Followers

Friday, April 25, 2014

Jangan Kejar Dunia… Biar Dunia Yang Kejar Kita…

Jangan Kejar Dunia… Biar Dunia Yang Kejar Kita…




Petang tadi saya terima sms dari Admin pasal akaun yang dibantu oleh Uncleseekers. Ini pasal White MANTA pulak. Siap kasi password kalau nak bukak tengok. Sebelum ni pun ada banyak kali jugak Admin hantar password pasal GV6. Saya tak ambil kisah pun dan langsung tak bukak sebab saya tahu akaun tu dalam jagaan terbaik oleh Admin.

Sejak kapal saya karam bulan Nov 2013, Meta Trader 4 saya dulu pun mungkin dah “close account”. Saya pun dah lupa macamana nak bukak. Jadi tadi terpaksa lah saya mintak bantuan dari Adeek ajar saya balik cara2 nak bukak Meta Trader 4 yang menggunakan White MANTA tu. Saya beritahu Adeek yang saya cuma nak tengok saja prestasi White MANTA ni dan saya takkan gatal2 tangan lagi nak godeh2 sana sini. Nanti tak pasal2 kena hamput oleh Uncleseekers. Hehehe....

Wah… banyak jugak keuntungan yang dapat dalam setiap trading yang masuk. Hehehe… saya pun dah lupa perkataan2 yang digunakan dalam trading ni. Dulu ada guna perkataan askar lah… peluru lah… tah apa lagi lah…. Dah malas nak pikir lagi pasal semua tu. Sekarang yang mustahak.. sampai masa duit ada masuk dalam akaun Maybank saya.

Dulu guru saya pernah berpesan. “Jangan kejar dunia. Biar dunia ni yang kejar kita”. Pesanan ni saya teringat semula selepas kapal saya karam. Semasa akaun saya masih aktif dulu, saya terlalu asyik sangat dok godeh sana… dok godeh sini. Uncleseekers pun ada cakap, jangan dok pening2 kepala. Biar robot tu buat kerja. Tapi saya degil. Sehinggakan saya lupa pesanan guru saya dan nasihat dari Uncleseekers.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tuhan tidak zalim. Hanya manusia saja yang menzalimi diri sendiri. Pengajaran bagi diri saya, sekurang2 nya dapat mengingatkan semula pesanan dari guru saya dan balik ke pangkal jalan.

Bagi diri Uncleseekers pulak, pada pandangan saya nampak kelebihan yang dia perolehi hasil kesabarannya walaupun dicemuh bertalu2 oleh orang2 di luar sana. Software yang reka semakin lama semakin mantap dan membuahkan hasil yang lebih lumayan. Dalam pada itu, hasil dari keuntungan trading yang didermakan kepada anak2 yatim dan kebajikan menambahkan lagi berkat serta pahala.

Jadi kepada Uncleseekers serta Admin, teruskan perjuangan anda semua dan sama2 lah kita berdoa agar kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Pedulikan apa orang2 lain nak kata. Janji apa yang kita buat selama ini semata2 kerana Allah Taala.

p/s

Request lagu: Tanya Sama Itu Hud Hud (M.Nasir).

Bro Jacket @ Camp 2

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

1 comment:

Bro Jacket @ Camp 2 said...

Yesss.... Petang ni 29 Apr dapat rm305.25 masuk maybank2u. Terima kasih Uncleseekers dan Admin.