Followers

Monday, March 10, 2014

Macam Mana Nak Hidup Macam Ni

Macam Mana Nak Hidup Macam Ni


Assalamua’laikum Warahmatullahi Wabarakatuh kepada semua pembaca blog uncleseekers, geng-geng GV6 dan juga team admin GV6 yang sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan setiap warga GV6 mendapat keuntungan dari usahasama perniagaan yang dibuat…

Saya mula membaca blog uncleseekers pada April 2013 untuk membaca gossip-gossip hangat. Pada bulan Oktober 2013, saya mula terbaca mengenai forex, robot, milium dan yang berkaitan untuk buat duit.

Ianya amat menarik minat saya. Tapi pada masa itu, peserta perlu menghadiri kursus dan uruskan pembelian forex sendiri. Oleh kerana kekangan masa untuk pergi kursus, mahal pulak tu, lepas tu, nak kena handle sendiri, saya tak berapa yakin sebab banyak cerita yang didengar dan dibaca ianya macam main saham juga jika knowledge suam-suam kuku, lingkup la jawabnya…

Pada Januari 2014, terbaca pula produk GV6 yang pembelian forex diuruskan semuanya oleh pihak admin GV6 dengan profit sharing 60% utuk admin (pemilik sofware GV6) dan 40 % untuk pemodal (peserta).

Hari-hari bila baik kerja je, saya pi tengok blog ni untuk tengok keuntungan yang dipelolehi oleh setiap peserta.

Teruja habis, sebab setiap minggu 2 atau 3 kali mesti akan dapat profit. Siap kira lagi berapa peserta dapat, berapa pihak admin dapat. Hehe, dan berangan bestnya jika tiap-tiap minggu duit masuk kat akaun sendiri.

Setelah fikir dan fikir selama 2 minggu saya ambil keputusan untuk call pihak admin, bercakap dengan Dzoul & Mizi. Dan bermula la sejarah saya dalam forex ni.

Jika kena uruskan sendiri, duduk depan komputer berjam-jam untuk monitor turun naik harga, malam-malam buta pulak tu, memang tak la.

Tapi dengan tawaran usahasama perniagaan (penyewaan software GV6) yang ditawarkan ini amat berbaloi walaupun bahagian keuntungan peserta hanya 40%, jauh lebih untung dan berbaloi jika dibandingkan bila simpan di ASB ke, beli gold ke atau beli unit trust…


Akaun saya mula trade pada 11 Feb 2013 dengan USD5,000. Profit sebanyak 2 kali trade telah dibank in ke akaun saya, 40% milik saya, diconvert ke RM, saya dapat dalam RM 442.52…

Kemudian, saya tambah lagi pelaburan, jumlah menjadi USD 17,400. Tak sabar ni, untuk dapat untung lebih, maklum la dah lumrah manusia, tak pernah puas dengan apa yang ada dan sentiasa hendakan yang lebih.

Tup..tup.. kapal mabuk la pulak, maknanya ambil masa lama untuk close trade, masing-masing geng GV6 dah mula risau.

Alhamdulillah akhirnya selapas kapal berlayar selama 10 hari, akhirnya pulang juga ke pelabuhan (Berjaya close trade), tapi akaun saya rugi dalam USD 338.48.

Saya pujuk hati, biasala dalam perniagaan ni kadang-kadang untung, kadang-kadang rugi. Jika nak selamat memanjang. simpan je dalam amanah saham di bawah PNB. Tapi dah nak untung besar, adalah risikonya.

Saya hantar whatsapp kat Dzoul mengenai perkara ini .

Dalam 2 jam selepas tu, Dzoul reply yang pihak admin dah top up semula kerugian tersebut disebabkan kesalahan teknikal mereka. Saya senyum je dan baca 2- 3 kali biar betul-betul faham sebab macam susah je nak percaya.

Tapi betul la apa yang saya faham, kerugian saya sebanyak USD338.48 tu memang diganti semula.

Alhamdulillah, mana nak cari usahasama perniagaan yang macam ni, bila kita rugi, dibayar semula, pelik tapi benar.

Ianya bukan dibuat kepada saya seorang sahaja, begitu juga rakan-rakan yang menyertai usahasama perniagaan ini sebelum produk GV6.


Setakat hari ini, 10 Mac 2013, dah 7 kali lagi close trade, paling akhir sekali, pada awal pagi tadi.



Setiap kali close trade, mesti saya cari kalkulator, kira berapa masuukk, dan alhmadulillah untuk 7 kali tu, dapat dalam RM6,063.32. RM442.52 telah dibank in ke akaun saya dan bakinya RM5,620.80 masih di atas kertas je la.

Ini disebabkan bermula Mac 2014, Uncle dah maklum yang keuntungan hanya dibank in ke pada akaun pemodal sebanyak 2 kali sahaja sebulan, tengah dan akhir bulan. Tak sabar nak tunggu Jumaat ni (15 Mac 2014), harap-harap masuk la baki tu ke dalam akaun sendiri dan tak lagi atas kertas je..

Alhamdulillah, dengan keuntungan yang ada ini, dapat membantu saya dalam membiayai kehidupan harian yang barang-barang semuanya naik, bukanya naik sikit, banyak sangat naik. Harga barang naik sesuka hati je dan tak mengira masa, sedangkan gaji naik setahun sekali je, itupun dalam 4 -5 % je, wahlal harga barang naik minimum 30%.

Bayangkan la macam mana nak hidup macam ni.

Dengan ini, amat besar harapan yang saya taruhkan kepada usahasama perniagaan GV6 ini dan besar la juga harapan saya kepada admin GV6 terutamanya Uncle, Mizi, Dzoul untuk memastikan kapal2 kami geng-geng GV6 ini sentiasa dijaga dengan baik dan penuh amanah.

Akhir kata, saya dengan ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kesemua staf di admin GV6 yang sentiasa bersengkang mata dalam memantau akaun-akaun kami dan memastikan kapl-kapal yang berlayar membawa muatan yang semaksimum mungkin apabila berlabuh.

Marilah kita warga GV6 supaya sentiasa berdoa setiap kali selepas sembahyang agar usahasama perniagaan kita ini sentiada diberkati ALLAH dan dipermudahkanNYA.

Yang penting sekali, jangan lupa untuk sedekahkan sebahagian keuntungan tersebut sekurang-kurangnya 2.5% untuk bersedekah dan cuba bantu keluarga atau rakan-rakan yang dekat dengan kita (bayar zakat).

Moga dengan cara ini ianya lagi membawa berkat. In shaa ALLAH…

Balqis

Macam Mana Nak Hidup Macam Ni
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula


Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


No comments: