Followers

Saturday, December 28, 2013

Darwis – Dipukul Badai, Rezeki Tetap Muai

Darwis – Dipukul Badai, Rezeki Tetap Muai




Kapal dipukul badai , terumbang-ambing dilautan luas tidak bertepi. Mencari sesuap nasi untuk dibawa balik ke darat, diberi makan anak dan isteri.

Begitulah gambaran yang aku lukiskan kepada semua tentang alam Forex ini. Analogi seperti kapal, laut, nelayan dan jala selalu aku berikan. Supaya mudah faham kepada semua pembaca.

Salam kepada semua pembaca blog Uncleseekers. Semoga kalian sentiasa mendapat lindungan dan rahmat darinya.

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini. Minggu hadapan kita mempunyai baki 2 hari sebelum tahun 2013 meninggalkan kita. Pelbagai ujian telah kita tempuh, pengalaman hidup yang tidak dapat kita lupakan dan buah pelajaran yang kita peroleh daripada pengalaman-pengalaman yang kita sendiri cipta atau ia hadir dalam hidup kita tanpa kita pinta.

Segalanya ada sebab dan muasabab berlaku. Tidak bergerak satu zarah tanpa izinNYA.


Darwis

Akaun Darwis mula aku pantau pada 21 November 2013. Lebih kurang sebulan aku melayan kerenah akaunnya, dan tuannya sekali. Tuannya tak banyak kerenah. Dia memang serah sepenuhnya kepada aku.

Ikut suka kau la Dzoul” begitulah yang selalunya yang dia selalu kata pada aku sekiranya aku mencadangkan sesuatu kepadanya.

Aku mula mengenali Darwis ketika Uncle membawa aku ke Fraser Hill. Aku ingat Uncle ingin saja-saja bawa bercuti. Tapi rupanya dia nak bawak jumpa client Miliun.



Rumah Sri Berkat di Fraser Hill yang kami duduk.
Korang nak duk sini,call Ah Teng. Dia ni Melayu 
tapi orang panggil dia Ah Teng.


Memang menjadi adat sekiranya ada apa masalah, Uncle akan turun padang sendiri berjumpa untuk menyelesaikan apa-apa masalah.

Uncle mempunyai pengalaman dalam membina BRAND sehingga ke peringkat nasional. Brand yang pernah beliau bina dulu jika korang pernah ingat adalah Manja telah tercatat didalam Malaysia Book Of Records. Bukan setakat satu produk, tetapi 6 jenis produk yang terlaris dipasaran.

Kepakaran Uncle sememangnya dalam Branding. Aku akan ceritakan secara ringkas tentang brand yang beliau cipta satu hari nanti. He is so brilliant in branding.

Pernah menaja sebuah kapal terbang untuk adiknya, Hadi untuk 'Round The World' secara solo. Tetapi tak menjadi atas sebab-sebab tertentu. Hadi kini berjaya ke United Kingdom daripada Malaysia hanya dengan bermotosikal.


Hadi - Iammalaysian (Klik)


Kalau dah sampai boleh taja kapal terbang bukan calang-calang perniagaan yang pernah beliau miliki.

Menjadi adat dunia ini kita akan diuji. Kita diuji dengan harta, keluarga, rakan, kesihatan dan sebagainya.
Uncle juga tidak terlepas daripada ujian dalam perniagaannya.

Tetapi beliau tidak pernah putus asa untuk bangkit semula. Sentiasa bangkit. Tidak pernah aku lihat dia putus rezeki walaubagaimana pun keadaannya. Rezeki sentiasa datang kepadanya.

Berkat orang yang suka bantu orang lain ketika berada dalam kesusahan.

Tak boleh ke kita kaya, tapi takde masalah hidup Zul?” Adeek pernah bertanya kepada aku. “Kita hidup didunia ini memang perlu diuji. Kadang-kadang dengan harta, keluarga, kesihatan dan macam-macam lagi.” Jawab aku kepadanya.

Kadang-kadang orang kaya pun sesak daa” sedutan cerita Ali Baba Bujang Lapok. Dialog Allahyarham Sudin.

Ujian tu menjadi bukti kita hamba yang beriman” aku menambah kepada Adeek.

2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Kini Uncle bina brand yang bakal terkenal diseluruh dunia dan melahirkan ramai jutawan. Dengan izinNYA.
“Nak bina produk, bukan buat je terus tip-top. Kereta kita beli first batch pun kita akan hadap macam-macam hal” Uncle bercerita tentang pengalaman beliau membina produk.

Begitu juga dengan produk Miliun. Sentiasa akan di upgrade daripada semasa ke semasa.

Lu kalau nak bikin produk terus tip-top, lu bikin sendiri la der” yang ini aku yang cakap. Hehe.

Setelah sebulan aku pantau akaun Darwis, akaun mamat ni la rezeki selalu muai. Aku tak tahu apa amalan dalam hidup dia ni. Asal aku potong, dia cambah balik, asal cambah aku potong.

Takkan nak tengok je kan?




Ada jugak sore-sore yang sumbang macam mambang yang cakap “Tak aci la potong”. Boleh pulak main aci-aci bukak pintu. Apa yang lu kesah sangat der?  Wa tau yang duk hingaq tu, akaun pon takde.


"Datang tak berjemput, pulang tak berhantar" Suka hati lu la bro!



Bang, dalam buku yang saya baca, kalau floating sekitar 40% boleh withdraw” Hafiz memberi info kepada aku setelah beliau membaca buku tentang Forex.

Buku Yang Dibaca oleh Hafiz



Whatsapp Hafiz kepada aku


Memang takde masalah pun, tapi bukan setakat floating je aku tengok; patten harga , support-resistance pun kena ambil kira. Especially yang ada pair JPY tu. Sebab pair ni paling mengada dalam dunia. Hehe. Price cantek hari-hari hari raya. Don’t worry deh.


Carta keuntungan Darwis bermula 21/11/2013 hingga 27/12/2013 dengan keuntungan keseluruhan sebanyak 35.5%. Carta ini dipost di dalam blog pada 27 Disember 2013 sekitar 12.11 tengahmalam


Hari pertama aku cut akaun Darwis iaitu pada 21 November 2013 berjumlah 30.75. Kemudian hari kedua 5 kali aku cut berjumlah USD213. Paling banyak satu hari aku cut berjumlah USD632.43 (RM2,150.26). Satu hari je tu.

Hari yang paling banyak aku cut hari ni. 8 kali. Asal aku cut dia cambah, asal cambah aku cut. Sampai aku terpaksa delay nak tulis artikel ni. Alhamdulillah.

Peratus keuntungan paling tinggi akaun darwis capai dalam satu hari adalah 9%. Jumlah keseluruhan keuntungan yang dicapai selama aku pantau bermula 21/11/2013 sehingga hari ini 27/12/2013 adalah sebanyak USD2,486.18 iaitu sebanyak 35.5% daripada modalnya USD7,000.

Ada je lagi USD7,000 dalam akaun dia tu kan? Celah mana makan modalnya tah?

“Entah le, lantok deme le yob”, kata orang Perak.

Semoga rezeki Darwis dan keluarga terus bercambah daripada hari ke hari lepas ni. Begitu juga dengan warga Miliun yang lain.

Sentiasa ingat kepadaNYA. Bacalah firman-firmanNYA supaya mendapat pentunjuk. Baca dan fahamkan, bukan melagu-lagukannya. Selepas baca, kaji apa yang disampaikan dan laksanakan.
27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

Kita perlu selalu BACA, supaya tidak lupa

87:6. Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa.

BACA untuk nilai diri sendiri.

17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."

Cuba kita tengok keadaan kita sekarang, tak payah tengok luar negara. Dalam negara je, adakah sudah mencapai sejahtera secara total? Lu pikirlah sendiri.

Sebelum aku menutup bicara, aku ingin meninggalkan satu persolan kepada korang. Produk Silver yang dipakai oleh Darwis, sama seperti yang dipakai yang lain-lain. Sama jer takde special pun.

Tapi, kenapa rezeki Darwis yang datang muai? Tugas aku hanya pantau dan cut sahaja. Siapa yang menjaga akaun Darwis sebenarnya? adakah Uncle, atau.....?

Semoga tahun 2014. Dengan IzinNYA lebih masyuuuk!


Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



No comments: