Followers

Sunday, January 5, 2014

Bila Join Orang Besar Nie Orang Kecil Pun Nampak Macam Orang Besar

Bila Join Orang Besar Nie Orang Kecil Pun Nampak Macam Orang Besar


Johari

Baca printscreen dibawah ini antara uncle dan Johari.
Kemudian renungkan..


5 Disember 2013
Akaun Johari pulih daripada gelombang turun naik pasaran. Floating makin kurang.



6 Disember 2013
Sekarang ni, email uncle, blog, pc dan henfon dia pun aku yang jaga sepenuhnya. He he..dia nak buat comeback dalam bisnis.
Tungguu...



20 Disember 2013
 Akaun Johari ketika mengalami gelombang besar.



 Mizi dan Johari



 21 Disember 2013
Selepas ini sekiranya ada sebarang masalah, boleh hubungi saya. Saya akan cuba mencari solusi yang terbaik untuk anda. -
Dzoul - 0108102943

 
26 Disember 2013
Menjadi lumrah, bila keadaan kritikal beginilah reaksinya. Bila akaun pulih, akan senyap di group.
Pernah uncle maklum kat aku. Pelanggan ni ibarat kita sedang mendukung bayi sendiri. Budak tu muntah ke, berak, kencing kat badan kita terpaksalah terima dengan senyuman walaupun kita menjerit/melatah/mengeluh kerana terkejut. 


26 Disember 2013
Uncle sifatnya akan bantu selagi terdaya. Dia menjaga warga Miliun seperti menatang minyak yang penuh terutama yang rajin berhubung dengan dia. Aku dah lama kenal dia, kalau ada yang tak betul dia akan tegur direct takde simpan belakang. Tapi hati manyak baik woo..


27 Disember 2013
Akaun Johari semakin kebah daripada demam. Ketika ini akaunnya dibawah pantauan saya. Asal Johari bagitau saya je, lepas tu akaun ok. Kenapa ek?


 27 Disember 2013
Rezeki hadir daripada silaturrahim antara manusia.


3 Januari 2013 -
Akaun Johari semakin pulih. .Equity dah cecah 1k. Akaun Johari di cut ketika equity USD1,055. Kemudian equity di transfer ke kapal besar (akaun Zainal). Guna Milun Gold. Robot ni memang best ROI dia, kepala pun tak pening.



 3 Januari 2013
Akad perniagaan. Setiap janji atau hutang piutang kita harus catat dalam segala apa bentuk  catatan sekalipun kerana sifat manusia selalu lupa atau buat-buat lupa. Inilah saranan didalam Al-Quran.


Salam bro. Ada sikit pembetulan. Semua akaun peserta bengkel 4 dan bengkel 5 tip-top takde masalah sebab aku yang jaga beb. Aku mesti ada jampi-jampi sket he he.

Akaun dalam seliaan, setiap akaun mesti dalam keadaan terkawal dan paling penting boleh merasa duit. 

Korang baca artikel daripada bro Johari ni, aku berani jamin lepas ni rezekinya mesti muai macam peserta lain dibawah pantauan aku. Dengan izinNYA.

Dzoul

Artikel dari Bro Johari

Bro Johari

Salam 1 Rabiul Awal 1434H bagi warga Miliun khususnya dan pembaca setia blog Uncleseekers amnya. Terlebih dahulu saya mohon kemaafan segala kekurangan dan kesilapan di dalam coretan ini. Setelah dimaklumkan oleh Tuan Dzoul agar dicoretkan satu artikel mengenai pengalaman saya berkecimpung di dalam forex nie timbul kerisauan di hati saya bagaimana dan macamana nak coretkan pasal yang membaca adalah umum tak kira ahli blog ke pemerhati ker peminat ke ahli Miliun ke pendek kata pelbagai macam ahli akan membacanya maka kekelamkabutnya ceritanya, bahasanya dan celotehnya harap dimaafkan. Saya tak pandai…. 

Pertama kali saya nie hanyalah pembaca blog uncle setelah secara tak sengaja terlink pulak blog uncle nie…secara tiba-tiba timbul pulak cerita pasal robot…nie hantu mana pulak robot nie…hantu moden ker…ok la layan baca jer ler…sebab itu cerita yang update statusnya hehe… 

Rupa-rupanya robot untuk forex dinamakan robot tu EA…maka tercetuslah camp 1 di Janda Baik. Tatkala itu sememangnya saya ingin mencari alternatif untuk mencari jalan sumber rezeki yang lain selain daripada makan gaji..umur dah masuk 4 series tak lama lagi nak masuk 5 series anak dah membesar serba serbi dah naik…makan gaji nie nak naik memang susah dengan nak melayan kerenah bos, bebanan keje…sampai satu tahap saya keje tanpa gaji pasal majikan xder duit dah….aduiii. 

Tapi benarlah bukan kita yang mencari rezeki tapi Dia yang bagi rezeki…disaat uncle melancarkan program Miliun tu Allah Taala memberikan rezeki yang tak disangka sangka sememangnya kalau nak disembangkan saya xder simpanan untuk dapat duit banyak tu untuk dijadikan modal tapi diberikan oleh Dia dengan cara yang tak di sangka-sangka…tak payah ler citer kang panjang pulak artikel nie… 

Bila camp 1 berakhir dengan contoh akaun yang dipamerkan di blog uncle dengan duit yang ada…uncle telah buka untuk camp 2 selepas raya iaitu 30 dan 31 ogos 2013. Sayalah orang yang pertama yang membayar duit booking dengan hazli rm1200.00 sebab saya tau orang pertama masa pendaftaran hari tu nama saya yang nombor satu hehe….masa booking tu nak raya dah…nak pakai duit untuk raya ke nak masuk camp tu…kalau fikir pendek belanja raya menarik nie boleh raya sakan hehe..bila fikir panjang ini satu jalan untuk belanja yg panjang yg akan datang untuk raya yang akan datang…yg akan datang…hehe…mudah mudahan ini antara salah satu jalan rezeki untuk jangka masa yg panjang…aaminn pasal kita tak tahu takdir Dia yang akan datang untuk kita cuma kita ikhtiar dan doa kalau baik hasilnya inilah rezeki saya kalau tidak baik hasilnya bukan rezeki saya….terimalah apa yang ditakdirkan sebab kita xder daya upaya walau sebesar zarah sekalipun.

Sampailah masa camp 2 diadakan…bertemulah dengan uncle yang berambut maggie mee ala macho tu..hamba Allah, hazli dan ezad serta warga Miliun camp 2 yang sangat baik dan memang satu kepala yang datang dari pelbagai negeri..kedah ada..perak ada…johor ada…kelantan ada ..sabah ada…itu yg saya tau pendekata rupanya ramai jugak yang membaca blog uncle seantero nusantara rupanya…Cuma mat saleh jer xder pasal diaorg tak pandai baca bahasa melayu hehe… 

Maka bermulalah saya kenal robot nie kenallah saya apa itu forex dan yang paling saya tau benda nie dah lama orang main cuma saya baru nak ambil tau pasal ada duit sikit kalau xder duit sikit time tu memang tak ambil port pun…ya itulah takdir namanya… 

Saya hanya bermula dengan bermodalkan USD 2K dan agak lewat nak masuk trade pasal nak tunggu duit tu…hati dah gelisah pasal kekawan dah ramai yang dah trade…..alhamdulillah rupa rupanya ada hikmahnya saya mula masuk 25 september 2013 dengan robot yang baru iaitu pangkat Silver masa tu camp 3 sedang di adakan dan akaun saya tu jadi tontonan kerana robot saya tu hanya bermula trade lepas solat jumaat dan akaun saya dah dapat profit hampir USD100..wah menarik nie margin USD2k jer tapi satu hari boleh dapat RM300++. Sempat la merasa keluarkan keuntungan USD530 (RM1800++) di mana tatkala itu saya mengalami masalah duit (bos xbayar gaji daa)…alhamdulillah ini lah takdirNya. Sudah disuratkan hidup didunia pasti diuji tak kira dalam soal apa..apatah lagi dalam soal duit (rezeki ler..) bilamana gelombang ekonomi tak menentu suasana perjalanan forex juga begitu…ramai sahabat seangkatan camp 2 mengalami ujian yang sangat hebat…..waima camp 3, camp 4 dan seterusnya….itulah takdirNya. 

Bila diuji pasti di hati terguris namun bila kita ingat balik… kenang balik bahawa kita nie ada sang empunya baru hati nie sedar yakni bukanlah kita yang mengaturnya… bukanlah kita yang merancangnya bukanlah kita yang merencanakannya tapi Dialah yang menentukan, yang menjadikan, yang menyatakan..maka sama ada kita suka atau tak suka …hendaklah kita terima dan redha…itulah takdirNya. 

Alhamdulillah…dalam kesusahan ada kesenangan bukannya setelah kesusahan ada kesenangan tetapi dalam kesusahan…ditakdirkan akaun saya boleh pulak cover dari equity tinggal USD300 naik jadi USD1k tanpa berlengah lagi saya call uncle seperti yang diarahkan kalau cecah 1k kalu call uncle tak kira dia tengah berak ke tengah tidur ker tengah sakit kepala ker tengah hangin ker kasi tau…hehe. 

Tup-tup uncle kasi tau kasi keluar equity tu dan pindahkan ke dalam akaun zainal pada 3 Januari 2013 (klik) yang equitynya usd11,040.76 dan pakai robot gold. Alhamdulillah hari tu start trade pakai Silver hari Jumaat (klik) tukar kepada Gold pun hari Jumaat…moga-moga inilah keberkatan rezeki saya..Uncle kata bila join orang besar nie orang kecil pun nampak macam orang besar jadi bila saya yang margin ciput nie dalam margin gedabak besar jadi saya punya margin selamat dan floating pun tak banyak dan boleh keluar profit hari hari lagi…saya tanpa banyak kata banyak setuju saja pasal bilamana sang arif kata pada yang sang jahil seelok eloknya kita terima itulah adab…namun bagi saya..itulah takdirNya. 

Sekarang akaun saya dibawah jagaan Tuan Dzoul yang lebih arif dan mengerti soal forex jika dibandingkan dengan uncle haha…Moga-moga bulan kelahiran Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW nie membuka lembaran baru perjalanan forex saya dan memberikan sinar baru kepada kita dalam soal rezeki (duit ler)… 

Akhirkata mohon kemaafan sekiranya ada kekhilafan dan kesalahan dalam coretan ini yang agak meyeleret …ini lah pengalaman saya sepanjang menjadi warga Miliun moga moga dikurniakan kejayaan kita hanya berharap..kita hanya merancang..kita hanya memohon…ketentuannya atas kehendakNya jua..itulah takdirNYa. 

J_Rawa@Johari.



Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



No comments: