Followers

Wednesday, September 17, 2014

PERKID - Kak Zack Si Tatu (Part 7)

PERKID - Kak Zack Si Tatu (Part 7)




Aku masuk perkid pada 9/7/2014

Ini luahan aku dan apa yang aku dah lalui di PERKID .

Aku bersumpah atas nama ALLAH swt apa yang aku cerita ni adalah benar .

Pengalaman aku di perkid hanya 2 bulan , tetapi dalam masa 2 bulan tu macam-macam pengalaman pahit perit aku lalui . Di sana aku ditempatkan di dalam bilik detox .

Bilik detox ni untuk orang yang buat kesalahan. Even kesalahan tu cuma kesalahan biasa je . Tapi orang yang tak salah pun diorang campak masuk detox.

Aku dimasukkan ke dalam bilik detox sebab aku mengamuk semasa diangkut oleh diorang . Semasa aku di PERKID, aku dilayan seperti hamba, kena buat macam - macam kerja .

Bukan setakat dilayan seperti hamba, malah aku dan budak-budak detox selalu di buli , diherdik , dihina dan diperli oleh bekas anak bina di situ yang bernama umai n kak ZACK (ziana) si tatu !

Kitorang selalu kena maki oleh kak zack .

Kitorang dalam detox wirid non-stop rehat pun setakat 2-3 minit je sampai suara dah hilang sebab kena wirid kuat2 sampai diorang dengar kat luar .

Tapi kak zack si tatu ni, bila bukak pintu detox, nak bagi kitorang ambik wuduk, dia akan marah hentak pintu cakap kitorang tak wirid . Sedangkan kitorang wirid sampai nak terkeluar anak tekak ni!

Diorang solat pun tunggang terbalik, wirid pun tunggang terbalik, takde pun bonda umi sesapa tegur?

Tapi tegur kitorang, marah kitorang macam dia perfect sangat, macam dia solat 5 waktu cukup!

Kak Zack juga selalu ambik barang2 kitorang. Dia minta, tapi lama kelamaan dia ambik je sesuka hati dia . Sampai kitorang terpaksa sorok barang2 kitorang . Kitorang nak tegur pun tak boleh kalau tersalah step sikit abis satu detox kena dengan dia.

Kitorang dalam detox memang susah sikit nak dapat makanan berbanding budak2 luar detox, kena puasa dari Isnin hingga Khamis. Waktu berbuka makan pun ala kadar je.

Tak setimpal duit yang dibayar oleh parents kitorang! Menu harian sayur kobis kosong, ikan goreng, tak pun telur dadar. Ikan goreng tu 2 ekor kecik je kongsi 5/6 orang .

Nak bawak masuk makanan yang mak bapak kitorang bagi pun tak boleh, kena pilih antara Sabtu Ahad je. Tu pun kena tengok si tatu tu mood dia ok ke tak .



Air panas pun pun sama! Hanya dapat hari Sabtu atau Ahad. Kitorang kat sana minum air paip , bila kitorang mengadu kat mak bapak, then mak bapak tegur bonda. Mula la bonda and bekas anak bina tambah lagi si tatu tu cakap kitorang ni 'demand' la, manja la.....


Bersambung...(klik untuk baca sambungan)


No comments: