Followers

Monday, February 17, 2014

2 ‘Ekor Rimau Besaq’ Dok Jaga Kat Sana

2 ‘Ekor Rimau Besaq’ Dok Jaga Kat Sana


Melalui undangan tuan rumah melalui wasap group untuk jamuan buah2an 5-L iaitu Langsat, Lambutan, Luku, Langgis and the greater Lulian, hamba menyanyakan satu soalan kat permaisuri dan para askar2 hamba,


“Sape nak buah Durian?”

Jawap mereka “Nnnaakkkkkkk…”

“Jom kita pergi Janda Baik”

Jawap depa lagi “Jjjoommmmmm”

 
Ui, mudah benor ngajaknya, maklumlah dapat makan free, tapi sibujang hamba yang dua org tu tanya lagi, ape yang paling best kat Janda Baik, hamba jawap, “boleh mandi sungai”, melompat suka depa. Anak isteri hamba ni memang suka kalau hamba bawak depa pergi jalan2 cuti hujung minggu, sebab masa tu je depa dapat jumpa nak bergurau manja dengan hamba. Hamba pun suka gak kerana diberi kesempatan Tuhan untuk melihat anak2 membesar didepan mata. Tapi hamba akur, mungkin dalam setahun dua lagi yang bujang2 tu dah tak dapat nak ngikut hamba kerana komitmen masing2, mesti masa tu hamba akan terkenang2 saat manis bersama depa termasuk trip hamba ke Janda Baik nie.



Dalam jam 3 ptg hamba dah terpacak dibumi Janda, tapi kerana tak pernah sampai ke teratak Uncle, terpaksalah hamba menelepon Tanya direction, setelah diberitahu lebih kurang cara2nya sampailah juga hamba kesana, disambut dengan senyuman Uncle dgn rambut rebonding meginya. Hamba diberi kesempatan berjumpa dgn ayahanda Pak Habib, betul beb, hamba saksikan sendiri cara Pak Habib melayan tetamu termasuk Uncle sendiri amat mesra seolah Uncle ni masih anak remaja melalui tutur kata, layanan dan body language, hamba pun mengimpikan mudah2an dapat mencontohinya pada perhubungan hamba dan anak2 hamba.


Kerana masalah trafik kat simpang genting sana, beberapa rakan sepermainan lambat menghadirkan diri, jadi Uncle mengajak hamba sekeluarga minum2 dulu di restoran Kak Long kat sebelah dusun je, dapatlah juga anak2 hamba makan laksa dan aiskrim free, hamba juga ternanti2 nak jumpa kariah GV6 yang lain, Cuma beberapa saje yg dapat hadir, takpelah mungkin masing2 ada komitmen lain, dikesempatan lain nanti kita dapat berjumpa.

Sdr Dzoul,



Hamba amat bersyukur berpeluang membawa anak2 hamba merasa sendiri pengalaman memetik buah didusun, tak seperti zaman hamba kecil dulu, hamba merasa juga panjat pokok rambutan, manggis sedangkan anak2 hamba tak merasa pengalaman sebegitu, jadi dengan peluang sebegini dapatlah juga mereka merasa suasananya, sedikit sebanyak berbekas jua dihati mereka. Hamba dulu jaguh juga bab panjat pokok, tapi semua skil dah karat, tak dapatlah hamba nak tunjuk bakat terpendam hamba tu, sekarang nie hamba belajar panjat lain pula.


Buah Manggis, buah rambutan dan buah durian, memang biasa kita boleh jumpa di mana2, bersepah. Tapi apa yang buat ianya istimewa di sini kerana buah2 ni Uncle yang belanja. Contohnya, Kita boleh bercerita yang kita dah merasa durian D24, Z10, musang king, king kong tapi semua tu serata tanah melayu kita boleh jumpa. Tapi tuan hamba, durian Uncle, hamba jumpa kat Janda sahaja. Tempat lain confirm takde… tak caya cer Tanya Tok Wan ye..

Sdr Dzoul,




Anak2 bujang hamba tu pantang jumpa sungai @ kolam, abis nak diterjunnya, nasiblah uncle pelawa juga pergi Saufiville (betul ke eja tu) untuk minum2 senja, anak2 hamba pun apalagi, sambung berendam le kat kolam, mcm2 aksi, terjun tiruk, kuak dada, kuak lentang, kuak kangkang, habis dibuatnya, dulu masa hamba sebaya depa, mandi parit je dapat rasa. tapi hamba minta sorry pada kalian semua kerana putera bongsu hamba buat perangai merengek pula, bukan apa hamba terlupa nak bawa bola kegemaran dia, maklumlah anak dah ramai, mudah terlupa hamba. Nasib baik permaisuri hamba, penyejuk dimata-penawar dihati, penyabar orangnya. TQ bebanyak ye Darling.



Hamba juga berpeluang masuk ke dalam bilik operasi menyaksikan sendiri segala kelengkapan yang telah di setup untuk mengoperasikan projek GV6 di sini. Saper sangka, bilik yang nampak uzur diluar tapi kelengkapan di dalam macam 5 star hotel lagaknya. Ruang untuk tetamu pun dah mcm tempat ahli korporat je. Ni ada satu rahsia hamba nak kongsi bersama, pintu nak masuk bilik operasi Cuma kunci pakai main sendal je, tak takut depa nak hilang barang dalam tu semua sebab hamba ada perasan 2 ‘ekor rimau besaq’ dok jaga kat sana. Masa hamba kat dalam tu, rimau tu tgh lepak kat ruang tamu.

Sdr Dzoul,

Akhir kalam, hamba ada terdengar panggilan telefon Uncle pada Dzoul sebelum kami semua mengundur diri, menanyakan samada kami semua puas hati, jawap Dzoul “jangan risau bang, semua puas hati” tapi sdr Dzoul, bagi hamba, kalau hamba dah puas hati maknanya hamba tak perlu datang lagi, Hamba sebenarnya tak puas lagi, jadi insyaAllah hamba akan datang lagi. Itupun jika tuan rumah dan tuan hamba sudi menerima hamba sekeluarga lagi.

Terima kasih pada tuan rumah, Pak Habib, Uncle, Dzoul pada segala apa yang dikongsikan pada hamba sekeluarga dan rakan2 untuk makan, minum, masa, usaha dan tenaga. Hanya Allah yang dapat membalas budi Tuan2 semua. Terima kasih, hingga bertemu lagi…

Salam hormat,

Mohd Fazel

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943




Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


No comments: