Followers

Saturday, April 12, 2014

Redha Jerlah Kerana Ada Juga Kesilapan Yang Aku Lakukan

Redha Jerlah Kerana Ada Juga Kesilapan Yang Aku Lakukan



 Assalamualaikum w.b.r

1. Alhamdulilah, Segala Puji-Pujian Bagi Allah atas segala nikmat Nya. Inilah ucapan pertama yang dapat aku luahkan sebelum mencoretkan pengalaman aku dengan forex dan robot Miliun.

2. Semoga Uncle, admin GV6 dan peserta GV6 juga berada dalam keadaan baik semuanya dan sentiasa dilimpahi rahmat dari Nya.

3. Aku mula mengenali forex ni melalui blog uncle. Aku selalu follow blog uncle kerana ingin baca pendedahan demi pendedahan berkaitan pelbagai isu. Bila ada kuar artikel tentang forex ni aku pun baca sekalilah. Mungkin ada isu yang menarik. Aku follow artikel demi artikel. Macam menarik jer. Dengan kiraan matematik sekolah rendah yang Uncle berikan membuatkan aku makin tertarik. Terus terfikir dalam minda aku apa salahnya kalau aku join sama. Kurang-kurangnya dapat juga pendapatan sampingan dan dikira macam duit pencenlah. Mungkin setiap minggu dapat gaji macam pemain bolasepak EPL. Tak mainlah gaji setiap bulan tapi tak adalah sampai 200,000 pound seminggu macam pemain bolasepak tu.

4. Selepas selesai cari modal untuk bengkel, maka dengan rasminya aku terlibat dengan Miliun ni pada bulan Sep 13. Kepala hotak aku masih tak tahu lagi apa kejadahnya forex ni. Dalam kepala hotak aku fikir hanya ada pencen mingguan. Bolehlah rileks macam pesara cikgu dan kakitangan kerajaan yang lain. Masa kat bengkel dapatlah tahu sedikit berkaitan dengan forex. Hanya yang asas jer. Habis bengkel tak boleh nak mula lagi untuk dapatkan pencen. Kena cari modal untuk trade barulah dapat pencen. Tarik sana tarik sana maka cukuplah modal. Minggu pertama memang seronok kerana dah dapat hasil. Kalau macam ni angan-angan nak dapat duit pencen mingguan ni terlaksanalah. Masuk minggu kedua dan lain sikit. Profit ada tapi tak boleh nak keluar kerana float(baru kenal perkataan ni pada ketika itu) tak mengizinkan. Minggu ketiga pun sama dan seterusnya minggu-minggu berikutnya. Harapan pencen mingguan terus punah. Kena pulak dengan pair GPBJPY yang terus mencanak naik. Langsung tak nak turun. Float semakin tinggi dan kerisauan semakin memuncak. Akhirnya aku ambil keputusan kena serahkan kepada yang pakar. Aku whatapps Uncle dan bercakap dengan Sifu Dzoul dan terus nyatakan hasrat untuk join projek JV. Seingat aku awal bulan Dis 13. Maka bermulalah aku dengan dengan projek perkongsiaan ini hingga sekarang.

5. Selepas itu barulah rasa tenang sedikit walaupun margin dah tinggal separuh kerana dah cutloss. Redha jerlah kerana ada juga kesilapan yang aku lakukan. Pencen mingguan masih jauh dari jangkauan kerana nak pastikan margin asal digenapkan semula dahulu. Pada asalnya macam-macam robot Sifu Dzoul laksanakan namun profit yang diterima tak begitu menberangsangkan hinggalah awal tahun 2014 maka robot GV6 dilancarkan. Profit memang kencang dan dalam tempoh tersebut sehingga bulan Mac 14 margin telah berjaya dikumpulkan berserta dengan profit sebagai bonus tambahan. Siapa sangka dalam masa 2 bulan margin asal telah dapat dikumpulkan. Memang superb GV6 dan bermulanya kembali pencen mingguan. Dan Alhamdulilah segala angan-angan tercapai semula.

6. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Alhamdulilah. Dengan izin Nya aku dapat membaca blog Uncle, dengan izin Nya aku dapat join Miliun, dengan izin Nya aku dapat join projek perkongsian ini, dengan izin Nya margin aku dapat dikumpulkan semula, dengan izin Nya aku mendapat rezeki pencen mingguan dan dengan izin Nya jugalah semua ini berlaku. Semoga projek perkongsian ini berterusan bagi memberi manfaat kepada semua peserta GV6 dengan izin Nya juga.

7. Akhir kata, terima kasih Allah. terima kasih Uncle, Tn Mizi, Bro Dzoul dan admin GV6 kerana memberi semua peluang ini. Tak lupa juga kepada peserta GV6 yang selalu berkongsi maklumat tentang apa saja dalam group whatapps. Semoga GV6 terus maju jaya dan terus cemerlang.

Terima kasih semua.

Peserta GV6.
Bro S

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943



Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...



No comments: