Followers

Thursday, January 23, 2014

Forex Haram, Hanya Perbezaan Pandangan Ulama

Forex Haram, Hanya Perbezaan Pandangan Ulama






Bismillahirrohmanirrohim.


Allahummasolli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

Asslamualaikum kepada pembaca blog UncleseekersV2 dan Warga Miliun semuanya, semoga kalian semua dalam lindungan, pimpinan, dgn mendapat keampunan, redho & rahmat Allah.

Kabare kabeh….? Biasa org jawa kalau menyapa ni le ayatnya iaitu apa kabo semua. Nanti yg menjawab akan cakap, kabare waras. Nak lebih menunjukkan kewarasannya, tambah lak dgn waras, beras, keras ha ha, ni ana tambah sendiri jer. Eh apa ana merapu ni…

Wak bersama isteri



Sebeno nya, ana cuma nk cerita sal macamana boleh termasuk ke alam forex ni hinggalah ke hari ini, walau member2 ada bercerita tentangnya, tapi ana buat tak tau je masa dulu2 .Lagi dgn adanya cakap2 yg mengatakan forex ni haramlah, tak halal lah, tu yg ana mcm tak berminat.

Sebetulnya dah banyak benda2 haram yg terang2 haram yg ana dah buat, mcm nipu bos , kelentong lagi pasal datang lewat masuk kerja, tengok benda2 haram, cerita video yg terang2 haram dan mcm lg….astaghfirullahalazim…

Bukan nak bangga dgn kerja2 tu semua. Tapi bila bab rezeki cari duit utk dimakan family dan anak2, ana seboleh-boleh cari yg halalnya lebih lah, sampai saham AxB pn kwn hindarkan, konon2nya nak halal betul, padahal ada benda yg dikatakan perbezaan pendapat ulamak, so kalau dah perbezaan dan kita dah tau pendapat yg itu dan ini tinggal terpulang pd kita je nak follow yg mana satu,,,kalau salah tolong betulkan statement ana ni,,,,

Tapi masalahnya yang jelas2 haram tu pulak, eh mcm biasa je ana rasa…ya Allah ampuni aku…macam tu jugak dalam bab forex ni, bila ana dah dapat info dari pelbagai, iapun masih ketegori perbezaan pendapat, Cuma ada term2 tertentu yang akan menjadi tak berapa nak halal…

Oleh itu setelah yakin sendiri dan 2,3 kali bartanya dgn Sang Pengatur Alam semesta, nampaknya hati ana sangat mahu menyertai perniagaan petukaran mata wang ni, dan atas kehendak dan izinNya, ana pun terjoin dgn Bengkel Forex ke 3 yg dianjurkan oleh uncle & the gang.


 Wak bersama Uncle


Ana  sebelumnya memang kalau ada masa akan singgah ke Blog uncleseekers utk tau cerita2 panas, maklumlah blog uncle ni lah yg nampaknya ada keberanian yg betul2 berani,sampai sultan ana pn di tegurnya, apalagi ana memang konfius bila sifu ana dlm pembelajaran tenaga dalam (sebuah pusat perubatan tradisional yg terkenal di ampang) pn di bongkar oleh beliau.

Tapi ana sokong uncle, walau dia sifu ana, tapi kalau dah berbohong, kenalah ada yg tegur…ya tak…so ana pn tak katam belajo ngan sifu tersebut akibat konfiusnya ana itu….tapi Alhamdulillah, dapat pulak ana bertemu ngan sifu yg nama panggilannya uncle ni…

ana  dpt tau gak yg uncle ni rupanya ada susur galur habib (ada DNA Rosulullah), tu yg ana teruja dpt jumpa dia, coz sebelum ni memang ana  pernah join ngan group yg sangat menyintai golongan habib ni…alhamdulillah spt habib zainal abidin, UIA, Habib Omar Al hafiz, Yaman, Habib Hassan, S’pore dan Habib Syekh Afeefuddin (keturunan Syekh Abdul Qodir Jailani), ana pernah berjabat tgn dgn mereka semua.

Tapi bila sampai Habib Uncle ni, dia lain sikit lak. Apsal x pakai serban? abah dia lak pakai topi koboi. So wife ana (yg terpaksa ikut ke bengkel 3) yg biasa ikut program habib jadi terkonfius, tapi bg ana ini dah macam jiwa ana yg meminati Metallica band…ha ha ha…dan setelah itu wife ana lebih open minded.


Wak bersama Pak Habib 

Walau di sekolah wife ana di panggil ustazah, tapi dia kata af’alnya tak mcm ustazah hu hu..malah dia nampak pada diri uncle ada sesuatu yg perlu dicontohi, spt dia amat mementing dan menjaga masa, melayan tetamu dgn sebaiknya, tak takut dgn sesapa melainkan hanya dgn Allah.

Suka menghiburkan, tegas dlm kerjanya…hi hi hi…ni bukan nak jek uncle lebih2, kalau terlebih boleh lah uncle siramkan bedak jgn banyak2 sgt atas kepala ana)…ini pandangan ana dan wife setelah dpt jumpa dgnnya 2 kali iaitu dalam bengkel forex 3 & 5.





Tapi apapun manusia tidak ada yg sempurna melainkan Nabi Muhammad s.a.w. Cuma untuk menyatakan jgnlah nilai manusia melalui penampilan luarannya sahaja,,,ini peringatan utk ana & wife je…yg lain terpulang…

Berbalik tentang forex, setelah join bengkel 3 ana pn dapat keyakinan mungkin ini lah satu lagi peluang yg Allah beri sebagai tambahan rezeki kewangan ana. Yang menariknya trading forex yg ana join ni ialah menggunakan robot yg di cipta olehNya melalui seorg hamba Allah dan di bantu oleh rakan2nya, orang melayu Muslim,,,waah hebat…

tak spt yg ana dengo sblum ini, dia org kata kena trading sendiri sampai nak tido, nak beraktiviti pn susah,,,so ana rasa trading guna robot ni pilihan kwn, (memandangkan satu sen ana tak tau sal forex ni), walau terpaksa korban rm3700 utk attend bengkel dan dapatkan robot ni. Maka dgn mengorek duit yg ada, ana pn dpt menggunakan robot forex yg dinamakan Silver seusai bengkel 3.

Dgn tak agak2 duit loan bank rakyat yg ana sayang2 berjumlah usd5000, terus ana masukkan ke akaun admin utk perdagangan mata wang ni…Alhamdulillah semua urusan, buat akaun, sewa server  dan macam2 lagi dapat diselesaikan dgn pertolongan admin, yg ana rasa setakat ni ana berpuas hati sangat dgn kerja2 admin di bawah seliaan uncle.

Ana start trade menggunakan robot silver pada 7/10/2013 dlm 2:45pm, masa tu ana tel admin yg namanya Ezzard, dia kata dh boleh on robot…bermulalah robot suruhan ana berniaga…

Tp setelah hamper  sebulan, floating pulak yg tinggi, dlm hati ana terbersit, bila boleh kaut untung ni,,server yg ana sewa  dah nk kena bayo lg..tup tup..uncle inform dlm wassap, kalau equity dh lebih modal, walau usd50 pn kaut jer…satu kali equity ana sudah lebih usd90 dlm 22/11/2013, apalagi ana pn terus kaut, dpt le backup nak bayo server….

Ada satu masa floating amat mengerikan..bila tu ana dh lupa…dan ada 2 member dgn modal usd2000 dr group bengkel 3 telah tenggelam akibat  tsunami floating…tp Alhamdulillah ananya masih terselamat. Dari perbincangan yg akrab dlm group 3 wassap, admin mengusulkan utk refresh robot setelah equity lebih modal, ni kerana trade2 yg lama sgt tak close menyebabkan robot berat,,dgn nasehat kengkwn dlm wasp group, terutama kak ezan, ana membaranikan utk refresh, walaupun terkial2 nak buat refresh tu, maklumle dulu zaman sekolah guna type writer, ini terpaksa ngadap laptop apatah lg forex yg ana tak tau kebenda ni. Equity sudah lebih usd24.80,,apalagi ana pn refresh lah robot dan withdraw.

Selepas refresh,,wau ada nampak lebih cantek…floating sekitar -150 hingga -350, berbanding sebelum ini sehingga -1500++….ana dapat jemputan utk join bengkel 5 di janda baik, dan pada 29/11/2013 sekali lg ana dpt withdraw usd100…dapat gak buat modal gi JB.

Dalam sembang2 bengkel 5 tersebut( pd hujung bulan Nov 2013…tarikh ana lupa lah), ada perancangan kewangan utk 2014 dan macam2 lagi seperti penubuhan akaun pool dan lain2 masalah forex. Cuma ana dapat klu selepas balik bengkel 5, bila equity lebih modal cepat2 withdraw dan rajin2 refresh robot…maklumle robot silver separa manual. Dan bermulalah kaut & refresh. Lihat withdraw yg telah ana buat.







Jumlah keseluruhan withdraw yg ana buat dgn modal usd5000, bermula trade 7/10/2013 hingga 9/1/2014 sebanyak usd 1179.63 , tolak duit utk bayo server usd25 x 4( 4 kali renew =     usd100        ) = usd1079.63,  inilah keuntungan yg ana dapat sehingga tarikh tersebut ( 1079.63 x 3.4= Rm3670.72). Ana bersyukur, kerana di beri olahNya lebihan pendapatan sebulan lebih kurang Rm1200.

Tapi menurut member ana yg trade secara manual, dia kurang puas hati cuma dpt banyak tu, tapi bila ana cakap ana rilex2 tak yah nak duduk depan pc lama2 utk tengok graf, dia org pn diam je, hu hu…

Dalam bincang2 wassap, sekali lagi ada usul dan offer dari uncle utk upgrade robot, yg mana robot tersebut fully auto,,,, ana dengo lg suka,,maklum le manusia ni memang nak cari yg senang dan untung jer,,,ha ha…apatah lg di selia oleh sifu yg berkaliber dgn  pantauan uncle, so anapun setuju dan berakad dgn sifu yg bernama Dzoul dgn restu uncle,,apasal nama ada D pulak, macam ‘D impian Inn’ kat tempt ana ni je…pasal biasa zul jer…hi hi…

untuk menggunakan robot yg namanya Gold V6…pergh macam perdana V6,,
Sekali lagi, ana refresh robot dan tuko ke fully autobot V6 pd 11/1/2014, lepas ni tak ada lagi refresh2, Cuma ana tak dapat penuh dr hasil kautan…ana telah berakad 40% pemodal & 60% admin,,dan ini syarat utk menggunakan GoldV6 autobot…

Hingga ke hari ini, sejak mula trade menggunakan Gold V6 pada 14/1/2014, untung yg telah di kaut sebanyak usd190, tapi ananya bahagian cuma 40%, so dapatlah anggaran usd76 x 3.4  pun dah RM258,,sape nak kasi..

Yang mana seperti diterangkan dalam blog uncle, dgn modal usd5000, robot akan membuat close bila dh untung usd200 sekali trade, sebulan koman2 katalah 10 kali trade sudah ada usd2000 sebulan, 40% pemodal dapatlah usd800 x 3.4 =  RM2720…sape nk bg duit banyak tu dg duduk diam je, nak overtime 12jam kat dlm kilang tempat ana keja, pergh,,,berapa jam nk OT kalau ngan gaji ana yg ciput ni…

Eh panjang sgt lak ana tulis, apa2 pun ana mengharap, agar trade menggunakan Gold V6 ni akan membuahkan hasil yang hebat, tapi perlu diingat rezeki adalah ketentuan Sang Maha Penentu, yg mana lebihan tambahan tersebut boleh le dapat membackup loan ana tu di samping untuk guna sendiri dan menyebarkannya kpd family, orang terdekat, yg memerlukan dan alam sekeliling,,setakat yg ana mampu lah…

Di kesempatan ini, ana mengucapkan terima kasih dan syukur pd Mu ya Robbi, kerana di beri peluang utk bersilaturrohmi dgn sahabat2 dari pelbagai negeri dan daerah, walaupun mereka2 semua telah Kau kurniakan kehebatan masing2,,,tapi ana rasa tiada jarak yg membezakan, mereka sangat akrab antara satu sama lain, muga Engkau sentiasa menjaga keakraban silaturohmi ini dunia akhirat.

Terima kasih sebanyak2nya kepada uncle telah memberi peluang ini kpd ana, juga kpd pencipta robot Hamba Allah( bro mizi), dan Sahabat( bro azli), tak lupa pd Bro ezzard dan sifu Dzoul, sifu edzny dan seluruh warga admin, oh ya kpd Pak Habib terima kasih dgn wejanganya berkenaan Universiti

Kehidupan,,juga kpd sahabat2 satu bengkel( bengkel 3), tok wan, sifu izputra, kak ezan, bro azmi,  dan yang lain lagi, salam kejayaan utk anda dan kita semua, dan kpd GroupV6 dan juga kpd group2 yg lain serta kpd pembaca blog semuanya….muga Allah sentiasa memberi bimbingan, keampunan, kesabaran, ketundukkan, keredhoan rahmat dan kasih sayangNya kpd kita semua dalam mengharungi perjalanan hidup ini, hingglah kita di jemput kembali pdNya.

Kepada pembaca2 blog di luar sana, andai berhasrat untuk menambah income, membantu sesame muslim, jom join ngan perniagaan tukaran matawang menggunakan robot yg disediakan oleh blog Uncleseekers V2 ini

Akhirnya, ampun dan maaf ana pinta dari semua, andai ada tersalah kata bicara….sekian jumpa di masa2 yg lain….wassalam….ha ha ha…ini lah tulisan orang yg tak tau menulis…dari kul 8pg sampi 12 tghr baru siap…


Zafry Ahmad

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


No comments: