Followers

Friday, January 3, 2014

Artikel-Artikel Uncle Hari Ini Pusing 360 Darjah...

Artikel-Artikel Uncle Hari Ini Pusing 360 Darjah...




SALAM buat warga Miliun dan Selamat Tahun Baru 2014 Masihi semoga dengan kedatangannya juga membawa rahmat dan rezeki kepada kita semua.


Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih khususnya pada Uncle dan saudara Zoul yang meminta untuk menulis artikel mengenai Miliun ini. 

  
Bila saja aku mendapat mesej dari Zoul suruh ceritakan mengenai pengalaman menyertai Miliun ini . . . respon awal aku pada dia …. Berat ni!!! Boleh postpone tak??  Sebab bila awal-awal bulan begini banyak perkara yang aku kena selesaikan dulu kerja tempat cari makan dan aku punya pemikiran rasa macam tak berapa mantap untuk menulis. Selalu aku main cakap je orang lain yang catit.

 
Baik lah!!! Aku mula mengenali Miliun ni adalah melalui artikel-artikel yang dipromosikan di blog Uncle. Aku telah lama mengikuti cerita-ceritanya yang macam-macam ada . . sejak lama dulu termasuklah kisah yang seantero dunia tahu . . tapi hari ini artikel-artikel Uncle hari ini pusing 360 darjah dan bagi sesiapa yang tak follow tentulah amat membosankan bila membacanya . . transformasi la tu! Selepas tu bermula episode baru dari Bengkel 1 dan seterusnya aku terbuka hati nak joint dengan Bengkel Miliun ni, sepatutnya akan nak joint Bengkel 3 tapi kekangan masa kerja yang tak menentu, membuatkan aku tangguh lagi sehinggalah Bengkel 4. Aku nekad jika dipanggil meet pada hari itu, aku akan ambil MC tapi dah dijodohkan aku dengan Miliun ni dapatlah menyertainya. Mungkin rezeki aku disini ……..

 
Alhamdulillah . . akhirnya dapat juga bertemu dengan Uncle yang selama ini aku kenal melalui blognya yang gila-gila tu. . wa salute sama Lu Unlce, Lu memang berani dan berjiwa besarrr . . tapi lembut . . orangnya friendly, ramah, prihatin dan cepat menilai sifat orang. Sebab tu dipanggilnya aku dengan nama Tokpi . . hahaha . .  memang aku dah dapat title Datok pun . . cukup la tu, lebih-lebih nanti Uncle akan kata . . cipet lu . . hahaha . . terbaek Uncle!

 
Sejak dari awal-awal lagi, aku dah memikirkannya sekira aku tanam modal aku tak mampu untuk mengendalikannya dan perlukan bantuan orang lain untuk menguruskannya. Bila Uncle menimbulkan idea projek Joint Venture, apalagi aku ambil kesempatan bertanya pada Mizi berapa modal minimum yang boleh diuruskannya. Maklum le jika modal kecil siapa yang nak uruskan dan berapa pulak keuntungan yang akan diperolehinya . . orang kata tak ekonomik. Setelah persetujuan dicapai, aku mula suntik modal sebanyak 10,000USD pada 19/11/2013 dan 26/11/2013 maka bermulalah trading forex aku ni yang dipantau sepenuhnya oleh saudara Zoul dari mula lagi .. Sebenarnya aku letakkan kepercayaan ini khususnya pada Uncle sendiri untuk memilih siapa sahaja yang terbaik untuk mengurus dan memantaunya tanpa banyak cengkadak yang menyusahkan. Sepatah kata Uncle . . jika aku tak kenal dan tak percaya, aku tak akan pilih sdr Zoul. Justeru itu aku tak perlu nak cerita pasal bab forex ni sebab Zoul dah beri ceramahnya panjang lebar tu kerana itu kepakarannya. Macam aku ni nak cerita pasal pokok sawit dan getah bolehlah . . itu bidang aku, Uncle pun boring bila aku sebut pasal baja . . hahaha… melalut kelaut daa . .

 
Alhamdulillah, baru seminggu trading aku dah buat withdraw sebanyak 451.22USD , ambil buat pergi makan-makan . . kata Uncle dan sekarang ini aku sedang menunggu withdraw lagi . . Ya Allah terima kasih di atas rezeki ini dan Syukur kepada Mu!! Mana tahu akan datang melimpah-limpah lagi diberikan Nya lagi. Kita hanya merancang dan berusaha dan jangan cepat berputus asa.
Buat teman-teman dan sahabat Miliun, saya doakan agar kalian juga beroleh rezeki darinya melalui projek MILIUN ini. Jutaan terima kasih kepada saudara Zoul di atas info-info dan layanan yang diberikan selama ini.
Wasssalam.
Tokpi, Kluang, Johor.
Peserta Bengkel Keempat




Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


No comments: