Followers

Sunday, June 30, 2013

Aturcara Bengkel EA Fx Group

Aturcara Bengkel EA Fx Group


miliunsoftware@gmail.com


 6 Julai 2013 (Sabtu)

11.30 pagi : Ketibaan peserta Pendaftaran dan Check-in

1.30 petang : Makan tengahari

3.00 petang : Pengenalan & Asas Forex Dagangan Forex secara manual & EA Rahsia gabungan EA

8.30 malam : Makan malam

9.30 malam : Penyerahan dan pemasangan EA kepada peserta

7 Julai 2013 (Ahad)

8.00 pagi : Sarapan

9.00 pagi : Teknik penggunaan EA Soal jawab mengenai Forex & EA

12.30 tengahari : Makan tengahari Bersurai

Artikel berkaitan (klik)

Friday, June 21, 2013

Komplen Sudah Bermula!

Komplen Sudah Bermula!


 miliunsoftware@gmail.com

Untuk sahabat-sahabat lama (dua orang), adek angkat (lima orang) dan abang angkat (sorang),
Permintaan korang untuk dapatkan Robot ni secara percuma secara direct dengan aku atau melalui orang lain tak dapatlah aku tunaikan sebab robot tu bukan bapak aku yang punya.

Tak kan benda macam tu pun nak merajuk gaban! Pan....

Kalau aku boleh  tipu Hamba Allah ni untuk kasi kat orang, satu hari nanti aku juga boleh tipu korang balik. Nak macam tu ke?

Besok tengahari, Sabtu 22-6-2013, Hamba Allah dan sahabat aku ni akan datang sini untuk bincang beberapa perkara termasuklah persediaan untuk EA Fx Group Camp yang akan berlangsung pada 6-7 Julai 2013. Sebaiknya korang datang sini dan jumpalah Hamba Allah ni dan minta free ataupun diskaun 90% kat dia sendiri. Aku dah beri laluan, pandai-pandailah korang pujuk

Apa yang aku nampaklah, dengan izinNYA, sebelum hujung tahun ni, Hamba Allah dan Sahabat aku ni boleh beli Bentley secara cash.




Korang semua pun bleh gak
 
65:3. "Dan Dia beri rezeki kepadanya dari arah yang dia tidak jangkakan..." 

2:212 "...Allah beri rezeki kepada sesiapa Dia kehendaki tanpa perhitungan..." 

16:71. "Dan Allah lebihkan sebahagian kamu di atas sebahagian yang lain dalam rezeki..." 

29:62. "Allah menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa Dia kehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu..."


Sememangnya saya sangat suka perbincangan cool seperti dibawah.






 Hamba Allah dan Sahabat?
 Untuk pengetahuan semua, aku ulang sekali lagi, dahi kedua mereka luas! kapal terbang boleh landing dengan lancar siap boleh buat u turn lagi. Orang tua-tua cakap kalau lelaki dahinya luas menandakan kecerdikan manakala wanita pula kalau jendul bermaksud camel toe! Muahaha...

Untuk Hamba Allah dan sahabat aku, Selagi korang tak menipu aku akan terus membantu. Tapi kalau aku nampak macam terbabas jer sikit, sendiri mau ingatlah!

Artikel berkaitan (klik)

Thursday, June 20, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 22)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 22)


Nota Menjunjung Kasih : Revolusi Di Raja.

PRU 13 sudah berlalu. BN menang dan berjaya menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Ini yang membimbangkan. Sebagaimana PRU 12 sekali lagi kita memiliki sebuah kerajaan yang lemah.

Kita sedang berada di dalam suatu keadaan yang sedang mengalami ketidak tentuan ekonomi dunia. Ekonomi dunia sedang berada di ambang kehancuran menjelang tahun 2015.

Untuk berdepan dengan musibah yang cukup dahsyat itu, kita seharusnya mempunyai sebuah kerajaan yang kuat dengan rakyatnya bersatu padu.


Namun itu semua tidak akan dapat kita capai melalui demokrasi. Ini kerana sifat demokrasi itu sendiri yang mengamalkan falsafah ' divide and rule ' atau pecah dan perintah. Ada kerajaan dan ada pembangkang. Kalau sudah begitu sifatnya mana mungkin ada penyatuan nasional.

Apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana memang ada gerakan yang terancang untuk mewujudkan huru-hara di dalam negara.

Rakyat tidak punya pilihan. Mereka tidak punya keupayaan untuk mengubah keadaan. Pilihan kini berada di tangan Raja-raja Melayu. Mereka yang mempunyai kuasa untuk merubah keadaan.

Negara ini hanya mampu di selamatkan dengan menegakkan kembali Syariat Islam. Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

Zaman demokrasi dan kapitalis sudah sampai ke penghujung. Sistem itu sudah terbukti gagal untuk mensejahterakan dunia dan warganya. Sudah sampai masanya untuk kita menukar sistem yang sedia ada sebelum ianya menjadi terlalu lewat. Sediakan payung sebelum hujan.

Raja-raja Melayulah payung negara ini. Bangkitlah untuk memayungi negara ini dengan Syariat Islam. Rakyat pasti menyokong kebangkitan Raja-raja Melayu.

Percayalah... Janji Allah SWT sudah hampir tiba.


Pak Lan     
Mohd Ramalan Yunus     
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.  
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?    
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem  
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani…. 
 Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?    
Part 13 - Sekapur Sireh    
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.    
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)  
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Part 21 - Nota : Sekadar Renungan Buat PDRM.
Part 22 - Nota Menjunjung Kasih : Revolusi Di Raja.

Wednesday, June 19, 2013

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 21)

Kenapa Pak Lan Disini? (Part 21)


Nota : Sekadar Renungan Buat PDRM.

Non-violent Revolution is coming ! Tanda-tandanya semakin hari kelihatan semakin jelas. Satu demi satu perhimpunan telah di adakan oleh pembangkang. Sambutan yang di berikan kelihatan begitu memberansangkan.

Fenomena ini agak mengusarkan pihak yang berkuasa khususnya pihak PDRM. Ini mengundang kenyataan demi kenyataan dari pegawai-pegawai kanan PDRM. Kenyataan-kenyataan ini kelihatannya agak tegas dan keras.



Wajarkah kenyataan-kenyataan yang sedemikian di keluarkan ?

Saya suka menyarankan kepada mereka, pada hemat saya mereka tidak perlu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang agak keras dalam situasi sekarang. Keadaan sudah agak tegang. Janganlah ditambah lagi.

PDRM tidak perlu melatah dalam keadaan sekarang. Siapa yang tidak tahu bahawa PDRM mempunyai kuasa untuk menguat-kuasakan undang-undang. Persoalannya, benarkah undang-undang mampu menyelesaikan semua masalah ? Ini yang perlu direnungkan. Di berikan perhatian yang sebaik mungkin. Bukan semua masalah mampu di selesaikan oleh undang-undang.

Belajarlah dari ' Arab Spring '. Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila pihak-pihak berkuasa di negara-negara yang terlibat mengambil langkah-langkah yang agresif dan ofensif.

Sebagaimana yang pernah saya sampaikan di sini, Non-violent Revolution sebenarnya adalah suatu gerakan yang terancang dan di susun dengan begitu rapi. Gerakan-gerakan ini mendapat dokongan dari kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.

Kuasa-kuasa luar ini yang mencatur segalanya. Mereka sebenarnya yang ingin melihat wujudnya konflik di negara kita dan rantau ini. Tujuan mereka satu... Untuk menguasai sumber ekonomi di rantau ini. Mereka perlukan sumber ekonomi ini untuk menampung ekonomi mereka yang akan hancur tidak lama lagi. Janganlah terperangkap dengan permainan mereka.

Ingatlah ! Erogansi tidak akan membawa sebarang penyelesaian. Carilah pendekatan yang berhemah untuk menangani masalah ini. Renungkanlah perpatah orang-orang tua kita. ' Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya '.

Pak Lan     
Mohd Ramalan Yunus     
Founder  World islamic Chamber Of Commerce  

Part 1 - Kenal Mamat Ni?
Part 2 - Tolonglah!
Part 3 - Melayu Tanpa Raja?
Part 4 - Banyaknya Buih?
Part 5 - Islam Bukan Agama Resmi Negara Ini Tapi Islam Adalah Agama Negara Ini?
Part 6 - Wajarkah Di Pertahankan Raja-Raja Melayu Kalau Raja Melayu Sendiri Malu Nak Jadi Raja
Part 7 - Masih Adakah Lagi Bangsa Melayu Kalau Pertubuhan Orang Melayu Sendiri Nak Jadi Satu Malaysia.  
 
Part 8 - Anwar Dengan Najib : Antara Karektor Dengan Reputasi?    
Part 9 - Mansuhkan Rukun Negara?
Part 10 - Tukar Pemimpin Atau Tukar Sistem  
 
Part 11 - Siapa Kata Raja Melayu Tak Berani…. 
 Part 12 - Berapa Banyak Darah Perlu Di Tumpahkan?    
Part 13 - Sekapur Sireh    
Part 14 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 1)
Part 15 - Kembali Kepada Sistem Raja Berperlembagaan (Part 2)  
Part 16 - Nota kasih buat As-Syahid Mohd Hafiz Fahmy Mohd Zaki.  
Part 17 - Nota PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib.    
Part 18 - Nota Pasca PRU 13 : The Non-violent Revolution Is Coming 
Part 19 - Nota Pasca PRU 13 : Kejayaan BN Kegagalan Najib (2)  
Part 20 - Nota Pasca PRU 13 : Tun Mahathir Dan UMNO-BN
Part 21 - Nota : Sekadar Renungan Buat PDRM.



Alhamdulillah..ada 8 lagi tempat kosong..

 Alhamdulillah..ada 8 lagi tempat kosong..

miliunsoftware@gmail.com



Salam kepada Uncle yang dihormati,

Semoga Uncle di bawah lindungan rahmatNya selalu.

Pihak EA Fx Group ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Uncle yang terbuka hati dan sudi untuk mempromosikan bengkel Fx yang akan diadakan di Saufiville Boutique Resort, Janda Baik pada 6 hingga 7 Julai nanti.

Penyertaan bengkel Fx ini hanyalah terhad kepada 20 orang sahaja, tetapi setakat ini telah ada 12 orang yang sudah mendaftarkan diri dalam masa seminggu promosi.. Alhamdulillah..ada 8 lagi tempat kosong..


Sebagai maklumat tambahan kepada Uncle, setiap peserta bengkel itu nanti akan mendapat 5 Robot Forex (EA) dan 5 unit lagi akan diberi secara percuma, kelas asas Forex, penerangan dan full exposure tentang pemasangan dan cara penggunaan EA untuk mendapatkan keuntungan yang berganda dengan konsisten dalam perdagangan forex. Penginapan 2 hari 1 malam beserta makan minum adalah disediakan.

Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga kepada Uncle...

Salam mesra,

EA Fx Group

Komen aku : Bodek nampak! Bila masa plak aku dah promote seminggu? Baru 4 hari jer! 

Artikel berkaitan (klik)

Monday, June 17, 2013

Berhati-Hati! Anak & Isteri Adalah Musuh Kita?

Berhati-Hati! Anak & Isteri Adalah Musuh Kita?




Semalam aku dengan kedua anak aku bersama menantu tersayang lepak-lepak dengan makan sekali kat Saufiville, Janda Baik. Saper tak sayangkan anak-anak?

3:14. Dinampakkan indah bagi manusia ialah kecintaan hawa nafsu (syahwat) daripada perempuan-perempuan, dan anak-anak, dan menimbunkan timbunan emas dan perak, dan kuda-kuda yang ditanda, dan binatang ternak, dan tanaman. Itulah kesenangan kehidupan dunia; tetapi Allah, di sisi-Nya tempat kembali yang terbaik. 

Sebenarnya dia orang ni dah plan dan tempah kat Nellis sebab nak belanja aku makan sempena Hari Bapa tetapi dia tak tahu aku ada plan sendiri! Wakaka...

"Salam bah, selamat hari bapa. Hbb ngn kak kyh plan nk klua makan ngan abah...besok malam...ok ke? :) pls..."


Macam tu lah anak aku Habib sms kat aku lebih kurang pukul 1:44 pagi 16-6-2013.

Aku pun balas balik sms dia pukul 2:09 pagi

"Kalau syg abah, dtglah janda."

Dia tak jawab sms aku. Dalam hati aku fikir budak ni dah tido kot.

Bila aku bangun pagi buka fon ada message dari Habib pukul 11:19 pagi

"abh, kenapa tak jwp msg hbb smlm?

 Aku pun call dia balik 1:32 petang

"Sayang kat ne. Tak baca sms abah ke semalam?" Aku juga tertanya-tanya kenapa dia tak jawab sms aku

"Kl bah. baru nak tepon abah. habib pun baru buka tepon lagi satu.  Abah turun kl tak hari ni? Jom aarrr" Suara memujuk ala ala pujuk awekz! Dia ingat aku tak tau agaknya. Anak kita beb! Kita yang kencing kan dia sampai dia boleh tengok dunia ni tak akan kita tak kenal!

2:146.... mereka mengenalinya seperti mereka mengenali anak-anak lelaki mereka...

Ko orang ingat senang ke nak buat anak? Sampai sakit pinggang weeiii...!

4:23.... anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu,"

"Pehal?" Macam tu lah cara aku berkomunikasi dengan anak-anak. Aku lebih suka menggunakan bahasa pasar dan mudah difahami. Pendek kata straight to the point.

"Kami dah plan nak belanja abah makan. Jom aaarrr" Aku tahu dia sedih sebab jarang jumpa bapak dia. Kami sering berbual dalam tepon jer. Prinsip aku senang.jer.

Biar jauh dimata tapi dekat dihati

 "Sayang naiklah Janda" Satu arahan yang lembut tapi tegas. Dan selalunya anak-anak aku tak akan membangkang. (semua anak dan cucu aku panggil sayang tapi dengan menantu jer panggil nama. Din, ko nak ke abah panggil ko sayang ke?)

"Makan kat sana ke bah? Aku tahu yang dia ni masih terkial-kial apa yang aku plan. Muahahaa..

"Siapa yang naik" Aku bertanya supaya berharap kedua cucu kesayangan aku ikut sekali.

 "Semua bah"

Pendekkan cerita dia orang semua sampai kat Saufiville sekitar 4.54 petang. Aku sembunyi dibelakang celah-celah pokok untuk memerhatikan gelagat semua zuriat aku. Aku sangat gembira apabila melihat kesemuanya namun ayatNYA sentiasa dalam degupan jantung ni!

63:9. Wahai orang-orang yang percaya, jangan harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada mengingati Allah; sesiapa berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.

Habib tepon pun aku tak jawab. Sajer jer. Masa dia tercari-cari aku, tetiba dia ternampak muka aku tengah sembunyi.

Kami pun bersalaman dan berpelukan. Berbual mesra dan berjenaka.

Ketika aku memerhatikan mereka berdua, tetiba ayatNYA berdesing ditelinga ku!

 64:14. Wahai orang-orang yang percaya, di kalangan isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu adalah musuh bagi kamu; maka berhati-hatilah terhadap mereka. Tetapi jika kamu maafkan, dan ketepikan, dan jika kamu ampunkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih"


 Bila-bila saja adalah waktu terbaik untuk memulakan sesuatu teroka niaga, terutamanya yang tidak dianggap menarik oleh orang lain - Tan Sri Lim Goh Tong

Memandangkan aku cuma ada dua orang anak, hati kecil aku berkata..

"Yang mana satu agaknya yang perlu aku berhati-hati? Setakat hari ni aku masih belum nampak lagi petandanya. Tapi mungkin beberapa tahun lagi kot atau zuriat yang baru nanti?"

Kalau setakat merajuk-merajuk sayang tu adalah.Biasalah tuu..Anak-anak kita memang selalu uji kita. Cobaann...dua ayat kat bawah ni adalah sebagai contoh. Kalau dia orang suka buat hal, korang tirulah dialog citer Pendekar Bujang Lapuk ni..

Cobaaannn..

 

64:15. Harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah cubaan; dan Allah, di sisi-Nya upah yang besar.

8:28. Dan ketahuilah bahawa harta kamu dan anak-anak kamu adalah cubaan, dan sesungguhnya Allah, di sisi-Nya adalah upah yang besar. 

Lepas kami semua merapu,kita orang pun turun balik persinggahan yang aku tumpang teduh tanah ayah aku ni. Kalau Allah izinkan, sebelum hujung tahun ni aku pindah dari sini. Dah lama sangat aku menumpang.

Banyak pengalaman pahit dan manis di sini....Nantilah aku cerita lain kali.

Pastu kami semua masuk bilik kerja aku dan nyanyi sama-sama lagu ENTAH nyanyian Afgan. Bila tang ayat ENTAH  jer kami gelak sama-sama! Kenapa? ENTAH?



Kedua cucuku layan tablet masing-masing. Ajak dia orang masuk bilik tido aku sebab aku dah sediakan gula-gula dan cokelat untuk mereka. Bila aku renungkan keduanya bila dia orang melompat-lompat atas katil tido aku. Aku teringat ayatNYA. Semuanya datang dari tubuh aku yang kerdil ini....Terima kasih ALLAH kerana memberikan aku zuriat-zuriat yang comel ini...

 16:72. Allah membuatkan untuk kamu daripada diri-diri kamu isteri-isteri, dan Dia membuatkan untuk kamu daripada isteri-isteri kamu, anak-anak dan cucu-cucu,

Aku sempat tunjukkan artikel Marabukka Part 3 yang belum siap pada ketiga-tiganya. Tetiba Din, menantu aku menyampuk. Artikel macam ni baru besh Abah. Senang nak paham. Aku senyum saja tapi bersyukur sebab bukan mudah untuk menarik hati keluarga menyukai apa saja artikel yang kita tulis dan akur dengan nasihatNYA sebaik mungkin

Korang semua adalah biji mataku kerana sentiasa buat aku gembira.

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

 Sememang kita sudah sedia maklum bahawa anak-anak adalah kegembiraan dan keindahana dunia semata. Yang penting kita semua harus membuat kebaikan sebanyak mungkin...

18:46. Harta dan anak-anak ialah perhiasan kehidupan dunia, tetapi yang kekal, kerja-kerja kebaikan - adalah lebih baik di sisi Pemelihara kamu dalam ganjaran, dan lebih baik diangan-angankan.

Kita juga tahu kalau ada anak-anak kita yang tak senonoh mereka tidak akan membantu kita untuk mendekatkan diri padaNYA. Jadi...sendirilah mau ingatlah macamana nak repair anak-anak kita yang enjinnya dah rosak.

34:37. Bukan harta kamu, dan bukan juga anak-anak kamu yang akan mendekatkan kamu dalam kedekatan dengan Kami, kecuali bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan; mereka itu, bagi mereka, balasan dua kali ganda kerana apa yang mereka buat, dan mereka berada di bilik-bilik yang tinggi, dengan aman sentosa.

Masih blom terlambat beb..Apa yang keluar dari mulut kita sebagai orang tua adalah doa.

Kalau ada masalah selesaikan bukannya ditambah.

Dunia ini sebenarnya takder, ianya satu permainan, hiburan, nak berlagak sesama sendiri, bersaing cari harta serta anak dan semuanya kesenangan ini adalah DUSTA!

Renungkan ayat dibawah ini sedalam-dalamnya.

57:20. Ketahuilah bahawa kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan, dan perhiasan, dan bermegah-megah antara kamu, dan persaingan dalam harta dan anak-anak. Ia persamaan hujan di mana tanamannya mengagumkan orang-orang yang tidak percaya; kemudian ia menjadi kering, dan kamu melihatnya menjadi kuning, kemudian ia menjadi jerami yang hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras, dan keampunan daripada Allah, dan kepuasan hati; dan kehidupan dunia adalah tiada, melainkan kesenangan yang menipukan.

Tak percaya? Perhatikan kawan-kawan kita dan juga lain-lain yang sudah mati...

Betulkan?

Artikel lain
Marabbuka 2  
Marabbuka 3

Saturday, June 15, 2013

Akhirnya....100 ROBOT Percuma Untuk 20 Orang Pembeli - Mekasih Hamba Allah

Akhirnya...100 ROBOT Percuma Untuk 20 Orang Pembeli - Mekasih Hamba Allah

miliunsoftware@gmail.com

George Soros
Jangan Marah ek. Orang Melayu pun lebih hebat dari anda!

EA Fx Group Camp

Tarikh : 6 - 7 Julai 2013
Tempat : Saufiville Boutique Resort, Janda Baik
Yuran : RM3,500 termasuk penginapan, makan minum, pembelajaran asas Forex, penerangan, pemasangan & penggunaan 10 EA yang diberikan percuma
Penyertaan : 20 orang sahaja

Pendaftaran hendaklah dibuat dengan menghantar email kepada : eafxgroup@yahoo.com

 

Salam pada semua para pembaca blog ini.

Artikel ini adalah artikel terakhir dari saya sendiri untuk mempromosi ROBOT ini. Kalau ada pun saya nak tulis hanyalah kalau ada komplen atau kalau ada sebarang penipuan yang berlaku.

Uncleseekers
Seek The Truth

Artikel berkaitan (klik)

Senaman Naikkan ‘Mood’ Pasangan - Bacaan Wanita Sahaja

Senaman Naikkan ‘Mood’ Pasangan - Bacaan Wanita Sahaja




Senaman khas yang membentuk dan menguatkan otot paha, pinggul, punggung dan perut berupaya merembes beberapa hormon bagi menaikkan ‘mood’ dalam hubungan suami isteri.

Biarpun senaman itu sebenarnya sebahagian pergerakan dalam pengurusan berat badan, ia turut mampu meningkatkan hormon seperti endorphine, adrenalin, oxytocin dan testosterone di kalangan wanita.

Tanggapan pihak tertentu bahawa senaman akan meletihkan mereka sebenarnya salah berikutan peningkatan hormon berkenaan menyebabkan mereka bertenaga untuk melakukan hubungan intim.

“Senaman antaranya squat, lunges, kettlebell swing, bridge pose, sumo squat dan kagel akan membantu meningkatkan rembesan semua hormon berkenaan yang kebanyakannya terbit ketika melakukan hubungan seks.

“Seperti endorphine akan mengurangkan rasa sakit sebaliknya memberi rasa nikmat, adrenalin pula membantu meningkatkan prestasi seseorang malah memberi keyakinan.

“Bagi oxytocin atau dikenali ‘cuddle hormone’ memainkan peranan menaikkan emosi antara pasangan dan testosterone yang turut terdapat di bahagian ovari akan mendorong wanita cergas dan aktif seks,”

1. Squat Exercise (klik)
Squat Exercise



2. Lunges  Exercise (klik)

Lunges Exercise



3. Kettlebell Swing Exercise (klik)

Kettlebell Swing Exercise 

 

4. Bridge Pose Exercise (klik)

Bridge Pose Exercise 



5. Sumo Squat Exercise (klik)

Sumo Squat Exercise



6. Kagel Exercise (klik)

Kagel Exercise 



Sumber (klik). Terima Kasih

Bolehke Bantai Punggung Pompuan?

Bolehke Bantai Punggung Pompuan?


Friday, June 14, 2013

Robot Dah Gila!

Robot Dah Gila!


miliunsoftware@gmail.com

Hari pertama - Isnin - 3-6-2013 - Untung USD105.06

Hari kesepuluh - Jumaat - 14-6-2013 - Untung USD1657.74 (4.30 petang)

Kalau 1657.74 x 3.20 = RM5304.76. Wow! Memang rezeki customer pertama ni tengah muai. Lebih kurang 33% UNTUNG dalam masa dua minggu!

Berapakah lagi penambahan untung agaknya sampai awal pagi besok? Entahlah....

Memang ROBOT ni dah GILA atau pun yang menciptanya iaitu Hamba Allah? Macamana ko buat ek? Masyuk tuuu...

Korang tengoklah sendiri (klik) atau http://eafxgroup.mt4live.com/



Mungkin hari Selasa depan tak sampai tiga belas kali trade dah dapat untung USD2,500 macam nilai imej kat atas ni lebih kurang. Customer yang pertama ni cuma masuk modal USD5000 dapat 50% untung. Terror siot ROBOT ni! Kalau macam ni lah ROBOT tu buat kerja, dalam sebulan boleh dapat 100% ni...

Cerita customer yang lain-lain tu biar dia orang sendiri (sahabat aku & the group) paparkan kat part-part yang akan datang

Artikel berkaitan (klik)

Thursday, June 13, 2013

Adakah Ini Customer Hamba Allah Yang Terakhir?


Adakah Ini Customer Hamba Allah Yang Terakhir?


miliunsoftware@gmail.com



salam uncle. saya xxx dari xx. baru dilantik oleh broker forex xxxxxxxx

sebagai master IB jadi baru nak kembangkan broker kepunyaan jutawan xxxxxxxxx ini di xxxxxxx

tugas saya hanyalah mencari IB (introducer broker) untuk xxx markets

jadi sekiranya dapat saya memperkenalkan robot ini kepada para IB saya, tentunya akan ada kelebihannya terutamanya kepada client nya yang tidak pandai trade forex

apakah boleh uncle berikan no hp tuan punya robot untk saya bincang macamana boleh ada kerjasama business ini. atau boleh berurusan dengan uncle saja ....

no hp saya xxxxxxxxxxx xxxxxx

terima kasih



"Salam Bang, saya dah call orang yang email tu. Dia nak datang sini sehari dua ni nak bincang kerjasama" Sahabat aku call sekitar 4.14 petang tadi.

Aku pun jawab acuh tak acuh pada mulanya sebab sekitar 2.03 petang tadi aku sms kat dia samada dia sudah maklum balas pada pengirim email tersebut. Bila dia lambat balas balik lebih kurang lima belas minit kemudian hati aku dah mula panas. Dalam sms tu dia jawab camni

"Dah bang...tgh bz giler...aduuuuuu.."


Aku lagi semakin panazzz..macam ada asap keluar dalam telinga. Apalagi aku sembur lah dia melalui sms

"Bz rezeki tgh start turun macam hujan sepatutnya BERSYUKUTLAH wei!"

Dengan segera dia menjawab kembali. Tapi rasanya tak perlulah aku tulis kat sini. Aku rasa korang pun dah boleh tau jawapannya kan?

Tujuan aku smash dia balik bukannya apa, sekadar beri peringatan supaya peluang keemasan sebegini hanya sesekali jer dalam hidup.

Berbalik pada cerita awal tadi, pastu aku pun tanyalah banyak soalan kat dia sampai terlupa kes yang marah tadi. Mungkin kerana dia terlalu sibuk dengan benda alah ni, dia minta aku berbual plak dengan Hamba Allah ni.

Macam biasalah bertanya khabar. Suaranya agak keletihan. Mungkin penat dengan pelbagai ciptaannya atau mungkin juga tengah stress air dah sampai kepala sebab bini dia baru bersalin. Kesiaaann....kalau penat tangan kanan....tangan kiri kan ada...! tak gitu bro? wakaka

Jap...aku nak call dia. (6.15 petang)

Tepon dia bunyi ni lah plak... "This is the mailbox phone number bla bla bla..."

Tepon sahabat aku  (6.17 petang)

"Beb, aku tepon dia tak dapat. kenapa? Tanpa aku beri salam

"Salam Bang, mungkin tengah caj bateri kot lagipun dia on the way hantar bini balik kampung sebab besok nak cukur jambul" Suara sahabat aku ni kalau bini dia tengah marah kalau dengar jer suara laki dia, gerenti sayang balik. Betulke apa yang aku cakap ni?

"Aku nak minta komen sikit sebab kalau ditakdirkan selewat-lewatnya dalam minggu depan kalau semua robot ciptaan habis dibeli oleh pengirim email diatas atau customer yang lain, adakah dia akan berhenti jual dan akan trade sendiri! Aku agak sedih sikit

"Begitulah bang apa yang dia cakap dengan saya tapi kami berdua memang dah ketepikan untuk abang dua puluh pembeli yang nak beli dengan abang tapi kami bercadang nak buat satu perjumpaan di Janda Baik tiga atau empat hari sebelum ramadhan. Cadangnya nak buat di Saufiville Janda Baik. Abang tolong uruskan tempahannya boleh tak?" Aku macam bangang sikit bila dengar macam tu. Ada lagi lah yang dia membebel tapi aku malas nak taip dan minggu depan aku malas lagi nak promote produk ni sebab semuanya hampir selesai!

Biar dia orang plak habiskan Part 16 - Part 25 

Aku nak pergi Saufiville jap!

Artikel berkaitan (klik)