Followers

Tuesday, March 11, 2014

Orang Suruh Kawin Taknak





Salam,

Terlebih dahulu saya ingin bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin Nya dapat  menghasilkan sedikit nukilan untuk tatapan pembaca semua…seperti yang sedia maklum mengenai projek Gold V6 ini banyak komen-komen dan juga pandangan yang telah saya dengar dan ikuti sepanjang saya membaca blog uncle ini…untuk pengetahuan semua saya telah mengikuti blog ini semenjak dari 3 tahun lepas lagi dan lebih-lebih lagi apabila post isu kerabat johor dan juga ku syah bak kata uncle anak raja tu…haha


Pertemuan saya dengan uncle dan juga geng admin buat kali pertama di janda baik adalah sekitar bulan februari 2014..tujuan saya ke sana adalah untuk bertanya lebih lanjut mengenai projek gv6 ini dan saya sendiri datang berjumpa dengan uncle bercakap face to face mengenai perkara tersebut..saya ingin lihat dengan mata saya sendiri akan kebenaran tersebut..disamping itu juga tujuan saya ke sana adalah untuk berbincang dengan uncle mengenai permasalahan yang saya alami dalam trade forex ni..ini kerana individu yang dipertangungjawabkan untuk menjaga akaun saya itu telah memungkiri janji dan membuatkan saya ditipu…nilai kerugian yang saya tanggung sangat besar jumlahnya dan ini membuatkan saya perlu mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut..individu yang melakukan perkara sedimikian pada saya adalah sahabat karib saya sendiri..benarlah kata pujangga kerana duit kawan boleh makan kawan.

Setelah berjumpa dan berbincang dengan uncle dan admin saya mengambil keputusan untuk bersama dengan rakan-rakan yang lain dalam projek gv6 ini walaupun dengan nilai modal yang sangat kecil…
Sepanjang pengenalan antara saya uncle dan juga admin saya berasa seronok dan bertuah kerana dapat mengenali mereka..kali pertama saya pergi ke janda baik,sewaktu itu rumah uncle tgh serabut skit kerana tengah repair aircond …uncle ckp buat wayaring..sini dah sejuk pun pasang aircond lagi ke pikir ako..biar betui skit org tua ni..hahaha.. 




Pertemuan kedua pula sewaktu ingin register akaun..pergi pun dah petang..otw perjalanan di highway karak uncle call  minta tapaw nasi ayam..untuk dzoul skali…nak belah peha..huhuhu…tu la uncle org suruh kahwin x nak..kalo ada bini kan senang…selepas mkn jer,uncle kata ade satu tugas untuk ako..tugasnya ialah tolong pasang cupboard yang baru dibeli di IKEA, ako dah makin pelik…duduk janda tapi perabot smua ikea..dahsyat..tabik spring sama uncle and the gang..so ako ng dzoul pn jadila engineer sekejap tolong pasang cupboard tu..next time sape2 datang umah uncle kalo nmpk cupboard putih sebelah meja mkn tu la hasil tangan ako ng dzoul..kahkahkah…







So minggu ni baru selesai register ape smua and trade pn dah start..alhamdulilah bermula 07/03/2014 bermula trade..lihat dalam mt4 mmg laju btul pergerakannya..harap buat profit pun laju la mcm ni…hehehe..setelah 2 hari berlayar pada 10/03/2014 kapal dah bawa balik hasil..alhamdulilah hasil sebanyak USD 416.62..untuk pertama kalinya mendapat hasil macam tu mmg rasa bersyukur sangat…terima kasih sangat2 diucapkan pada uncle,dzoul,admin dan semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam usahasama ini… diharap lepas ni dimurahkan rezeki lagi dengan izinNya..insyallah..diharapkan semoga persahabatan antara kita uncle,dzoul dan geng admin semua kekal hingga akhir hayat..korang semua mmg best…peace yo

Kawa Biker

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



No comments: