Followers

Saturday, January 25, 2014

Tok Wan, selamatkan kapal dengan segera

Tok Wan, selamatkan kapal dengan segera
 

Petang 9 Jan 2014, sementara menanti hujan reda aku singgah di kedai mamak di Imbi Plaza menikmati Kopi Janda dan roti canai telur. Sudah dua hari aku berkampung di sini untuk membaiki komputer pejabat yang telah jahanam dikerjakan oleh kerani aku yang bernama Amelia. Entah berapa banyak virus yang telah disuntik dalam komputer sepanjang aku bercuti selama 2 minggu. Amelia… Amelia… kalau Bro Noh ke atau Wak ke memang nahas aku kerjakan kau… Tapi kalau aku kerjakan kau lain lak jadinya nanti…




Sedang aku menghirup Kopi Janda, sempat aku menghantar wasap ke group MB3, peerghhhhh petang-petang ni kenyang makan float masak tiga rasa. Float aku dah nak cecah ke angka 3,000. Itu pun dah 24 robot aku rehatkan. Hanya 16 aje yang masih bekerja. Kalau runing semua robot… mungkin arwah dah kapal aku… Profit pun dah dekat 3 minggu tak masuk. Arghhh belum ada rezeki aku lagi… Tiba-tiba wasap dari Uncle masuk ‘Tok Wan, selamatkan kapal dengan segera’. Rupa-rupanya Uncle baca wasap yang aku hantar tadi. Uncle ni pakai hantu raya ke… Aku senyum aje…


Float Semasa Menggunakan Produk Miliun Silver

‘Nanti saya call TW. Ada offer untuk TW’ Tiba-tiba wasap dari Sifu Iz menerjah masuk. Offer dapat janda baru ke… Macam-macam sifu ni, aku berkata dalam hati. Hujan masih belum reda… sempat aku menjeling peha putih amoi-amoi yang berlari-lari di kaki lima kedai untuk mengelak hujan. Beberapa kali aku telan air liur… Jalan raya mula sesak dengan kenderaan bertali arus apa lagi bila musim hujan. ‘He he he macam bunyi lawak je…’ Aku balas wasap Sifu. ‘He He… tak pe… nanti saya bagi tau offer tu… lepas tu TW dicide…’ pujuk Sifu Iz. Macam ayat nak ajak janda projek je…

HP aku berdering… Sifu Iz call rupanya… Panjang lebar kami bersembang petang tu… naik panas lubang telinga. Nasib baik tak keluar taik telinga… Kalau sembang ngan awek best gak tapi ngan balak… Sifu Iz bagi penerangan pada aku pasal produk baru… Sifu Iz suruh aku ceraikan Silver, pasal Silver tak pandai buat anak… tapi pandai buat hutang je… Baru kawin 2 bulan dah nak cerai. Tapi betul gak… kalau kawin tak dapat anak baik kawin lain… ayat mudah kaum jantan nak tambah bini… he he he

Sifu Iz kata dia dah dapat untung join Gold V6… Aku ni memang malu alah ngan Sifu Iz ni… Pasal yang cakap tu sifu terpaksalah aku akur dengan cadangannya… Nanti lawan tok guru lak… ‘Ok lah kawan join Gold V6’ aku terus bagi keputusan. ‘Tapi ada syarat dia TW, kena JV dan profit sharing 40 / 60’ ujar Sifu Iz. ‘Boleh lah sifu, janji masyukkk… Rezeki kena bagi sama-sama rasa… jangan tamak…. Lagi pun uncle ngan Sifu Dzoul pun tengah kumpul duit nak berbini tu… mana boleh duduk sorang-sorang… kambing kat kampung aku pun tau cari betina… bila tiba musim mengawan lembu pun nak ditajinya…‘ aku gelak berdekah-dekah… semua pelanggan kedai mamak memandang pada aku. ‘Kalau TW setuju, TW call Uncle sekarang…’ ‘Ok…. TQ Sifu…’ 


Aku terus menghubungi uncle dan bersetuju untuk join Gold V6. Rupa-rupanya tuan Mizi cipta Gold V6 untuk uncle anak beranak je sebagai hadiah di atas jasa uncle selama ni… Tak sangka lak uncle boleh offer kat orang lain untuk kongsi robot tu… Tapi kalau bini jangan buat macam tu uncle…. susah nak cari makhluk macam tu… sanggup kongsi untuk bersama-sama menjana pendapatan… Macam budak sekarang cakap la… uncle ni jenis tak kemut lah… Petang tu juga aku terus akad dan Sifu Dzoul terus setup robot untuk belayar. Dana yang aku suntik adalah sebanyak USD 9,000.


Pada malam itu juga kapal aku dengan lagak panglima perang terus membelah lautan dalam untuk mencari rezeki. Malam itu juga aku tidur lena tanpa sebarang kerisauan dengan kapal yang sedang belayar kerana kapal aku dipantau selama 24 jam oleh seorang teruna yang masih suci bersih dan yang paling penting masih belum ternoda…


Sifu bagi tau, Gold V6 konsepnya adalah ‘float yang menggembirakan’. Bila float makin naik, robot akan buka banyak peluru. Lagi banyak peluru dibuka, lagi besar profit yang akan dihasilkan.


Setelah sehari belayar, pada 10 Jan 2014 kapal aku pulang dengan membawa tangkapan pertama berjumlah USD 335.58. Pada tarikh itu juga doa yang aku baca pada setiap pagi telah diubah isinya setelah mendapat teguran dari uncle… Uncle pesan supaya memasukkan sekali doa untuk kedua ibu bapa kita… ye baru aku perasan selama ini aku berdoa terlupa untuk mendoakan kesejahteraan ke dua ibu bapa kita … mungkin salah satu sebab mengapa aku kurang mendapat rezeki di projek Silver…

Kat bawah ni aku print screen selama 14 hari aku belayar.


Hasil Tangkapan Pertama USD 335.58

Hasil Tangkapan Kedua USD 390.66

Hasil Tangkapan Ketiga USD 356.72

Hasil Tangkapan Keempat USD 590.61






Carta Prestasi Dikemaskini sehingga 24 Jan 2014.


Itulah paparan yang dapat aku berikan selama 14 hari kapal aku belayar menggunakan robot Gold V6. Jumlah keseluruhan hasil tangkapan adalah sebanyak USD 1,673.57. Aku tidak terfikir sebanyak itu jumlah yang aku terima…. Aku amat bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala yang telah memberi rezeki kepada aku…


Sekarang ni aku bukan belayar sorang-sorang je… tapi dah ada teman baru untuk sama-sama minum air laut jika kapal aku karam iaitu Bro Vito dan Bro Ruhaizan. Selamat datang Bro Vito ngan Bro Ruhaizan…. Jangan buat lupa lak hantar artikel kat blog uncle sebelum aku campak kau orang kelaut…. Kah kah kah

Ibu...

Aku amat gembira dapat menumpangkan mereka berdua ini… Semoga bertambah rezeki kami…

Jap… HP berbunyi lak… Hisss Lis nak apa lak malam-malam ni… Aku berhenti dulu ye… Ada hal penting Lis nak cerita pada aku… mungkin kisah arnab ngan kura-kura kot… Sambungan kisah Lis akan disiarkan di artikel akan datang… Jumpa lagi… Wasallam

Tok Wan Miliun Bengkel 3

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



No comments: