex & Janda"

Kejayaan pasti menjelma pada insan yang berani bertindak....(klik)
SECANGKIR KOPI JANDA - REZEKI ANAK AKU AMIRUL (klik)
Secangkir Kopi Janda – Igauan Sang Puteri (klik)  

Secangkir Kopi Janda – Tragedi 711 (klik)

Artikel berkaitan 1 (klik)
 
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)



Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

 

3 comments:

Anonymous said...

tu diaaa...ayat spinning dah mai daahh....depa dh xtau mana nk konar...

Anonymous said...

As Salam saudara, utk pengetahuan saudara, sewaktu kem kami telah diperingatkan tentang bahayanya akaun dibawah USD3k tapi kami teruskan juga bukan sebab kami degil tapi kerana itu sahaja yang mampu. Walaubagaimanapun, saya amat menghargai sifat kebertanggungjawaban MiLiUn (bertiga) kerana sanggup membantu akaun yang telah karam. Ini sangat mengharukan, cukuplah menghentam mereka bertiga kerana mereka cuba membantu ekonomi orang kita dan dalam masa yang sama sanggup bertanggungjawab kepada saudara pengguna miliun yang tidak bernasib baik dilanda badai tsunami forex. Sungguh mulia hati mereka. Saya mendoakan kesejahteraan saudara, MiLiUn bertiga, pengguna miliun dan saudara seislam sedunia..wassalam

Anonymous said...

Lepas ni akan byk lg citer sedih ke?