Followers

Friday, April 4, 2014

Air Liur...

Air Liur...



Pada 8 Nov tahun lepas kapal saya karam semasa mengharungi laut bergelora. Muatan saya tak lah banyak sangat… Cuma usd2k saja. Saya terus telepon Uncleseekers. Dia beritahu saya yang dia akan bantu menyelamat kapal karam tu. Tapi akan mengambil masa sikit. Mungkin bulan Mac 2014 atau paling lewat bulan Apr 2014. Itu janji dia pada saya. Jadi sementara tu saya tunggu dan relaks aje.

Pada 22 Nov 2013 keluar satu artikel “Saya Akan Bantu Anda (Part 1)” (klik). Rupa-rupanya Uncleseekers sedang merancang satu “Operasi Menyelamat” termasuk kapal2 yang dah karam. Dia sudah panggil seorang pakar, En. Dzoul, untuk mengendalikan operasi ini. Pada masa tu saya fikir memang ada peluang untuk selamatkan kapal karam saya tu. Sejak dari hari tu saya yakin yang Uncleseekers ni seorang yang berpegang pada janji. Hehehe…. Bodek sikit beb.

Dalam tugas saya, saya belajar bahawa setiap operasi tu akan memerlukan perancangan serta persiapan yang teliti. Ianya juga akan mengambil masa yang panjang. Faktor alam sekitar, cuaca, keadaan laut dan sebagainya perlu diambilkira terlebih dulu sebelum memulakan sesuatu operasi. Untuk mendapat kejayaan yang besar, sesuatu operasi itu perlu ikut prinsip 90% perancangan / persiapan dan 10% pelaksanaan.

Pada 16 Jan keluar artikel “Kapal yang Karam – Pioneer & Silver” (klik) mintak butiran2 kapal2 yang dah karam. Apa lagi.. saya semakin yakin dengan janji Uncleseekers tu. Tapi entah kenapa saya lambat response. Hinggakan keluar pulak artikel pada 20 Jan, “Hanya ENAM Orang Sahaja yang Ingin Dibantu? (klik).

Pada 23 Jan, saya telah menerima satu mesej dari Cik Mona menyatakan operasi akan bermula. Semua data2 saya dan muatan kargo kapal karam saya telah diberikan kepada pihak Admin. Syarat2 termasuk pembahagian 60/40 telah di menterai. Saya tak kesah pun pasal pembahagian 60/40. Saya pikir, nasib baik Uncleseekers nak bantu. Kalau tak… habuk pun dapat.

Pada 31 Jan dalam artikel “3 Kali Kaut Keuntungan Minggu Ini”, saya ternampak nama saya dalam senarai. Tapi masa tu saya tak pasti sebab ada member lain yang sama nama dengan saya. Kapal dia pun sama2 karam macam saya. Jadi saya dok diam2 aje takut tersilap nama. Sebab tu lah saya takde ucapkan terima kasih kepada Uncleseekers pada masa tu. Sori arr beb…

Lama kelamaan baru saya perasan. Rupa-rupanya itu sebenarnya nama saya dan operasi untuk selamat kapal karam saya telah pun bermula pada 30 Jan. Modal yang ditanam adalah usd500. Jadi ler… daripada takde apa-apa..

Pada 27 Feb, saya terima mesej supaya bukak akaun baru forex. Seterusnya saya terima mesej2 yang lain. Yang hairannya mesej2 tu dihantar oleh Adek atau Cik Mona pada tengah malam dan ada jugak pada pukul 2 pagi. Dia orang ni, malam tak tidor ke? Hehehe….

Tak lama lepas tu Uncleseekers ada telepon saya. Dia cakap dia dah top-up lagi usd500 jadi usd1000. Saya cakap pada Uncleseekers kenapa tak top-up aje jadi usd2000. Dia cakap slow2 lah bang. Lepas tu baru saya terfikir. Aii.. orang dah bagi betis, nak mintak peha pulak.

Kemudian pada 18 Mac jam 10:14 mlm, saya terima sms dari Adek. Dia cakap Admin dah top-up lagi usd500 untuk bantu naikkan margin. Tiba2 jam 10:20mlm, Adek sms pulak beritahu dalam akaun dah lebih usd2k. Wah cepatnya masyuuk. Seterusnya pada 21 dan 29 Mac saya terima berita baik dari Adek. Rupa-rupanya ada duit masuk dalam akaun Maybank saya. Dapatlah total RM395. Jadi ler… Walaupun nampak ciput tapi ianya sangat bermakna bagi diri saya. Terima kasih Uncleseekers.

Pada satu hari tu, Uncleseekers terserempak dengan saya tengah dok makan dengan famili kat Ampang Point. Dia beritahu yang modal asal saya usd2k telah tercapai dan perjanjian 60/40 akan bermula 1 Apr. Terima kasih sekali lagi Uncleseekers. Saya ajak dia makan, tapi dia tak nak pulak. Entah apa yang dia cari dan bizi sangat. Asyik dok naik turun escalator kat Ampang Point tu. Hehehe…

 (klik)

Saya ada terbaca dalam blog ada orang menuduh Uncleseekers guna air liur aje untuk dapat keuntungan atas angin. Dengan software GV6 dan penat lelah Admin dok pantau akaun member2 tu, guna air liur ke? Pulak tu dia claim yang dia ni betul-betul kenal perangai Uncleseekers. Betul ke ni?

Sebelum habis coretan saya, saya nak request supaya sertakan lagu Arab ni (klik) Semoga semua terhibur walaupun tak tahu sepatah haram bahasa Arab.




Last sekali. Kalau ada masa, apa kata kita buat gathering untuk keluarga Miliun. Tujuannya untuk mengeratkan lagi siratulrahim antara kita. Juga mengelakkan rasa tak puas hati antara kita orang Melayu dan kaum Muslim. Mungkin kalau dah banyak duit, kita boleh pegi naik Star Cruise LIBRA dari Penang ke Phuket dan Krabi. 4 hari 3 malam. Baru2 ni saya pegi outstation kat atas kapal seperti dalam gambar yang disertakan. Ada perasan itu t-shirt ke? Hehehe….

Bro Jacket @ Camp 2
4 Apr - 5:40 pagi.

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943 

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

8 comments:

Anonymous said...

apa crita beb. nape anta tak buat pngumuman apa yg brlaku kat gold v6. takut ke. rmai dah tau beb. mau sorok ke beb. nape jadi mcam tu. psal anta tamak haloba beb. mau ana bukak itu crita ke beb. senyum sikit beb. tolong publis beb.

Anonymous said...

beb apa certa. beb ana bagi tau kat anta. kalau anta keja duit, kekawan lari beb. kalau cari kawan, duit keja anta. beb tngok skarang. ramai kwan dah tinggal kan anta. beb bg certa sapa yg dah tingalkan anta. yg terbaru pun adakan. anta jngan nak sorok ngan ana. nak ana beritahu ke. snyum sikit beb. tolong publis beb.

Anonymous said...

aku terperanjat sungguh bila aku tengok mamat kata macam macam kat zainal. marah betul mamat tu zainal. aku pun tak paham. mamat tu nak bising buat apa. zainal nak keluar ke. itu dia punya pasal lah duit dia. patutnya mamat tu terima kasih lah kat zainal pasal mamat tu boleh dapat untung dari duit zainal. orang jenis ni pun ada kat dunia ni. bila baik puji. zainal keluar kutuk macama macam. zainal hanya beri pandangan je. yang mamat tu melenting pasal apa. mamat tu makan pil kuda kot.

Anonymous said...

salam uncle,
bestnya robot V6/V8 lot saiz dari kecil hingga saiz besar,andai salah pergerakan lot besar ambil alih untuk cover kerugian...macam ni memang terbaik teknik ....tahniah bro

Anonymous said...

heyy . bro zainal bukan tarik diri tapi kene halau sebab sifat tamak n dengki dgn kwn2 lain yang dapat hadiah dari uncle ! berkat sangat lah duit zainal tu dengan sifat macam tu kan ?
tiada siapa heran pun kalau dia nak keluar ke , lompat ke , terjun ke sebab orang yang tamak macam dia memang selalu rugi !

Anonymous said...

halooo.....
sendiri keluar sendiri komen ke ZAINAL?
tak malu ker? kalau terer sangat trade la manual.... dasar tamak haloba...

Bro Jacket said...

Ada peribahasa melayu pasal air liur (ludah):
1. Meludah ke langit, air liur jatuh ke muka.
2. Mengangga baru meludah.
3. Sudah meludah dijilat kembali.

Kesian anjing dok menyalak bukit. Lepas ni dia letih tu, last2 telan air liur aje lah.

Ahli Group.Gold.V6 said...

Kau orang tengok lah perangai sebenar uncle. Itu lah perangai sebenar orang yang digelar uncle. Uncle akan maki kau orang jika orang tu tak sehaluan. Lepas tu menyamar. Aku tengok dia ni kurang didikan agama kot. Kesian.