Followers

Thursday, January 23, 2014

Isteri Tercinta Puan Norrafizah Muslim..Nanti Abg Bolikan Golang Yo...

Isteri Tercinta Puan Norrafizah Muslim...Nanti Abg Bolikan Golang Yo...


As salam semua kpd warga Miliun dan pembaca sekalian,



Klik imej untuk lebih besar
Prestasi maklumat Gold V6 ini yang dikemaskini pada 23-1-2014 pukul 10.50 malam.

SENTAP! terkena aku, aku dan menulis nie ibarat Ipoh dgn JB, jauh bebenor, kerja dahla banyak guna spannar + screw driver, suruh tulis artikel pulak. Itulah yg aku rasa bila diminta untuk berkongsi menulis sedikit artikel yang berkaitan dgn kisah aku dan forex ni. Tapi tak mengapa, den torai lah. Kali terakhir aku menulis lebih daripada 100 patah perkataan dlm satu masa lebih kurang 20 tahun lepas (masa SPM), sekarang nie kalau paling panjang pun bagi komen 3 baris kat dlm fesbuk je. Perjalanan hidup aku dlm dunia forex nie bermula setelah menghadiri bengkel ke-2 diambang hari sambutan kemerdekaan tahun lepas. Pada isteri, cukup aku berpesan, abg ada urusan di Janda Baik memandangkan kerja aku memang selalu kena outstation. Dia tak tau pun aku pergi situ buat apa.


 Walaupun aku biasa menggunakan jalan Gombak-Karak-LPT, tapi aku tak pernah singgah pun kat Janda Baik selama nie, mungkin tidak digerakkan hati untuk singgah ke sana lagi. Memandangkan hari itu hari Jumaat, aku plan bertolak awal, sekurang2nya dapat cari masjid untuk solat jumaat. Dalam blog, ada bagi direction guide ke Cherengin tapi peta tu mcm kartun la.

Pukul 8 am, nak start enjin kereta, tgk tayar belakang kanan sudah Flat, aduh.. badan dah wangi2 nie kena bersenam lak nak tukar tayar spare. Pergi kedai tayar pukul 9 am pun diorang baru nak buka pintu, ada staff yg taik mata pun baru nak cuci.

Lepas siap repair tayar, aku pikir balik, baik pergi sangap dulu, buka radio, nah, dia cakap sepanjang jalan Shah Alam-Kesas-Kewajipan-Subang jammed belaka. Maklumlah nak cuti merdeka. Ada baiknya tayar aku buat hal, boleh lepak mamak dulu, klu tak dok menyumpah2 je la dalam jammed tu. Pukul 10, Alhamdulillah, trafik dah beransur lancar, aku ikut Ring Road sebab dah lama tak intai2 pembangunan di sebelah KL selatan nie.

Smpi kat RnR genting Sempah berhenti memerut dulu (itu pun nak cerita-apa daa), lepas tu telefon izad, jalan mana lagi senang. Dia kata ikut simpang genting sempah lagi mudah bg mereka dari KL, boleh layan lap sekali, lepas tu banyak pulak awek2 veteran lambai2 kat aku suruh beli chestnut dia, aku berenti, tapi aku cakap kat nyonya tu aku Cuma nak Tanya direction ke kg Janda je, dgn muka kelat dia tunjuk belah kanan, tapi aku beli jugak chestnut tu. Jalan punya jalan, aku perasan apesal takde sebijik kereta pun selisih ngan aku, betul ke ada kg dalam nie, smpai aku jumpa satu family naik van berenti tepi jalan (takkan berenti tgh jalan pulak), rambut masing2 mcm sedara Obama, sorang lagi mcm kak Limah, aku pun Tanya panjang lebar, tapi dia jawap sepatah je “Sana” aduh salah jalan lagi, kena patah balik. Salah aku sendiri, syok sgt layan lap smpi terlepas simpang pintu gerbang. Konfius betul. Tak jauh lepas tu ada 4 org budak tahan kereta aku, aku berenti diorang nak tumpang gi masjid katanya. Aku kata eloklah abg pun tgh cari masjid ni tapi kat mana. Diorang kata depan tu je tak smpi 5 minit, la dekat je, lepas tu baru tau budak2 Frenz rupanya.

Masa parking dah perasan signboard Cherengin nun tersergam atas bukit. Senang kojo den lepas nie tak payah nak tercari2 lagi.

Masa daftar, baru dapat jumpa uncle & the gang , live. Teruja jugak, uncle punya perangai macam dia dah kenal lama, sporting. Tapi dalam sporting ada tegasnya.


Aku dapat duduk sebilik ngan sifu ezdny, dia aku panggil Bob je. Dia nie budak IT, jadi dalam bilik bersidang dan bertendang aku pun duduk sebelah dia la, boleh aku risik apa2 yang tak catch up. Dalam pada tu, sebelah aku lagi ialah mamat Labuan, brader yus dan brader Mus dll, diorang nie semua laju je bab komputer nie, aku jugak yg lembab terkial2 sikit, tapi syukur mereka semua banyak membantu walaupun lepas abis bengkel, terutama Bob banyak support aku. Aku nie jenis kalau duduk diam mulalah mata mengantuk, dalam bengkel tu masa uncle buat welcome speech je mata segar, lepas tu bila masuk bro Sofi, En Hazli dan En Mizi, mata pun dah start layu, sorry beb, sebab apa yang keluar daripada mulut korang masa tu rasanya amat asing bagi aku. Diorang citer bab modal, pair, equity, margin, cut & loss, profit (yg ni aku rase aku tau) macam out of my world. Pe benda ni, walaupun sebelum pergi bengkel, 2 kali aku baca artikel money make money tu. Aku mengaku, bab forex nie memang tak pernah aku sentuh pun sebelum nie, belajar pun tak tinggi walaupun sekolah aku tinggi bertingkek tingkek. Macamanapun, bengkel ada makan2, semuanya malu2, aku jugak yg kena bangun ambil dulu. Menu = best.

Malam tu majlis serahan dan setup, robot yang aku dapat kecik je, siap bungkus kertas lagi, maka bermulalah sesi soal jawap, tak silap aku dari pukul 9 membawak ke tgh malam, smpi kan aku tgk mata Hazli dan Mizi pun dah merah berair. Punyalah banyak soalan dari umat, aku yang tak tau nak Tanya apa dok dengar je la smbil melayan menu supper. Dalam pada tu sempat la berkenal2an dgn beberapa peserta lagi, yg rata2nya dtg dari jauh juga. Sempat jugak aku buat lawak, kalau pasal belajar bab agama, sanggup tak korang datang sejauh ni, jangan marah ye… macam semut dan gula, di mana yang manis berkerumun spesis dia.


Kepada Uncle, teringin nak berceloteh lama2 ngan dia tapi dia asyik join club berasap je, naik lomeh nafas den, semput. Esoknya serentak dgn jamuan hari raya oleh pihak cherengin, lagi ramai peserta dapat aku kenal, jauh dekat, tinggi rendah, bujang kahwin, janda duda, hitam putih, kurus bulat semua nya berkumpul dalam suasana yang ukhuwah. Dapat lebih berkenal2an, bertukar pendapat, pandangan dan idea. Kat situ juga aku dapat jumpa dgn Ku Shah, bukan senang nak jumpa kerabat raja, yang ni tak payah nak sembah, silat bagai. Semua peserta bengkel dapat baju Miliun yang kaler hitam tu, setakat nie semua tempat aku outstation aku akan pastikan bawak nak ambik gambar dgn nya (punyalah excited), dalam Malaysia dah banyak ceruk aku bawak baju tu, kalau kat luar negara, setakat nie baru smpi Indonesia dan China je. Bulan 3, Insya Allah smpi ke Korea. Baju pun dah nak lunyai, ada jual lagi tak?

Aku rasa dah keluar dari topik cerita aku ni.

Kalau nak cerita bab Pioneer dan Silver, rasanya dah ramai rakan2 yang berkongsi cerita di sini, turun naiknya, jadi tak perlu lah aku sembang lagi. Sama je jadi kat aku, tapi aku dah merasa hasil Silver nie sebanyak USD450 bulan 12 aritu, bila tukar ke RM dapatlah 1530. 30 ringgit aku ambik, bakinya 1500 aku infakkan pada yang lebih memerlukan pada masa itu


Berkaitan V6, aku baru mula join minggu ni je, modal pun kecik itu pun tumpang akaun En Darwis (terima kasih tuan) so far, tak tau nak komen pasal performance lagi tapi kalau tgk org lain punya memang masyuk la, takpe tak kisahlah rezeki masing2.

Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih dan syabas atas usaha mereka2 ini, Uncle, Hazli, Mizi, Dzoul, Izat, anak + menantu uncle (sorry nama tak ingat), peserta bengkel 1 yg banyak membantu, teman2 bengkel ke dua, dan warga miliun semua serta mereka yang tidak dinyatakan di sini yang membantu aku dalam dunia forex ni. Aku ni kalau suruh cerita bab yang aku tak pandai nie mulalah malalut ke laut jadinya. Kalau nak cerita bab bola ke, F1 ke, tu bolehlah Tak lupa kepada isteri tercinta Puan Norrafizah Muslim, yang banyak menyokong segala usaha abg selama ini. TQVM, nanti abg bolikan golang yo.

Andai ada yang terkecil hati dgn tulisan ini, hanya salam kemaafan saja yang dapat aku hulurkan, jangan la nak report polis ke nak saman aku semua, pada Dzoul, kalau kau rasa artikel aku nie mengarut kau edit la mana yang patut. Aku cuma tulis apa yg terlintas kat kepala je, tak puas hati kita settle kat mapley, ade berani! Salam hormat,

Mohd Fazel Ahmad

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


 

1 comment:

Tobie said...

Salam...
Ada bakat jadi penulis brader nie...
Mesti best student SPM dlu nie :D
Hehehe...