Followers

Friday, November 29, 2013

Yang Dicari Dah Jumpa - Part 1

Yang Dicari Dah Jumpa - Part 1

Seperti yang saya janjikan ruangan komen dalam artikel bertajuk "Saya Akan Bantu Anda - Puan Norizan"  
disni saya sertakan video tersebut.


Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kerana sukarelawan yang dinyatakan dalam komen tersebut bukannya Mona tetapi seorang gadis lain. Mungkin beliau sudah berumahtangga sekarang. Kalau dia terbaca artikel ini, sila berkongsi pengalaman anda dengan pembaca blog ini.

Walau bagaimanapun, terdapat tiga sukarelawan dalam episod tersebut dan Mona  salah seorang dari mereka.

Salah seorang sukarelawan tersebut adalah wartawan dari Akhbar Mingguan Misteri yang mendengar bunyi seperti seseorang sedang menggegaji dan bertukang diatas bumbung masjid dan seorang gadis (lupa plak aku nama dia) dibelakangnya jelmaan mirip lelaki berjubah tanpa kaki.

Episod tersebut sebenarnya di surau / masjid seperti saya jelaskan dalam ruangan komen tetapi demi menjaga ketenteraman awam, pihak penerbit menukarkan tajuknya kepada Pondok Usang.

Video ini sebenarnya kalau tak silap sekitar 18 minit sehingga 21 minit tetapi telah disunting menjadi sekitar dua minit lebih suoaya tak buang masa korang

Video akan datang, saya akan cuba paparkan dengan izinNYA satu rakaman bagaimana 'kewujudan' tersebut balik ke dimensi asal seakan pintu..

video

Bagi mereka yang mempercayai kewujudan / rakaman / audio / bau / perasaan tentang kehadiran makhluk dimensi keempat, tiada sebarang penerangan yang perlu dijelaskan tetapi bagi mereka yang tidak mempercayainya tiada sebarang fakta yang boleh dinyatakan

Tepuk Dada Tanya Selera

1 comment:

cungkil gigi said...

saya la yang jadi sukarelawan kat surau tu, sambil makan kuaci dan ditinggal lebih dari 4 jam dan dengan walkie talkie tak berfungsi...nice...