Followers

Saturday, July 26, 2014

“Man La Ya Dzauk Man La Yadri”

“Man La Ya Dzauk Man La Yadri”







Assalammualaikum, Salam Ramadhan Al Mubarak buat pembaca setia blog  uncleseekers secara amnya dan kepada warga GV6 khususnya yang masih atau sudah tak berapa ingat saya nie….ahaks.

Pertama-tamanya ingin diluahkan disini betapa diri ini merasa bertuah dipilih untuk bersama-sama dengan kapal perdagangan yang dikemudikan oleh si empunya blog nie berserta dengan anak kelasinya yang penuh dengan dedikasi walaupun lautan yang di redahi amatlah dalam dan dahsyat ombaknya lebih hebat dari yang dipandang di mata yang didengar di telinga… yang tergambar di akal yang terhad ini… bahkan Lautan Hindia pun tak sama rupernya…pasal kerezekian di dalam perdagangan yang di dagangkan oleh sang pengemudi amatlah sukar di jejaki dan di perlakukan waima sang arjuna juragan yang rasih dengan laluan liku liku lautan pun akan karam jua…..perghh ngerinya…percayalah…

Alhamdulillah…terima kasih kepada empunya ‘alam semesta ini yang Maha Hebat PengemudianNya telah mengizinkan kapal perdagang tersebut masih berlayar dengan jayanya walaupun penat jerihnya peluh yang menitik masih belum mengering namun lautan terus diredahi dengan sulami ketenangan angin bayu agar daratan yang ditujui kelihatan jua…

Engkorang boleh ker baca nie atau dah rasa macam merepek jer nak baca tambahan pulak nie kan bulan Ramadhan macam xder manafaat jer kan….bukan apa wahai pembaca sekalian untaian kisah di atas hanyalan gambaran suasana yang telah dan sedang di alami andai dinyatakan di layar putih di dalam akal fikiran yang terhad nie namun skripnya masih belum dapat menyampaikan cerita apa yang sebenarnya yang di alami oleh mereka yang mengalaminya….senangkata “man la ya dzauk man la yadri”…waima apa cerita yang hendak disampaikan melalui bait kata-kata pun masih tidak sama apa yang dirasa didalam diri..Allahu akhbar…betapa hebatnya Tuhan…cer cerita…cer citer… haramjadah sampai ke sudah tak maunya sama……

Tidak lama lagi Syawal akan menjelma maka Ramdhan akan meninggalkan kita dengan beribu-ribu kisah suka dan duka….luka dan lara…alam dan maya….aman dan damai….pelbagai rahmat dan rahsiaNya diungkapkan di rungkaikan pada mana mana yang berkehendak bukan pada yang tidak berkehendak…hanyalah jauhari yang mengenal manikam…manakan sama intan dan permata…apatah lagi rahsia dalam rahsia….tak faham?..teman pun tak faham….ahakss..hehe…

Sebagai pengakhiran kalam atau penzahiran kata..tiadalah ucapan terima kasih yang dapat diluahkan dan bersyukur yang perlu disyukuri kepada Yang Maha Pemberi…di atas pemberiannya yang tiada terperi banyaknya dan dinilaikan betapa bernilainya…wahai pengemudi dan juragan kapal GV6 susah penat..perit jerih kalian amatlah kuhargai dan tiadalah dapat dinyatakan apa yang selayaknya di gambarkan disinin hanyalah sang ahlinya sahaja yang tahu…kan gitu warga GV6…halangan yang ada di hadapan di belakang di kiri di kanan di atas di bawah di luar dan di dalam itulah lumrah alam maka itulah resam hidup di alam mulki ini….

Akhir kata pemberian “advance” menyambut bulan puasa dan menyambut hari raya serta akan menyusul pula selepas hari raya nanti sempena menyambut kocek kempis amatlah daku hargai dan di syukuri……hehehe..begitulah bila Yang Maha Pemurah ingin memberi tiada siapa yang dapat menghalanginya….

Ni memang last dah…Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin…Mohon di dokan untuk diri sang pendosa ini….Ya Allahu biha…Ya Allahu biha..Ya Allahu bihusni khotimah….Allahumma aamiiin….

Wassalam.

J_Rawa

p/s:  jemput ke rumah ya…alamat cari dalam yellow pages…ahaksss…

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
010-8102943

Sekitar 300% Dalam Masa 4 Bulan!
Tak Baik Menipu Allah Taala Marah….
Profit Memang Kencang
Masih Boleh Lagi Goyang-goyang Kaki & Masih Lena Tidur
Talian STREAMYX Mendukacitakan
Talian STREMYX Pulih Sediakala, Terima Kasih TM
Zaman Dulu Kalau Puasa 1 Hari Dapat Upah Satu Ringgit
Saya Rasa Sukar Untuk Mempercayai Masalah Saya Boleh Selesai Begitu Sahaja - Nazree
"Orang Berbudi, Kita Berbahasa"
"Kalau Ngan Company Lain Dah Lama Kita Bungkus" 
Advance Profit Puasa RM500 & Raya RM1,800
Yeh…Yeh… Dapat Duit Raya…
Tak sabar tunggu KKLR...

No comments: