Followers

Thursday, December 12, 2013

Saya Akan Bantu Anda - Zainal

Saya Akan Bantu Anda - Zainal


Salam,

Semalam adalah hari yang paling melegakan abang Zainal kerana akaunnya aku telah tukarkan kepada Silver 5 dan memilih matawang yang sesuai untuk diniagakan.

5 matawang yang aku pilih adalah ;  

GBPUSD, 

EURUSD, 

USDCAD, 

AUDUSD

USDCHF.

 (Klik)

Setiap kali aku bertanya khabar kepada abang Zainal, setiap kali itulah aku akan mendengar abang Zainal bercerita pasal JPY pair yang membuat dia rimas. "GBPJPY ni bila dia naik, floating turun, bila turun, floating naik" ujar beliau didalam Whatsapp.

Aku tahu ramai jugak yang rimas dengan pair JPY ni. Menurut pandangan aku, buat masa ini JPY ni kita 'pisahkan' dulu buat sementara waktu.  (sebaiknya kita hantar rumah Mak Mertua bulan Oktober sampai Disember setiap tahun. Mungkin dia rindu kampung..Mana lagi beb..hantar balik Jepang)

Bila perangai dia dah ok (selalunya bulan Februari keatas) dengan muka tak malu, barulah bawa balik rumah..

Akhir tahun memang selalunya perangainya cenggitu. Perangai 'senggugut' dia yang buat kita tak senang duduk. Asal baring teringatkan dia, duduk teringatkan dia.

Kalau dah tak senang duduk tu , memang kena buat sesuatu. Kalau tak, kita yang 'senggugut' silap hari bulan nanti..

"Tentang JPY pair saya akan pantau. Pair yang degil. Hopefully this month JPY mengalah...Saya akan cut-and-refresh dan buang JPY pair dan gantikan dengan Silver 5" begitulah ujar aku kepada abang Zainal untuk meredakan kerisauan dia.

"Cantikkkk. Semoga di permudahkan" balas abang Zainal kepada aku.

Ketika aku menulis Whatsapp kepada abang Zainal, Uncle duduk sebelah aku di meja makan. Kami baru selesai makan malam.

"Kau buat apa tu?" tanya Uncle kehairanan apa yang aku buat, duk mengadap tab lama sangat. Dia jeles lah tu aku tak layan dia keh keh keh.

Mana customer yang bertanya pada aku, aku akan jawap dan cari jalan untuk selesaikan.

Bagi aku peserta Miliun sangat beruntung tak macam aku 5 tahun dulu kena ngadap trading station 24/5. Konon ingat duduk depan PC sepanjang hari boleh dapat profit banyak. Tapi sebenarnya, tak seperti yang diharapkan.

Asal jer masuk, terbalik, asal terbalik je masuk.




Bagi aku dengan Produk Miliun ni, trade Forex tak perlu duk ngadap 24 jam. Cuma sekali-sekala sahaja check akaun. Walaupun floating, still ada position yang close in-profit.

Kalau trade manual selagi tak close position, selagi tu la tak masyuk.

Ingat lagi dulu nak dapat USD100 seminggu pun payah beb. Cam nak nangis rasa. Kena pulak market hujung tahun ni.

Kita dah guna macam-macam teori; Elliot Wave, pivot, trendline, support & resistance, divergence, weekly strategy dan macam-macam lagi lah. Syarat-syarat teknikal semua cukup. Bila entry dia gi arah lain. Adesss. Memang *$%^*^%^^&* tul!

Ada yang sanggup bayar pergi kelas teknikal sampai belas ribu ringgit Malaysia. Dia ajar guna Fibo dengan Bollinger Bands tak silap aku. Mamat yang ajar ni popular dulu sampai masuk sokabar. Sudahnya ramai karam, sebab masih tak faham dan tak mampu mengawal nafsu diri.

Bagi aku bukan silap ilmu yang diajar, tapi kefahaman trader sendiri tentang market dan paling banyak ganggu decision kita ketika trading adalah emosi.

Analisis terlalu detail tak boleh, terlalu mudah sangat pun tak boleh. 

Macam kita nak bawak kereta, sebelum jalan kena check keadaan kereta. Dah ok baru kita tuju ke destinasi kita. Tapi tak perlu analisis terlalu detail sangat, nanti sudahnya memang tak bergerak lansung kereta sebab pikir banyak sangat.

Itulah analogi aku menceritakan pengalaman sebagai manual trader. Bukan senang nak senang, tapi tak susah nak susah.

Pada malam sebelum membuat keputusan untuk cut-and-refresh akaun abang Zainal, Uncle tak dapat tidur. Beliau sanggup tidak tidur kerana menunggu aku bangun untuk membincangkan hal ini.

Aku bangun sahaja tanpa sempat buang air, gosok gigi, Uncle terus menyapa aku dengan soalan "Boleh tak kita cut-and-refresh akaun Zainal? Akaun dia dah lama sangat floating". (rupa-rupanya orang tua ni menunggu aku bangun daripada tido berjam-jam)

Setelah membuat perbincangan dengan Uncle, kami memutuskan untuk cut-and-refresh akaun abang Zainal semalam pada 11-12-13 sekitar jam 4 petang.




 Abang Zainal bermula dengan modal USD2,000 pada 31 Ogos 2013. Kemudian top-up lagi USD10,000 pada 2 Oktober 2013 menjadikan akaunnya USD12,000 dan keuntungannya lebih kurang USD15,331.65.

 Dengan IzinNYA sebelum hujung tahun ni abang dapat balik modal abang USD12,000 dan kami tidak ambil keuntungan satu sen pun. Kemudian bila dah balik modal baru start profit sharing 60-40.


Ketika akaun di-cut-and-refresh, baki akaun abang Zainal cuma tinggal USD10,570.50 . 

Kita rugi sikit takpe, yang penting dapat tukar kepada Silver 5 dan buang JPY pair.

Genap 24 jam ketika aku menulis artikel sekarang ni akaun abang Zainal peroleh profit 2% daripada modalnya semalam iaitu sebanyak USD164.38 (RM558.89). Pelan-pelan kayuh.



Takpe bang Zainal, abang tak perlu risau, saya akan kumpulkan semua keuntungan akaun abang. "Don't worry bang"

Satu perkara diingatkan jangan cuba godek-godek gatal tangan buat entry sendiri dalam akaun yang guna robot. Nanti susah nak control risk. Macam ada seorang peserta yang duk ngadu dengan aku yang akaun nya makin surut sebab dia duk entry manual akaun dia.

Aku sarankan kalau nak merasa trade manual, bukak satu akaun Cent. Letak USD50 ke, lepas tu balun. Jangan campur aduk entry manual dengan robot. Carcamerba nanti.

19 entry sendiri yang disertakan dengan entry robot. Akaun ni adalah akaun Shukri (Bengkel ke-3). Nilai kerugian daripada entry sendiri lebih kurang USD2,000. Entry sendiri tiada komen diberikan diruangan komen. Entry robot disertakan dengan komen Silver1, Silver12 dan sebagainya.

Kepada abang Shukri, bila masa bersesuaian, saya akan cut-and-refresh akaun abang seperti perbincangan kita didalam telefon. Enjin dan masuk air bang. Memang kena over-haul.


Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


No comments: