Followers

Thursday, December 11, 2014

Kenapa Robot (EA) Diamond Tidak Boleh Karam?

Kenapa Robot (EA) Diamond Tidak Boleh Karam?



Salam ...

Sudah lama saya tidak menulis kerana kesibukan mengurus urusan GV6 dan lain-lain hal. Kali ini baru ada sedikit kelapangan untuk menulis.

Saya ingin berkongsi tentang 19 Robot  (EA) Diamond yang telah dilancarkan. Ia boleh dianggap kebal kerana kali ini kami mengawal risiko lebih ketat. Ilham robot (EA) Diamond ini datangnya dari UncleSeekers

Zero karam adalah misi untuk tahun 2015.

Ada juga yang menghantar email kepada kami memperkenalkan robot yang mampu meraih 50% - 100% . Kami hanya tersenyum. Tidak mustahil, cuma kami lebih suka 'long run'.

Lari pecut ni cepat semput bro, biar lambat asal sampai.

Keuntungan sekitar 15% - 20% sebulan pun sudah memadai.

Misal modal USD1,000, untung 20% daripada modal. Dapatlah USD200 - tolak bahagian GV6 60%, penyewa dapat USD80.

USD80 ditukar kepada RM jadi RM228 (rate 2.85 untuk withdraw ditetapkan oleh pihak GV6, untuk deposit pula 3.55)

RM228 bolehlah diwithdraw untuk bayar apa patut. Kalau disimpan setahun dah jadi RM2,736.
70% daripada modal dah cover.

Diingatkan kami bukan skim FOREX yang menjanjikan pulangan FIXED 20% sebulan tanpa trade FOREX dan kami juga tidak 'collect' deposit. 

Urusan deposit, kami akan serahkan kepada IB (introducing broker @ wakil broker Forex4You) di Malaysia. Robot kami trade FOREX dengan ANGGARAN keuntungan setiap bulan sekitar 20%. 

Pasaran cun dapat sekitar 20% - 50%, syukur Alhamdulillah. Dapat 17% pun syukur, janji ada untung.

Kalau modal kecil, jangan mimpi jadi jutawan. Trade forex ni bukan nak jadi kaya, tapi nak dapat side income. Boleh bayar bil api, petrol dan barang harian yang tak pernah turun.

Saya selalu berpesan, "kalau nak dapat untung besar, modal kena besar. Nak tangkap ikan paus takkan nak pakai sampan?"

Ada yang berangan tinggi nak cepat kaya, modal RM5 tapi nak dapat RM1,000,000 . "Takpelah, saya angkat tangan dengan kaki sekali. Saya tak mampu buat. Yang buat tawaran macam ni sport toto je." Kat tempat macam ni ramai yang pakai kopiah putih cuba nasib, bila sampai tempat ni lipat lepat masuk kocek. Aduhai.

Ada seorang penyewa robot kami bertanya ketika datang ke Janda Baik berjumpa dengan kami , "Kalau nak untung USD3,000 berapa margin diperlukan?" Saya pun buat kira-kira, "sekitar USD40,000"

Kira-kiranya macam ni:

Untung penyewa kehendaki - USD3,000
Profit sharing penyewa - 40%
USD3000 bahagi 0.4 = USD7,500

Sebulan kena dapat untung USD7,500 , untuk dapat USD3,000 setelah ditolak pembahagian.

Modal diperlukan :
USD7,500 bahagi 0.2 = USD37,500
≈ USD40,000 jika digenapkan


Untuk memastikan risiko tidak tertumpu kepada satu matawang sahaja, kami pecahkan kepada
19 MATAWANG. Daripada 19 matawang ini kami akan pilih sekitar 6 - 12 matawang yang TERBAIK.

Dulu kami pilih satu sahaja AUDUSD.

Bila pakai satu matawang ni kelemahannya kalau dia close lambat, lambatlah dapat untung. Kalau market macam kartun (macam uncle cakap), macam kartun jugaklah admin semua pantau 24 jam daripada Isnin sampai Sabtu pagi.

Ada juga yang sering bertanya, "dah pakai robot. buat apa nak jaga 24 jam?"

Perlu dipantau juga daripada teknikal server dan robot.

Kapal terbang pun ada juga autopilot tapi masih perlukan pilot yang bertauliah untuk monitor kapal supaya berfungsi dengan baik.

Kali ini, kalau satu matawang lambat, lain dah jalan dulu. Takdelah menunggu sampai jadi penunggu.

Satu lukah takde ikan, ada 6 lukah lagi yang akan bawak hasil. Kita buka peluang rezeki lebih besar.


                     


          
Antara 6 Lukah Yang membawa REZEKI. Tapi kekadang currency lain juga bawa rezeki yang lebih besar


Apapun kami akan pastikan matawang yang dipilih bila peluru 6 dibuka, 'margin level' sekitar 2000% .

Dengan margin level sebegini banyak, kalau market nak buat U-TURN besar masih boleh tahan lagi.

Sebagai contoh antara pilihan matawang kami :

Matawang         Margin Level % 

AUD/CHF         2400%
AUD/JPY          2300%
AUD/CAD        2500%
CAD/CHF         2300%
USD/CHF         2000%
NZD/JPY          2600%


Margin Kesemua Akaun Dipantau Menggunakan MultiTerminal


Nak untung banyak tapi semput atau untung lebih kecil tapi boleh survive dalam apa jua keadaan pasaran?

Anda PILIH, kami beri yang terbaik.

Bagi yang ingin datang untuk berjumpa dengan kami, sila buat temujanji dengan menghantar 'whatsapp' atau SMS ke 013-3057802 / 013-3089602 .

Anda boleh hadir pada bila-bila masa bermula hari Isnin hingga Jumaat bermula sekitar 3 petang hingga 10 malam. Anda perlu membuat temujanji dahulu ke nombor yang diberikan diatas.

Bukan Berapa Laju Kita Berlari, Tetapi Berapa Lama Kita Mampu Berlari.




Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

No comments: