Followers

Thursday, January 2, 2014

Zainal - Terlepas Untung USD440


Zainal - terlepas Untung USD440






Salam.

Sebelum aku memulakan coretan ini, terlebih dahulu aku ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 masihi kepada semua pengunjung blok Uncleseekers terutama sekali  kepada warga Miliun.


Zainal


Aku adalah peserta Camp ke-2. Aku bukannya arif tentang forex ni. Senang cakap zero knowledgelah.  Aku dapat tahu tentang robot EA ni daripada blog uncle lah. Aku ni memang follower blog uncle especially pasal cerita VVIP tu.   

Aku baca artikel pasal forex dan EA @ robot ni daripada geng camp 1, dan selepas meyakinkan isteri, aku rasa terpanggil untuk joint camp ke2 tu.  Tapi yang menguatkan untuk aku joint forex dan camp 2 ni ialah kerana ana caya sama ente lah uncle.  Hehehe.  Masa tu  product  Miliun tu belum try tak tahu lagi.

Aku bermula dengan bermodalkan USD2K  pada 31-08-2013 menggunakan Miliun Pioneer. Miliun Pioneer boleh dikatakan hari-hari make profit tapi floating nya tinggi buat hati tak tenang beb.  Dengan kata lain equity lebih rendah daripada balance. 

Pada 2-10-2013 dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah setelah berdiskus dengan isteri aku top up lagi sebanyak USD10K.  Jumlah keseluruhan modal aku ialah USD12K. Atas nasihat mizi dan hazli akaun aku ditukarkan kepada silver.

Silver EA ni pun profitnya boleh tahan tinggi. Pernah pada 7-11-2013 dapat profit sehari sebanyak USD440.18. Giler beb. Banyak tu. Hari itu menjadi sejarah beb, sebabnya sebelum dan selepas tu tak de dapat macam tu lagi. Tarikh tu aku catit dalam dairi sebab tu aku ingat.  

Walaupun profitnya tinggi tapi floatingnya pun tinggi juga.  Sama macam Pioneer juga equity lebih rendah daripada balance.  Pernah satu ketika equity lebih daripada balance dan aku contact Hazli untuk withdraw tapi bukan rezeki aku lah sebab tak sempat nak withdraw sebab floating dah mencanak naik.  

Kira hari itu pun menjadi hari dalam sejarah sebab pada hari dan waktu itu lah yang pertama dan terakhir equity melebihi balance.  The rest is history. Floatingnya boleh buat aku tak senang duduk.

Pada pertengahan bulan November,  bermulanya tsunami. Aku mula panik sebab floating aku mencanak naik giler.  Akupun ber whatsApp dengan geng camp 2 cerita pasal akaun masing2.   

Uncle WhatsApp aku suruh printsereen akaun aku. Aku buat apa yang disuruhnya. Dia call dan suggest supaya akaun aku dipantau oleh sahabatnya Dzoul. Akupun setuju jer lah. Tak payah pikir sampai fenin ini kepala.




Pada 26-11-2013 bermulalah episode akaun aku dipantau oleh Dzoul. Pandang-pandang,  jeling-jeling.  Dzoul tau lah. Kami sering ber WhatsApp tentang keadaan market . Aku bukannya tahu sangat. Dia cakap aku jawab ya jer lah. 

Semasa dalam jagaan Dzoul  pair GBPJPY yang paling menyakitkan hati aku.  Dia main yo-yo lah. Dzoul kata pair ni memang degil.  Setelah memantau hampir 2 minggu kalau tak silap akulah, pada 11-12-2013 aku terima call daripada Uncle mengatakan its time to cut and refresh akaun ni sebab dah lama sangat dia main yo-yo.   

Aku cakap dengan uncle oklah carry on.  Uncle kata mesti ada consent daripada aku. Dengan WhatsApp je kami berijabkabul mengizinkan Dzoul/Uncle buat apa yang patut dengan akaun aku.








Selepas cut and refresh akaun aku mula semula dengan modal USD10570.50 selepas cut loss sebanyak USD1429.50. Kali ni guna Silver 5 pulak.  Dengan Silver 5 ni floatingnya tak tinggi dan profitnya juga tak tinggi, tapi hati senang. Lagipun akaun dah ada orang yang pantau kepala tak fenin lagi.



Uncle juga berjanji bahawa profit sharing bermula selepas akaun aku balik modal USD12K. 
Semenjak Dzoul jaga akaun aku ada untung je dia cantas. Ada untung  je dia cantas. Kumpul punya kumpul sampai takat ni dah USD622.16. Sikit2 lama2 jadi bukit. 
 

Jumlah Keuntungan Terkini 


"Semenjak Dzoul jaga akaun aku ada untung je dia cantas. Ada untung  je dia cantas."



Syukur dan terima kasih pada Allah.  Walaupun aku belum menikmati hasilnya aku percaya dengan adanya pemantauan dan pengalaman dari Dzoul akaun aku akan kembali pulih dan tak akan mengecewakan. Aku amat berpuas hati dengan layanan dari Dzoul dan rasa bertuah dapat berkenalan dan berurusan dengan dia. 

Terima kasih uncle kerana telah memperkenalkan aku dengan Dzoul. Aku dah melalut-lalut panjang ni. So sampai sini je lah.

Harapan aku tahun 2014 ni semuga segala urusan dan projek  dipermudahkan dan  diperluaskan rezeki oleh Allah.

Wasalam.

Zainal
Peserta Bengkel ke-2 


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


4 comments:

Anonymous said...

Nasihat di tahun baru, tutup dulu projek miliun ni. Klu tidak ramai lg yg lingkup. Target yg dulu pun takleh capai. Kesian kat kawan2...

Anonymous said...

Uncle pesal ngan Miliun ni dah dilanda taufan ker? Dah memacam citer kluar. Rileks bro...

Anonymous said...

Kesian u olss asyik loss je. Orang trade guna cara tradisional je (candlestick+support/resistance+CRS)boleh maintain 300 ke 400 pips setiap minggu. Dah 2014 bro. Wake up. Guna EA ni kejap je untung.

modo said...

ha ha ha ... modo punya lobot !!