Followers

Monday, September 22, 2014

Perkid - Alim-Alim Kucing (Part 9)

Perkid - Alim-Alim Kucing (Part 9)


Assalamualaikum,

Tujuan coretan ini ditulis bukannya utk mengaibkan sesiapa tetapi sekadar utk berkongsi memberi kesedaran dan keinsafan kepada para ibu-bapa.

Kadang2 tanpa kita sedari kita mudah dikaburi dengan imej alim, sopan-santun individu tertentu. 



"kita mudah dikaburi dengan imej alim, 
sopan santun individu..."


Kita begitu mempercayai, menyanjung tinggi keperibadian mereka2 ini yg dikategorikan sebagai insan yg amat dihormati di mata masyarakat umum.

Apa yg saya ingin perjelaskan di sini merujuk kepada kewujudan pusat2 pemulihan akhlak yg begitu byk tumbuh bagaikan cendawan pada masa kini.

Utk makluman, kisah ini sebenarnya telah terjadi ke atas anak saya.

Semasa di bawah jagaan mereka pelbagai dugaan, tekanan yg sengaja dikenakan. Namun dgn berkat doa kami ibubapanya segala kesulitan tersebut dapat diatasi. Apabila difikir-fikirkan kembali memang begitulah resam kehidupan dunia ini.

Sukar utk menemui manusia yg benar2 jujur.

Manusia kini seolah-olah seperti sudah tidak takutkan dosa dan pahala. Manusia kini seolah-olah seperti sudah melupai akan janji Allah SWT pada syurga dan neraka, pembalasan hari akhirat.

Namun begitu, saya tetap memaafkan mereka, tidak langsung terlintas di hati utk sebarang perasaan dendam.

Biarlah Allah SWT shj yg mengadili mereka2 ini. Mudah-mudahan individu2 tersebut akan diberikan taufik dan hidayah dari Allah SWT.

Terima-kasih , namun tanpa disedari disebalik wajah tenang mereka itu tersembunyi naluri yg sebaliknya yg amat BERTENTANGAN dgn personaliti mereka itu.

Kita sebenarnya telah dipersonakan, digula-gulakan dgn pelbagai kebaikan yg kononnya ditunjukkan atas NAMA AGAMA. 

Mereka ini telah mengambil kesempatan terhadap kita.

Mereka ini telah 'MENODAI' amanah yg telah diberikan.

Yang Benar,
Ayah Bella [part7] [part8]
19/9/2014 - 3.00pm

No comments: