Followers

Friday, September 19, 2014

PERKID - Tipu Mak Bapak (Part 8)

PERKID - Tipu Mak Bapak (Part 8)


Lepas ditegur pasal air paip oleh mak ayah salah sorang dalam detox tu diorang bagi air, cool beberapa hari je lepas tu langsung tak bagi . Nak tak nak terpaksa la minum air paip balik!

Dalam detox ni seksa sangat sebab nak berak kencing susah . Ramai yang berak kencing dalam detox sebab takde siapa nak bukak pintu detox , aku pernah jerit nak kencing daripada malam tapi diorang buat bodoh sampai ke pagi. Aku tak tidur sebab tahan kencing , sampai terkencing2 dalam tu.


Zack (si tatu) ; berdiri 3 daripada kiri



Zack (si tatu) ada tatu 'Love' ditangan 
dan tatu dibelakang badan.


Salah sorang budak detox Mira sampai nangis sebab nak kencing sangat time tu maybe kul 2/3 pagi. Memang kena makilah dengan si tatu tu . Kesian mira .

Bila kitorang kena sakit perut pula , kak zack akan bukak pintu and suruh kitorang cepat sikit membuang tu , baru je duduk tak sampai beberapa saat dia dah bising maki maki suruh cepat.

Antara ayat dia ialah "kau boleh cepat sikit tak! Aku banyak kerja nak buat , haihh menyusahkan hidup aku betul la ! Aku banyak lagi kerja nak buat , bukan nak hadap korang je!" Padahal dia bukak pintu detox time nak bagi kitorang ambik wuduk je.

Bila dia dah bising camtu kitorang tak jadi berak then masuk balik dalam bilik tu . Seksa gila .Umi tipu mak bapak aku cakap aku kat situ ok takde masalah , belajar mengaji , turun time ada kelas. Padahal budak2 detox tak turun pun time mengaji n kelas .

Mak bapak aku marah sebab dia hantar aku kat situ sebab nak aku belajar n dapat ilmu , bukan didera , dijadikan kuli batak kat situ.


Masrizi Bin Sat (Abah Perkid)


Pernah sekali aku nampak ABAH (Ustaz Masrizi Bin Sat) Perkid tu maki sorang budak lelaki ni , budak ni jatuh sungai time tengah buat kerja so tangan budak tu maybe terseliuh kot, lepas tu abah maki budak tu "kau ni menyusahkan betul la time2 macam ni kau nak buat hal jatuh sungai la apa , dah la banyak kerja nak kena buat lagi function dah nak dekat"

Time tu function kenduri kawin anak dia si Nordin tu hah.. Sepatut nya dia bawak budak tu pergi klinik ke , tanya okayy ke tak . Ni dia pergi maki? Macam tu ke seorang ustaz? Dalam Islam ada mengajar macam tu ke?




Bila function la budak2 rasa malas sangat sebab banyak gila kerja yang kitorang akan buat . Nak tak nak kitorang tetap kena buat .

Aku rasa budak2 lelaki yang banyak kena pukul dengan abah , abah sesuka hati je pukul budak2 lelaki hentak tongkat dia yg besar tu dekat kaki budak2 lelaki padahal budak lelaki tak salah pun .

Time tu dia bagi ceramah dekat RSP . Haihh kejam .

Macam tu ke cara Islam mengajar mendidik?

Abah aka ustaz PERKID ni juga selalu menghina mak bapak kitorang time bagi ceramah dekat kitorang , bila dah cukup 2 tahun kontrak . Bukan senang2 je abah nak lepas kitorang balik , konon nya mak bapak dah lepaskan masalah diorang dekat dia lepastu senang2 nak ambik balik anak dia .

Umi cakap dengan parents aku, aku duduk dlm detox dlm 3 minggu je padahal aku duduk lebih dari 3 minggu ! Terlalu banyak penipuan diorang . Disebabkan aku tak tahan, masa mak ayah aku datang lepas aku keluar detox, aku cerita semua benda pasal PERKID, layanan diorang dekat aku.

Mula2 parents aku agak ragu2 tapi lepas dia baca blog uncleseekers pasal Ira tu baru la dia 100% percaya dan nekad nak keluarkan aku daripada situ .

Dia keluarkan aku guna lawyer . Agak susah untuk keluarkan aku dari situ, selain bayar 40 ribu tu .

Sekarang aku memang bebas duduk dengan family aku , tapi aku tak tau lagi apa tindakan PERKID terhadap aku nanti .

Apa pun aku kena lawan sampai menang , sebab kejahatan takkan selalu menang.


Yang Benar, 
Bella



No comments: