Followers

Saturday, December 21, 2013

PIONEER Dilanda Tsunami

PIONEER Dilanda Tsunami






Salam kepada para pembaca blog Uncleseekers,

Hari ini adalah hari aku menghabiskan masa dengan keluarga aku. Jika aku bersendirian aku lebih banyak membaca. Mencari artikel yang menarik, download ebook niche kegemaran aku.

Niche kegemaran aku adalah berkenaan dengan spiritualiti, meta-fizik dan self-help.

Aku membelek-belek ebook yang pernah aku download dahulu dalam tab aku. Aku memiliki puluhan ebook , ada  aku dah habis baca, ada yang aku belum baca-baca lagi.

Sedang aku membelek, telefon aku berdering, aku sangka ni mesti Uncle yang call aku. Sebab Uncle je yang rajin call aku.

Adalah benda dia nak cakap pasal ide baru dia, bertanyakan pandangan. Kebanyakannya akan berkisar hal-hal Miliun.

Nama terpapar Rizal Miliun. “Apa agaknya hal Rizal call aku” hati aku berbisik. Aku menjawab panggilan dan memberi salam “Salam bro, apa cer?”




Rizal bercerita panjang lebar tentang keadaan akaunnya. Dia ada bertanya kepada aku tentang profit sharing. 

“Tu nanti kita cerita, yang penting aku evaluate akaun kau dulu. Nanti ko SMS no akaun dan password” kata aku kepada Rizal.

Rizal deposit duit sebanyak USD5,000 pada bulan September 2013. Guna robot PIONEER.

PIONEER menggunakan 14 pair matawang untuk diniagakan; 7 pair JPY, 6 pair USD dan 1 pair EURCHF.

Pair ni sebenarnya ada musimnya untuk diniagakan. Terutama sekali pair JPY. Kalau tak kena musim memang melalut perginya.

PIONEER lebih sesuai digunakan pada bulan Mei hingga Ogos. Berbeza dengan SILVER 5, SILVER 4 dan GOLD. Sesuai digunakan pada setiap masa. Dengan syarat kita tahu pilih pair yang bersesuaian.

Untuk menggunakan produk PIONEER dan SILVER, SILVER 4 dan SILVER 5 kita perlu pantau akaun setiap masa kerana robot ini ‘semi-auto’.  

Robot semi-auto kita perlu lakukan Cut-and-Refresh menggunakan script ‘Close-All’ bila equity melebihi balance.

Miliun GOLD berbeza daripada yang lain, kita tidak perlu buat proses Cut-And-Refresh. Enjin yang digunakan ‘Fully-Auto’. Sampai target dia kaut untung, dan cari entry terbaru seterusnya.

Beberapa minit kemudian aku terima SMS daripada Rizal memberi nombor akaunnya dan password untuk aku buat analisis pair mana yang bermasalah mengikut ranking.





Setelah dibuat analisa;

Pair paling tinggi floating EURJPY (19%) , diikuti dengan GBPUSD(14%),CHFJPY(14%),CADJPY(4%) ,GBPJPY (2%) dan lain-lain pair (1%).

Pair JPY sahaja dah ambil 39% berbanding dengan pair-pair lain.

Aku membuka chart untuk membuat analisis teknikal harga untuk melihat situasi sebenar pair. Bila sesuai untuk CUT atau HOLD.




Pair EURJPY kita beri masa sampai pertengahan Jan 2014 untuk membuat keputusan CUT atau HOLD sehingga kembali kepada harga dibuka.

Begitu juga dengan pair JPY yang lain. Pair-pair JPY selalunya akan gerak seiring dan sejalan. Sebab pair-pair JPY semuanya berada pada posisi QUOTE (belakang).

EURJPY
GBPJPY
AUDJPY
NZDJPY
USDJPY
CADJPY
CHFJPY

Kalau YEN menguat, pair-pair JPY akan SELL. Bila YEN melemah, semua pair JPY akan BUY.
Berbeza pulak dengan matawang EURO. Semuanya berada pada posisi BASE (hadapan)

EURUSD
EURGBP
EURAUD
EURNZD
EURCAD
EURCHF
EURJPY

Jika EURO menguat, semua pair EUR akan BUY. Bila EURO melemah, semua pair akan SELL.

Kebolehan kita melihat pasaran mana yang kuat dan lemah sangat penting supaya kita tidak tersalah pilih produk (matawang) untuk diniagakan.

Semoga ilmu yang dikongsi pada hari ini memberi manfaat kepada semua.


Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang


 

1 comment:

Anonymous said...

Pihak admin tiada analisis untuk margin yang rendah kemampuan seperti dibawah usd3k? Tiada cadangan dan jalan penyelesaian bagi akaun yang hanya nyawa-nyawa ikan ? Diharapkan golongan "rendah" tidak dianaktirikan kerana ....ahhh tak tau nak kata apa lagi..