Followers

Wednesday, March 19, 2014

Pergeseran Adik Beradik Dah Jadi Macam Pergeseran Suami Isteri

Pergeseran Adik Beradik Dah Jadi Macam Pergeseran Suami Isteri



Bila sorang kawan sambil menghembus asap rokok bertanya…

Berapa lama kau dah terjebak dalam forex?

Aku jawap: 5-6 bulan,

Dah berapa banyak kursus forex kau pergi?

Aku jawab: sekali je,

Kat mana?, sapa yang ajar?

Aku jawab: kat Janda Baik, uncle yg ajar,

Apa yg dia ajar kau?

Aku jawab: Hmm,..

Berapa banyak kitab forex kau baca?

Aku jawab: satu pun takde,

Abis tu, kau cari info ni kat internet je?

Aku jawab: Eem..,

Kau tau tak forex ni kerja berisiko? Lagi2 org mcm kau ni..

Aku jawab: tau,

Dah berapa banyak kau dapat?

Aku jawab: ada la, tak banyak tapi tak sikit,

Dah balik modal?

Aku jawab: lum lagi,

Dah tu…! Buat apa kau terus buat lagi? Buat kerja bodoh le kau ni… kena tipu baru tau.. berapa ramai dah yg rugi.. lingkup pun ramai.. bebal.. bingai.. bla bla bla..

Aku jawab: hehehe….

Kau tau tak hukum haram makan duit forex?

Aku jawab: Mufti pun kata hisap rokok haram..

Sengal la ko nie….!

Aku jawap: hahaha…



Mmg smpi skrg aku masih tak faham lagi pasal urusniaga forex, aku tau sikit2 je, tapi itu lebih baik drpd tak tau langsung, ye tak? bukan aku taknak belajar tapi susah betul nak masuk, aku sebenarnya pasrah je.

Banyak org nasihat kat aku pasal keburukan forex. Drpd 10, 9 akan kata forex sesuatu yg bermasalah, satu org je kata forex OK, sekurang2nya aku masih ada harapan 10% untuk survive, betul tak? Aku juga pernah ditanya pengalaman aku dalam forex.. aku jawab… Aku rasa kecut, tapi bukan bermakna aku takut, Aku rasa risau, tapi bukannya sampai nak sasau,

Aku sebenarnya seorang yang agak teknikal dalam urusan kerja, biasanya mesti ada 5W1H, What, Why, Who, Where, When dan How. Semuanya, bagi aku mesti ada jawapan pada setiap persoalan, untuk projek GV6 ni smpi skrg aku masih tak cukup ilmu lg, jadi macam mana aku nak goreng org lain, sendiri kena cong balik ada lah.

Tapi, dalam urusan survival hidup aku seorang yg fleksibel. Aku tak terlalu terikat pada satu sumber dalam mencari rezeki untuk dikongsi bersama. Jadi, aku rebut peluang join group nie. Ada bermacam jenis org dlm group ni drpd latar yg berbeza, yg pangkat tinggi2 dlm kerajaan pun ada, pilot pun ada, prof, cikgu, tukang masak, tukang tembak, tukang tarik, tukang tolak, laki orang, mak budak semuanya lah.

Bila dah ramai2 ni ada macam2 kaler aku jumpa, maksud aku bukan warna kulit ye. Tapi hati… Memang semua ni dah takdir kita akan berkumpul sebagai satu keluarga GV6, tetapi pernah tak kita fikirkan apa motivasi dan matlamat utama kita buat semua ni. Jawapnya, duit..

Sebab aku ingat kalau sejak hampir setahun lepas uncle asyik cong pasal nak bagi projek jual muruku ke, aiskrim ke kat Janda Baik, confirm korang tak kan datang ye tak. Peserta GV6 yg aku kenali kini juga bukan calang2 org dlm forex, ada yang dah berjuang dalam forex ni bertahun, makan duit forex dah lama, siap ada PHD dalam forex lagi, siap boleh bagi prediction lagi. Tinggi betul ilmu mereka ni, bagi aku yang tak seberapa ni tumpang dengar je la. Sebab tu aku pun tak berani nak komen pasal forex dalam group sebelum ni.

Aku juga antara yang rasa kecewa bila berlaku sedikit argument baru2 ni dikalangan warga GV6 sendiri. Bagi aku, platform ini sudah dibentuk untuk membantu sesama kita, tapi bila berlaku ketidakpuas hatian, mereka mengambil keputusan untuk menarik diri. Aku pun akui, perjalanan GV6 mungkin tidak seindah pelangi yg kita angan2kan, tetapi bagi aku dengan platform yang ada ini alangkah baiknya jika dapat kita semua sama2 berkongsi kepakaran untuk menambah baik sistem yang telah dibentuk. Idea penambah baikan rasanya boleh diusul kepada pihak programmer untuk penaiktarafan yang akan datang. Programmer juga sekurang2 boleh 'take note’ bergantung kepada rasional keadaan.

Kita pun kena beri kepercayaan kepada programmer dan admin yg menguruskannya. Kenapa kita yang satu bangsa seagama perlu bermusuh sesama kita pada sesuatu yang dulu kita dambakan bersama. Meletusnya sehingga menyerang isu peribadi yg sangat tidak wajar diluahkan. Pergeseran yang dulu aku ingat macam pergeseran adik beradik dah jadi macam pergeseran suami isteri sampai nak bercerai berai.

Aku berharap, pergeseran ini tidak sampai jadi pergeseran Negara, sampai nak berperang pulak nanti.

Cuba ambil iktibar dari komuniti semut. Makhluk Allah selain manusia seperti si semut ni, biasanya mendapat petanda kalau sesuatu perkara sama ada yang baik atau keburukan akan berlaku. Macam mana semut nak larikan diri atau musnah kena banjir? Mereka akan berkumpul beramai-ramai dan menjadi seperti permaidani bulat. Permaidani ni akan mengharungi banjir dengan selamat dan tidak tenggelam sehingga sampai di kawasan yang kering. Keselamatan mereka akan terjamin kecuali jika ada pemangsa seperti burung kecil dan ikan. Mereka yang selamat tidak akan berputus asa dan membina semula koloni baru.

Apa yang penting, kerjasama dan bersatu hati, kenapa perlu ada perasaan hasad dengki dalam diri kita. Kita cuma salah satu drpd makhluk Nya yang diizinkan tinggal didunia sementara ini sehingga maut datang menjemput kita.

Salam hormat,

Mohd Fazel

 Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943


Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...


 

No comments: