Followers

Wednesday, December 11, 2013

Secangkir Kopi Janda – Kau Bukan Milik Ku (Part 1)

Secangkir Kopi Janda – Kau Bukan Milik Ku (Part 1)


Setelah solat Jumaat aku bergegas ke LCCT untuk mengambil barang yang tertinggal semasa menghadiri seminar di Kuching. Nasib aku baik setelah menunjukkan Boarding Passdi kaunter Loss And Found petugas wanita menyerahkan barang tersebut dengan layanan penuh mesra. Ketika aku sampai, pesawat Airasia dari Indonesia dan Kota Kinabalu baru mendarat. Keadaan LCCT penuh sesak dengan orang ramai menuju ke destinasi masing-masing. Naik pesawat udara macam naik teksi je… Kaya-kaya orang sekarang ni…. Cuma aku je dapat naik free, gomen bayar. Itu pun kerana tugas.

Bila kena je tugas kat Sabah Sarawak, muka akulah jadi mangsa. Kadang-kadang aku naik angin gak. Satu je kelebihan sojar naik Airasia… Dalam pesawat dapat makan free…Kalau penumpang lain kena bayar. Aku bukan ada masalah apa-apa pun kalau kena gi Sabah Sarawak, cuma sehingga ke hari ini, aku masih belum boleh menerima citarasa masakannya. Pernah aku pergi restoran kat Kota Kinabalu, aku order nasi putih, telur dadar ngan kicap je… Budak yang ambik order tu tanya kat aku, abang makan itu aje… Aku cakap kat budak tu, aku tak leh makan sembarangan kerana aku dalam pantang menuntut ilmu kebal…

Terkebil kebil mata budak tu memandang aku, selang 5 minit semua mata yang ada kat restoran tu memandang tepat pada aku… Aku cepat-cepat angkat kaki, baki duit pun aku tak ambik… Lepas tu aku tak berani lagi gi restoran tu.. hari-hari aku baham maggie kat hotel… sampai tercirit aku dibuatnya… cirit memang tahap melampaulah… tak sempat duduk… berdiri pun dah keluar…

Aku terus menaiki bas ke KL Central yang baru sampai, penumpang agak ramai termasuk kru-kru penerbangan dari China. Aku mengambil tempat duduk di bahagian tengah bas. Untuk menghilangkan bosan sebelum bas bergerak, aku menghantar wasap kepada Bro Azmi Taliban bertanya bila nak berlayar semula setelah kapalnya karam semasa tragedi 711. Agak lama aku berwasap dengan Bro Azmi Taliban dan aku sempat mengimbau kembali kisah-kisah lawak semasa kami mengutuk Uncle dulu. Aku suka Bro Azmi Taliban ni pasal dia kreatif bab hantar gambar-gambar ni, memang sakit perut dibuatnya. Aku menghantar semula gambar sorang pompuan Afrika berambut afro yang macam sarang tebuan nak melintas jalan. Aku dah senyum sorang-sorang... Aku hantar satu lagi gambar.. ha ini adik Uncle dah jumpa… gambar budak Afrika rambut afro, duduk dikerusi bersilang panggung sambil hisap puting… aku rasa nak terkencing menahan gelak… Bro Azmi Taliban pun turut berdekah-dekah gelak… Tengah aku syok mengutuk Uncle, tiba-tiba wasap dari Uncle masuk… cipet lu Tok Wan arghh… Aku nak turun KL jap lagi… apa-apa aku call Tok Wan… Terperanjat aku dibuatnya… Uncle ni bela hantu raya ke… tau je aku kutuk dia… OK Uncle… aku cepat-cepat membalas wasap Uncle bagi menutup malu aku…


Excuse Me… kosong ke.. Satu suara halus menyelinap ke dalam telinga aku. Seperti kena renjatan elektrik mata aku terpaku melihat seorang pramugari Airasia bertanya tempat duduk disebelah aku. Ye… ye… kosong… aku tiba-tiba jadi gagap nak menjawap walaupun soalannya tidaklah sesusah menjawap soalan SPM. Kalau yang bertanya tu Bro Azmi Taliban ke.. Bro Saiful ke… Bro Wak Parit Sulong ke… tobat lahum aku akan cakap tempat duduk sebelah aku dah ada orang… Kau orang boleh menilai dengan sendiri betapa aku amat menyanjungi kaum Kak Izan… Aku beralih ke tepi tingkap dan memberi peluang pramugari itu duduk disebelah dan dia menunduk hormat pada aku. Di sebalik baju berwarna merah ada satu lagi inner berwarna krim dan zip yang diturunkan sedikit ke bawah, agak menyerlahkan bahagian dada. Aku membalas sambil memandang tepat ke dadanya dengan penuh hormat. Betul… aku tidak berfikiran jahat seperti yang kau orang fikirkan…

Uncle bagitau untuk jumpa sapa-sapa yang tinggal sekitar KL yang ada kelapangan dan setkan tempat untuk berjumpa dengannya kul 9.30 malam. Aku terus menghubungi Bro Salleh… Bro Salleh tak leh join pasal kena jaga anak… bini balik lewat. Kesian sungguh suami sekarang menjadi mangsa keadaan… Aku menghubungi Sifu Edzny. Maaflah Tok Wan tak leh join lah pasal ada dua ekor kambing nak beranak ni… Kawan kena jadi bidan ni… pearghhh ini lagi teruk punya mangsa keadaan… memang boleh dikategorikan lelaki termalang di abad ini.

Aku menghantar wasap pada Uncle supaya menetapkan tempat dan ini adalah peluang terbaik untuk aku untuk mengorek Uncle… Kalau ramai-ramai susah gak…Aku senyum sorang-sorang… Pramugari tadi tersenyum melihat telatah aku… rupa-rupanya dari tadi dia memerhatikan telatah aku… aku tak perasan… malu betul aku… Wasap ngan sapa… ngan isteri ke… Pramugari itu mengaju soalan pada aku. Aku senyum je… tak menjawab soalan yang ditanya… Tiba-tiba je aku rasa tidak berminat untuk membalas wasap Uncle… Maaflah Uncle adakala dalam hidup ini aku terpaksa memilih yang mana lebih penting dan perlu diberi perhatian dahulu…

Nak balik mana… aku memulakan bicara. Damansara Perdana bang… ringkas jawapannya… aku rasa amat teruja sekali apabila dia memanggil aku abang… Nasib dia baik kerana panggil aku abang… kalau dia panggil aku pak cik… memang aku haramkan dia duduk sebelah aku… Aku menjeling di dadanya… dan aku sekali lagi menafikan bahawa aku bukan segatal itu yang korang sangkakan… aku nak tengok name tag dia je… hebat gak dia ni siap ada sayap penerbangan lagi…

Tubuh badannya sederhana kecil dan mempunyai mata yang galak serta rambut warna karat disanggul kemas. Dengan bibir yang mungil dan gigi tersusun rapi serta Lipstik dan make up yang dipakai agak nipis memang menepati citarasa aku sebagai seorang lelaki. Warna uniform berwarna merah dan berskirt pendek ketat memang menyerlahkan keayuan pramugari di sebelah aku ini. Perfume yang dipakainya menyusuk ke dalam lubang hidung aku… Wangi sungguh… Tentu mahal harganya… Aku kira umurnya tidak lebih dari 23 tahun… peargghhh sekali ganda umur aku tu… tapi salah ke aku mencari gadis yang sebaya itu… menurut kajian yang dilakukan, gadis sekarang suka mencari lelaki yang dah berumur kerana lebih romantis dan mempunyai ekonomi yang kukuh. Dan belaian lelaki yang berumur apa lagi yang sudah berumahtangga menepati cita rasa seorang wanita… Jauh beza lelaki yang bujang termasuk Bro Saiful… Belum sampai ke pulau dah karam dilautan… kadang-kadang tu macam ayam je… bila senang aku akan tanya pada Kak Izan… betul ke statement tu…

Lisda tu nama betul ke… aku bertanya. Tak.. itu nama pendek je… nama penuh Lisdawati binti Abd Rahman… Sedap nama tu, aku mula memasukkan jarum pertama… habis nak panggil sapa… Abang panggil Lis pun ok gak… kawan-kawan pun panggil Lis je… Tapi emak panggil adik. Pasal Lis anak yang bongsu. Abang nama sapa… Aku terus mengeluarkan name card dan menghulur padanya.

Nak panggil apa ye… nama abang ni panjang sangat… Panggil abang Wan pun ok je… Satu je Lis tak leh sebut… Apa dia… Lis menjeling manja sambil melentokkan kepala pada pada aku. Aku mengelak ngan hormat, takut terbatal air sembahyang… Jangan sebut hai sebelum nama tu… nanti jadi haiwan lak… Lis tergelak dengan lawak bodoh yang aku buat sampai berair biji mata… Pada aku tak adalah lawak sangat pun… Biasalah kaum Kak Izan kan suka lelaki yang pandai buat lawak…

Aku makin rancak bersembang ngan Lis, seolah-olah aku sudah kenal Lis bertahun-tahun rasanya… Aku bab sembang empat hari empat malam boleh tahan, apa lagi ngan kaum Kak Izan… Aku nampak Lis amat seronok mendengar celoteh aku yang disulami ngan lawak… Mungkin aku dapat menghiburkannya setelah penat berada dalam pesawat… Besar pahala aku kerana dapat membahagiakan seseorang…

Tiba-tiba bas membelok kekanan… peha Lis yang dibaluti skirt pendek yang sendat terus rapat ke peha aku… Aku buat-buat mengelak supaya peha Lis tidak terus melekat ke peha aku. Tak adalah nampak aku gelojoh sangat… Mau je aku bisikkan ke driver bas agar sentiasa membelok ke kanan… Tapi aku jadi misteri lak pasal bas tak belok ke kanan pun tapi peha Lis terus melekat ke peha aku… Salah ke aku terus membiarkannya… Dari situ aku dapat merasakan sesuatu yang misteri disebalik gadis bernama Lis… Ye… aku akan mengorek rahsia gadis bernama Lis… Satu hari nanti, aku akan tahu siapa Lis sebenarnya…

Lis boleh bagi abang nombor handphone tak… mana tau, Lis boleh bagi Abang naik Airasia free ke… 0192073XXX... Aku tak tahu kenapa tiba-tiba telinga aku menjadi pekak dan tak mendengar apa yang Lis katakan… Aku merapatkan telinga ke mulutnya… Lis membisikkan ke telinga aku sambil menghembuskan nafasnya… Arghhh baru dengar…. Aku terus menyimpan nombor tersebut ke dalam handphone aku. Bagi menentukan hubungan aku dengan Lis tidak diketahui oleh datin, aku menukarkan nama Lis kepada Haji Karim. Korang jangan tiru apa yang aku buat… dosa tau... Nape Abang tak letak nama Lis, oohh Abang takut ngan isteri ye… satu cubitan manja melayang ke peha aku… Dalam hati aku berkata… cubit lah lagi… cubit lah lagi… Aku kalau bab taktik muslihat ni memang terer sebab aku pernah mengikuti kursus risik medan selama 3 bulan.

Ok cukup takat tu dulu kisah aku ngan Lis, pramugari Airasia. Artikel akan datang aku sambung lagi kalau Uncle benarkan… Tungguuuu…. Aku sentuh sikit tentang projek Miliun ni… Minggu ni kapal aku memang teruk dilanda ombak. Macam tragedi 711. ML cecah 850 dan float mencanak ke 4200… gila betul… abis lah aku kali ini… Sebelum tu aku memang dah tau ada high impact kepada pair USD tapi pada perkiraan aku, tak adalah sampai nak tenggelam kapal aku dibuatnya… Aku memang dah nekad untuk refresh akaun jewalaupun rugi hampir USD 2K. Nasib baik Kak Izan beri semangat kat aku… Banyak tu TW… Fikir betul-betul… Aku cuba dapatkan pandangan sifu Iz. Tak pe TW kita remove sementara robot-robot yang dah close trade. Tindakan pantas Sifu Iz telah meningkatkan ML aku ke 1K. Malam tu kalau Sifu Iz tak bantu, memang aku refresh robot dan aku akan melabuhkan kapal. Tahun 2014 baru aku nak belayar balik. Memang betul apa yang dikatakan oleh Sifu Dzoul bahawa hujung tahun adalah bahaya untuk kapal belayar…

Petang esoknya selepas balik dari ofise aku terus membuka Laptop untuk melihat kapal aku yang nak karam semalam… Aikkk misteri ni… macam mana lak equity lepas pada dana ni… Bak kata Uncle jangan tunggu lama… zassss je… Perghhh laju je aku rembat…. Petang tu aku tiga kali aku rembak… Jumah semua USD 200… Aku bertambah misteri ngan forex ni… teringat kata-kata Uncle… rezeki Dia yang beri…

Rezeki yang tidak disangka-sangka ketika laut bergelora…
 

Rezeki yang tidak disangka-sangka ketika laut bergelora… Kepada Sifu Iz, aku memang terhutang budi lah padanya… Setelah aku kenal dengan Sifu Iz hampir dua bulan, aku memang respect pasal bab tolong kekawan ni… memang aku rasa bertuah lah pasal aku kenal dia ni masa belum bengkel lagi. Masa tu kenal dalam wasap lagi… lepas tu aku duduk selang sebelah je dengan Sifu Iz semasa di bengkel MB3… Kekadang sampai kul 2 pagi masih layan masalah kekawan… masa bila dia rehat aku pun tak tahu… Datin tak marah ke… Yang penting Sifu Iz ni tak lokek ilmu, walau dia dah kira alim ulamak dalam forex ni… Semua yang dia tahu, dia akan curahkan pada kekawan... Aku cukup geli kalau orang bagi ilmu separuh separuh ni… lepas tu bagi hint je… rasa nak termuntah pun ada… Aku syorkan pada Sifu Iz, lepas ni tolong tulis teknik-teknik berkaitan forex. Contohnya teknik remove robot setelah close trade… Bagi semua pelaut-pelaut tau… tak adalah kapal nak tengelam baru terjerit-jerit panggil sifu ngan Admin dah macam sakat dek polong… Tuan Mizi ngan Tuan Azli pun ada tanggungjawap gak pada Datin yang perlu dipenuhi… Kau orang jangan kecik hati kalau makhluk tu tak layan kau orang masa dia layan Datin… kecuali Uncle…


Akhir kata… Sifu Iz aku ada satu masalah besar ni… Sifu boleh handle kes Lis tak…Kita JV 50/50…???

 Wajah Upin dan Ipin ketika tua...

Tok Wan

Miliun Bengkel 3

Komen aku : Artikel yang terbaik dari Tok Wan. Adakah ianya Fantasi atau Realiti?

Kejayaan pasti menjelma pada insan yang berani bertindak....(klik)
SECANGKIR KOPI JANDA - REZEKI ANAK AKU AMIRUL (klik)
Secangkir Kopi Janda – Igauan Sang Puteri (klik)
Secangkir Kopi Janda – Tragedi 711 (klik)

Secangkir Kopi Janda – Kau Bukan Milik Ku (Part 1)



Artikel berkaitan 1 (klik)
 
Artikel berkaitan 2 -  (Part 1) (Part 2) (Part 3) (Part 4) (Part 5) (Part 6) (Part 7) (Part 8) (Part 9) (Part 10) (Part 11) (Part 12) (Part 13) (Part 14) (Part 15) (Part 16)



Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

3 comments:

MrCam said...

di Kota Kinabalu, kat Kingfisher ok makanan situ. restoren uncle bob. tak silap aku dia org Kedah. banyak ulam melayu

Terajana Makarim said...

Hahahah...Pagi2 ana dh ketawa baca artikel tok wan,cayalah tok wan,kipidap-Sunan Tempe

TOK WAN said...

Wak Terajana Makarim jawa mana... bini aku jawa parit yakni... orang jawa hebat segala segi... ha ha ha