Followers

Wednesday, December 18, 2013

Dua Ribu Empat Belas – “We Don’t SELL, but We SHARE”

Dua Ribu Empat Belas – “We Don’t SELL, but We SHARE”





Tahun 2014 bakal menjelang tidak lama lagi. Jika dilihat daripada perspektif kepercayaan orang Cina, tahun 2014 adalah tahun kuda sama seperti tahun kelahiran Uncle.

Kuda terkenal dengan ketangkasannya dan memiliki ego yang tersendiri. Orang yang lahir pada tahun ini menurut kepercayaan mereka sanggup berkorban demi cinta dan daripada segi perniagaan pula, tahun ini bakal berlaku transisi daripada segi ekonomi.

Apa yang perlu kita lakukan adalah mengatur strategi dengan lebih kemas supaya tidak berlaku ketirisan terutama dalam kewangan.

Duit bukan segalanya, tetapi segalanya memerlukan duit.

Apa pun ramalannya, kita tetap percaya bahawa rezeki itu adalah urusanNYA. Kita perlu usaha untuk mengambil bahagian kita, dan tidak semua rezeki yang kita dapat adalah rezeki kita, kerana didalamnya terdapat bahagian orang lain.

Kalau kita ada duit berkoyan pun kita hanya mampu makan nasi paling kurang sehari 2-3 kali aje. Makan 2-3 jenis lauk. Bilik yang kita nak tido pun kita hanya perlu sikit sahaja ruangnya. Bini? Ha itu korang pikir sendiri, aku tak nak bagi komen, sebab ni isu sensitif bagi golongan cik Hawa.

Sebab tu kita perlu SHARE. Kan? Benda lain bleh share, bini nak share jangan haraplah. Hehe.

Mungkin ramai yang sudah tahu, atau ada juga yang tak tahu lagi plan Miliun pada tahun 2014. MILIUN dengan rasminya tidak lagi menjual mana-mana produk kepada sesiapa pun.

Samada Miliun Pioneer, Miliun Silver, Silver 5, Silver 4 ataupun produk terbaru didalam proses Beta-Testing iaitu Miliun GOLD.


“We Don’t SELL, but We SHARE”

Tiada lagi jualan secara retail, tetapi kepada sesiapa yang ingin bersama keluarga MILIUN untuk menjana kewangan menggunakan produk MILIUN, kami menawarkan ‘profit sharing’ kepada korang, 60 korang – 40 Miliun atau 50 – 50. Amacam? Ada bran?

Pada tahun ini juga Miliun akan membuat projek Mega iaitu kaya secara berjemaah. Kaya sorang-sorang ni tak best. Kalau kita sorang ada keta Porche Panamera, member pakai keta Kanc je, kompem dia kena tinggal satu kampong. Nak pergi melancong, takkan kita nak jalan sorang-sorang? Bosan beb.

Pada perjumpaan yang lepas iaitu Bengkel 5 Miliun, kita dah bincangkan pasal projek Copytrade yang bakal membuatkan ramai menjadi kaya, berjaya dunia dan akhirat. Dengan izinNYA.

Itu bergantung kepada niat masing-masing. Sebaik-baiknya salurkan kepada yang memerlukan seperti untuk keluarga, saudara-mara, orang yang dalam kesempitan hutang dan orang yang meminta-minta (yang terdesak).

Projek Copytrade ni akan menggunakan produk MILIUN yang terbaru iaitu Miliun GOLD dengan taglinenya “Get Rich Together”.

Secara peribadi saya lihat produk yang dicipta oleh Abe Mizi kali ni lebih kemas tapi masih ada enjin-enjin didalamnya yang boleh diperkemaskan lagi terutama daripada segi kawalan risiko dan lot sizing.

Sebelum saya bercerita secara ringkas mengenai produk Miliun GOLD ni, nak bagitau untuk join projek kaya secara berjemaah ni harus ada minimum USD5,000. Kalau takde, tak ape kata Uncle, kita boleh bantu, tak gitu Uncle?

Untuk produk kali ini, Miliun hanya tumpu kepada SATU matawang sahaja.

Bak kata Mizi “Lebih baik berlawan dengan satu musuh daripada banyak musuh” . Aku terkejut bila Mizi mula berfalsafah dengan aku ketika berbual dalam telefon sewaktu membincangkan tentang produk Miliun GOLD ni.

Alasannya, lebih mudah nak urus.

Analoginya, mana lebih senang urus satu bini dengan empat bini? Bila kita kawin dengan bini kita, kita bukan kawin dengan bini kita je, dengan mak ayah dia, sedara mara dia dan orang-orang dibelakangnya.

Masing-masing ada pe’el masing-masing. Tak terlayan beb. Kena time dia senggugut, kita dah letak tangan kat dahi bila tidor. Macam-macam hal.

Cam tu jugak dengan matawang ni, satu matawang satu je kerenah kita nak hadap. Tapi kalau dia buat hal, kita takde back-up yang lain. Sebab tu enjin WAJIB kena tip-top.


Mekanisme MILIUN GOLD – “Get Rich Together”

Ahli keluarga Miliun semua sedia maklum, produk Miliun setakat ini memang tak ada guna ‘Stop-Loss’. Ia menggunakan metod ‘Hedging’/ ‘Locking’ dan Strategi Martingale.

Martingale adalah konsep yang diperkenalkan oleh ahli matematik di Perancis iaitu Paul Pierre Levy pada abad ke-18 . Konsep yang digunakan dipanggil “Doubling Down”.

Miliun GOLD kali ini tidak menggunakan ‘Locking’ tetapi menggunakan teknik mirip Martingale – menggandakan lot size entry.


Jika Sell, ia akan mula Sell dengan lot kecil , sebagai contoh;
Pertama ia akan entry, Lot 0.01 – Byprofit (Take Profit) USD 3 . Jika syarat kedua indicator diperoleh oleh robot, ia akan entry Lot 0.03 – Byprofit (Take Profit) USD 9.

Seterusnya;
Lot 0.09 – Byprofit (Take Profit) USD 27, Lot 0.81 – Byprofit (Take Profit) USD 80. Dan terakhir, Lot 2.34 – Byprofit (Take Profit) USD 80.


(Klik)





Profit pertama Helmy Entry 9/12/2013, peluru terakhir 2.43(USD24.30) dibuka pada 11/12/2013 pada pukul 12:00 tengahari waktu server (7.00pm waktu Malaysia). Kesemua entry ditutup 3 jam 46 minit selepas peluru terakhir dibuka (10.46pm Waktu Malaysia). Profit yang diperoleh adalah USD78.23 (USD286.74+0.83-42.66-10.08-153.09-3.51).


  
  
  Rajah 1 – Backtest Miliun GOLD Februari 2013 dengan perolehan keuntungan sebanyak 14% (USD1,410). Mempunyai 93 entry (79 entry yang untung dan 14 entry rugi – 84% Win, 16% Loss)
  

PENAFIAN : PERNIAGAAN FOREX  melibatkan risiko yang besar, mempunyai potensi memperoleh keuntungan dan juga mempunyai risiko untuk mengalami kerugian. Prestasi masa lalu atau simulasi tidak menjamin keputusan masa akan datang.
  


  
Rajah 2 : Backtest Miliun GOLD – Januari 2013 hingga November 2013 dengan modal 10k. Profit terkumpul sehingga akhir November 2013 adalah sebanyak USD21,649.34


Secara peribadi, melalui pengalaman saya daripada back-test dan front-test yang saya lihat robot Miliun Gold sesuai untuk modal besar terutama sekali bila dia buka peluru besar (lot 2.43). Kalau modal kecik kecut perut gak beb. Kalau modal 15k keatas takde la gelabah puyuh sangat.

Miliun Gold ini sememangnya sesuai untuk pair AUDUSD berbanding dengan pair lain yang pernah saya test seperti USDCHF dan USDJPY. AUDUSD lebih konsisten profitnya disebabkan range dan volatility.

Diharap Abe Mizi beri yang terbaik untuk robot kali ini.


Miliun GOLD – Get Rich Together.


Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



No comments: