Followers

Thursday, October 23, 2014

Perkid - Perjanjian Ale Uto - (Perkid 15)

Perkid - Perjanjian Ale Uto  - (Perkid 15)

Salam semua, Aku Roni lagi sekali ni nak tulis, fuhhhh dpt can lagi tulis artikel kat blog uncle..

Hahahaha.....

Kali ni aku nak cerita plak pasal surat perjanjian antara Perkid dengan ibubapa/penjaga
yang hantar anak diorang kat Perkid.

Memang lawak punye agreement siot... stanby ye ustad aka tuan presiden ..

Ni letak satu keping je dulu aku nak huraikan, sbb agreement yg  korang buat semua ade 41 keping,

Fuhhh gile banyak siot.. memang gempak la ko ni ustad..



Antara dalam perjanjian ale uto...
klik gambar untuk lebih jelas


Aku tengok kat sini kos sebulan ibubapa kena bayar Rm500 untuk seorang anak mereka yang 
dihantar kesini. meliputi kos makan, elektrik, air dan sewa bangunan. 

Ni bukan aku main tulis jer yer,

Korang yg buat . hmmm ntah apa2 la korang ni....

Pertama kos makan Rm350 untuk sebulan, maknanya lebih kurang Rm11.50 sehari. Boleh ko 
bgtau makanan ape yg ko bagi kat budak2 tu? 

Daripada cerita bebudak tu tentang makanan.. hmmm hampeh ... 

Asalkan bebudak tak kebulur sudah.. 

Ni tak termasuk la kalau ko ade wat majlis sembelih lembu ke , kambing ke, itupon ko mintak derma..

Kedua kos elektrik Rm50 sebulan untuk seorang.. fuyyoooo gila banyak bebudak tu pakai elektrik, 
dah macam bayar untuk satu rumah sederhana dah tu..

Kalau macamtu dah boleh la diorang mandi pakai hot shower kot. 

Takkan mandi air sejuk jer .. ke ko punye keluarga je mandi air panas.. jeng jeng jeng .. 

Tapi serius beb kos tu memang mahal untuk seorang , kalau dok sorang2 logik la jugak, ni duduk, makan dan tido beramai2. 

Ketiga kos air sebulan untuk seorang Rm50 jugak... ehehhe.. banyak juga diorang ni guna kan ustad? 

Macam mandi sehari 7x jer..

Pastu macam kat kem ko tu ade kolam renang pulak.. 

Padahal dari mulut bebudak tu cakap mandi rasanya 5minit pon tak sampai..kalau tak kena tempik la ngan korang. 

Pastu bebudak yang kena kurung dlm Detox (bilik kurungan) lagi la teruk, sampaikan nak terkencing 

pon tak boleh ..last2 kena membuang jer la dalam bilik tu..

Ko tak pikir ke apa bebudak tu rasa? cuba ko kena camtu, kena kurung pastu situlah tempat tido tempat kencing ko..ko boleh tahan ke? 

Apelah la perangai ko macam ni, dah tua2 pon otak boleh berpikir lagi. 

Kucing pon lepas terkencing tak tido tempat dia kencing tu ko tau tak?? 

Ko tau tak apa balasan untuk orang yang zalim??? 

Pakai jubah ngan serban je lebih,  

Otak letak kat lutut.. cehhhh!!!!

Keempat kos sewa bangunan Rm50 sebulan, hmmm ok la kot sebab sekurang kurangnya bebudak tu 
bukan duduk free je kat situ, siap bayar sewa lagi.

Ok, habis dah cerita pasal kos yg ibubapa perlu tanggung Rm500 tu.. 

Sekarang ni cerita pasal kos yg konon-kononya Perkid kena tanggung untuk seorang budak pulak dari sumber2 yang korang cari.

Aku tengok kat sini kos yang korang tanggung untuk seorang jumlahnya Rm 2221.75 sebulan. 

Alemakatak, mahal betulkan kos nak jaga seorang budak kat sini, 

Lagi mahal dari masuk universiti plak.. hahahaha... 

Semua ni kos untuk seorang pelajar sahaja yer... 

1 -Kos aktiviti-aktiviti  Rm1100 sebulan. 

Yang aku tengok kat sana aktiviti pon kat kawasan ko tu jer,

Ape pasal mahal sangat ustad? bukannya selalu pon ko bwk bebudak tu buat aktiviti luar, paling tidak pon ko bawak naik turun bukit .

Tu pon kat area situ jugak. Ke ko yang banyak buat 'aktiviti' luar ni ??? ko jangan ... bini dah dua orang tu.. kang dua2 merajuk abis plak bebudak tu yg jadi mangsa plak.. 

2 - Kos team keselamatan Rm32.50 sebulan.

 Betul ke selamat diorang kat sana tu? Ko jangan memain? anak orang semua tu yg ko jaga... 

3 - Kos perubatan Rm15.50 sebulan . 

Hmmmm.. betul ke tiap2 bulan ko ade bawak bebudak ni pegi klinik? bukan ke bile diorang kena apa2, ko cakap tu kifarah?

4 - Kos tenaga pengajar Rm90 sebulan, Apa yg byk aku tengok orang2 yg kat situ gak yg ajar, tak tahulah pulak kalau ade orang luar datang mengajar pulak kan..

5 - Kos kerosakan rm18.50 sebulan. Ok lah yang ni aku boleh terima, sebab ko manjang post kat fb itu rosak, ini rosak..

6 - Kos kakitangan sepenuh masa (24jam) Rm618.75 sebulan. 

Fuhhhhh berapa ramai kakitangan ko ni? tu kos seorang pelajar pulak tu. 

Kalau ko ada lebih kurang 40org pelajar kat sana darab Rm618.75 bersamaan Rm24,750 jumlah kos kakitangan sepenuh masa ko tu..
Tengok kakitangan sepenuh masa takde lah ramai pon termasuk bini2 ko tu ha.. masyuk tu gaji diorang .. eh... aku nak keje ngan ko boleh? 

7 -  Kos multimedia & penerangan Rm26.50 sebulan. ye la zaman skrg kan canggih , xde kos ni camne ko nak update kat fb kan.. 

8 -  Kos Telefon/Hp staff Rm25 sebulan. 

Ok la ni kot, Ko kan busy je manjang telepon sana , telepon sini mintak derma.

9 -  Kos Pengurusan Pejabat Rm150 sebulan. 

Boleh tahan jugak kan ???

10 - Kos pengangkutan Rm75 sebulan. 

Ni aku paham la , ko kan banyak nak berjalan kesana kemari. tapi bkn bebudak tu pon yg pergi.

11 - Kos luar jangka Rm70. ni kiranya macam kos terkejut ke?

Kesimpulan kat sini kos  untuk berada di tempat ko tu ...

Rm 500 + Rm 2221.75 = 2721.75 sebulan untunk seorang ??? 

Wowwww.. Mahal siot nak dok sana, mmg gempak la ko punye tempat tu.. 

Macam dapat layann vip je bebudak tu kat sana. 

Setakat ko tulis jer dalam aggrement wat ape dol, bagi la bukti nak tengok betulke sampai mcm tu sekali perbelanjaan seorang budak untuk duduk sana. 

Dalam kepala otak ko ni aku rasa ko nampak $$$ je la. Mulut lain, niat lain...




Ha lagi satu , ni kat bawah ni aku tolong check saman ko dah, ko bayar la saman ni oii..

Buat salah bayar je lah, 

Mungkin ko tak pernah check kot. 

Malu jer Presiden tak bayar saman. kekekkekeke.. 

Ada satu siap sekali ngan gambar lagi, saman speeding plak tu. laju siot kete ko ni, aku rasa sebab sticker kat bonet tu kot wat jadi laju. 





Klik gambar untuk lebih jelas


Ok la ustad, ni ade video awek nak cakap kat bawah ni ha..

Lepas ni ade lagi sambungan nak cerita pasal agreement yg korang wat. Kalau orang baca memang lawak giler punye aggrement.

Ale Uto.....

Yang Benar

Roni Al- Bahani



No comments: