Followers

Monday, January 27, 2014

Kalo Nak Berjaya Hati Kena Besaq.

Kalo Nak Berjaya Hati Kena Besaq.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani….

Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami, kekasih kami dan pemimpin kami Muhammad SAW....

Semoga Allah melimpahkan rahmat, taufiq dan inayah nya kepada Uncle, Mizi, Azli, Dzoul n the gang, grup2 gold v6, para pembaca blog uncleseekers dan semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia.



Pernah satu ketika dalam hidup, aku menyangka yang duit adalah segala-galanya. Aku sangka jika aku mempunyai banyak duit hidup aku akan lebih senang tanpa sebarang masalah.

Tapi sesungguhnya Allah amat menyayangi diriku, maka diberikan beberapa ujian untuk menyedarkan aku hingga aku hampir berputus harap. Tapi percayalah saudara2 bahawa Allah tidak akan membebani hamba2Nya dengan ujian yang tidak sanggup memikulnya.

Ujian Allah dari segi kesihatan, pekerjaan, perniagaan dan rezeki rupa-rupanya satu nikmat yang diberikan tanpa disedari. Aku mula memencilkan diri dirumah dan belajar mengenali diri. Dari situ juga aku mula membaca blog uncleseekers.

Bagi aku uncle telus dan tegas orangnya, setidak-tidaknya itulah first impression aku masa aku start baca blog dia.

Macam mana aku bole terjebak ngan Miliun ni?



Aku mula syak something bila entri money make money dan tak lama pastu mula la uncle war-warkan pasal camp forex yang gunakan robot miliun ni. Tapi masa 1st camp aku dok pikir mana nak cari duit nak bayar yuran. Duit last yang aku ada masa tu cuma RM2,000 je. 

Pikiaq punya pikiaq last2 pendaftaran ditutup, melepas aku. Tak lama pas tu dia buka lagi 2nd camp, aku pun daftar terus dengan duit yang ada. Tapi dalam pala ni dok ligat pikiaq mana nak cari yang belen.

Tup...tup mlm tuh bini aku tanya pasai berapa lagi yang tak cukup dan dia offer nak topup. Alhamdulillah Allah Maha Kaya. Ropanya dia baca sms aku ngan Azli diam2. Jadi dapat la aku sambut merdeka ngan uncle n the gang kat janda baik.


Kalo ikutkan pengalaman mmg aku takut gak nak nak join forex morex ni. Pasal aku penah burn dekat 30k main ni kat satu company yang pernah femes dulu sampai director dia pun dah masuk dalam.

 

Tapi bila aku mengenangkan ni uncle yang proposed jadi ada la konfiden sikit. Kalo orang lain mmg aku tak berapa pandang dah. Ni bukan nak jek ka apa, jek uncle pun bukan aku bole kaya, tak jek dia pun bukan bole miskin.

Mula2 jumpa uncle ni mmg aku tekejut, aku huluq tangan nak salam tap dia siap peluk n cium aku. Takkan dia ni dual band kotttttt. Heheh Ropanya mmg stail famili dia cam2, bapak dia pun sama gak stail. Tapi itu yang aku rasa cam lama ja dah kenai.

 

Pergggh dia punya borak macam dia sama2 membesaq ngan aku kat penang ja. Pastu aku huloq kat dia rokok feveret dia, fuhhh mmg dragon abih uncle nih, jap2 berasap...jap2 berasap....dah macam kepala kereta api dah aku tengok. 

Pas abih suma bengkel tuh, mai la pulak problem baru, mana nak cari modal nak trade. Tapi last2 aku pinjam duit famili aku (siap buat agreement tau). Bukan apa depa pun bukan orang senang, sekurangnya kalo apa2 jadi kat aku atau aku lupa diri bila dah senang ka depa ada bukti nak tuntut utang tu.


Pas setup robot and margin maka start la akaun aku ditrade pada awai bulan 9 tahun lepas. Tapi tunggu punya tunggu bulan tak timbul2. Walau pun macam tuh aku cukup seronok dok tengok balance makin naik, tiap2 hari naik…sikit2.

Sampaila satu hari tuh ada sorang member bengkel 2 bagi tau kena tengok kat equity. Baru aku susah hati…nak cut equity dah menurun sampai 3k++ ja. Jadi camno.


Nak dijadikan cerita, hujung tahun lepas uncle ada pulak panggey p umah dia, katanya ada projek baik pasal miliun ni. Jadi aku pun p la sana dan berkesempatan jumpa plak si dzoul ni.


Bincang punya bincang sambey makan sate, kacang pol n minum air oren ngan ramai lagi geng (Tq kepada uncle n darwis sponsor makan aritu tak lupa gak tok wan n brader baju kuning tu tolong bakaq kan sate yang aku makan. Banyak gak aku melantak hari tuhh. Kenyang sampai esok.

 

Keseimpulannya aku pun setuju ngan cadangan uncle sambil berharap yang plan kali ni akan berjaya dengan izin yang Empunya Alam.

 

Tak lupa juga, aku ada ikut sikit Pak Habib (bapak uncle punyak tazkirah), tapi sebab uncle dah bagitau ada plan baeekkk punya aku pun tak berapa nak concentrate.

Yang betoi2 masuk dalam kepala aku, cuma pasai kisah pencuri impian (soalan bro Hafiz) n satu2 nya benda yang dok buat otak aku berpikiaq sepanjang aku drive balik ke kl mlm tuh. Bukan pasai duit lahhhhh. Benda ni la jugak yang aku try dok latih diri aku sekarang.


Helmy Klik  Hamid Klik  Nizam Klik  Musz Klik  Darwis - Klik  Zuhaili Klik 
Hanafi Klik  Shukry - Klik  Hafiz Klik  Norizan Klik  Zainal Klik Izputra Klik 
Tokwan Klik  Atul Klik Uzair Klik Wak Klik Hadi Klik Rizal - Klik Khairil Klik

Carta Prestasi Dikemaskini sehingga 24 Jan 2014.


Pak Habib ada pesan orang kalo nak berjaya ni hati kena besaq, kena buang sifat orang kita yang mudah sensitip, cepat kecik ati ni. Majoriti orang kita ada sifat nih. Org mengata sikit dah kecik ati, mengumpat pun kecik ati, kena tegoq pun kecik ati gak.



Dia bagitau lagi, kalo sepuluh orang dok mengata kat kita, buat dekkk je. Ta dak kesan punnnnn. Lantak la kat depa, depa kan ada mulutttt. Nanti depa jawab laaa kat sana nanti.

Akhirul qalam, aku mintak maaf kalo artikel ni ada mengguris sesapa. Yang baik dari Allah SWT dan yang buruk tu dari kelemahan aku sendiri. wassalam

Rizal
Peserta kedua

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

No comments: