Followers

Tuesday, June 17, 2014

Perkid - Aku Hampir-Hampir Nak Kena Raba? (Part 4)

Perkid - Aku Hampir-Hampir Nak Kena Raba? (Part 4)



Di Janda Baik - Saya yang memakai baju berwarna merah harap maklum.


Saya masuk PERKID pada 06/11/2012.

Ini keluhan aku dan apa yang aku pernah rasa di PERKID..Ini semua betul dan benar bukan rekaan...Aku bersumpah atas nama ALLAH swt yang aku luahkan ni semua adalah benar.

Semasa aku ada di PERKID....Aku ibarat seperti hamba sewaktu berada disana....Siang malam berkerja, kalau tak buat keja mula la kata malas la dan macam-macam lagi...Kami jugak pernah digelar hamba oleh isteri persident PERKID (BONDA) dan anak-anak beliau.......

Ustaz MASRIZI jugak selalu mengeluarkan kata-kata yang kesat kepada anak-anak bina (kami)...Dan beliau jugak pernah menghina ibu-bapa kami. Kalau la ada pita perakam masa yg ustaz tu kutuk ibu bapa aku, aku dah rakam semua percakapan dia...

Korang semua tak tahu apa yang aku rasa selama ni kalau korang kata aku tipu korang masuk la dok PERKID sendiri baru korang tahu langit tu tinggi ke rendah...Terus terang aku cakap aku rela duduk merempat pada aku duduk dekat PERKID macam sial duduk dekat PERKID. 

Kata rumah kasih sayang tapi indah khabar dari rupa....Aku pernah demam panas 3 hari. Tahu tak dia orang buat apa kat aku? Diorang biarkan aku sampai dah menggigil baru la dia orang bawak pergi hospital...






Kata berkonsepkan ISLAM tapi habuk pun tak dak...

Zikir, wirid dan solat tonggang terbalik tapi perangai macam ape lagi...Kat sana kata semua sama adil family bayar on-time, dah sama adil tapi pilih kasih..apa cerita?

Makan kat sana pun macam makan nasi kucing ja..Bila buat salah sikit ja kena marah, mau tak mau sikit-sikit masuk DETOX...

DETOX tu ibaratkan bilik gelap, rasanya bilik gelap lagi best...Makan, minum, tido, solat semuanya dalam tu kadang-kadang tu sampai budak-budak terkencing dan terberak dalam DETOX gara-gara tak dak orang nak bukak pintu DETOX...

Dekat sana ada plan A dan B;

Plan A- duduk kat sana sampai kawin, dia orang yang tolong carikan jodoh.
Plan B- duduk sampai tamat tempoh rawatan (24 bulan bersamaan 2 tahun)

Air panas pun kena catu tahu tak, mak bapak aku bayar tau bukan duduk free...Dahla SPM pun tak boleh ambik. Kesian budak-budak yang tak boleh ambik SPM.....Adakah dengan apa yang belajar dekat sana boleh bawak keluar untuk dapatkan kerja?

Anak sendiri pun tak terjaga...Aku hampir-hampir nak kena raba dengan anak dia orang (ISA HAKIMI @ KIMI). Tapi dia orang menafikan semua tu....Benda tu bukan fitnah bukan rekaan benda kenyataan dan aku pernah alami sendiri dan ramai lagi yang budak kena....




Dah la buat crochet (benang yang di kait) bagaikan nak gila tapi hasilnya bukan dapat kat kita orang pun.....setahun 6 bulan aku duduk kat sana tapi aku tak dapat apa-apa pun....Hanyalah berpura-pura semata-mata....

Dah la kalau nak keluar dari PERKID tak tamat tempoh kena bayar RM40 ribu, bulanan saje RM500 memang cekek darah betul la...Dah la pilih kasih rapat dengan budak yang berada ja.

Dah la mintak tolong beli barang keperluan pun susah, mintak hari nie 2 bulan yang akan datang baru dapat...Janji dengan mak bapak manis....

Memang aku lari dari PERKID. Aku lari sebab aku dah tak tahan dengan apa yang dia orang wat kat aku dan kawan-kawan aku...Dia orang buat kami dekat sana macam hamba.....

Hari pertama aku jumpa uncleseekers aku takut sangat-sangat tapi setelah aku kenal uncle dan rakan-rakan uncle baru aku tahu uncle ni macam mana orangnya..Aku duduk dekat sini amat la tenang berbanding dekat PERKID...Dekat sini aku belajar banyak perkara yang baru dan aku belajar tentang erti kehidupan sebenar, hidup seperti family bukan seperti hamba..Aku dekat sini bukan digelar seorang HAMBA tapi aku dekat sini di layan seperti family...

Pada dua hari yang lepas bos besar JKM datang dekat sini dan aku telah cerita apa yang dah belaku dekat kami dan dia cakap memang patut pun ambik tindakan dekat PERKID...

Disini jugak aku dijaga dengan rapi dan baik...Makan,minum,pakaian semuanya cukup....Bukannya macam dekat sana, tidur pun berhimpit-himpit....

Dekat sini tiada sebarang paksaan atau menjadi hamba....Sembahyang tunggang terbalik pun tapi tak ikhlas nak wat apa...

Aku rasa lebih baik aku duduk sini pada aku duduk PERKID menjadi sebagai seorang HAMBA dekat sana...Kat sini free kat sana kena bayar mahal pulak tu...Makan kat sini sangat mewah kerana sifat uncle seekers suka menjamu makan



Link 


Aku happy duduk dekat sini dan aku rasa tenang. Aku berjanji aku akan menegakkan kebenaran apa yang terjadi sebenarnya dekat PERKID....Aku sayang dekat kawan-kawan aku KAK NAD, NURI DAN MIRA...Aku akan buktikan apa yang aku cakap ni benar bukan rekaan semata-mata....

Kalau mak dan ayah baca apa yang aku tulis ni mak dan ayah akan tahu apa perasaan aku...mak dan ayah tak perlu la bimbang aku selamat saja...Kalau mak dan ayah nak datang dekat sini pun boleh silakan...Ira sentiasa menanti....Atau tunggu ira pulang...Ira akan pulang bila masanya dah tiba....Aku duduk sini selamat saja....


Yang benar
(NURSHAHIRAH)
17/06/2014-2.40 A.M..

14 comments:

Anonymous said...

SALAM.

daripada bahasa yang digunakan presiden perkib ni kita dapat lihat.. bahasa yang digunakan "KUTIP" agak KURANG AJAR.

Dimana letaknya martabat seorang manusia??

penggunaan bahasa pun dah dapat baca macam mana peribadi presiden perkib ni. dan lepas ni tak payah lah nak menafikan ni orang lain yang update status.

MI.

cungkil gigi said...

Ira.. menitik air mata aku baca pengalaman ko ni..

Anonymous said...

Fitnah...fitnah...fitnah...one sided punya cerita memang akan jadi fitnah. Aku dah beberapa kali pergi sana untuk majlis jemaah aku. Aku perati diorang ni bahagia betul dididik dalam ketegasan beragama. Yang dok lari ni tak tahan dengan didikan. Ini anak bina. Kalau kau nak manjakan kau go ahead.

Anonymous said...


Presiden Perkid ni betul ke sahabat Habib Rizieq? Jauh sgt peribadinya berbanding Pak habib Rizieq. Dari segi keikhlasan, Pak Habib tu tersangat2lah ikhlas orgnya. Buat kerja dakwah & kebajikan tak de nak beratkan org dengan yuran/bayaran yg melampau2.

jalaluddin arrumi said...

as salam..unckke seekers yg merapu banyak ni..kesian,,nak gile glamer carik pasal ngn org yg buat kerja kebajikan,,takde kerja,,alfatihah utk uncle seekers..

Anonymous said...

Rileks bro jalaluddin... ye ke uncle gile glamour?? Aku rasa dia buat publisiti dgn big2 shot je.. perkid ni celah gigi dia je bro... sbb budak2 ni kene aniaya... kalau nak glamour, aku rasa satu malaysia dah kenal dia...

Utk anonymous kat atas tu... mmg betul nak didik.. tapi bukan jadi hamba.. gila punya perkid.. kau bnyk kali pg jemaah diaorangkan.. mesti kau pernah baca wirid al-attas... weh wirid tu keturunan uncle yg punya lah.. atuk2 dia yg buat wirid2 tu..

Aku rasa bagus jugsk lah kalau nak dibongkar pasal perkid ni.. sbb dulu ade satu kes anak bina mati kene pukul... "ah long berkopiah"

-g-ha-

Anonymous said...

Anonymous 6/17/14, 10:39 AM .. ko ckp diorang ni bahagia betul dididik dalam ketegasan beragama ? ko tgk mcm tu jer ke? kalau betul2 nak tahu, cuba interview sorang2 bdk yg ade kat situ tanpa ade pihak perkid.. tgk ape jawapan budak2 tu tentang kehidupan kat sana? ko rasa diorang happy atau tertekan? ckp sanang beb.. dah mcm kuli batak je kot kat sana.. mengajar benda yg sama jer.. masa2 lain kena jaga plak anak2 'abah , umie & bonda' kat sana.. handphone bkn main up to date dgr cite umie ngan bonda tu... wahhh.. byk duit ek.. mana dpt duit2 tu? nak membantu anak2 bina kat sana biar ikhlas sikit tuan presiden... bkn gunakan diorang utk kepentingan sendiri.. nak bisnes pon wat cara lain la beb... jgn gunakan agama utk kepentingan sendiri...


-perkido-

Anonymous said...

Ces ira , tak payah nak acting . Ko duduk perkid memang malas , suruh dzikir tydo , dlm kelas tydo , ape semua xbole harap . Ko nak citer gebang agak agak lha . Ko daa lha penagih dadah , xsolat , semua benda baik.ko xnak buat , berlindung belakang hantu , ape citer . Aku tgk ko duk cney makin lame maken gemok kalah mak org anak 10 , ko nak citer perkid bg makan xcukop . Haha . Lawak oii , lawak gyla . Kau kene makan lha dgn sumpah ko tu , hari hari ke hulu hilir gy klinik , ko ckp perkid tak layan , kejadah hape . Ko tu bila keluar sehat , bila.part ibadah dan sbg nya banyak alasan , neraka akhirat , syurga dunia bagi ko . Teruskan , Allahu yahdik !

Anonymous said...

aku memng bkan orng yg baik tapy sekurang2nye aku x berpura2 baik....ye mmng aku xpandai agama tapy aku bkn mcm korang pnda saja agama tapi bercakp mcm org xdak agama,kau tahu ke yg kau 2 masuk neraka ke syurga ar....jangan tunjuk lagak la wei....aku duduk sana aku tahu la mcm mna..pilih kasih,kau ingt orang yg kau syg 2 baik sngt ke ar,die org pun kutuk je...klau btl perkid 2 bgus sngt ko x pnggl la ank2 bina sana HAMBA.....kau la orang yg paling BODOH yang aku penah jmpa...jadi la pak turut kat sana smpai ko mati....aku ckp bnda yg btl...patut la PERKID x pernah maju......

muhammad aizar said...

sedih nye baca luahan hati ira..terlalu sdih..dn simpati.sdih bkn sbb layanan PERKID tp sdh sbb slma dok perkid sblm ni hati masih hitam dn gelap...paztu lak blindung dbelakang Ejen Hantu.itu ke yg dnamakan ketenangan apabila bermandi manda antara lelaki dn perempuan yg bukan muhrim..
buat UNCLE HANTU..jgn terlalu bangga dgn wirid Ratibul Attos law diri sndiri tdk mngamalkan nye..egt..iman tu tidak dwarisi cmne kisah nya nbi Nuh as dn anknya..bginikah akhlak nye seorg yg nasabnya yg dkatakan jelas smpai ke Rasulullah.akhlak Rasulullah dan pengarang Ratibul Attos.jgn anda tlalu bangga dgn nasab anda jika akhlaknya tidak sperti mereka.anda telah menabur fitnah.itu ke yg dkata mnyelamatkan jika mgalakan lelaki dn perempuan mandi bsama2.indah sungguh dunia uncle.halus betul didikan uncle....org yg mncintai dunia akn melihat agama itu sbg sbuah nraka ..xpe.Allah maha adil.ketahuilah bahawa anda telah bersumpah dgn nama Allah..moga allah ampunkan dosa kalian dn skurniakam darjat yg tinggi bersama para wali..allahumma amin.

Muhammad Aizar Bin Zainal...

Anonymous said...


Nak bergaduh tegak benang basah tak guna. Nak hantar tentera fisabilillah nak 'mengajar' pihak yg tak sehaluan lagilah tak bertamadun dan tak berakal. Nampak gah tapi mcm pondan, berani sebab ramai. Tengok siapa yg berani ke hadapan berurusan dengan pihak polis. Budak2 tu dah mengadu dibelasah & mcm2 dakwaan lain. Lepastu, apa kejadahnya bilik DETOX ni? Ni dakwaan berat ni. Apa justifikasi kewajaran kewujudannya? Model tarbiyah mana pakai ni? Jgn divert isu bilik DETOX ni. Cuba kalau Presiden Perkid duduk seminggu dlm bilik tu. Seronok ke tak? Nak buat benda2 baik jgnlah terselit benda2 bodoh tak masuk akal. Jgn potray diri mcm ulamak hebat, dari segi lahiriah dan kata2 shj. Walk the talk lah. Kalau tak, baik jadi penangkap hantu dan tokeh forex, asal tak hipokrit.

Anonymous said...

rilexs ar gurlz ..lu pnya prangai yg wt wet mk pak lu abez ..if lu ta jdi pnagih ..tkde nyer mk pak lu nyer wet tuh abez ..500 rat pun lu na kec0h .. kje lu jgn nk bang org jer ..lu nmpk org jer jaht .. law lu bek sngt ..tkde lu smpai 2 pusat gurlz..skrng lu gelak n enj0y puas2..skrng lu boley slesa dgn ape lu ade..if mk pak lu tgk pic2 lu der ..ngucap pnjang ar mreka..c0z ank yg die tatang mcm mnyk yg pn0h dh heret die ms0k neraka,dgn mndedahkan aurat..ingt gurlz slagi lu ta nikah .. lu tnggongan apak lu der ..TAHNIAH ler..!!lu ar MUNAFIK bsar skali..skrng lu nk tnjuk kt mk pak lu ar yg lu brjye jdi FITNAH bsar ..lari dri taubat tu der..sia2 ar slame nie lu idop..xde 1 kebanggan pun yg lu dh bgi kt mk apak lu..mak apak xb0ley nk photo cpy gurlz..tu lah mk apak dunia akhrt..xde nyer allah nk tnye tntang kehebatan UNCLE HANTU lu tuh..mk lu gurlz yg nyusu kn lu mse kcik..ingat tu prtalian ibu n ayah ..bkn prtalian spe yg tngg0ng lu mse lu cab0t dri PERKID !!

Anonymous said...

SALAM.

SINIS sungguh pengikut2 perkid yang setia berkata-kata.
kenapa?? takut lobang pecah ker?
sudah2 lah tu aniaya budak2 tak payah nak tegakkan benang yang basah...

tak payah nak berselindung disebalik berkopiah berserban berselempang kalau hati hitam.

cakap tak pernah betul, banyak KONA dari BENAR!

Tuhan maha penyayang, keluhan budak2 jagaan perkid semua dah sampai kat DIA, nilah masanya KEADILAN ditegakkan.

Buat USTAZ yang berpura-pura alim-alim kucing tak payahh lah nak putar belit cerita lagi.

Andai tiada bukti manakan pula pokok bergoyang.. pikir-pikirkan. jangn suatu hari nanti perkid gulung tikar.

MI.

Budak Skema said...

Aku letih la baca komen orang yang tulis guna bahasa mat rempit!!!