Followers

Monday, December 23, 2013

Secangkir Kopi Janda – Kau Bukan Milik Ku (Part 2)

Secangkir Kopi Janda – Kau Bukan Milik Ku (Part 2)




Skybus ekspress terus membelah lebuhraya membawa penumpang menuju ke KL Central.  Perjalanan selalunya mengambil masa sejam suku kalau tidak ada kemalangan.  Tambang bas kalau beli kat kuanter sepuluh ringgit tapi beli dalam bas sembilan ringgit je… Nak cepat, naik ERL atau teksi… Naik teksi kena keluar RM 70.00 lah… Dah jadi jutawan miliun tak ada halnye… Bukan setakat naik bas je… pakai drebar sendiri pun boleh…

Tiba-tiba handpone aku menyalak, uncle ke… kalau uncle memang aku tak layan punya… ikhlas cakap he he he… Alamak datin call… tapi aku jenis jantan gentleman selamba je aku jawab tanpa berselindung… Datin tanya sempat ke ambik Datin kat hospital… Aku kata tak sempat pasal lepas ni nak jumpa uncle… Datin kalau sebut nama uncle memang boleh lepasnya… Datin tak tanya banyak… Nama Uncle kira kata laluan untuk aku bergerak bebas…

Sapa bang… Lis bertanya ngan riak wajah cemburu...  Datin call… Datin mana bang, abang ni gigolo ke… Dah lama ke abang terlibat ngan kerjaya gigolo ni… Sekali servis berapa bang… berapa ramai Datin dalam simpanan abang… Muka  macam abang pun ada gak Datin yang tergamak… dah tak ada kerja lain ke.. carilah rezeki yang halal bang… Allah laknat kerja tu bang… Abang tak takut kena humban ke dalam neraka ke… perghhhh panjang betul khutbah Lis… muka aku ni ada muka gigolo ke…Kalau body macam Bro Azmi Taliban mungkin boleh masuk dalam carta gak… karpak betul budak Lis ni… suka hati mak ayah tiri belah atuk dia je kutuk aku… selamba beruk je tuduh aku gigolo… Sabar je lah… Kalau Bro Wak Parit Sulong yang cakap… sah makan kasut saiz lapan jawapnya… Mungkin Lis bergurau kot… Isteri abang call… Abang tak leh jemput dia pasal kul 9.30 malam abang ada temujanji ngan kawan abang.  Oohh abang ni bukan gigolo lah… Lis merenget manja… Aku menunjuk gambar datin ngan gambar anak-anak aku dalam handphone… Setakat ni aku tak pernah menipu status aku… Tapi makhluk sejenis Kak Izan zaman sekarang ni tak kisah pun apa status balak tu… jadi hati-hati semua balak-balak sebelum kau orang ditimpa dek balak…




Skybus ekspress terus meluncur masuk ke perhentian bas di KL Central… Penumpang berlumba-lumba keluar dari mulut bas macam kekaltu keluar dari lubang busut jantan lepas hujan… Sebagai jantan yang bertanggungjawab aku menolong membawa beg roda Lis walaupun Lis melarangnya… berebut-rebut kami nak membawanya sehingga tersentuh tangan Lis… Betul aku tak sengaja… Mungkin syaitonirrojim mendorong aku menyentuh tangan Lis… Laungan azan Maghrib dari handphone aku berbunyi… Aku rasa handphone ngan aku… alim handphone aku lagi kerana tak pernah lupa azan bila masuk waktu solat… Cuma setakat ni belum pernah aku tengok handphone aku solat lagi… mungkin belum akhil baligh kot…  Jom Lis kita solat… Tak leh bang, Lis… ok aku faham.  Lis tunggu abang kat sini ye… aku mengangguk…

Aku terus menuju ke tempat solat.  Selepas berwuduk aku mencari sudut yang tidak membolehkan jemaah lain ikut solat     di belakang aku.  Aku mengangkat takbir untuk solat Maghrib… mata aku merenung ke sejadah… tiba-tiba syaitonirrojim bertanduk dua dan wajah Lis berlari-lari di atas sejadah.  Tak jadi aku meneruskan niat. Aku mengangkat takbir sekali lagi… Masih gagal… Aku beristifar beberapa kali… baca ayat halau setan… lepas takbir kali ke empat baru boleh masuk itupun setelah aku pejamkan mata… kuat betul godaan syaitonirrojim ni… lemah betul iman aku… malu betul aku dengan penciptaNya… Aku buat yang wajib je… yang sunat aku tinggalkan… Tiga minit selesai solat Maghrib siap ngan doa… Lepas salam aku terfikir aku solat Maghrib tadi tiga rakaat ke empat rakaat… aku rasa was was… rupanya masih sempat syaitonirrojim goda aku… Jahat betul syaitonirrojim tak sejahat Lis…

Syaitan ini memang ditugaskan untuk menyesatkan seluruh umat Nabi Adam sejak lahir lagi sehingga lah hari kiamat. Dia akan sentiasa mencari ruang untuk menggoda kita melakukan maksiat dan lalai dengan perintah Allah, tidak kira dalam keadaan apa sekali pun termasuklah ketika di dalam solat.  Begitu juga apabila Iqamat dilaungkan, dia akan lari kebelakang dan apabila Iqamat selesai, dia akan datang semula untuk menimbulkan was-was di dalam hati orang yang sedang solat.

Dia akan berkata: Ingatlah itu! Ingatlah ini! Sehingga perkara-perkara yang tidak terfikir sebelumnya. Dan sehingga orang itu tidak dapat mengingati berapa bilangan rakaat yang telah berlalu (H.R. Muslim).

Cepatnya abang solat… macam naik bas ekspress je… Lis memperli aku… Abang buat yang wajib je… Lis… Abang tak leh lama-lama ni... Abang ada temu janji ngan kawan kul sembilan setengah nanti…  Lis melihat jam tangannya… Ala lambat lagi… Lis mula merenget dah macam anak aku Mirul nak aiskrim… Sekali lagi aku menafikan dengan sekeras-kerasnya bukan aku yang mengoda  Lis…



  
Tiba-tiba tangan Lis menarik tangan aku… Cisss dah terbatal air sembahyang aku… Nak gi mana Lis… Bang jom kita gi Hotel Hilton… Kat sini tak leh lah… Tak ada tempat… Hisss nak buat apa kita kat hotel tu… Aku terpinga-pinga dan diselubungi dengan seribu kemisterian… Namun seperti anak kecil aku mengikut langkah Lis menuju ke Hotel Hilton yang terletak di sebelah KL Central… Rupanya syaitonirrojim terus mengoda aku walau selepas solat… Apa yang berlaku seterusnya… Jeng jeng jeng…

Arghhh artikel akan datanglah aku sambung kalau panjang umur… Datin ajak kena sop Doraisamy kat Q Bistro lak… Kena sop ekor best gak ni… cecah ngan roti… kena kopi janda… Baru boleh Kumbang cari bunga… Kata-kata dari Wak Parit Sulong…Agak lucah statment wak tu…

Pada 31 Dis 2013 cukup 84 hari usia robot aku… masih baby lagi… baru pandai mengangkat kepala, baru belajar mengulingkan badan, baru kenal wajah mak ayah,  mata baru melilau melihat alam maya, baru pandai menjulurkan lidah dan pandai membuat gelembung dengan air ludahnya dan yang pasti masih terus menetek…

Dengan usia robot 84 hari, robot telah menyumbang pendapatan sebanyak USD 518.29 bersamaan dengan RM 1,762.18.  Masih ada profit yang belum dicairkan sebanyak USD 2,404.75 bersamaan dengan RM 8,176.15.  Pendapatan yang aku dapat ini adalah ketika laut tengah bergelora mulai awal November hingga penghujung tahun 2013.  Aku juga telah merehatkan toyol aku sebanyak 26 ekor mulai Disember 2013 setelah gelombang laut tidak menentu… Aku akan lepaskan semula pada tahun 2014 setelah laut kembali pulih (setelah mendapat green light dari Sifu Iz). 

Profit tertinggi yang pernah dicapai adalah pair EURJPY pada 6 Nov 2013 sebanyak  1,744.67.  Float tertinggi pada 5 Nov 2013 pair GBPJPY sebanyak 944.38.

Harapan aku ngan kekawan semoga 2014 akan memberi sinar kebahagian dan rezeki yang mencurah-curah kepada pemegang robot Miliun.  Aku juga tolong menyampaikan hasrat kekawan kepada admin kalau ada robot power gila yang boleh menyumbang profit berganda-ganda… sedekah-sedekahlah kat kekawan.   Paling afdal bagi free je… he he he

Admin kena tunjukkan kepada dunia termasuk planet-planet bahawa projek Miliun ini boleh memberi untung dan memberi pendapatan sampingan kepada orang melayu. Tunjukkan dan buktikan kepada yang mereka yang selama ini mengutuk, mencaci, memperlekehkan, memperli, menghina dan segala mem agar satu hari mereka akan menagih dan menjilat-jilat kaki uncle hendak memiliki produk Miliun…

Sebelum 2013 melabuhkan tirai… Tok Wan selaku penulis ‘Secangkir Kopi Janda’ menyusun ampun dan maaf jika sepanjang SKJ berada di blog Uncle ada yang terkutuk ke… yang tidak selesa dengan gaya penulisan Tok Wan.   Mana yang baik kau orang ikutlah… yang tak senonoh tu, buang kat Sungai Janda Baik… Jangan ikut lak… dosa aku pun dah tak tertanggung… nak tanggung dosa kau orang lak…

Mana nak belasah, nak beri nasihat, nak bagi tolong tulis kisah hidup ke, nak sponser janda ke… boleh email ke wanamirul_hakimi@hotmail.com    Tolong jangan belasah admin terutama uncle… Kau orang tak kesian ke kat Uncle... Kau orang kena belasah… Datin boleh tolong pujukkan kecuali Bro Saiful… Uncle sapa nak pujuk… Nak hilangkan tension makan kopok lah jawapnya sambil urut perut… kah kah kah…  Selamat menyambut tahun baru 2014.  Jumpa lagi… Wasallam




Catatan ringkas pelayaran selama 84 hari



Tok Wan
Miliun Bengkel 3

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang


1 comment:

Anonymous said...

bila nak update cerita kontroversi ni???...asyik citer yang bukan-bukan je update..boring la macam ni =(