Followers

Tuesday, December 31, 2013

Miliun Gold - Sangat Berbaloi, Pelaburan Terbaik - I-Follow

 Miliun Gold - Sangat Berbaloi, Pelaburan Terbaik - I-Follow






Salam warga Miliun dan para pembaca blog Uncleseekers,


Semalam rezeki Helmy dan abang Hamid masyuuuk lagi. Alhamdulillah.




Helmi (Klik) - Hamid(Klik)


Sedang diorang duk rilek-rilek tonton Astro tau-tau aku hantar whatsapp "Alhamdulillah jumlah terkumpul terkini..." Begitulah tugas aku setiap kali akaun dibawah pantauan aku. Memaklumkan kepada mereka, duit dah masyuuk.


Siapa tak happy bila duit dah masyuuk kan? Ketika keuntungan diperoleh, aku pun tengah duk santai-santai dengan Uncle di Satay Haji Samuri Taman Melati. Uncle cabar aku makan satay kambing 25 cucuk. Ceh setakat 25 cucuk senang-senang je aku bedal.

"Kalau ko tak abis..." Uncle kata pada aku sambil mengasah penumbuknya. Hehe.

"Saya telah mengotakan janji saya pada abang" kata aku sambil buat muka berlagak setelah selesai licin satay kambing aku belasah.

Ketika aku sedang menghirup sirap bandung, Uncle menyapa "Akaun Helmy dengan Hamid dah kuar last bullet". "Kejap lagi close la tu..." aku bagitau pada Uncle dengan muka selamba. Selang beberapa minit, kedua-dua akaun close dengan jayanya "Betul la cakap ko. Macam Eton Jon!" ujar Uncle.





Akaun Helmy memperoleh keuntungan keseluruhan sebanyak USD389.45 iaitu sebanyak 7.8% semenjak daripada 9 Disember 2013 sehingga 30 Disember 2013. Abang hamid pulak peroleh keuntungan sebanyak 7.7% dengan jumlah keseluruhan dalam bentuk USD sebanyak USD382.75.

Dalam keadaan market hujung tahun yang lembab dan tidak menentu, Miliun GOLD tetap peroleh keuntungan . Bagaimana pula dalam keadaan pasaran rancak?


"You Do The Math"

Keuntungan keseluruhan Helmy dari 9/12/2013 Hingga 30/12/2013 sebanyak USD389.45 - 7.8%(RM1,324.13) . 17 HARI trading, hanya 6 KALI trading sahaja. Carta ini dipost pada 31 Disember 2013 pada pukul 7.39pm


Keuntungan keseluruhan Hamid dari 9/12/2013 Hingga 30/12/2013 sebanyak USD382.75 - 7.7%(RM1,301.35) . 17 HARI trading, hanya 6 KALI trading sahaja. Carta ini dipost pada 31 Disember 2013 pada pukul 7.39pm




Kegembiraan Helmy tentang produk Miliun Gold ini tergambar daripada komen yang beliau berikan kepada aku.


"First..syukur pada Allah kerana permudahkan sy utk memiliki produk ni......dan berbanyak terima kasih kepada en mizi dan en hazly yg mencipta produk hebat ni...dan tq juga kepada uncle krana atas kepercayaan sy kepada uncle maka saya berani labur dan beli produk ni....dan tq bebanyak pada bro zul yg menjaga akaun sy....tq juga kepada semua yg membantu sy secara lgsung dan tidak lgsung....komen sy mengenai produk ni adalah sangat2 berbaloi dan pelaburan terbaik...bagi sy yg tak tau apa2 mengenai forex..dan juga sbg pendapatan alternatif dikala kos hidup yg tak menentu pada masa skrg. Trade bermula pada 9dec...sehingga kini 31dec...dengan profit hampir usd390. Rezeki yg diberi olehNya tidak akan disia siakan...kerana ia bukan hak mutlak sy..ia juga rezeki pada org lain..... Akhir kata, sy amat bertuah berkesempatan memiliki produk miliun dan trima kasih byk beri sy peluang. Tq" 

- Helmy Peserta Bengkel ke-5



Abang Hamid juga turut memberikan komen yang telus menyatakan Miliun Gold menjadi sumber alternatifnya bila pencen nanti.


"Trade forex ni memang dh terfikir lama sebagai alternatif menjelang pencen nti, tak d sangka plak ada d blog uncle yg glamor, apa lg sya pun gatal nk joint. Alhamdulillah d terima. Setelah dgr goreng drp sifu2 dn pencipta miliun sya pun mula buka acc pada tarikh yg sama dgn bro helmy. Dah joint buat x tau je , sbb dh serah kt en Dzoul. Alhamdulilah sekarang dh ada profit lebih usd380. Trima kasih kpd yg memberi peluang kpd sya, d harap tahun dpn brtambah rezeki dan ramai yg akan turut serta"
- Hamid Peserta Bengkel ke-5


Buat pengetahuan anda, produk yang POWER ni akan digunakan pada projek 2014 Miliun. Pada tahun hadapan yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi, kami tidak lagi menjual sebarang produk.

Kami hanya menawarkan PROFIT SHARING.

Aku yakin dengan produk sebaik ini, projek COPYTRADE yang bakal diadakan tidak lama lagi dengan menggunakan produk Miliun Gold bakal melahirkan ramai JUTAWAN.

Inilah jihad kami untuk membantu meningkatkan ekonomi bangsa dan negara.

Jika Helmy dan Hamid telah merasakan keuntungan, anda bila lagi?

Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


Sunday, December 29, 2013

Siapa Uncleseekers Yang Sebenarnya?

Siapa Uncleseekers Yang Sebenarnya?


Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas itulah nama yang telah diberi. Kalangan keluarga beliau lebih mesra dengan panggilan Habiblah, singkatan kepada nama ‘Habib Abdullah’

Ada yang mengenali beliau sebagai pengkaji paranormal, ada yang mengenalinya dengan kontroversi penulisan beliau di blog suatu ketika dahulu tentang seorang VVIP.

 
Uncleseekers mendapat liputan akhbar tempatan. Isu
ini juga mendapat perhatian meluas akhbar luar negara


Beliau telah menulis 64 artikel terhadap VVIP berkenaan, sehingga ditahan lokap selama 10 hari dan difitnah mengambil morfin, walhal dalam tubuhnya tidak pernah masuk sebarang dadah melainkan panadol dan ubat tahan sakit gigi dan sangat pantang anak buahnya menghisap dadah.


Buku yang mendedahkan rahsia
yang terdapat pada diri kita sendiri

Jika dulu ayahnya orang pertama dalam Malaysia menulis tentang ilmu firasat (rahsia mengenal diri sendiri) pada tahun 1969 dan penulis buku politik pertama yang menegur ahli politik pada tahun 1972. Kini giliran anaknya pula. Sehingga diberi nama jolokan “Hang Jebat Moden”.

Sejarah tetap sejarah. Setiap apa yang kita lakukan akan tercatat dalam sejarah yang menjadi rujukan generasi akan datang” begitulah beliau selalu mengingatkan aku supaya sentiasa menyampaikan kebenaran.

Begitulah ‘Habiblah’ atau Uncleseekers yang aku kenal, aku lebih mesra memanggilnya “abang”. Seorang yang berani kerana benar dan memperjuangkan kebenaran seperti bapanya Syed Hussein Al-Attas yang aku lebih mesra memanggilnya “abah”.

“Seek The Truth” begitulah moto hidupnya, dan juga telah menjadi motto blognya yang telah menerima kunjungan pelawat seramai 2,410,372 pada ketika aku menulis.

Blog pertama Uncle yang pernah di block kerana mendedahkan artikel kontroversi tentang VVIP


Blog beliau juga adalah blog PERTAMA dalam Malaysia yang pernah menerima kunjungan pelawat seramai 
1 JUTA dalam SEHARI. Kini blog tersebut tidak boleh dilawati lagi

Menjadi hukum alam, apabila kita membuat sesuatu akan ada orang suka, dan ada yang tidak suka. Si tukang cemuh akan terus mencemuh, sampai mereka mati. Kita tidak mampu menutup mulut mereka.

Bagi, Uncle “Biarkan mereka terus hina aku, aku sentiasa maafkan mereka sebab Saidina Ali berkata ; manusia sentiasa bermusuhan dengan perkara yang mereka tidak tahu”.

Begitulah perjuangan hidupnya dalam memperjuangkan kebenaran. Beliau tetap terus berdiri walaupun hanya seorang diri.

Inilah juga perjuangan grand-moyang nya dahulu iaitu Nabi Muhammad. Memperjuangkan kebenaran. Darah seorang pejuang, tetap seorang pejuang. Cuma zaman dan keadaan yang berbeza.

Dahulu ingin berjuang, terpaksa keluar rumah ke rumah untuk menyampaikan risalah kebenaran. Tetapi kini ‘Zaman di hujung jari’ ,kita menerima risalah kebenaran, dimana sahaja kita berada.

Bergantung kepada kita untuk menilai samada suatu itu benar atau palsu.

Apabila yang Benar muncul, yang batil akan hancur

Prinsip hidup beliau “Dalam dunia ini tiada ruang untuk orang yang malas, bodoh dan tidak jujur

Seorang yang detail-oriented. Kalau buat cincai-cincai kerja. Tahan telinga je la kena maki dengan dia. Beliau sudah dididik menjadi seorang yang berdisiplin oleh ibunya sejak daripada kecil lagi.

Seekers

Rancangan Seekers Mendapat Rating 
Tertinggi Suatu Ketika Dahulu

Aku mengenali Uncle pada tahun 2005. Ketika itu beliau sedang mengendali rancangan Seekers NTV7. Buat pengetahuan korang, nama SEEKERS itu beliau yang beri, dan kini nama itu telah dipakai oleh syarikat penyiaran NTV7.

Rancangan SEEKERS pada ketika itu sangat popular , mendapat rating tertinggi. Ianya merupakan Rancangan PERTAMA yang berkonsepkan ‘Paranormal Research’ di Malaysia.

Kemudian, konsep yang beliau perkenalkan, diikuti oleh producer filem tahan air seperti ‘Highland Tower’.

Buku

99 Jelmaan Makhluk Halus 
Dengan Antropologi Melayu

Pernah menulis buku berkaitan paranormal yang pertama di Malaysia setebal 1066 muka surat bertajuk “ 99 Jelmaan Makhluk Halus dengan Antropologi Melayu” . 57 buah buku telah dirujuk untuk menghasilkan buku setebal ini.

Kajian beliau ini sudah layak digelar ‘professor paranormal’, tetapi bukan gelaran yang beliau mahukan.


“He Is So Brilliant In Branding”

Begitulah kata-kata aku pada artikel sebelum ini.(klik)


Malaysia Book Of Record

Beliau sememangnya seorang yang mempunyai kepakaran membina Branding dan pemasaran produk.



Beliau pernah membina brand sehingga tercatat didalam Malaysia Book Of Record, memiliki 6 produk terlaris dipasaran. Brand yang dimaksudkan adalah MANJA.






Beliaulah orang pertama yang membuat pembersih harian wanita yang berasaskan manjakani. dan produk pertama di Malaysia yang telah duji secara klinikal

 klik

Kalau pompuan pakai ni, 3 jam haruman ini akan melekat” ujar Uncle ketika menceritakan pengalaman beliau membina produk sehingga menjadi produk terkenal satu Malaysia.

“Bukan mudah ingin membina sebuah produk yang baik, ia perlukan masa dan banyak kajian” ujar Uncle kepada aku.


Senario

Pada tahun 1999, pihak TV3 datang berjumpa dengan beliau untuk hasilkan satu produk untuk kumpulan Senario, kumpulan lawak terkenal seluruh tanah air.



Minumuan Kurma Dengan 
Manjakani Senario

Hasil sepakat daripada kedua-dua belah pihak, 2 produk telah dihasilkan ; “Kordial Kurma Senario” dan “Minuman Kurma Dengan Manjakani Senario”.


Raihan

Kumpulan nasyid Raihan yang pernah mendapat hasil jualan album sebanyak 750,000 unit di Malaysia, 3.5 juta unit seluruh dunia, juga memiliki sebuah produk yang dihasilkan oleh beliau.


Raihan - Hasil jualan album sebanyak 750 ribu 
unit di Malaysia, 3.5 Juta sedunia


“Jus Kurma Raihan” yang beliau hasilkan, merupakan produk PERTAMA diminum oleh Queen Elizebeth pada tahun 1998.

Bila aku dah fedup dengan kerenah orang keliling sebaiknya tarik diri macam tu je, malas nak bergaduh. Produk yang dibina akhirnya akan menjadi tidak gah lagi” Uncle bercerita tentang pengalaman pahit ketika membina branding.

Selebihnya nanti, korang tanyalah beliau sendiri.

Capal Nabi


Beliau memiliki 6 design capal yang dipakai oleh Rasulullah dan design-design ini telahpun dipattenkan oleh beliau. Korang nilai sendiri berapa nilai patten ini. 

"Good thing can not be cheap, cheap thing can not be good"


6 Design Capal Nabi Yang Dipatten Oleh Uncle


Sekiranya ada pengeluar yang bercadang untuk mengeluarkan produk capal nabi ini, dinasihatkan mintalah keizinan daripada beliau terlebih dahulu.

Pembongkaran Bomoh Tipu


  Berani kerana benar. Selagi beliau dipihak yang benar, 
beliau akan lawan habis-habisan


 Ditahan kerana difitnah menyamar 
menjadi anggota polis.



 Kerana mendedahkan penipuan bomoh palsu diakhbar Kosmo, akhirnya beliau difitnah 
menyamar sebagai anggota polis




 Uncle cukup pantang mereka yang bersikap 
tidak jujur



Beliau kalah dalam kes ni kerana 
kesilapan teknik


Pembongkaran Hantu Palsu

Jenglot kajian kumpulan SEEKERS menjadi 
topik utama akhbar KOSMO




Jenglot bukan sejenis hantu, tapi...



Uncle bersama kumpulan SEEKERS membawa 
Jenglot untuk ujian DNA



Bau jenglot seperti bau pokok setanggi.



Kewujudan Jenglot yang sentiasa 
menjadi persoalan..



Aku dua dari kiri ketika membuat kajian jenglot



Jenglot mempunyai 2 sampel rambut manusia?



 Pendedahan Penipuan Silat Bathin

Tiada yang hebat melainkan Allah



Tiada seorang pun yang BERANI menyahut
seruan ketika ini. Ada yang duk scan kitorang
daripada jarak jauh kata ada 4 lembaga cover
kitorang. Hehe.

Pendedahan Penipuan Bomoh Bedah Palsu


  Uncle mendedahkan penipuan pembedahan batin



  Mengapa tiada siapa yang menyahut,
jika ada, siapa yang melindungi?
'La Ilahaillallah'



  Cabaran bukan tujuan untuk menunjuk hebat tetapi 
bertujuan untuk mendedahkan siapa BENAR dan
siapa PALSU.


Terkini, beliau sedang membuat branding dan pemasaran produk baja yang mampu mengurangkan kos tanaman. Pokok getah yang ditanam 8 bulan dikurangkan kepada 4 bulan.

Formula baja ini telah diilhamkan oleh seorang professor dan boleh digunakan untuk pokok getah dan kelapa sawit.

Miliun – Branding Yang Bakal Melahirkan Ramai Jutawan

Dahulu Uncle kencang!. Pernah rasa kemewahan itu bagaimana rasanya. Kini beliau tampil membina sebuah brand yang bakal melahirkan ramai jutawan terutama di Malaysia.



Kita kaya bukan untuk berlagak mewah, tetapi untuk bantu yang memerlukan” begitulah katanya ketika pertama kali beliau menceritakan aku tentang Miliun ini.

Hari demi hari produk ini diperbaiki supaya impian warga Miliun tercapai.

Bukan mudah hendak senang

Setiap jalan menuju kesenangan perlukan pengorbanan. Tiada jalan pintas.

Mungkinkah anda adalah salah seorang bakal JUTAWAN yang dimaksudkan?




Orang Melayu yang pertama didalam dunia mencipta aplikasi dan game.
Anak lelaki Uncle yang lebih mesra dengan panggilan 'Habib'. Dulu
masa kecik aku selalu hantar dia pergi sekolah, sekarang bakal
menjadi jutawan aplikasi dan game. Tahniah Habib!


Syed Muhammad Syed Abdullah Al Attas, anak teruna Uncle ini bakal tercatat didalam Malaysia Book of Record menjadi CEO termuda di Malaysia. Beliau baru sahaja tamat SPM baru-baru ini. Uncle menceritakan kepada aku tentang cita-cita anaknya ini.

Habib yang telah diberi gelaran 'Steve Job Malaysia', bakal memiliki sebuah syarikat perisian aplikasi dan game untuk Apple. Bakal mempunyai pejabat sendiri, dan pekerja bawahannya.

Siapa sangka budak baru habis sekolah mampu memiliki syarikat sendiri? Apabila kita mencintai kitabNYA, rezeki akan datang daripada pelbagai arah tanpa disangka-sangka. Itulah pegangan hidupnya.

"Bah, habib tak mau sambung belajar di universiti, tapi Habib ingin bina universiti habib sendiri macam Lim Kok Wing" jelas Habib kepada abahnya.

Uncle akur dengan kehendak anaknya itu kerana yakin dengan kebolehan anaknya satu hari nanti akan menempa nama sebagai JUTAWAN aplikasi.


"Hendak SERIBU daya, tak HENDAK seribu dalih"



Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



Saturday, December 28, 2013

Yang penting dapat sikit ke banyak kuarkan ZAKAT - Darwis

Yang penting dapat sikit ke banyak kuarkan ZAKAT - Darwis


 Salam ...

Darwis 
(klik)

Kepada semua warga miliun. Aku terpanggil menulis artikel ni kerana ingin memperbetulkan tanggapan semua terhadap uncle mahupun Dzoul. Ramai bertanggapan aku ni dah mcm anak emas diorg menjaga acc aku lebih dr org lain. Tp cuba la korg pikir, apa pek dah nya diorg buat cam tu. Kalau aku jd diorg baik aku pilih akaun yg margin besar2. Profit sharing still 60-40. Lg masyuk beb. ada gak yg tanya apa ilmu yg aku pakai. Cuma apa yg leh aku ckp percaya pada rezki yg Allah bg. (sikit ke byk kena syukur, kalau tak syukur yg skit mana nak dtg yg byk). 

Berserah kpdnya bulat2. Kalau sume nak tau acc aku penah cecah margin level 300++ . Memang cuak gak la. Tp apa yg aku buat aku redha dan aku berserah berdoa kalau betul ini jln punca rezki aku kau pulihkanlah balik acc aku YA ALLAH. 

Seminggu lepas tu alhamdullah baru nak balik margin level aku.  

Yang penting dapat sikit ke banyak kuarkan ZAKAT.

Wassalam....


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



Darwis – Dipukul Badai, Rezeki Tetap Muai

Darwis – Dipukul Badai, Rezeki Tetap Muai




Kapal dipukul badai , terumbang-ambing dilautan luas tidak bertepi. Mencari sesuap nasi untuk dibawa balik ke darat, diberi makan anak dan isteri.

Begitulah gambaran yang aku lukiskan kepada semua tentang alam Forex ini. Analogi seperti kapal, laut, nelayan dan jala selalu aku berikan. Supaya mudah faham kepada semua pembaca.

Salam kepada semua pembaca blog Uncleseekers. Semoga kalian sentiasa mendapat lindungan dan rahmat darinya.

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini. Minggu hadapan kita mempunyai baki 2 hari sebelum tahun 2013 meninggalkan kita. Pelbagai ujian telah kita tempuh, pengalaman hidup yang tidak dapat kita lupakan dan buah pelajaran yang kita peroleh daripada pengalaman-pengalaman yang kita sendiri cipta atau ia hadir dalam hidup kita tanpa kita pinta.

Segalanya ada sebab dan muasabab berlaku. Tidak bergerak satu zarah tanpa izinNYA.


Darwis

Akaun Darwis mula aku pantau pada 21 November 2013. Lebih kurang sebulan aku melayan kerenah akaunnya, dan tuannya sekali. Tuannya tak banyak kerenah. Dia memang serah sepenuhnya kepada aku.

Ikut suka kau la Dzoul” begitulah yang selalunya yang dia selalu kata pada aku sekiranya aku mencadangkan sesuatu kepadanya.

Aku mula mengenali Darwis ketika Uncle membawa aku ke Fraser Hill. Aku ingat Uncle ingin saja-saja bawa bercuti. Tapi rupanya dia nak bawak jumpa client Miliun.



Rumah Sri Berkat di Fraser Hill yang kami duduk.
Korang nak duk sini,call Ah Teng. Dia ni Melayu 
tapi orang panggil dia Ah Teng.


Memang menjadi adat sekiranya ada apa masalah, Uncle akan turun padang sendiri berjumpa untuk menyelesaikan apa-apa masalah.

Uncle mempunyai pengalaman dalam membina BRAND sehingga ke peringkat nasional. Brand yang pernah beliau bina dulu jika korang pernah ingat adalah Manja telah tercatat didalam Malaysia Book Of Records. Bukan setakat satu produk, tetapi 6 jenis produk yang terlaris dipasaran.

Kepakaran Uncle sememangnya dalam Branding. Aku akan ceritakan secara ringkas tentang brand yang beliau cipta satu hari nanti. He is so brilliant in branding.

Pernah menaja sebuah kapal terbang untuk adiknya, Hadi untuk 'Round The World' secara solo. Tetapi tak menjadi atas sebab-sebab tertentu. Hadi kini berjaya ke United Kingdom daripada Malaysia hanya dengan bermotosikal.


Hadi - Iammalaysian (Klik)


Kalau dah sampai boleh taja kapal terbang bukan calang-calang perniagaan yang pernah beliau miliki.

Menjadi adat dunia ini kita akan diuji. Kita diuji dengan harta, keluarga, rakan, kesihatan dan sebagainya.
Uncle juga tidak terlepas daripada ujian dalam perniagaannya.

Tetapi beliau tidak pernah putus asa untuk bangkit semula. Sentiasa bangkit. Tidak pernah aku lihat dia putus rezeki walaubagaimana pun keadaannya. Rezeki sentiasa datang kepadanya.

Berkat orang yang suka bantu orang lain ketika berada dalam kesusahan.

Tak boleh ke kita kaya, tapi takde masalah hidup Zul?” Adeek pernah bertanya kepada aku. “Kita hidup didunia ini memang perlu diuji. Kadang-kadang dengan harta, keluarga, kesihatan dan macam-macam lagi.” Jawab aku kepadanya.

Kadang-kadang orang kaya pun sesak daa” sedutan cerita Ali Baba Bujang Lapok. Dialog Allahyarham Sudin.

Ujian tu menjadi bukti kita hamba yang beriman” aku menambah kepada Adeek.

2:155. Sungguh, Kami akan uji kamu dengan sesuatu daripada ketakutan, dan kelaparan, dan kekurangan harta, dan jiwa, dan buah-buahan; dan kamu beri berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

Kini Uncle bina brand yang bakal terkenal diseluruh dunia dan melahirkan ramai jutawan. Dengan izinNYA.
“Nak bina produk, bukan buat je terus tip-top. Kereta kita beli first batch pun kita akan hadap macam-macam hal” Uncle bercerita tentang pengalaman beliau membina produk.

Begitu juga dengan produk Miliun. Sentiasa akan di upgrade daripada semasa ke semasa.

Lu kalau nak bikin produk terus tip-top, lu bikin sendiri la der” yang ini aku yang cakap. Hehe.

Setelah sebulan aku pantau akaun Darwis, akaun mamat ni la rezeki selalu muai. Aku tak tahu apa amalan dalam hidup dia ni. Asal aku potong, dia cambah balik, asal cambah aku potong.

Takkan nak tengok je kan?




Ada jugak sore-sore yang sumbang macam mambang yang cakap “Tak aci la potong”. Boleh pulak main aci-aci bukak pintu. Apa yang lu kesah sangat der?  Wa tau yang duk hingaq tu, akaun pon takde.


"Datang tak berjemput, pulang tak berhantar" Suka hati lu la bro!



Bang, dalam buku yang saya baca, kalau floating sekitar 40% boleh withdraw” Hafiz memberi info kepada aku setelah beliau membaca buku tentang Forex.

Buku Yang Dibaca oleh Hafiz



Whatsapp Hafiz kepada aku


Memang takde masalah pun, tapi bukan setakat floating je aku tengok; patten harga , support-resistance pun kena ambil kira. Especially yang ada pair JPY tu. Sebab pair ni paling mengada dalam dunia. Hehe. Price cantek hari-hari hari raya. Don’t worry deh.


Carta keuntungan Darwis bermula 21/11/2013 hingga 27/12/2013 dengan keuntungan keseluruhan sebanyak 35.5%. Carta ini dipost di dalam blog pada 27 Disember 2013 sekitar 12.11 tengahmalam


Hari pertama aku cut akaun Darwis iaitu pada 21 November 2013 berjumlah 30.75. Kemudian hari kedua 5 kali aku cut berjumlah USD213. Paling banyak satu hari aku cut berjumlah USD632.43 (RM2,150.26). Satu hari je tu.

Hari yang paling banyak aku cut hari ni. 8 kali. Asal aku cut dia cambah, asal cambah aku cut. Sampai aku terpaksa delay nak tulis artikel ni. Alhamdulillah.

Peratus keuntungan paling tinggi akaun darwis capai dalam satu hari adalah 9%. Jumlah keseluruhan keuntungan yang dicapai selama aku pantau bermula 21/11/2013 sehingga hari ini 27/12/2013 adalah sebanyak USD2,486.18 iaitu sebanyak 35.5% daripada modalnya USD7,000.

Ada je lagi USD7,000 dalam akaun dia tu kan? Celah mana makan modalnya tah?

“Entah le, lantok deme le yob”, kata orang Perak.

Semoga rezeki Darwis dan keluarga terus bercambah daripada hari ke hari lepas ni. Begitu juga dengan warga Miliun yang lain.

Sentiasa ingat kepadaNYA. Bacalah firman-firmanNYA supaya mendapat pentunjuk. Baca dan fahamkan, bukan melagu-lagukannya. Selepas baca, kaji apa yang disampaikan dan laksanakan.
27:92. Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, "Aku hanya seorang pemberi amaran."

Kita perlu selalu BACA, supaya tidak lupa

87:6. Kami akan buat kamu baca supaya tidak lupa.

BACA untuk nilai diri sendiri.

17:14. "Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu."

Cuba kita tengok keadaan kita sekarang, tak payah tengok luar negara. Dalam negara je, adakah sudah mencapai sejahtera secara total? Lu pikirlah sendiri.

Sebelum aku menutup bicara, aku ingin meninggalkan satu persolan kepada korang. Produk Silver yang dipakai oleh Darwis, sama seperti yang dipakai yang lain-lain. Sama jer takde special pun.

Tapi, kenapa rezeki Darwis yang datang muai? Tugas aku hanya pantau dan cut sahaja. Siapa yang menjaga akaun Darwis sebenarnya? adakah Uncle, atau.....?

Semoga tahun 2014. Dengan IzinNYA lebih masyuuuk!


Dzoul
0172648451 - Whatsapp

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...