Followers

Sunday, December 21, 2014

Kisah Bermula….

Kisah Bermula….

Ku mulakan dengan salam penuh keceriaan semua. Bagaimana nak mulakan pun aku tidak pasti, cuma terfikir nak guna gaya penyampaian Uncle atau gaya “my own style” bila menulis artikel untuk paparan di blog Uncle.

Baiklah setelah 2,3 hari memikirkan apa pengisian yang nak dimuntahkan di sini ( bukan uweks lain yer….hihihi jangan salah tangkap …), maklumlah dari sisi lain aku ni seorang ibu.

Ya ibu berkerjaya yang kadang-kadang ada masanya sesak nafas bila hujung bulan dah cecah. Namun begitu , aku percaya tentang rezeki akan setiap anak Allah telah tetapkan.

Tinggal cuma bagaimana kedua ibubapa berfikir jauh sedikit mencari idea untuk mencari punca supaya rezeki dalam bentuk kewangan itu sentiasa ada sehingga ke hujung bulan. Tidak kering kantung poket kata orang. Tak gitu.

Tak tahulah kot poket korang penuh aje dari awal sampai ke hujung bulan. Kalau benar sangkaanku itu harapnya bolehlah korang kongsi rahsia besar itu…..untuk kita praktikkan ramai-ramai.

Kenapa aku menulis sebegini, hahaha … adalah sebabnya…. Korang nak tahu… ok lah nak tahu ke tidak jawapannya ada jika korang rajin baca coretan aku ini sehingga ke hujung garisanlah.

Bak kata orang sekali membaca , bacalah sampai habis , bukan habis ajer tau sampai korang faham apa yang nak disampaikan supaya tidak tersalah anggapan. Uiks… panjang pula menceceh yer, oklah lah jangan korang boring pulak..

Kisahnya bermula cam gini..29hb Novermber lepas, aku jenguk la blog Uncle ni sambil sambil berfikir, apa caralah boleh dibuat, tahun depan GST akan dilaksanakan… gaji cam gitu juga.

Maklumlah hero-hero ku ni ramai ehem…tambah heroin seorang semuanya setengah dozen. Hari-hari memang dah jadi  SuperMak tapi belum sampai tahap Mak yang Superb…

Jadi tengah-tengah berfikir tu , otak berfikir, tangan mula gatal ….ishhh.. apa kata asyik dipertontonkan artikel Robot…robot..robot.. sampai aku “pause” lama ler juga dari mengikuti blog Uncle ni, kurang berminat sudah…tapi masih jenguk sekali-sekala.

Sebab apa kurang minat , satunya,  malas nak menjerut leher sendiri, kena cari modal besar, sedangkan bulanan punya modal pun tersengguk-sengguk.

Tanganku pun mula menekan papan kekunci bukan untuk bagi komen pada Uncle tau, aku nak kirim emel nak tanya pasal bengkel tentang Forex …cet…ah dah terlanjur hantar la pulak….hihi setelah tulis baris-baris ayat pada Uncle, masih sempat bagi nombor untuk Whatapps, Telegram pada Uncle.

Maka aku pun menyibukkan diri dengan aktiviti harian biasa tanpa mengharapkan Uncle yang punya ramai ‘followers’ ambil kisah tentang emelku.

Tak disangka , 30 November dapat mesej Wasap dari Adeek tentang pertanyaanku sehari sebelum itu. Rupanya juga Uncle pun balas emelku, aku yang terlepas pandang.

Dipendekkan cerita maka ditetapkan hujung minggu hari Jumaat ( Adeek Wasap beritahu )  kami diminta bertandang ke Janda Baik.

Setelah berbincang dengan kekasih hati yang sorang kat rumah, suruh dia ambil cuti sehari dan cerita sedikit apa isu yang menyebabkan kami sekeluarga perlu ke sana maka Jumaat pagi 6 Disember awal-awal ku kejutkan anak-anak siapkan diri sebab nak pergi mandi sungai..

Wah macam-macam soalan keluar dari mulut dia orang, dan seperti biasa namanya pun mak dah siaplah aku beri jawapan yang sesuai.

Bertambahlah girang mereka, maklumlah nak mandi sungai, jarang berlaku dalam hidup mereka mutakhir ini hihi..kecuali kat tab mandi kat hotel kalau kebetulan mak pak pergi kursus..

Berpandukan Miss Waze maka kami yang belum pernah sampai ke Chemperoh ni menyusur lebuhraya Karak selepas sarapan. Emm Miss Waze dah bagitau destinasinya dah sampai, suami Tanya aiks takkan loji ni rumah Uncle hahaha..

Gelak aku memang kami tak nampak rumah dan pintu pagar untuk ke rumah Uncle, cuma nampak loji je... Dalam pada berbincang kat kereta tu, kami pun cuba undur kereta …erk…

Sambil undur tu tetiba mata ternampak batu tertulis WadiHana di celah  pokok bunga kertas yang lebat merimbun, wah ada rumah rupanya kat dalam. Uhuuhuuu nasib terpandang...

Maka dengan hati yang agak suspen, kami masuk ke laman, aku cuak juga,  ya la..janji nak jumpa jam 2 petang , aku pulak jam 11.45 dah terpacak kat laman rumah. Puas fikir, “eh… pergilah jumpa Uncle,”, suami dah sound,  jap yer… jawab ku. Kang tak pasal aku kena sembur kat Uncle , kot dia masih zzzzzz, maklumlah orang Forex biasa cam gitu, pada fikirankulah. Hihih..

Dalam pada tu dok mengendap sambil bagi salam.. sempat meninjau juga sampai belakang. Kelibat orang pun tak Nampak, hantar mesej pada Adeek kat Wasap pun tidak ada respon. Dalam fikir punya fikir tu tetiba ternampak seorang jejaka berbaju kuning, hehehe ada peluang nak bertanya tu..

Dipendekkan citer, Adeek respon setelah itu dan menjemput kami ke laman Jepun untuk santai dan makan-makan. Sambil tunggu nak jumpa Uncle, dan setelah  minta kebenaran untuk anak-anak mandi sungai aku pun menengok keadaan sekitar yang tenang dan damai sambil fikir...







Sesi mandi-manda dan Laman Jepun tempat kami sekeluarga melepak 
santai-santai sambil menjamu selera….

Alamak camner yer nak masuk tak der modal (dalam hati berkata-kata)..takpalah itu kemudian fikir.Inshaallah ada tu…

Setelah selesai makan aku pun berjumpalah dengan Dzoul dan mendengar penerangan para admin kita termasuk Uncle . Ku panggil sekali suami untuk mendengar, heheh sebab apa… kan dah cakap modalku dah habis, jadi tengah melentok kat anjea ler…hehehe.

Ala bukan untukku sorang untuk anak-anak dan keluarga juga. Hari tu kami balik kekenyangan, anak-anak biasalah suka makan berulang-ulang, Uncle siap pesan.. jangan bazir, Uncle uncle….

Inshaa Allah tak membazir gerenti beres, hero-heroku mandi sungai sampai dua kali lepas mandi, makan dan makan lagi sampai licin..Terima kasih yer Uncle. Sedap makanan dan tempatnya nyaman tenang.

Yang kelakarnya, bila Uncle turun jumpa kami kat laman Jepun tu, rupanya suami terperanjat …hihihi . Dia sebenarnya tak berapa gemar membaca blog .

Dalam perjalanan balik tu, katanya, “ Ler ingat Uncle dah tua… alahai bang, yang dah tua tu bapak Uncle,…Pak Habib..jawabku, kelakar betul suamiku…

Ok lah sampai situ..Tamatlah citer tentang kunjungan kami pada hari tu, kekenyangan dan keletihan maka dalam perjalanan balik  kereta pun sepi.

Bila balik, setelah aku dah menyertai  grup WA Diamond ku perhatikan jer la apa citer forex kat situ.. sambil Uncle mencelah bertanya  bila nak join, jawabku “”tunggu modal on the way” …

11 Disember pada hari keputeraan Sultan Selangor aku dan rombongan Cik Kiahku setengah dozen ini bergerak ke bank di Kepong untuk urusan mendapatkan modal dan setelah sesi tanya itu dan ini dengan admin adeek dan mona maka selamatlah aku bank-in modal ke dalam akaun broker…

Maka dengan itu rasmilah pelayaran kapalku pun bermula.

Hari pertama belayar satu pukat dapat tangkap hasil agak baik…hari hari seterusnya aku hanya melihat paparan menggunakan MetaTrader 4 kat hphoneku, setiap minggu Sabtu  Admin Roni update akaun peserta hantar kat kat Wasap Grup.


Keuntungan Kak Ros Minggu 2 USD 600.26 Cent


Keuntungan Kak Ros Minggu 3 - USD 12,028.81 Cent . Jumlah keseluruhan 6 kali trade bermula 12 Disember 2014 sehingga 20 Disember 2014 setakat pukul 5.45 pagi adalah USD12,629.07 Cent. Ditukar kepada nilai USD menjadi USD126.29 


Nak tahu hal-hal terperinci , korang hubungi Dzoul lah…yer

Bukan iklan tapi itulah kenyataan, hatiku sudah mula ceria….tangkapan inshaallah sentiasa ada dengan lukah yang berbagai hasil saranan admin sekelian. Aku pun takut juga mulanya tapi ada jaminan, kalau kapal karam, akan ada topupnya… maklumlah sudahlah modal aku ni bukan sendiri punya ….

Apa-apa pun tahniah dan terima kasih atas bimbingan admin yang penuh komited. Jom kita sama-sama mencari rezeki sambil beramal… 5% keuntungan kita, diberikan kepada anak-anak yatim.

Antara admin dengan kitapun ada bahagian masing-masing yang penting kita tidak tamak. InshaAllah rezeki ada, Allah sentiasa memberi, kita ni jangan kedekut…

Bila Allah menguji kita dengan untung yang lebar…Kena ingat duit yang kita dapat, bukan semua nya bahagian kita… Ambillah peluang beramal selagi hayat dikandung badan.  Jom sama-sama beramal.

Akhir kata terima kasih sekali lagi kepada Uncle dan Pak Habib kami berkunjung semula ke Janda Baik pada minggu berikutnya sempena “Sajak sampai Suboh” anjuran bersama Pak Habib dan DBP…


Baca Sajak Sampai Suboh pada 13 Disember 2014
Kredit Gambar : Yassin Salleh


Sempat merasa khemah ala-ala camping bersama family. Rugi korang tak ikut…hihihihi..Terpanjang pulak kalau dah mula, baiklah aku tekan brek sampai sini dulu yer..

Maaf kalau artikel ni macam entah apa-apa pada korang. Opss sebelum join pun aku research juga pasal hokum-hakam.. so Alhamdulillah khilaf…para ulamak. Lampu hijau bagiku…

Kalau korang timbul keinginan yang sama macam diriku tu, usahlah tunggu lama-lama.. yer… petik butang handphone tu sama-sama kita berjemaah..mencari rezeki.

Bagi tahulah Dzoul, apabila timbul keinginan setelah membaca artikel tajuk…"Kisah bermula"…

Siapa diaku…mmm boleh kenal sebagai Ros a.k.a Kak Ros. Segan nak bagitau nama…..yang penting aku memang wujud yer, bukan makhluk khayalan semata .

Terima kasih kerana memberi peluang menitip artikel yang tak seberapa ni yer Uncle  dan terima kasih kepada yang terhibur dengan artikel ini dan sudi membacanya juga sampai tamat…

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

KAK ROS

Artikel Kelolaan Saya:
DZOUL
dzulizzi@gmail.com
017-2648451

'Market Masih MENGAMUK Abe. Hok tu sebaiknyo...'
Bulan-Bulan Yang Mendebarkan
Tak Sampai Setahun Pulang Modal
Robot GV6 DIAMOND ni adalah robot cop duit! Aku jamin 100% 
Bestkan usahaniga yang macam ni, bila rugi, diganti semula
Aku Berani Potong 10 Jari Kalau Robot GV6 Diamond Ni Boleh Rugi

No comments: